" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Bismillahi walhamdulillah.. selawat dan salam buat penghulu sekalian nabi, Nabi Muhammad s.a.w.

ALLAHURABBI..

Semakin menghampiri Ramadhan 1432 Hijrah.. Moga diberi kesempatan untuk bertemu dengannya..

~ yang tahu persiapkan diri, yang rindu tak sabar menanti…… ya ALLAH, tolong sampaikan hajatku untuk berpanjangan nafasku hingga ke pengakhiran…~

[sedutan lirik nasyid Rindu Ramadhan-Devotees ]

Insya-Allah, lagi 2 hari bakal bertemu dengan tetamu istimewa..^_^

Menjengah sedikit sejarah Ramadhan.. Ramadhan diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-2 Hijrah.. pada Ramadhan tahun berkenaan juga berlakunya perang Badar yang mana menyaksikan kemenangan tentera Islam.

 Ini membuktikan bahawa Ramadhan bukan alasan untuk kita bermalas-malasan dan bersikap lemah, sebaliknya  bulan untuk membina semangat yang kuat untuk mencari peluang-peluang beribadat.

Antara kehebatan bulan Ramadhan:

-bulan turunnya al-quran(17 ramadhan)
-malam al-qadar (Lailatul Qadar)
-perang badar (17 ramadhan)
-pembukaan kota Mekkah
-dibukakan semua pintu-pintu syurga

Antara waktu mustajab doa bagi orang yang berpuasa:

-Waktu hampir berbuka puasa
-Waktu bersahur
(banyakan berdoa untuk diri sendiri dan saudara-saudara yang lain juga, insya-Allah..)

Insya-Allah, sama-sama kita saling mengingatkan agar sentiasa merebut peluang yang terhampar..
Jom kita pasang azam agar ada guideline untuk Ramadhan kita kali ni..

Check List (amalan-amalan sunat) :

-tahajjud (qiamullail)

-tadarus dan taddabur quran

-sahur

-majlis-majlis ilmu

-sedekah

-solat-solat sunat (dhuha,hajat,taubat)

-hafaz quran

-tarawih



*
*
*
(insya-Allah..perkukuhkan ibadat fardhu dan banyakkan amalan sunat yang lain)
Mohon juga disiplin diri agar kuat untuk mengerjakannya..insyaallah..^_^

Memetik kata-kata ulama' terkenal, Dr. Yusuf Al Qaradhawi:

“ Sesiapa yang menyembah Ramadhan, maka ingatlah bahawa Ramadhan akan berlalu. Tetapi, siapa yang menyembah Allah, maka Ia Maha Kekal Hidup dan tidak akan mati”. 

Beribadatlah semata-mata kerana ALLAH..insyaallah..

Bersempena dengan kedatangan  Ramadhan yang mulia ini juga, ana mohon banyak-banyak kemaafan daripada semua andai ada yang terkurang dan silap dari ana.. asif jiddan..

Akhir kata dari ana, SALAM RAMADHAN buat semua muslimin muslimat, saudara seikatan akidah… moga redha dan rahmat ALLAH bersama kalian…

Wallahua’lam



Tuesday, July 26, 2011

Baktisiswa PERMATA

Bismillahrahmanirahim.. bicara diurai dengan mukadimah mulia..
Selawat dan salam buat rasul terakhir, penghulu sekalian nabi..Muhammad bin Abdullah..kecintaan penduduk bumi dan langit…


Setinggi-tinggi kesyukuran buat Pencipta diri..Pemilik roh dan jasad.. masih lagi dikekalkan 2 nikmat yang terbesar, nikmat IMAN dan ISLAM..alhamdulillah.


3 hari 2 malam di Kampung Che Wan, Kijal Kemaman.. Alhamdulillah..pengalaman yang cukup bermakna.. sekali lagi menghiasi dan mewarnai perjalanan agar lebih matang dalam mengenal erti kehidupan..


22 JULAI 2011


Bertolak dari Dungun lebih kurang pukul 11 pagi..sampai di Kampung Che Wan lebih kurang pkul 12 tengah hari. Alhamdulillah.. kami seramai 40 orang mahasiswa UPSI di bawah PERMATA (Persatuan Mahasiswa Terengganu) disambut dengan baik oleh penduduk kampung. Kedatangan kami dialu-alukan.


Kami dibawa ke salah sebuah rumah penduduk kampung untuk beristirehat dan makan tengah hari, sementara  muslimin ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat.


Selepas selesai solat, kami kembali ke pantai untuk majlis perasmian dan penyerahan keluarga angkat.

 Alhamdulillah, ana mendapat keluarga angkat yang sangat baik.. (ayah,kakak dan adik-adik angkat)

Selesai majlis, kami semua ke rumah keluarga angkat masing-masing.. mula-mula, janggal jugak la ana rase..tak biasa..mana taknya, setiap rumah sorang je anak angkat..Cuma yang bernasib baik dapat lah berdua..


Nak tak nak, cuba biasakan diri.. mak pun dah pesan..kena pandai bawak diri duduk rumah orang.. alhamdulillah..kakak angkat ana, kak nor tak lokek dengan cerita..


Petang, kami turun ke pantai..bestnye rumah tepi pantai… adik-adik angkat ana  mandi-manda..aishh..jealous gitu..^_~..


Nikmatnya..dapat menikmati alam ciptaan ALLAH..sambil-sambil tu duk  taaruf dengan kak nor..

ayah angkat (KU) tak jumpe lagi time tu..hu3..KU nelayan..pi laut..kegiatan utama penduduk kampung ialah bekerja sebagai nelayan..


Lepas solat maghrib , makan malam..kami ke surau.. ada sesi motivasi bersama pelajar asrama sekolah berhampiran..ceramah oleh ustaz Mad..tak kering gusi..penyampaian ceramah yang menarik dan penuh input.. seronok seronok seronok..^_^


Balik  ke rumah lebih kurang pukul 10.30 malam.. baru la ana dapat kenal dengan ayah angkat ana.. ^^..

Yang istimewa tentang penduduk kampung Che Wan ni, hampir semua penduduknya nama ada pangkat Che Wan..dan kalau ikutkan ceritanya, mereka satu kampung tu ada talian saudara..pi mai pi mai tang tu jugak..


23 JULAI 2011


Awal-awal pagi dah duk makan angin tepi pantai…syoknya…nasib baik tak kembung perut je.. ^_^

Lepas semua anak angkat berkumpul, kami bergerak ke surau..gotong royong kat sana.. yang muslimin bersih kawasan luar..potong rumput, kutip sampah.. kami yang muslimat ni setle yang bahagian dalam surau..


Mak-mak angkat gotong-royong memasak di balai raya…nanti anak-anak nak makan..heeee…^_~


Gotong-royong pagi tu disertai jugak oleh kembara bermotosikal pemuda-pemuda dan pejabat kesihatan.


Tengah hari tu,kami makan ramai-ramai..makan bawah pokok kelapa..di tepi pantai..memang berselera.. tersenyum jugak tengok gelagat adik-adik..macam-macam ragam..ye la.. orang dapat kakak & abang baru..^^


Lepas zuhur, kami ziarah beberapa buah rumah penduduk kampung yang terpilih..serahkan sedikit sumbangan dari pihak PERMATA..


Paling lame, singgah rumah tok wan..tok wan banyak kongsi ilmu.. nasihat untuk kami, cucu-cucunya.. tak tertinggal bab-bab pasangan hidup..bling..bling..^_~ ..

seronok la budak-budak ni duk menyakat tok wan..  tok wan pesan:
“ kalau dah ade yang berkenan kat hati, buat la sembahyang istikharah..biar berkat..”



Selasai ziarah,kami pulang untuk solat asar and then berkumpul lagi untuk aktiviti petang..yang penting tepi pantai…hooray!!oppss..alhamdulillah...^^..kate ape???..Alhamdulillah...


Manusia hanya merancang..ALLAH jua lah yang menentukan..


Ikutkan perancangan asal,ada sukaneka untuk anak angkat dan keluarga angkat.. tapi bertukar channel la plak.. tapi still best..
 
Ade sedikit aktiviti untuk adik-adik kecik.. cari gula-gula dalam pasir, tiup belon & buat istana pasir.. paling enjoy, abang-abang angkat la..duk layan adik-adik.. lepas tu mandi-manda…kami-kami yang kakak ni putih mata aje la…hu3..o_O.. main air pun kat tepi-tepi je..T_T..


Untuk malam ade  persembahan..bagi yang sukarela..


Sedikit penyampaian cenderahati dari penduduk kampung untuk anak-anak angkat..alhamdulilllah.. really appreciate it..


24 JULAI 2011


Pagi, ade senam robik.. lepas tu sesi bersama keluarga angkat..sebab petang dah nak balik.. tapi kami duk menikmati keindahan tepi pantai je..ade yang pergi ronda kampung..aktiviti bebas..


Lepas tu sahabat datang ajak naik boat..ronda-ronda kat laut…he2..ape lagi..pucuk dicita ulam mendatang..tak kan nak lepas peluang ni..grab ape je peluang yang datang..^_^


Thanks to pak cik yang sudi bawak kami naik boat.. rindu zaman matrik..kelab mendayung..T_T..

sebab tak ramai, pakai satu boat je.. yang duk meronda kat lain, tak dapat la ikut kami naik boat…hi3..best… takpe2..depa duk cari pengalamn lain..bahagi-bahagi la ye..^_~


Setiap yang bertemu pasti akan berpisah..


Lebih kurang pukul 3 petang, selepas sesi bergambar dan bersalam-salaman,kami bertolak meninggalkan kampung Che Wan.. Sedih nye… insyaallah, ade rezeki, jumpe lagi..tak terlepas, ade yang mengalirkan air mata perpisahan..T_T..


Masing-masing dapat buah tangan dari Kampung Che Wan..yang famous, lemang &ikan bilis… Alhamdulillah..orang memberi kita merasa..^^


Tak sampai sehari berpisah,kakak angkat  dah mesej ana..katanya rindu..hu3..terharunya…ape2 pun kalian kekal dalam doaku..insyaallah..


Semoga ALLAH merahmati mereka semua penduduk kampung dan diberikan rezki yang penuh keberkatan..amin..insyaallah..


Wallahua'lam..




Friday, July 22, 2011

‎"Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya." -saidina abu bakar-

Bismillahirahmanirahim... selawat serta salam buat junjungan besar, nabi Muhammad s.a.w

salam JUMAAT penuh barakah..

bakal meninggalkan teratak hati ini buat beberapa hari... insyaallah, demi baktiku buat saudara-saudara di luar sana..program yang dinanti-nanti selama ni..alhamdulillah..^_^

perkongsian nasihat daripada sahabat fillah:

"....aini prgi berbakti tu anggapkan jalankan tanggungjawab ke ats saudar islam..mereka saudar kita jgk..kat rumah ni aini cuba berbakti kat mak sebaik mungkin sebab nak berpisah untk 3 hari ni...kejap je tu...aini pergi bukan tak ingat..teringat kat mak pun dapat pahala..." -aflah-


ALLAH..
kata-kata daripada seorang sahabat yang meluruhkan mutiara air mata..T_T
terima kasih sahabt..kau sentiasa ada  di saat senyum dan duka ku...

Bukan tak pernah tinggal rumah..padahal dah bertahun-tahun merantau tempat orang,cari ilmu.. kali ni cuma 3 hari..tapi hati sedikit berat sebab mak kurang sihat.. syafakillah mak..

insyaallah..memetik kata-kata penguat semangat ..

"Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya." -saidina abu bakar-


hati kembali tenang...^_^.. Bismillahi tawakal tu 'ala Allah..




p/s: ke program BAKTISISWA PERMATA bersama Komuniti Kampung Che Wan,Kijal, Kemaman Terengganu.. (22-24 JULAI 2011)



Monday, July 18, 2011

Ya ALLAH...aku cemburu...

Bismillahirahmanirahim... selawat serta salam buat Rasul junjungan nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda..


Salam Nisfu Sya'ban  buat semua saudara-saudara seikatan akidah... mesti semua dah rindu nak jumpa tetamu istimewa kan..^_~


Jom doa..


“ Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkan umur kami sehingga bertemu Ramadhan”........amin ya Rabb..


Marhaban Ya Ramadhan....


Pernah rasa cemburu tak??


Cemburu ni satu perasaan yang kadang-kadang datang tanpa kita mintak kan..T_T 


ALLAH...


moga-moga ALLAH sentiasa pelihara hati kita.. cemburu jangan sampai memakan diri....cepat-cepat istighfar..


teringat  pada pesanan seorang ustaz...


" kalau kita cemburu kepada orang lain, cepat-cepat kita doakan orang tersebut...insyaallah, hati kita akan tenang dan redha..para malaikat juga insyaallah akan turut mendoakan kebaikan yang sama untuk kita..."


masyaallah.. indahnya ISLAM kan...


So...lepas ni..sama-sama kita usaha untuk jaga hati kita, untuk kita bawak balik bertemu dengan ALLAH nanti... kita sama-sama doa agar ALLAH kurniakan kita hati yang baik dan hati yang sentiasa hidup...


Ingat!!! kalau datang perasaan cemburu buat apa???


Doakan saudara kita tu...moga ALLAH  kurniakan kebaikan untuk setiap kelebihan atau nikmat yang dia miliki...insyaallah..perasaan cemburu tu akan beransur hilang... dan moga-moga ALLAH mengurniakan kebaikan juga buat kita...insyaallah..


Sama-sama kita praktikkan ye... insyaallah...mujarab..^_^.. lets do it...

Sentiasa doakan saudara-saudara kita.. tak kira la, yang dekat, yang jauh...yang kenal. yang tak kenal...  insyaallah..doa seseorang untuk saudara yang lain tanpa pengetahuan saudaranya itu akan dimakbulkan ALLAH...


Moga kalian sentiasa  berada dalam naungan redha ALLAH...


Wallahua'lam...


Hati yang tenang ialah hati yang sentiasa mengingati ALLAH...
                                                                                                         
                                                                                                  

Friday, July 15, 2011

Merenung Hari Esok

Bismillahirahmanirahim..

SUBHANALLAH ..ALHAMDULILLAH…ALLAHUAKBAR…

Selawat serta salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabat baginda…

Salam sejahtera juga buat para pejuang ad-din ALLAH,  juga buat semua saudara seikatan akidah…

 ALHAMDULILLAH.. Masih diberi ruang dan peluang oleh ALLAH untuk terus meniti hari-hari pinjaman NYA.

Syukur juga untuk 2 nikmat  yang terbesar ,iaitu nimat IMAN dan ISLAM.. Moga terus dikekalkan di dalamnya…

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ apabila seorang anak adam mati, putus lah  amalan nya, kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya ”

(Hadis Sahih –Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Allahurabbi.. entah esok atau lusa giliran diri akan tiba untuk bertemu ILLAHI.. terfikir seketika.. mampu kah amalan selama ni jadi penolong???.. banyak cacat celanya, banyak yang kurangnya.... Bimbang rasanya…

Nak tinggalkan anak yang soleh, takde..(belum masanya..hu3.. T_T)

Takpe-takpe… ALLAH MAHA ADIL kan…^__^

Insya-Allah, bagi yang masih single mingle macam ana ni, jom pakat-pakat kite rebut  2 lagi saham yang dijanjikan seperti hadis kat atas…

Insya-Allah, sama-sama kite sebarkan ilmu yang baik ..

mungkin ilmu kat dada pun masih cetek, tapi kita sama-sama mohon pada ALLAH,  moga yang sedikit itu bermanfaat dan ada berkatnya…

dengan menyedari ilmu masih kurang jugak lah, moga2 kite sentiasa mencari ruang untuk menambah ilmu di dada..  rebut setiap peluang yang ada.. maha luas ilmu ALLAH.. tepuk dada tanya iman..

ilmu itu perlu dicari, bukan untuk dinanti…

yang seterusnya sedekah jariah… tak perlu tunggu harta menggunung untuk bersedekah.. bersedekah la mengikut kemampuan..

selalu pasang niat untuk memberi.. tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah…

ingatlah, kamu tidak akan miskin dengan hanya membelanjakan harta di jalan ALLAH… Bahkan ALLAH akan menggantikan yang lebih baik lagi.. insya-Allah..

yang penting ikhlas… memang susah nak ikhlas..penyakit hati selalu je datang… tapi, insya-Allah kita boleh usaha kan.. doa banyak-banyak agar ALLAH pelihara hati kita..^_^…

sama-sama kite nilai, kita renung.. banyak mana persiapan kite untuk ke kampung akhirat… ALLAH.. takutnya…

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang siapakah orang beriman yang paling  bijak? Lalu dijawab oleh baginda dengan bersabda:

“mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah orang yang paling bijak.”

(Hadis riwayat Ibn Majah)

Dengan mengingati mati, moga-moga kita berusaha untuk sentiasa perbaiki diri kita sebagai hamba NYA.. insya-Allah. Baiki akhlak..Jaga hubungan dengan ALLAH dan hubungan sesama makhluk..

insya-Allah.. sama-sama kita usaha dan baiki kelemahan kita…moga setiap hari yang dilalui lebih baik dari hari -hari yang sebelumnya..

teringat ana pada pesan kapten ana,

“kita memang tak sempurna, tapi tak salah jika kita mengejar kesempurnaan..”

Ana tujukan entry ni sungguh-sungguh buat diri ana  sendiri yang sering leka… moga ALLAH pelihara  diri kita semua dan dikurniakan husnul khatimah…(kesudahan yang baik..)… insya-Allah..

Mohon teguran atas setiap kekhilafan..

WALLAHUA'LAM



p/s:  al-Fatihah buat semua saudara-saudara seikatan akidah yang terlebih dahulu mendahului kita…  moga  ALLAH menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang soleh…. Amin…



Friday, July 8, 2011

Dalam Sujud Cintaku by Halim




Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...

Wednesday, July 6, 2011

Satu Penyatuan

Bismillahirahmanirahim… selawat serta salam buat rasul junjungan,keluarga serta para sahabat baginda nabi Muhammad s.a.w

Bila bergelar sebagai ‘ tunangan ‘ kepada sebuah amanah dan tanggungjawab, diri perlu bersiap sedia untuk berkhidmat  saat diperlukan.. sebelum sah ‘diijabkabul’ kan pada semester akan datang.. sedikit sebanyak ilmu perlu dicari dan dikutip..

Alhamdulillah, mencuri sedikit peluang yang ada untuk menggarap coretan pahit manis sepanjang seminggu mengikuti  KEM PEMANTAPAN  DAN PENGURUSAN ORGANISASI KAB. 

Buat julung kalinya kem yang menggabungkan JMK KAB , RAKAN SURAU & RAKAN PENGGERAK AD-DIN diadakan.

Hanya 8 orang sahabat Rakan Surau yang dapat bersama...3 lagi wakil Rakan Penggerak Ad-Din dan yang selebihnya JMK & RE KAB.

Sahabat-sahabat  RS lain punya komitmen masing-masing...insyaallah moga ad peluang lain untuk bersama..

Alhamdulillah, ana berpeluang mewakili Rakan Surau.

Secara jujur nya dalam kerelaan ada keterpaksaan.. beratnya hati nak tinggalkan rumah..ALLAH je yang tahu… namun demi sebuah amanah, cuba memujuk hati… 

Alhamdulillah, setiap yang ditakdirkan ALLAH pasti tersembunyi hikmahnya yang tersendiri..
Kem  berjalan 3 hari di dalam hutan dan 2 hari di kolej.

1001 kenangan dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang program… Masyaallah… tak tertinggal yang pahit dan manis nya…masam masin melengkapi resepi kehidupan..insyaallah mudah mudahan lebih mematangkan lagi diri dalam terus menilai ujian dan dugaan yang bakal menjengah..

28 Jun 2011, bergerak ke tapak perkhemahan di Hulu Selangor. Pengalaman yang cukup berharga. Kali pertama menaiki truck. Seronok.. mencabar..^_^..melambung-lambung.. perlahan-lahan ikatan ukhwah mula terjalin dengan sahabat-sahabat baru, dengan seringkas  ukiran senyuman..

Sampai di sana, kami diberi masa untuk membina khemah.. selesai urusan memasang khemah  dan membuat  penyidai, kami dipanggil berkumpul dan diberi sedikit  taklimat ringkas. Kami dibahagikan  kepada 6 kumpulan.

Alhamdulillah, ana ditakdirkan dengan sahabat-sahabat baharu, kumpulan 1.  Kami sepakat menamakan kumpulan kami ‘ANTUSIAS’, perkataan sastera.. maksudnya semangat yang berkobar-kobar.

3 hari 2 malam berada di  pinggir hutan, macam-macam aktiviti dan pengalaman yang ditempuh..   insya-Allah semuanya pngalaman yg mewarnai sbhagian drpd jln2 khidupan.. smg brmanfaat dlm mngisi kekosongan dan kedhaifan diri..

Antara kenangan yang dah menggamit kerinduan kat hati ni, sungai..^_^..mandi sungai, minum air sungai, basuh pinggan mangkuk kat sungai, masak tepi sungai, dan sempat jugak sekali solat zuhur tepi sungai.. tak lupa jugak, kena pacat kat sungai…again!!!!




Aktiviti pun tak kurang lasaknya.. explorace… antara check point yg kami kena tempuh:

-meniti atas tali merentasi sungai
-cari batu dalam sungai
-berkawad
-meniarap dalam lumpur
-masuk ‘sarang labah-labah’
- nyanyi lagu nobody
-berpusing sambil menunduk, then lari….hu3…
-bina istana menggunakan bahan-bahan yang kami dapat sepanjang explorace.

Syukur jugak, dalam beraktiviti, kami masih dberi kekuatan untuk solat berjemaah..                           hari-hari kami jugak tak terbiar tanpa makanan rohani.. ada juga sesi tazkirah daripada sahabat-sahabat.. Alhamdulillah..

Sesi riadah hari kedua, kami ‘berperang’ dalam air… round pertama group ana jadi disaster.. kacau group orang lain yang nak penuhkan air dalam tong..he3.. ape lagi,kena tolak la.. tunggang langgang ..tak leh nak salahkan depa coz depa nak defends hak dieorang..

baru ana tahu ,bukan senang nak jatuhkan orang lain..hu3..
so, moral of  the story, jangan kacau orang..;)
Tapi kami mengikut arahan je…^_^..

Pagi last kami berjoging dalam hutan..masyaallaah.. cantiknya ciptaan ALLAH.. panorama yang tenang dan mendamaikan..

Alhamdulillah, selamat  tiba di kolej pada petang khamis.. kami diberi rehat sehari pada Jumaat sebelum program bersambung lagi pada keesokannya..

Program di kolej lebih berbentuk ilmiah..  Kami diberi pendedahan tentang penyediaan kertas kerja,minit mesyuarat, pengurusan kewangan,laporan etc.

Aktiviti pun menarik…seronok3..^_^pendek kata, syukur yang tak terhingga pada ALLAH,sudi pilih ana untuk bersama-sama dalam program ni..

Paling penting dapat eratkan ukhwah kami antara JMK,RE,RPA &RS…alhamdulillah..

Allahurabbi...tdk ad satu pun yg d takdirkan ALLAH itu sia2.. jika direnung, terselit hikmah d stiap yg d tentukan mskipun agk pahit d telan pd permulaannya..... indahnya aturan ALLAH... alhamdulilllah.. pengalaman demi pengalaman dlm mematangkan lg langkah khidupan.. insyaallah...

Walaupun  hati berat sangat nak datang program ni, tapi berat lagi rase bila di akhir program…T_T..

Tak kenal maka tak cinta.. bila dah kenal,rasakan lah penangan ukhwah… ALLAHURABBI..

Insya-Allah, jumpa lagi semester depan.. moga pertemuan ni dapat memantapkan lagi organisasi kita dan menguatkan lagi langkah kita sebagai pemimpin…

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,  ANA UHIBBUKUMFILLAH…….

kenangan bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan


p/s: Missing somebody?hasbi rabbi jallallah..Ma fi qalbi ghairullah..cukuplah doa pngganti lafaz yg trsimpan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah