" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Sunday, January 30, 2011

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..

 
salam sedingin nada subuh..
moga menitis dalam jiwa yang mutmainnah..
segar mengalir melalui hebatnya jalan ujian..
tidak berhenti walau batu dugaan merintangi,
teguh hatinya melewati tiap-tiap yang datang,
tidak kecewa menghadapi kesakitan..
tunduk patuh pada takdir..
nadi berdenyut mencari mardhatillah,
moga tidak kecewa dgn apa yg di terima..
helaan nafas hanya untuk merebut mawaddah warahmah yang Esa..

KITA ADALAH SATU

 
 
ya akhi..
bangkitlah untk agama..
tegaslah membela yg hak,
berjuanglah menewaskan yg batil..
gerakkan semua muslimin,
kami muslimat menghulur doa..
jngan kau kalah sebelum brjuang..
nun di sana saudara kita menderita,
di tindas musuh laknatullah..
ayuhlah semua ikhwan dan akhowat,
amar makruf nahi mungkar..
melalui hati selemah iman..
hulur doa seikhlas hati,
moga ISLAM megah brdiri..
siapa kita untk menabik dada,
apa yg ada hnya pinjaman sementara...
doaku kita sentiasa dipilih untuk merasai
indahnya hidup berukhwah..
abadan abada...

Wednesday, January 12, 2011

Ketika Cinta Bertasbih

KETIKA CINTA BERTASBIH

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
Dan kujelaskan panjang lebar…
Namun jika cinta ku datangi,
Aku menjadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah,cinta ternyata lebih tenang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
Kata-kata pecah berkeping-keping..
Begitu sampai kepada cinta,
Akal terbaring tak berdaya..
Bagaikan keldai berbaring dalam lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta…

  (Anna Altafunnisa’)

video
                                                                           


Sunday, January 9, 2011

Guru oh Guru

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…Selawat serta salam buat Rasul junjungan tercinta,baginda Nabi Muhammmad S.A.W, keluarga serta para sahabat baginda..Tak lupa juga doa dihulur buat para pejuang agama ALLAH yang tak pernah kenal erti kalah mahupun gentar berhadapan dengan musuh- musuh ALLAH..
Insyaallah..bingkisan kali ini mengenai insan mulia  yang sanggup mengorbankan dirinya demi melihat anak bangsanya berjaya..GURU….Ya, seorang guru yang ikhlas berbakti untuk anak bangsa.Tanpa guru,siapalah diri ini.Tak mungkin mampu mangarang coretan ini..tak mungkin aku melangkah sehingga ke tahap sekarang..bahkan,tanpa guru,belum tentu aku dapat menjadi seorang manusia…guru pertama yang ku kenal ialah ibuku sendiri..yang banyak mengajar ku selok belok hidup di dunia.. kemudian guru tadika yang mengajar ku abjad ABC, belajar membilang 123…jasa mereka mana mungkin dapat ku lupakan..
Tak kira apa gelaran buat insan itu, cikgu,teacher,ustaz,ustazah atau sensei,mereka tetap mendapat tempat yang istimewa di hati ini.semangat mereka ku kagumi..tak kira penat lelah,siang atau malam,bakti mereka ikhlas demi melihat anak-anak didik berjaya.Terima kasih CIKGU…
Alhamdulillah…syukur yang tak terhingga kerana sekarang ni diberi kesempatan oleh ALLAH untuk  berjalan di atas landasan yang  menuju kearah profesion perguruan..Insyaallah,sekiranya semua berjalan mengikut seperti yang sepatutnya,4 tahun lagi aku bakal menempuh alam pendidik.4 tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang.Pejam  celik dah pun tamat belajar..Insyaallah…
Bagi aku menjadi seorang guru bukanlah semata-mata untuk gaji atau untuk memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata.Namun ada tangunggjawab yang jauh lebih besar dari itu….Menjadi guru bukan sekadar untuk mengajar apa yang di ada dalam buku teks,menghabiskan silibus,tetapi seorang guru juga seharusnya menjadi seorang pendidik…Mendidik pelajar untuk menjadi manusia yang berguna. Bukan sekadar cemerlang akademiknya,tetapi juga cemerlang sebagai hamba ALLAH.Melahirkan insan-insan yang seimbang dunia dan akhiratnya.

Tak tergambar  perasan dan semangat yang berkobar-kobar saat melihat video ini…Hati berbunga riang..=>


  video


                    [video yang di download dari facebook..=)…]                                                          
Sinar mata anak-anak ini memantulkan pengharapan.Betapa mereka mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar dari para guru.Tak sabar rasanya ingin mencurah bakti buat ummah.Mungkin ilmu di dada taklah seberapa,tetapi insyaallah,moga yang sedikit ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Mungkin dengan ini juga dapat menyedarkan aku,sebagai bakal guru, perlu untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin..Perlu membina sahsiah diri yang baik..penuhi dada dengan ilmu yang berguna..Kelak,akan dijadikan contoh oleh anak-anak didik..Jika diri sendiri pun tak terdidik,macam mana nak mendidik anak orang ????Moga-moga ALLAH sentiasa memberi kesedaran buat diri ini agar bergerak di atas landasan yang betul.Insyaallah…

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,jom sama-sama kita pasakkan tekad dan azam agar suatu hari nanti dapat menabur bakti untuk bangsa dan agama.Pada kitalah tergalasnya harapan dan amanah ummah.Ingat,bukan habuan dunia yang kita cari,tetapi ganjaran dari ALLAH jua yang di dambakan.. Ikhlaskan niat untuk ALLAH..Inilah saham akhirat yang mampu kita laburkan di dunia ini..Ilmu yang bermanfaat  dan diamalkan itu penyambung bekalan kita untuk menuju akhirat.Andai mata sudah terpejam rapat,Insyaallah,moga-moga bakti yang sedikit ini mampu membantu kita menampung amalan yang kurang.Berbanggalah wahai bakal-bakal guru sekalian…Kalianlah  bakal penentu nasib anak bangsa. 
Dan contoh mualim yang terbaik ialah baginda nabi Muhammad saw…Begitu sabar mengajak manusia menuju jalan ALLAH..Begitu berhikmah dalam menyampaikan ilmu…Apa yang disampaikan baginda adalah kebenaran semata-mata.Tak pernah putus asa dan sentiasa menunjukkan teladan dan contoh ikutan yang baik…
                      Ya ALLAH, berilah daku kesempatan untuk mendidik anak bangsa kelak.

   GURU BUKANLAH HAKIM UNTUK MENGHUKUM, TETAPI DOKTOR UNTUK MERAWAT…….



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah