" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Saturday, June 25, 2011

Rehlah Mahabbah

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..  Subhanallah.. Alhamdulillah… Allahuakbar..  Selawat dan salam buat penghulu sekalian nabi, nabi Muhammad s.a.w.., keluarga serta para sahabat baginda..

Syukur yang tak terhingga dirafatkan kepada ALLAH  swt kerana mengumpulkan kami dalam sebuah pertemuan semalam.

Tanggal 23 Jun 2011, menjadi saksi kepada reunion kami, ex- student 6 Ros  SKPD 2003. Kira-kira dah      8 tahun kami meninggalkan alam sekolah rendah.. Alhamdulillah, walaupun tak berjaya mengumpulkan kesemua 40 orang, tapi syukur, 11 orang dapat hadir reunion tersebut di  Pantai Teluk Gadung..



Malam sebelumnya ana ingat, tak jadi pergi sebab masalah transport..  tapi alhamdulillah, farah sudi drive… so, menumpang la ana, kembar ana & Syuhada ..^_^…  kalau ALLAH  kata jadi, maka jadilah.. Alhamdulillah.. ada juga rezeki dan jodoh untuk bertemu sahabat-sahabat lama..

Seronok dapat  menikmati panorama di tepi pantai…walaupun tinggal di negeri yang mempunyai pantai-pantai yang indah, ana jarang menjejakkan kaki ke pantai..

Sampai je kat pantai, terus snap gambar.. kaki posing la katakan…^_~

Sahabat lelaki, 3 orang je yang dapat datang… Hadi, Hanis, Rasydan.. Sahabat perempuan yang datang Farah, Fatin Athirah, Fatin Bayirah, Adawiyah,Idayu,Syuhada,Ain & ana sendiri..

Majlis dibuka dengan bacaan doa ringkas oleh Hadi.. lepas tu sesi jamu selera…alhamdulillah, murah rezeki kami.. bak kata astro, macam-macam ada… sambil makan, sambil berkongsi serba sedikit kisah masing-masing..  semua orang di temu ramah oleh Hadi.. nak buat report reunion…he3…just joking..

Lepas makan-makan, kami main kotak beracun..  just suka-suka…ada yang berasap, kena soalan cepu cemas.. =) ..  tak kering gusi..sakit perut, asyik ketawa je.. ana terkena jugak 2 kali..tapi soalan masih di tahap selamat… alhamdulillah..^_~..

Sementara tu dapat jugak 'tazkirah' daripada Hadi mengenai lagu seorang artis tempatan ni.. semua khusyuk mendengar..^_^ Tertarik plak ana dengan lagu tersebut.. mempunyai mesej  lain daripada yang lain. Thats why lagu tu menang..

Then, sesi potong kek reunion.. kiranya 2 in 1 la.. kek ni juga sempena birthday hanis & adawiyah.. tak lupa, sebelum tu nyanyi lagu birthday untuk bakal birthday boy & birthday girl.





thanks untuk farah atas cenderahati...^_^

Makanan banyak tak habis.. tak baik membazir… apa lagi, bungkus la..buat balik rumah masing-masing..

Dah tak sabar nak turun posing kat bawah plak..


Kami-kami yang perempuan ni tinggalkan barang-barang kat wakaf.. yang lelaki tolong jage.. jage ke??? Dieorang duk main game je….he2..  tak baik buruk sangka.. astaghfirullah.. 

at least selamat la barang kami kat sana , sebab mereka duduk kat wakaf tu.. dengan izin ALLAH jua

Dah abih posing, duk sembang-sembang kat bawah pokok sambil menghadap pantai.. alhamdulillah.. nikmatnya angin..best..lame jugak duk berborak..  ntah sampai berapa level budak –budak  kat atas wakaf  sana tu siap main game..



Setiap yang bermula pasti akan berakhir…T_T..

Dah siap berkemas, kami balik… thanks again to farah yang sudi hantar balik…
Insyaallah, andai  ade rezeki, jumpa lagi untuk reunion-reunion akan datang..

Ade yang bergurau, reunion 10 tahun akan datang pasti  lagi meriah.. masing-masing dah berkeluarga.. insyaallah..^_^ amin...

Terima kasih untuk semua sahabat-sahabat yang sudi mewarnai sebahagian dari hari-hariku.. moga kalian berjaya dengan jalan pilihan masing-masing..insyaallah..

Selamat bertebaran mencari ilmu dunia akhirat.. merantaulah ke serata bumi ALLAH..

Ana uhibbukumfillah…

Wallahua’lam..



Tuesday, June 21, 2011

Nowseeheart - Selawat Murah Rezeki



Allahumma solli 'ala saidina muhammad...,

Solatan tuwassi'u biha 'alainal arzaQ...,

wa tuhassinu biha...,

lanal akhlaQ.....,

wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim.......,,

wahai Allah rahmati dan kurniakanlah...

kesejahteraan ats muhammad Rasulullah...

dan selawat yg dpt melapangkan rezeki kami..

dan menjadikan baiknya akhlak kami..

dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya.....

Friday, June 17, 2011

Sayang…. Engkau permata hatiku..

Bismillahirahmanirahim… alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur untuk setiap helaan nafas dan degupan jantung  yang tak  terhitung betapa nikmatnya.. selawat serta salam buat rasul junjungan nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda seluruhnya..

Bingkisan kali ini ana coretkan khas buat buah hati ana yang ana kasihi semuanya..

Wahai  permata hatiku sayang,

Membesarlah kalian sebagai hamba Nya yang soleh dan solehah.. besar harapan ibu saudara mu ini untuk melihat kalian membesar dengan sempurna dan kelak menjadi insan yang berguna buat kedua orang tua kalian.. Bela lah nasib mereka.. Ubahlah jalan yang mereka lalui sekarang kepada jalan yang lebih baik.. bahagiakanlah hati mereka yang siang malam berkorban buat kalian…. Jadilah kalian anak-anak yang bisa membuatkan mereka bahagia di dunia dan yang lagi penting di akhirat sana.. moga kalian mampu menjadi saham buat ibu bapa mu untuk menempah syurga Nya.. Jangan sesekali kalian mengheret mereka ke neraka Nya… Nauzubillahiminzalik..

Buah hati ku semuanya,

Besar impian ibu saudara mu ini agar  kelak kalian mampu menjadi syabab dan fatayat yang mampu berjuang untuk membela nasib ummah dan agama.. bangga lah dengan amanah dan tanggungjawab yang tergalas di atas bahu mu sayang.. ikhlaslah menjalankan tugas sebagai khalifah Nya…  pada bahu kalian lah   terletaknya tangunggujawab untuk membentuk wajah ummah kita kelak..  jadikanlah dirimu sebagai salah satu kuntuman-kuntuman yang menyerikan jalan dakwah dan jalan juang fisabilillah… sungguh, kalian tidak akan rugi..  yakinlah dengan janji-janji ALLAH buat mereka yang bersabar  di jalan Nya.. Sesungguhnya bukan yang lain kita cari, hanya satu matlamat kita, iaitu mardhatillah..        
            
Sayang-sayangku,

Jangan sesekali kau lupa rumput di bumi apabila engkau memandang ke langit.. jangan pernah kau sombong dan angkuh dengan setiap apa yang kau miliki.. ingatlah, sesungguhnya semuanya hanya lah pinjaman yang sementara buat kita dari DIA yang maha berkuasa.. bersyukurlah kalian dengan setiap anugerah Nya.. andai diberi kesenangan,ingatlah, itu ujian.. jika diberi kesusahan, itu juga ujian…  disitulah dikau akan diuji untuk melihat sejauh mana kepatuhan dan ketaatan kepada Nya..

Permata hatiku,

Jadilah kalian hamba  Nya yang berkualiti.. dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung..  jadikan warisan  Rasul kita sebagai pegangan hidup.. jangan sesekali engkau berpaling darinya.. sungguh, Rasul kita telah menjanjikan bahawa sesiapa yang berpegang teguh dengan al-quran dan     as- sunah,  mereka tidak akan sesat selamanya.. berbaiklah sesama saudara.. ingatlah, cubit peha kiri, peha kanan terasa.. itulah hebatnya ukhwah yang diikat dengan kalimah tauhid..

Sayang-sayangku,

Doaku moga kalian berjaya dunia akhirat… sentiasa kuat menghadapi ujian ‘anugerah’ dari ALLAH..  Jadilah anak yang soleh dan solehah.. amin..insyaallah…
Ketahuilah, sesungguhnya kalian amat istimewa… marah bukan kebencian, tapi tanda sayang…  

Catatan istimewa buat putera puteri hatiku :

AZRA,  AZLAN, ABDUL RAHIM, KHAIRUNNISA, MAISARAH, ZANARIAH & AMMAR ZIKRY, AFIQ ZAFRY.

                                                                                         Yang menyayangi kalian,
                                                                              Su Aini

Wallahua’lam..



p/s: Ku titipkan juga coretan  ini buat ‘bakal’ mujahid mujahidah hatiku suatu hari nanti..insyaallah…      

Saturday, June 4, 2011

Sebuah Pengalaman

Bismillahirahmanirahim… segala puji hanya buat ALLAH yang Maha berkuasa ke atas makhluk Nya.. Selawat serta salam juga buat Rasul junjungan nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat baginda.

Alhamdulillah…

Mungkin agak lambat untuk ana mencoret bingkisan pengalaman semasa  pergi kursus Kemahiran Ikhtiar Hidup pada 10 April 2011 lepas.. hajat memang dah lamat nak mencoret, tapi selalu bertangguh..

Biarlah kenangan tu tetap terus ada,mungkin bukan pada ingatan ana suatu masa nanti, (hanya ALLAH yg maha mengetahui, ana hnye berlindung dengan NYA..) tetapi bila ana membuka semula kanvas ini, ada sesuatu untuk ana kenang.. Insyaallah…

Dah hampir 2 bulan semua tu berlalu..Semua tu tersimpan indah dalam lipatan kenangan..

Sebenarnya program ni dianjurkan sebagai memenuhi tugasan untuk kursus CMP 2011 Pengurusan Kokurikulum. Salah satu subjek universiti.

Kumpulan ana diberi tanggungjawab untuk menganjurkan satu aktiviti yang melibatkan Kelab & Persatuan. Objektif yang sebenarnya untuk menyediakan kami semua tentang PENGURUSAN dalam menganjurkan sesuatu program. Untuk kumpulan Sukan dan Permainan, kami berwall climbing dan bagi Unit Beruniform, kami belajar jenis-jenis ikatan tali.. (dijalankan pd minggu yang berbeza..)

Kumpulan kami memilih untuk membuat kursus kemahiran ikhtiar hidup. Kami meminta jasa baik beberapa anggota PALAPES UPSI untuk mengendalikan program kami ni..

Tak dinafikan, perjalanan dan proses sebelum program ni agak berliku, tapi alhamdulillah, tak  la sampai ‘sesat’..^_^ ..Diberi sedikit ujian dan cabaran oleh ALLAH, untuk menguji kesungguhan dan kesabaran kami..Dari sini jugak ana belajar, bukan senang nak menjayakan sesuatu program ni.. ilmu,pengalaman dan kemahiran amat penting..

Banyak sangat kenangan yang bermakna bagi ana..  salah satu fokus program ni ialah masakan…selesai penerangan oleh sarjan Rusydan mengenai ikhtiar hidup untuk memasak ketika di dalam hutan, kami diminta untuk memasak sendiri..

mastin


 Fuhh..Pengalaman yang cukup indah..masak pakai mastin (bekas untk memasak), atas kayu api…. Bukan senang nak hidupkan api, merah mata..api  pun macam hidup segan mati tak mahu…dan akhirnya, kumpulan kami berjaya mnenghidangkan nasi yang ‘agak’ masak, ubi kentang yang tak masak dan kari yang sangat cair  kepada anggota PALAPES untuk diadili…he3..Kumpulan lain juga tampil dengan 'kreativiti' masing-masing. Masakan tu jugak jadi hidangan kami tengah hari tu.. nasib badan..^_^..nak tak nak kami telan je…  alhamdulillah,tu la rezeki kami tengah hari tu.



Ana kesian sangat tengok sorang abang PALAPES tu masa nak rasa masakan yang kami-kami masak,sampai pejam mata..he3,  ‘menikmati‘ masakan kami… tu la hasil masakan  ‘cikgu-cikgu’ TESL…
(bukan tak pandai, tapi kurang pengalaman…^_^)

Dalam masa memberi penerangan, sarjan Rusydan tak lupa mengingatkan kami agar belajar daripada kesusahan hidup. Perlu bersyukur dengan apa jua kurniaan ALLAH..Katanya,

“dalam kita senang, jangan lupa orang yang susah..”

Beliau jugak mengajak kami untuk merasai sedikit kesusahan yang dilalui oleh askar-askar dalam menjaga keselamatan negara.. banyak pengalaman yang beliau kongsikan bersama kami..

Kami juga diajar cara-cara untuk membuat hammock ( not sure about the spelling). Alat pengusung yang digunakan ketika kecemasan ketika di hutan. Kami dilepaskan sendiri untuk mencari dan menebang buluh di kawasan berhampiran.. nasib baik, setiap kumpulan ada wakil lelaki..  alhamdulillah, mudah sikit kerja kami yang perempuan ni.. selepas tu hammock tu di uji kekukuhannnya.wakil-wakil terpilih akan diusung di atas hammock tu..macam-macam ragam…

hammock


Lepas makan tengah hari kami diberi ruang untuk solat zuhur.. ni la pengalaman yang sangat indah bagi ana masa program ni.. berwuduk dengan air sungai yang sangat sejuk..ana dapat solat berjemaah tepi sungai.. alhamdulillah..syukur sangat-sangat.. pengalaman yang ana impi-impikan..

Muslimat solat di sebalik rimbunan pokok renek .Disebabkan baju basah dan berpasir,kami tak pakai telekung solat.. alhamdulillah, baju yang dipakai dah pun menutup aurat.. sahabat ana yang mengimamkan solat..  rasa bahagia sangat dapat menghadap Nya,bertemankan aliran air sungai, sama-sama menyembah diri kepada Nya di atas hamparan pasir dan hanya berlapikkan kain batik.. selama ini hidup selalu dihiasi keselesaan.. sekali sekala merasa kesusahan dapat mengingatkan diri bahawa segala keindahan dan keselesaan hidup juga ujian dari ALLAH.. perlu bersyukur dengan nikmat Nya sentiasa..

Lepas tu, kami dipanggil semula untuk berkumpul.. fokus seterusnya ialah komunikasi.. kami diajar bagaimana untuk mengesan bunyi dan cara-cara untuk berkomunikasi jika dikhuatiri ada musuh di dalam hutan..
Kami juga diajar  cara-cara mengunakan kompas..

Untuk tugasan yang terakhir, kami dilepaskan mengikut kumpulan dan ‘mengembara’ di dalam hutan dan cari jalan keluar sendiri..  agak mencabar, tapi seronok.. kami terpaksa tempuh duri, daki cerun, gelongsor cerun…dan tak lupa juga perjalanan kami di dalam hutan ditemani oleh pacat….GELI SANGAT!!!………

Alhamdulillah.. sampai jugak kami ke destinasi akhir..tapi jalan yang kami ambik tu silap…he3..tapi bukan shortcut…..

Ape-ape pun alhamdulillah dan syukur, semua kumpulan dapat cari jalan keluar, takde yang sesat dalam hutan tu…

Aktiviti kami berakhir awal sedikit dari masa yang dijangkakan.. agak penat, tapi sangat seronok..insyaallah satu pengalaman yang sangat berguna..

Banyak yang nak ana kongsi, tapi tak tahu nak merepek macam mana.. biar lah, ana mohon agar ALLAH sudi beri ana ingatan yang baik, agar ana dapat kenang semua ni sampai bila-bila.. satu pengalaman yang sangat manis untuk dikenang.. saat bersama sahabat-sahabat TESL di Sungai Samak. Mengambil iktibar dari alam ciptaan ALLAH swt…


p/s: Mungkin kadang-kadang permulaan tu terasa pahit dan pedih, tapi manis dipenghujungnya untuk dikenang dan diambil iktibar sebanyak mungkin.. INSYAALLAH..

WALLAHU ’ALAM

Friday, June 3, 2011

'Dia' Kembali Lagi

Bismillahirahmanirahim… dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat serta salam buat rasul junjungan nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabt baginda. Salam kesejahteraan dan kerahmatan buat semua saudara seikatan akidah…

Alhamdulillah…

Menulis lagi pada Jumaat yang penuh barakah ini , bertemankan bacaan ayat-ayat suci al-quran yang dialunkan oleh qari Ziyad Patel dan berselang seli dengan bacaan Sheikh Misyaari .. Masyaallah, sungguh mendamaikan hati yang diseliputi sedikit keresahan 2 3 hari ini..

Alhamdulillah, hari ni juga dah masuk  1 Rejab 1432 H. Insyaallah, 2 bulan lagi bakal bertemu dengan Ramadhan..

Rindunya pada Ramadhan…. Insyaallah,moga ketibaannya pada tahun ini disambut dengan lebih baik daripada tahun lepas.. Moga ALLAH sudi pilih hati-hati kita semua untuk menyerah diri dengan bersungguh-sungguh kepada Nya..  Moga Ramadhan yang bakal tiba nanti juga bakal menjadi satu platform untuk kita mengintai nilai diri yang sebenarnya.. 

Insya-Allah, moga ALLAH beri kekuatan untuk kita bersiap sedia terlebih dahulu di bulan Rejab dan Sya’ban ni… melatih diri dengan ibadat-ibadat sunat semampu mungkin..

Suka ana kongsikan mesej yang di hantar sahabat buat ana semalam:

Doa Rasullullah s.a.w menjelang bulan Rejab,
“ Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkan umur kami sehingga bertemu Ramadhan”

Amin..amin..amin…ya Rabb..

Jadilah hamba pada ALLAH, bukan hamba pada Ramadhan… ana yakin kalian bijak mentafsirkan semua ini…Insyaallah..

Pesanan ini  ana tujukan sungguh-sungguh buat diri ana sendiri yang sering terleka ini…

ALLAH…

Sudilah untuk membimbing langkah kami… Jangan tinggalkan kami sendirian… sedarkan kami daripada terus-terusan dalam kelalaian…

Laaillahailla anta.. subhanakainni kuntum minazzolimin…


"Ya ALLAH, tunjukkan kpd kami yg benar itu tetap benar, dan berikan kami kekuatan untuk melaksanakannya...
tunjukkan kpd kami yg batil itu tetap batil, dan berikan kami kekuatan untk meninggalkannya...."


Subhanakala i'lmalana illa ma a'lamtana innaka anta a'limul hakim...

Wallahua’lam….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah