" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Thursday, February 24, 2011

telah ku pilih jalanNYA...

Bismillahirahmanirahim….
Pertama dan buat selama-lamanya, syukur di panjatkan ke hadrat ALLAH swt. Selawat serta salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad saw. Doa ku pohon buat para sahabat baginda, keluarga baginda,para pejuang ad-din ALLAH,tak lupa juga buat semua saudara seakidah.. Moga  dalam damai dakapan redha ALLAH sentiasa…
ALHAMDULILLAH  ALHAMDULILLAH  ALHAMDULILLAH….Syukur yang tak terhingga untuk nikmat iman dan islam ini.. terima kasih ya ALLAH..pilihlah kami untuk terus berjalan di jalan yang ENGKAU redhai..tetapkan hati kami pada agamaMU…
Alhamdulillah…diberi sedikit kenikmatan untuk jari-jemari  ini menari  di atas keyboard..Diberi sedikit ruang untuk mengupdate entry baru…

Tiada kata dapat di ucap kepada ALLAH yang Maha Pemurah dan penyayang buat hambaNYA, meskipun insan daif ini terkadang alpa. Masih sudi ALLAH membimbingku untuk terus berkelana di  bumi yang sementara ini. Tak terhitung nikmat ALLAH buat ku, terlalu banyak..ALHAMDULLILAH..
Hidup ini terkadang di atas, terkadang di bawah.. tapi semua itulah yang bisa mematangkan diri dalam terus meneroka kehidupan yang mencabar.Ujian tak putus-putus kunjung tiba.Tapi itulah tanda kasihnya ALLAH buat hambaNYA. SUBHANALLAH… Maha indah ALLAH mentadbir makhluknya… Penuh hikmah.
Hidup di dunia adalah sebagai jambatan akhirat. Insyaallah, baik jambatan yang di bina, mudah la sampai ke destinasi. Apa bahan yang digunakan untuk membina jambatan.Kukuhkah? menepati syarat kah?fikir-fikirkan…renung-renungkan.
Mudah untuk bercakap, mudah untuk berhujah… tapi pelaksanaan tak semudah itu.. menuntut mujahadah dan kekuatan..ku mohon agar ALLAH memelihara setiap butir kata yang ku ucapkan..pelihara setiap tingkah ku..pelihara setiap lintasan hati ku…agar ku tidak terus terusan tertipu dengan bayangan indah yang diciptakan syaitan laknatullah..nauzubillahiminzalik.. ku pohon kekuatan agar bangkit berdiri pada jalan kebenaran..meskipun diri tak sehebat serikandi agung, tapi cita-citaku bisa memiliki secebis ketabahan saidatina Khatijah.
Menyelusuri sirah kekasih hati baginda nabi Muhammad saw, diri ku terpana. Hebatnya siti khatijah. Pemergiannya tiada ganti di hati baginda.Ummu mukminin..
Tabahnya srikandi ISLAM…harta dan jiwa diwakafkan untk agama. Sanggup meninggalkan kejelitaan, pangkat dan harta kekayaan semata-mata memilih AGAMA..subhanalllah


Mudah mudahan diri ini juga terus kuat untuk agama. Biar pun pada hakikatnya  teramat sedikit sumbangan ku pada agama, tapi ku  terus memohon agar ALLAH sudi memilih diriku untuk terus berada di jalan agamanya.. Rindu hati ini untuk sama-sama berjuang di jalan ALLAH. Cemburunya hati tatkala melihat hati-hati lain thabat di jalan dakwah. Berani membela kebenaran..amar makruf nahi mungkar… Sayu tatkala mengenangkan hakikat diri ni yang tak mampu sekuat mereka… ya ALLAH ampunkan hambaMU ini…

Moga dengan meningkatnya usia, diri bertambah matang dan kuat untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH..bukan sekadar merintih dan terus terusan mencipta alasan.. Insan yang berjaya mencari penyelesaian, bukan tenggelam dalam lautan alasan.. ilmu dunia dan akhirat penguat langkah..Insyaallah..Maha luas ilmu ALLAH. Cuma pilihan terletak pada diri sendiri.. Ingin mencari atau sekadar menanti..
Moga-moga kita sama-sama kuat untuk berhijrah untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya.. Tiada alasan untuk tidak berubah.. Setiap dari kita berhak untuk menjadi yang lebih baik.. Bagiku sejarah hidup  yang lepas biar lah lepas.. Yang penting keinginan dan hasrat untuk kembali pada jalan ALLAH itu ada. Dan yang lagi penting, apa tindakan yang di ambil untuk berubah..Janganlah impian tinggal impian..
Ku yakin pada satu, ALLAH tidak akan mensia-siakan hajat baik hambaNYA… pasti ada kemudahan yang disediakan untuk hambaNYA yang benar-benar ikhlas mencari keredhaanNYA…insyaallah…
WALLAHUA’LAM…

p/s:  jutaan kemaafan kerana entry kali ni tidak mempunyai fokus yang jelas…sekadar perkongsian lintasan hati…apa yang terdetik,itulah yang ditaip..moga entry akan datang lebih bermanfaat…insyaallah..

Melakar Cinta Dipintu Syurga



sesungguhnya cinta yg ku galas dulu, hanya cinta semusim..wangi sekejap..harumnya takkan sampai ke pnghujung...indah mekarnya hnya di kuntum...sedangkan tamanMU amat indah...aku yg trpdaya....hijrahkan aku dgn hati putih..kmbali brpaut pd akal budi, pasrah brsujud dbawah laungan lngit ksedaran..mga trlakar cintaku d pintu syurga...mga sejarah lpas x berulang lg.....

Wednesday, February 2, 2011

Surah al-Baqarah :216

Ku mulakan bingkisan  kali ini dengan kalimah mulia, BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…. Selawat serta salam buat Rasul junjungan nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. Doa ku hulur buat para pejuang ISLAM dan para pembela agama ALLAH. Moga ganjaran yang selayaknya buat kalian. Tiada yang lebih indah selain berada dalam dakapan redha ALLAH… 
ALHAMDULILLAH… syukur masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk masih terus mengecapi nikmat IMAN dan ISLAM… insyaallah buat selama-lamanya...Masih diberi peluang untk terus bermusafir di bumi ini sementara kembali ke negeri abadi, kampung halaman yang sebenar. Moga dalam melayari perjalanan, ALLAH tetapkan hati di jalanNYA.Insyaallah.
Pejam celik  pejam celik, dah 2 bulan menapak di tahun 2011 ni.. Pantas masa berlalu,hingga tak sedar rupa-rupanya makin meningkat usia..makin dekat masa untuk menemui detik kematian..ALLAH…
Saat ni,bermakna sudah 19 tahun, 8 bulan ku bernafas di bumi ni…Aci x kalau nak bundarkan ke 20 tahun?..^_^…nampak lagi matang..he3..matang ke??? Tapi sebenarnya usia tak menggambarkan apa-apa pun…Apa guna hidup menongkat langit andai tiada apa-apa sumbangan untuk agama. Tiada usaha untuk membaiki diri.. terasa kah kamu wahai diriku??? Renung-renungkan, fikir-fikirkan..
Dalam melayari hidup,bukan karpet merah yang terbentang di hadapan… bukan singgahsana yang tersedia.  Tidak..Hidup di dunia penuh mehnah ujian yang di anugerahkan ALLAH buat hambaNYA.. Duri-duri dugaan subur melata. Maha Berkuasa ALLAH mengatur perjalanan hidup hambaNYA…Indah sekali..Penuh hikmah..Tapi kekadang hamba ini yang terlalu daif untuk mentafsirkan semua itu.. Tak bisa nak ikhlas dan hadapi dengan hati terbuka. ALLAH, bimbinglah langkah kami dalam mencari erti hidup yang sebenar...
Meneliti kembali perjalanan hidup, tugas dan tanggungjawab ku sebagai hamba ALLAH, sebagai umat baginda nabi Muhammad SAW, sebagai anak, sebagai adik,sebagai ibu saudara, sebagai rakan, sebagai pelajar dan sebagai yang pelbagai lagi, sudahkan aku menjalankannya dengan baik??? Tak mampu rasenye nak mengutarakan jawapan yang hakikatnya pahit untuk di telan..
Ku membelek kembali diari kehidupan… Terlihat banyak yang kurang..Terlalu banyak.. saat ujian datang bertamu…aku terduduk lemah… apabila ALLAH memberi sedikit ujian dengan memberikan sesuatu yang bukan pilihan hati, hati ni terlalu pedih… tersangat sakit..Ya ALLAH, ampunkan aku…
“……boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui

Begitu indah maksud kalam ALLAH dari [surah al-Baqarah, ayat 216] ni…Sangat memujuk hati. Ku bukan lah yang ahli untuk menghuraikan panjang lebar maksud ayat di atas. Tidak..Ilmu di dada tak melayakkan untuk ku lantang bersuara.Bimbang ada yang tersalah lantaran kontangnya ilmu pengetahuan.

Insyaallah, moga dengan ayat ini dapat menyejukkan hati yang sedikit gusar dengan anugerah ujian dari ALLAH buat diri.. Sebagai hamba, memang hidup tak terlepas dari ujian dan dugaan dari ALLAH. Terkadang apa yang diterima tak selari dengan kehendak hati… Itu bukan bermakna ALLAH tidak mengerti akan hambaNYA..Lantaran kerana tahu dan mengertilah, ALLAH mengurniakan apa yang terbaik buat hambaNYA, bukan apa yang hambaNYA inginkan semata-mata…Maha Hebat ALLAH mentadbir makhluknya.. SUBHANALLAH..
Setiap yang datang dalam hidup ni, ku yakin ada hikmah yang besar disebaliknya.

                                           
                                                 
Tak dinafikan, saat mengetahui bahawa diri terpilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang tak pernah pun terlintas di fikiran sebelum ni, ku sedikit terkejut..Kurang percaya..Mampu ke aku nak tempuh semuanya..Ya ALLAH.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat ku.. Mungkin ini jalan hidup yang perlu ku hadapi dan sudah tertulis di dalam janjian ALLAH. Kuat kan aku untuk redha dan ikhlas menerimanya YA ALLAH… Aku sepatutnya bersyukur dengan kurniaan dan peluang ni.. Tak semua orang dapat peluang menuntut ilmu sampai ke tahap sekarang dan sambung belajar. Alhamdulillah untuk nikmat MU buat ku…

Hari-hari pertama yang dilalui terasa sangat perit. Mana tidaknya, hati dan perasaan tidak di bawa masuk bersama ke kelas. Tapi maha pemurah ALLAH yang mengurniakan ku teman-teman seperjuangan yang baik.Tempat ku berpaut tatkala kekuatan beransur pudar. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi  berkongsi secebis kekuatan. Hanya doa yang mampu ku kirimkan buat kalian.. Memikirkan betapa ramainya yang menggantungkan amanah pada bahu ini, ku kembali sebak..Mampukah diri ini melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Wajah ibunda tercinta menghantarku dengan penuh pengharapan.. Tegarkah ku menghampakan harapan itu lagi???? ALLAH…
ALHAMDULILLAH, seiring masa berlalu,sedikit demi sedikit kenyataan dapat ku terima ..Aku kini bergelar seorang TESLian… Perlahan-lahan aku mula membawa semangat ku bersama-sama. Mungkin tidak sehebat teman-teman yang lain, tapi insyaallah, aku yakin ALLAH akan membantu ku..Mungkin bukan senang, tapi tak mustahilkan.. Apa yang penting, aku perlu positif disamping  perlu berusaha dan berdoa.. Ambil iktibar dan pengajaran yang baik dari sahabat-sahabat. Jika mereka boleh, kenapa aku perlu menghalang diriku untuk berkata boleh juga...???..semuanya adalah ilmu ALLAH.
Mungkin saat ni aku tak nampak lagi apa hikmahnya, tapi insyaallah, aku yakin ALLAH tidak mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia. Mungkin dengan ini dapat menyedarkan aku bahawa hidup tu perlukan pengorbanan.Disini lah ujian ALLAH buatku.

Insyaallah..aku perlu kuat dan tabah.. Aku menggalas amanah ummah… Bakal pendidik tak boleh kalah dengan ujian yang kecil.. Bakal pendidik mesti terima semua ni dengan ikhlas agar suatu masa nanti anak-anak didik turut terarah dan terbimbing ke jalan yang diredhai ALLAH..
Bukanlah dunia ini kekal..segala-gala yang ada di sini adalah sementara..Kehidupan negeri sana juga yang kekal abadi..Duhai diri,pesanku buat mu,kutiplah apa yang perlu sebagai bekalan menuju ke kampung halaman yang sebenar..Usah dikesalkan sesuatu yang bukan milikmu..Walaupun dimana pun kau sekarang, kau tetap memegang tugas sebagai hamba dan khalifah ALLAH…Walaupun siapa dirimu, itu adalah kehendak ALLAH.. Usahalah untuk mencari yang terbaik.Berhijrah dari yang tidak baik kepada yang baik,dari yang baik kepada yang lebih baik,INSYAALLAH…
Andai ada sahabat-sahabat seperjuangan yang membaca bingkisan ini, ku pohon, berjalanlah bersama ku.. Andai ku rebah,hulurkanlah tangan untukku agar ku bisa bangkit lagi..andai ku berhenti melangkah, tiuplah obor semangat agar ku tidak mudah mengaku kalah..ku insan lemah yang sangat memerlukan sokongan kalian sahabat..Ingatkan aku sentiasa untuk berlapang dada menerima takdir ALLAH.. ingatkan aku bahawa,nasib bangsa dan ummah perlu ku bela kelak.
Syukur dipertemukan dengan kalian sahabat-sahabatku..Kalian insan istimewa yang mempunyai warna tersendiri dan sntiasa membuatkan hidupku tidak hambar dengan satu warna…Moga kalian juga turut berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi…Matlamat kita satu..MARDHATILLAH…insyaallah, moga ianya tidak hanya manis di bibir, tapi mudah mudahan selari dengan gerak kerja dan usaha..
ANA UHIBBUKUM FILLAH.. ABADAN ABADA….^_^..

sambutlah salam ukhwah bersulam tautan kasih dariku....=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah