" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Friday, May 27, 2011

Bicara Si Perindu Tarbiyah

Bismillahirahmanirahim… tiada kalam yang lebih mulia melainkan kalam yang memuji pada Nya.. Kalam  yang mentauhid dan mengesakan hanya pada Nya…

Selawat dan salam buat kekasih yang tak pernah ku temui, namun tetap segar nama dan peribadinya dalam sanubari.. Mana tidaknya, tanpa baginda, pengorbanan baginda dalam menyampaikan ajaran dan agama ALLAH, tidak mungkin mampu ku kecapi 2 nikmat yang terbesar, iaitu nikmat iman dan islam.. Baginda MUHAMMAD s.a.w.. Engkau manusia agung, kekasih ALLAH, insan terpilih…

Petang yang penuh barakah, Jumaat, sayyidul ayyam.. Mengambil sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu, buat tatapan diri tatkala alpa kelak..

ALLAH..

Baru selesai menjalani sesi blogwalking ke tautan ukhuwah saudara seakidah yang lain.. Seperti disuntik bius semangat rasanya.. Lantas, tergerak jari jemari ini untuk menggarap sesuatu..pastinya dengan izin Nya jua..

LAA HAULAWALAKUWWATAILLABILLAH….

Setiap kali hati bertemu hati, pastinya iman mula berbicara.. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, apabila ana melihat, membaca atau mendengar kisah-kisah insan-insan hebat yang dipilih oleh ALLAH untuk berjalan di landasan keimanan hasil tarbiyah yang hebat, hati gementar..  Cemburu rasanya..

Kagum ana pada kesungguhan dan keikhlasan mereka di jalan ALLAH.. ALLAHURABBI…malu pada diri sendiri yang terkadang hanya berapi di bibir, tapi tak pernah istiqomah dengan apa yang diucapkan..rapuhnya iman mu duhai diri..

Jauh di sudut hati, terselit rasa syukur yang menggunung..memang lah diri ini tak sehebat mereka…mungkin tiada langsung apa yang boleh dibanggakan pada diri…tapi ana syukur, dalam kedaifan dan kekerdilan diri ini, ALLAH sudi memberi sedikit ruang buat ana untuk mengikat ukhuwah dengan insan-insan yang soleh.. Dari situ hati mula merintih dan menangis.. Rindu untuk turut sama seperti insan-insan itu…ALLAH..

Hidayah milik ALLAH..Semuanya atas kekuasaannya.. Bukanlah ana mengatakan ana insan terpilih atau insan hebat..hakikatnya, nilai diri ana  di sisi ALLAH yang sebenar, hanya ALLAH yang mengetahui…

Sejauh perjalanan ana setakat ini, shabat2 banyak menyuluh jalan ana di hadapan..saat ana tercari-cari dan terkapai-kapai, ALLAH utus kan insan-insan hebat yang sudi membantu..

ALHAMDULILLAH…

Ana bukanlah hamba yang baik..tapi syukur, ALLAH masih sudi tunjukkan jalan untuk ana pilih.. Sama ada yang kanan atau kiri..yang disuluh cahaya  agama atau jalan yang gelap.. Jalan yang menuju bahagia atau yang membawa kepada derita.. Tepuk dada tanya iman duhai diri..

Tanyalah sesiapa pun, pasti jalan yang terbaik itulah yang ingin dipilih..namun, pengembaraan dalam permusafiran ini bukan lah mudah… jalannya dihiasi duri ujian yang melata.. Menuntut mujahadah yang berterusan di samping kekuatan untuk melawan bisikan syaitan dan nafsu jahat..

Di sini lah letaknya ujian ALLAH buat hamba2-Nya… andai mengikut bicara iman, insya-Allah selamat… tapi awas, andai bisikan syaitan yang engkau iyakan, tunggulah azab yang bakal kau terima..

Menginjak ke usia 20 tahun, banyak yang ana pelajari dalam hidup ini.. Bukan senang memilih jalan ini.. Banyak air mata yang tertumpah… bukan senang nak meraih kemanisan iman..perlu lalui pahitnya mujahadah.. Bukanlah mujahadah itu yang membebankan, tapi kekuatan yang diperlukan itu bukanlah sedikit..
Maha pengasih ALLAH buat hambanya yang daif ini..

 ALHAMDULILAH ..ALHAMDULILLAH …ALHAMDULILLAH..

Siapa pun ana pada pandangan manusia, ana tetap sedar akan siapa diri ana yang sebenarnya.. ALLAH lebih mengetahui siapa ana..

Insya-Allah, biarlah bermula dengan yang sikit, asalkan berterusan.. Impaknya biarlah berbekas di hati.. Ana hargai jalan kesusahan yang ALLAH berikan ini, kerana dari situ ana belajar untuk lebih menghargai..

Pada insan-insan yang sudi menumpangkan bahu kalian, yang sudi menyeka air mata, yang sudi merendahkan hati kalian buat ku saat diri ku memerlukan semangat dan kekuatan, tiada kata yang mampu ana ucap, syukur dan terima kasih… hanya doa yang mampu ana kirimkan..ALLAH lah sebaik-baik pemberi balasan..

Sesungguhnya tanpa kalian dan yang pastinya dengan izin ALLAH, ana mungkin akan tak menemui apa yang dicari... Ana akui ana masih lagi bertatih di jalan tarbiyah ini.. Segala-galanya masih baru buat ana yang sangat ketandusan tarbiyah iman ini..tapi ana harapkan kalian untuk terus memimpin langkah ana, agar ana juga mampu berkongsi kekuatan dengan insan-insan lain… ana sedar dan tahu akan satu perkara, di bahu ini tergalas amanah sebagai khalifah dan da’i..

Ana juga punya impian, untuk bersama-sama  ‘mereka-mereka’ di jalan iman dan islam ini..insyaallah..moga ALLAH beri kita semua kekuatan..

Syukur, satu per satu impian ana ALLAH kabulkan... Mungkin perubahan dari segi luaran mendahului dalaman.. Biarlah.. Asalkan ada peningkatan.. Insyaallah, moga ALLAH lorongkan hati ini untuk terus berhijrah..Insyaallah..

Daripada sahabat2 juga ana pelajari sesuatu… kita  semua berhak untuk berubah… tak kira seteruk mana pun kita, andai itu janji ALLAH, hidayah pasti diberikan buat hamba NYA…

Hati ini milik ALLAH, DIA lah yang maha memutarbalikkan hati.. ALLAH pasti tidak akan mensia-siakan hambanya  yang berhajat kepada kebaikan.. Insya-Allah pasti ada jalannya.. Yang penting, bina lah ukhwah dengan insan-insan yang soleh.. Insya-Allah, mudah-mudahan dengan itu akan menjadi penyebab dan memudahkan jalan kita menuju redha Nya..

Binalah rangkaian mujahadah..jangan bersendirian.. Carilah sahabat2 atau orang yang boleh dipercayai untuk membimbing kita.. Serahkan lah diri kita pada suasana yang baik..duduklah bersama hati-hati yang turut berhajat pada kebaikan…

Apa yang penting, jangan hilang keyakinan dan putus asa pada ALLAH..yakinlah, hanya Dia yang mengenali dan mengetahui isi hati kita…Dia lah yang maha mengetahui hajat kita.. Berdoalah penuh pengharapan dalam sujud menghina diri… jangan malu untuk menitiskan air mata kehinaan kita.. Pintalah semahunya…
insya-Allah, itu akan bisa menguatkan kita dalam langkah ini.. Tanda kita sangat berhajat pada bantuan NYA.. Tiada sedikit pun upaya diri tanpa bantuan dari NYA..

Sesungguhnya apa yang dicoret kan di sini hanyalah peringatan buat diri ini yang tersangat lemah dan sangat berhajat pada redha ALLAH..

Moga dengan bertambahnya langkah perjalanan ini, akan ku temui sesuatu yang lebih berharga dalam menggilap peribadi dan sahsiah diri.. Akan lebih teguh kaki ini di jalan yang dipilih.. Semoga istiqomah dan tidak hanya bersemangat pada tulisan dan kata-kata..

Moga hati dengan penuh pengharapan dan kesungguhan terus mencari cahaya keimanan yang tersembunyi di balik rimbunan ujian..moga langkah ku tidak hanya terhenti di sini.. Insya-Allah..

“ ya ALLAH ya Tuhanku.. Janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberi hidayah…”



bagi yang di pilih ALLAH utk mempunyai sedikit kesedaran dan kefahaman, bantulah 'mereka'.. sebenarnya byk hati2 yg merindui belaian tarbiyah..tp blum kuat utk bjalan d ats jalanNYA.. insyaallah, matlamat kita utuk BERSAMA dlm 'mardhatillah'...

~ moga setiap butir bicara dipelihara ALLAH dan memberi manfaat, kerana ia pasti akan disoal oleh ALLAH di akhirat kelak..mohon agar di jauhkan dari bisikan mazmumah…Hanya pada MU kami menumpahkan pengharapan ya RABB…~

P/s:   Andai bingkisan ini dirasakan bermanfaat, kutiplah ia sebagai ilmu, tetapi jika ia memudaratkan,       buanglah ia jauh-jauh.. Tegur lah insan daif ini agar tidak terus-terusan ditipu kesilapan diri..

Wallahua’lam… 

Sunday, May 22, 2011

Thank you ALLAH

Bismillahirahmanirahim…  selawat serta salam buat Rasul junjungan nabi Muhammad s.a.w. , keluarga serta para sahabat baginda..

Subhanallah…Alhamdulillah.. Allahuakbar… Laailahaillallah Muhammadurasulullah…

Hari ni dah 21 hari cuti semester.. maksudnya, selama tu juga la ana  ‘tanam anggur’ kat rumah..^_^.. cuti kali ni berbeza skit sebab I become a babysitter.. taking care for my 3 year old nephew.. walaupun bukan la jaga dia 24 jam, tapi sedikit sebanyak masa terisi la jugak..

Semalam 20 Mei 2011.. lepas isyak’, seperti biasa, online facebook…rutin harian…^____^..  Ade post kat group TESL..  Rupa-rupanya result exam dah keluar.. tak sangka, sebab rasenye baru lagi habis exam.. pejam celik, pejam celik dah hampir sebulan meninggalkan semester 2.  Another 6 semesters  to go..
Fuhhh…berdebar jugak la time nak bukak mysis (laman web untuk cek result/ daftar kursus dll untuk students UPSI.) Ya ALLAH…  am I dreaming????.. terkejut.. macam tak percaya je.. sebab tak expect dapat macam tu kalau nak di bandingkan dengan usaha.. I got  3.**   for PNGS  and 3.** for PNGK… 

(orang lain dapat 4.00 tak kecoh pun…!!!)

ALHAMDULILLAH  ALHAMDULILLAH  ALHAMDULILLAH..

Memang la kalau nak dibandingkan result  ana dengan sahabat-sahabat yang lain jauh beza.. Tak dinafikan, sahabat-sahabat yang lain hebat semuanya… 2 of my housemates  really make me proud.. Congratulation to K.has and fatin…^_^..  lagi 3 orang tak tanya lagi.. But, one thing for sure, they pass with  flying colour result too..  kat facebook pun tengok sahabat-sahabat TESLians, post status yang happy-happy je.. insya-Allah, mesti dapat result yang baik jugak tu.. Alhamdulillah.. Happy for them..

Bagi ana, sangat bersyukur dengan result kali ni.. sangat bersyukur..ada sedikit peningkatan daripada semester lepas..ALHAMDULILLAH.. satu lagi sebab dapat ………………………..=).. mungkin peningkatan sikit je, tapi dah cukup untuk jadi perangsang buat diri ini, untuk lebih sedar akan upaya diri dan memotivasikan diri sendiri untuk bekerja lebih keras untuk semester-semester akan datang..      
                               Insya-Allah..

kegagalan adlh ujian, kejayaan pun ujian.. semua yg datang adlh ujian.. yg pnting mcm mne kita hdapi ujian.. samada ujian itu makin mendekatkan diri kpd ALLAH atau sebaliknya..

 mga kptusan yg d trima ni, lebih mndekatkan diri kpd ALLAH..insyaallah..

Peringatan buat diri, semester depan lagi mencabar.. tanggungjawab pun lagi besar… Get ready for it dear myself…^__^..  insya-Allah moga ALLAH bantu..

Firman ALLAH dalam surah al-Insyirah, mafhumnya:

“….sesungguhnya bersama kesulitan itu ada  kemudahan…” [94:6]

Apa yang penting, usaha yang bersungguh-sungguh ,di samping keyakinan dan kebergantungan kepada ALLAH tu perlu.. Usaha, usaha dan usaha dengan sebaik mungkin.. sempena nak buka semester baru ni, ana berazam nak buat yang lebih baik untuk semester akan datang.. insya-Allah..

( aiikkk.. sem lepas pun bunyi macam ni jugak..;) )

Insya-Allah, ana punya sahabat-sahabat yang baik di sisi..  moga kami saling berpesan-pesan ke arah kebaikan dan saling mengingatkan..

My dear  friends, ana uhibbukumfillah..  congratulation to those who got good result, and for those who did not get what you dream for, keep your workhard..insyaallah, we work for it together..  strive for excellent dunia akhirat..

Memetik kata-kata seseorang,

 “DAKWAH NOMBOR 1, AKADEMIK BUKAN NOMBOR 2”

Perlu seimbang.. seimbang dunia akhirat…insya-Allah… ^__^

p/s : jom sahabat-sahabat, sujud syukur untuk nikmat ALLAH yang tak terhitung ini..



Wallahua’lam..

Saturday, May 7, 2011

Sesingkat Permusafiran

Bismillahirahmanirahim… Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. selawat dan salam buat penghulu segala nabi, baginda nabi Muhammad SAW. Selautan doa buat semua mujahid dan pejuang ad-din ALLAH, serta saudara-saudara seikatan akidah.
Bertemankan hembusan bayu di tepi jendela, jari-jemari kembali menari di papan keyboard, dengan izin Tuhannya jua… ALHAMDULILLAH.. diberi sedikit kekuatan setelah bertemankan mutiara jernih buat seketika.. ya ALLAH, andai air mata itu bisa meredakan, izinkan ia mengalir… moga air mata itu menautkan hatiku dengan MU ya RABB…

ALHAMDULILLAH… semalam, tanggal  6 MEI 2011, genap 20 tahun diri ini bernafas di bumi ALLAH ini.. Alhamdulillah.. syukur, banyak  doa-doa dan ucapan selamat dari sahabat-sahabat melewati laman sosial facebook dan juga SMS.
Merenung kembali perjalanan hidup selama 20 tahun ini, kadang-kadang hati terasa kosong. Apa yang telah aku laburkan untuk dibawa ke sana nanti, satu tempat yang pasti dan makin hari semakin hampir. Kampung abadi..  Pandangan manusia bisa ku tutup dengan segala keindahan dan kepalsuan, namun pandangan Tuhan tidak sekali-kali. Kadang-kadang terlupa pada yang Maha Melihat.
Tersangat rapuh benteng hati ini. Mudah sekali di hancurkan tatkala jauh dari medan perjuangan. Susah benar mendidik hati.. Tak mampu istiqamah..
YA ALLAH, TUHAN PEMILIK HATIKU, TUHAN YANG MAHA MEMUTAR BALIKKAN HATI,TETAPKAN HATI HAMBA-MU INI DI JALAN YANG LURUS.. JALAN YANG ENGKAU REDHAI.. JANGAN KAU PALINGKAN HATI INI SETELAH ENGKAU MEMBERI HIDAYAH..
SENTUHLAH HATI INI DENGAN KESEJUKAN TARBIYAH-MU…LARUTKAN HATI INI DALAM TITISAN AIR MATA TAKUT AKAN-MU.. SELIMUTILAH HATI INI DENGAN CINTA-MU YANG TIADA MENGECEWAKAN..  PEGANGLAH HATI INI SEERAT-ERATNYA…
TOLONG YA ALLAH… JIKA BUKAN ENGKAU YANG MEMAKBULKAN DOA HAMBA SIAPA LAGI YA ALLAH……….AMIN YA RABB…
Dengan meningkatnya usia ini, moga diri lebih matang dalam menilai ujian yang datang menjengah diri.. lebih kuat dan sabar menelan mehnah dan dugaan hidup..
Buat bonda ku yang tercinta, jutaan terima kasih ku ucapkan untuk segala pengorbanan mu untuk mengandung, melahirkan dan membesarkan diri ini.. Tak pernah kenal erti lelah dan penat.. terlalu besar pengorbanan mu untuk kami adik-beradik. Jasa mu tak mampu ku balas… hanya ALLAH sebaik-baik pembalas. Semoga ALLAH merahmati mu ibu.. Buat arwah ayah, moga roh mu sentiasa dicucuri rahmat.. meskipun bersama mu seketika cuma, dan tak  pernah ku mengenal belaian dan kasih seorang ayah, diri mu tetap di hatiku..  moga arwah di samping orang-orang yang soleh.. tanpa kalian berdua tak mungkin ku mengenal erti hidup ini..
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KASIHANILAH KEDUA-DUA IBU BAPA KAMI SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANI KAMI SEJAK KECIL…AMIN..
Ku tetap terus berdoa dan berdoa untuk taman impian itu..  Biarlah terus tersimpan dalam rahsia hati.. sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI untuk setiap aturan-Nya..
Buat sahabat-sahabat yang ku rindui…ku pohon, berjalanlah bersamaku dalam menepuh hidup ni.. berjanjilah untuk terus memimpin tangan ini dalam menyelusuri jalan-jalan ujian..  bimbinglah langkah ku menuju ke destinasi yang di tuju.. tiada upaya ku untuk berjalan sendirian tanpa kalian di sisi..

Tak tertanggung rasa rindu pada taman itu.. tempat hatiku bertemu dengan hati-hati yang dipilih ALLAH.. entahkan ada lagi atau tidak peluang untuk ke taman syurga dunia itu.. WALLAHUA’LAM..

                                Engkaulah sebaik-baik sandaran ya ALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah