" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Friday, August 26, 2011

Tetamu Akhir

Bismillahirahmanirahim..selawat dan salam buat Rasul junjungan,Muhammad s.a.w..

JUMAAT terakhir untuk Ramadhan 1432 Hijrah...

Allahurabbi..betapa pantas masa berlalu..tak terasa rupanya hampir sebulan Ramadhan bertamu..

ya ALLAH, ruginya diri ini sekiranya Ramadhan kali ni tak meninggalkan apa-apa kesan dalam diri..

kalbu dijentik  sedikit kesayuan dan kesedihan...kenapa ye???

*mampukah meraih ijazah taqwa dari madrasah Ramadhan tahun ni..?

*berpeluang lagi ke menemui Ramadhan seterusnya..?

*adakah ini Ramadhan terbaik sepanjang nafas dihela di muka bumi ALLAH ini?

*bagaimana 'speed' di 10 malam terakhir?

ALLAH...ALLAH..ALLAH..

" Kurniakan kami kekuatan untuk menghargai  Ramadhan yang masih berbaki..jangan biarkan ia 'lumpuh'  di pengakhiran ya ALLAH..


suburkan semangat dan kecintaan kami seperti mana kerinduan kami menyambutnya pada awalnya..


seandainya ini Ramadhan terakhir buat hamba MU ini..aku bermohon biarlah ia yang terbaik..."


aamiin ya ALLAH....

‎[Allahumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa, Fa’fu ‘Annaa]

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pema’af, Engkau Menyukai Pema’afan, Kerana itu, Berilah ma’af kepada kami”



~26 Ramadhan 1432 Hijrah~



Friday, August 19, 2011

Indahnya Bahasa Syurga

"okay..aini..what is your wish??"


"I wish to learn Arabic Language.."
.
.
.
 "aini..tukaq course la"...


***senyum..tak perlu kate ape-ape....^_^


Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah.. Selawat serta salam buat rasul junjungan nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda..

Menulis lagi pada pagi Jumaat yang barakah..insyallah..

Sambil-sambil online semalam, ana terjumpa satu link  ARABIC DEBATE di You Tube..

Masyaallah..Terpegun..Terpesona..Kagum..walaupun tak faham..^_~..

Seronoknya tengok mereka-mereka pandai berbahasa arab. Bahasa syurga...ya Allah....C.E.M.B.U.R.U

Teringin sangat nak belajar bahasa syurga..lughatul quran...insyaallah,moga-moga ALLAH mudahkan..aamiin..


Disebabkan tak pandai Bahasa Arab juga la,ana hampir menangis dalam satu kelas pengajian agama..^_^.... Diberi nota  fully in Arabic text...macam buta huruf ana rasa...T_T.. Tapi  alhamdulillah..mujurlah syarahnya dalam bahasa Melayu..

Nasib baik akak serumah ana course Bahasa Arab..boleh la tolong translatekan time kuliah tu.....


Alhamdulillah..syukran jazilan untuk seorang akhi yang sudi berkongsi satu link untuk belajar Bahasa Arab....
(boleh download / tengok melalui link yang diberi di ruangan video)

Jazakallah khairan kasira..

insyaallah..moga-moga bermanfaat..



kata nya juga:

"insyaAllah, minat dah ade...tinggal usaha. hasil yang paling nikmat ialah membaca quran dengan memahami bahasa quran."

Allahurabbi...beruntungnya mereka yang pandai Bahasa Arab kan...



insyaallah..hendak seibu daya, tak hendak seribu dalih..^_^

moga diberi kekuatan untuk terus cari dan mencari ilmu ALLAH..masih belum terlambat kan...

"tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.."








p/s: masyaallah..malam ni dah start terawih untuk 10 malam terakhir Ramadhan..maghrib nanti dah masuk fasa  ke-3.. insyaallah,pakat-pakat naikkan speed amal ibadat..


"ya ALLAH..sampaikan hajat kami utk berpanjangan hingga ke pengakhiran.."

WALLAHUA'LAM..

Tuesday, August 16, 2011

Deep in my HEART..



" Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan [yang tepat] kepada Engkau dengan ilmu [yang ada pada]-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu [untuk menyelesaikan urusanku] dengan kudrat-Mu.
Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha tahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
sekadar gambar hiasan

Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.
sekadar gambar hiasan
Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih buruk pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya.."
sekadar gambar hiasan

Monday, August 15, 2011

Aku Hanya Seorang Nisa'

“ya ALLAH..sejuknya kelas,ada ustazah..”

“ustazah ambik course ...............????”

“ustazah,mari la beli kat sini…macam-macam lauk ada..”

“Dari sekolah agama ke?”

“laaa..ingatkan ambik course Bahasa Arab/Pendidikan Islam..”

"anak tok imam ke??"

“macam mana boleh tergerak nak pakai tudung labuh??”

.
.
.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran buat ALLAH, pemilik segala yang ada di langit dan di bumi.. Tuhan yang Maha mentadbir sekalian alam..Maha pemberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..

Termenung sejenak Nisa’..memikirkan betapa pemurah dan penyayangnya ALLAH..Allahurabbi.. terkadang malu rasanya… Terlalu baik ALLAH terhadap dirinya, sedangkan dirinya????..seringkali lalai dari mensyukuri nikmat Nya..

Kadang-kadang mati akal Nisa’ nak berdepan dengan soalan-soalan yang diterimanya.. tiada jawapan yang khusus untuk diberi..

“alhamdulillah…semuanya dengan izin ALLAH..”

Tu lah mungkin jawapan terbaik yang boleh diberi.. kadang-kadang, senyum aje ..^_^

Fitrah manusia, akan sentiasa berhajat kepada kebaikan dan perkara yang terbaik..Nisa' menyimpan impian untuk bertudung labuh sejak dari sekolah menengah lagi..

Setiap kali Nisa’ melihat muslimat yang bertudung labuh,sering kali hatinya cemburu..sedih..sayu.. T_T..

Dan setiap kali melihat muslimat lain bertudung labuh juga, Nisa’ rasa tenang sangat dan sayang  pada mereka walaupun tak kenal..

Hatinya selalu bermohon agar ALLAH pilih juga dirinya untuk bertudung labuh..

ALHAMDULILLAH..

Setiap kali bersama sahabat-sahabat usrah ketika di matrikulasi, Nisa’ rasa betapa kerdil dirinya..ALLAH..jauh beza kalau nak dibandingkan dirinya dengan sahabat yang lain..perasaan rendah diri sentiasa membaluti hati..

Setahun berlalu hidup Nisa’ di matrik..dan syukur sekali lagi kerana ALLAH sudi memilihnya untuk meneruskan pengajian di universiti pilihan hatinya..

Syukur dipanjatkan kepada ALLAH, kerana sudi menempatkan dirinya bersama insan-insan solehah lagi..makin bertambah rindunya untuk bertudung labuh..tapi hati masih lagi tak kuat…

Di akhir semester 1, Nisa’ nekad..

mak..nak beli kain tudung..nak buat tudung labuh”

“nak pakai tudung labuh pulak?”

“tak boleh ke?”

“bukan tak boleh…nantikan buat tak pakai….”

Ya ALLAH..tuhan je yang tahu betapa pedihnya hati saat tu..perbualan di telefon segera di matikan.. bertemankan air mata  Nisa’ hari tu..

“ya ALLAH”

Bagi Nisa’, mungkin tiada rezekinya untuk menyarungkan tudung labuh..cukuplah dengan tudung bidang 60 tu..

Maha Memakbulkan ALLAH..

Dipendekkan cerita.. sebelum pulang ke kampung untuk cuti akhir semester, Nisa’ bertekad dengan azamnya.. 

Dibeli kain untuk buat tudung labuh.. Shopping sakan kat kedai yang kebetulan ada jualan murah  time tu..^_^..sekali lagi, niatnya melabur kerana ALLAH..insyaallah.. berhabis sedikit takpe..

Hati sedikit ragu-ragu..

Mujur ada sahabat solehah yang setia memberi sokongan…

salam..sahabatku..mohon sedikit nasihat.. ana tahu bukan senang nak tempuh jalan yang dipilih..ukhti, ana nak pakai tudung labuh..tudung dah siap pun..tapi kadang-kadang ragu pun ade..rase macam tak selari dengan hakikat diri..macam mana ye?”

“ w’salam..tahniah sahabatku..hatiku teramat bahagia mendengar khabar berita mu itu.. insyaallah ukhti..yakinkan hatimu bahawa bertudung labuh itu bukan untuk sesiapa,tetapi untuk dirimu sebagai jalan mendekatkan diri kepada ALLAH.. sebagai salah satu cara untuk menutup dan menjaga auratmu..ikhlaskan hatimu dan berdoalah semoga diberi ketenangan dan ketabahan dengan hijrah ini..ALLAH itu maha penyayang lagi pengasih..Dia sayang padamu, kerana itu Dia melorongkan hatimu ke jalan ini..yakin dengan kata hati mu,walaupun kadang-kadang akal menghalang mu..semoga diri mu tetap teguh atas hijrah ini..insyaallahh..^_^ and..welcome to the club..motonya aurat kita maruah kita..tanda kasihnya Pencipta kita..^_~..”

Alhamdulillah.. indahnya bersahabat dengan insan soleh..

Semester 2 menyaksikan sedikit perubahan daripada Nisa’.. tiada kata yang mampu dilafazkan ..hanya puji-pujian bagi ALLAH kerana memakbulkan doanya sejak sekian lama..

Bermula dengan tudung bawal,tudung bidang 45, 60 dan alhamdulillah akhirnya termakbul doanya untuk menyarungkan tudung labuh..

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..

Sungguh..nikmat ketenangan memakai tudung labuh sangat luar biasa..terasa diri selamat di balik sehelai kain itu..

Sujud syukur pada Mu ya ALLAH….

“ya ALLAH..ikhlaskan hatiku dengan jalan yang dipilih..sesungguhnya semuanya adalah untuk mencari redha MU..istiqamahkan langkahku ya ALLAH..Sesungguhnya tiada lain yang ku damba..hanya keredhaan Mu agar mengiringiku di dunia dan akhirat.. perelokkanlah akhlak ku jua seiring dengan eloknyanya apa yang terzahir..Tambahkan ilmu ku..kuatkan daku untuk beramal dengannya.. moga ada manfaat yang mampu ku curahkan buat ummah dan agama MU.. buat sahabat-sahabat yang banyak membantu..moga ALLAH membalas yang setimpalnya buat kalian..sesungguhnya Dia lah sebaik-baik Pembalas…”

Meskipun sekarang Nisa’ sudah bertudung labuh, tapi perasaan cemburunya terhadap kesolehan muslimat-muslimat yang lain tetap ada..kerana dia tahu hakikat dirinya yang sebenar..penuh kekurangan..


Bukan datang dari sekolah agama..datang dari keluarga yang biasa.. Teringat kata-kata ustazahnya..:

" kita tak boleh pilih siapa untuk jadi ahli keluarga kita..tapi kita boleh ubah keluarga kita..."

Bukanlah dirinya sempurna..terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki lagi..terlalu lemah dirinya dalam mujahadah..kadang-kadang tewas juga.. tapi  insya-Allah, satu prinsip yang dipegangnya..

 ‘ALLAH tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya yang berhajat kepada kebaikan..’

Tudung labuh bukan untuk ustazah je..bukan untuk pelajar sekolah agama je..tapi menjadi kewajipan untuk wanita islam yang mukallaf untuk menutup auratnya dengan sempurna..

*******Insyaallah, sedikit sebanyak pengalaman  seorang Nisa’..moga menjadi iktibar dan penguat semangat untuk sahabat-sahabat dalam melangkah menuju penghijrahan.

.yakinlah..tiada yang mustahil..andai ALLAH kata jadi, maka jadilah....

p/s: andai dirasakan coretan ini bermanfaat,kutiplah ia sebagai ilmu..jika tidak, buanglah ia jauh-jauh..mohon teguran dan nasihat untuk setiap kekhilafan….

Wallahua'lam..

Wednesday, August 10, 2011

Sanah Helwah..^_^..

Bismillahirahmanirahim... selawat serta salam buat Rasul junjungan nabi Muhammad S.A.W...

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran buat pemilik rasa cinta dan kasih sayang..

Mengambil sedikit kesempatan untuk mencoret sedikit  dedikasi teristimewa buat seorang insan yang bergelar sahabat..

SANAH HELWAH YA UKHTI HABIBATI..!!!


~Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan SAHABATku..
Allah selamakan kamu..~

10 Ogos 2011..Meningkat lagi usia sahabat ku yang dikasihi..menjengah ke usia 20 tahun.. mabruk!!!

Seiring bertambahnya usia  di jalan permusafiran ini, moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku-liku hidup..

makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan.. tanda kasih nya ALLAH..agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan NYA kelak..

semoga di limpahi keberkatan pada setiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pada rezeki dan ilmu..

mohon ALLAH permudahkan segala urusan mu menuju kebaikan..

Sahabat,

sesungguhnya diri ini tiada yang istimewa untuk di hulurkan...hanya doa yang mampu dikirimkan dari kejauhan.. moga dirimu sentiasa di redhai ALLAH...

-jadilah hamba yang solehah buat Pencipta kita
-anak yang solehah buat kedua orang tuamu
-adik yang solehah buat kekanda-kekanda mu
-ibu saudara yang baik dimata anak-anak saudaramu
-sahabat yang setia saat suka duka temanmu
-insan yang bermanfaat buat ummah dan agamamu..
.
.
.
-bakal bidadari penyejuk mata buat mujahid hati...^_~ (one day,insyaallah..)

selamat..selamat semuanya..insyaallah..

TERIMA KASIH...untuk sebuah persahabatan..Tiada yang ditakdirkan ALLAH itu sia-sia.. Insyaallah, banyak yang ku temui dalam tali persaudaraan ini..

hanya ALLAH yang layak menerima pujian..seinfiniti kesyukuran buat pemilik roh dan jasad kerana sudi menganugerahkan seorang SAHABAT seperti mu..ALHAMDULILLAH..

Sahabat,

andai satu masa nanti, tali persahabatan ini di uji, terlebih dahulu ku hulurkan salam kemaafan.. tegurlah diriku yang daif ini..sedarkan aku andai langkahku tersasar..

mohon maaf untuk setiap keterlanjuran,kesilapan,kekurangan dari sahabatmu ini...

semoga ukhwah yang terjalin ini terus kekal mewangi..andai tiada lagi peluang untuk bersua muka di dunia, doaku moga ALLAH masih izinkan untuk kita bertemu di jannah NYA.. insyaallah..

akhir kata..salam sayang salam rindu...dari sahabat, buatmu sahabat ku yang dikasihi...


~Zaitul Aflah Bt Shafii~



Saturday, August 6, 2011

Far-east : Khalifah



(Jom sama-sama telusuri sirah khalifah dunia islam..)


Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com



Abu Bakar As-Siddiq
Umar bin Al-Khattab
Usman Bin Affan
Ali Bin Abi Talib
Khalifah-khalifah dunia Islam


Khalifah pertama Abu Bakar As-Siddiq
Membenar kata nabi sahabat setia
Antara insan pertama memeluk Islam
Disegani pekerti mulia



c/o
Abu Bakar As-Siddiq
Umar bin Al-Khattab
Usman Bin Affan
Ali Bin Abi Talib
Khalifah-khalifah dunia Islam


Khalifah kedua Umar Bin Al-Khattab
Khalifah berani berjiwa mulia
Diberi gelaran Amirul Mukminin
Panglima agung orang mukmin



Khalifah ketiga Usman Bin Affan
Perjanjian Hudaibiyah tanda pengorbanan
Berani dan berbudi taat dan setia
Insan dermawan untuk agama



Khalifah keempat Ali Bin Abi Talib
Sepupu Rasulullah suami Fatimah
Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam
Berilmu tinggi gagah dan berani

*alhamdulillah..dah lama cari nasyid ni..^_^..rezeki ramadhan..

Friday, August 5, 2011

R.I.N.D.U



Bismillahirahmanirahim…. Selawat serta salam buat junjungan nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda seluruhnya.

Melewati 4 Ramadhan 1432 Hijrah.. alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran di atas peluang dan ruang untuk bersama tetamu mulia sekali lagi pada tahun ini…syukur ya ALLAH..

Ya ALLAH…aku rindu..rindu..dan akan terus merindu…

Terlalu rindu hati ini pada sebuah bi’ah (suasana ) yang soleh..

Kembali mengenang coret-coret ketika zaman matrikulasi.. cinta ku banyak tertumpah di bumi KMK (Kolej Matrikulasi Kedah)..

C.I.N.T.A ???…

ya…

C.I.N.T.A

Setiap cebis kenangan ketika di KMK, menjadi kerinduan di hati ni..^_^

Melangkah ke alam matrikulasi, ‘seorang diri’..pertama kali berjauhan daripada kembar… banyak perkara yang perlu diusahakan sendiri, tanpa pendamping setia di sisi..masing-masing dengan haluan kehidupan masing-masing..demi memburu sebuah cita-cita..

Pertama kali juga berjauhan dari kampung halaman, meninggalkan keluarga tercinta.. sebelumnya, dah biasa tinggal di asrama  (5 tahun), tapi dekat dengan rumah dan setiap 2 minggu, balik rumah..

Melewati hari-hari di bumi KMK, seringkali diri bertemankan air mata..betapa lemahnya hati..tak kuatnya jiwa..

Rupa-rupanya ALLAH nak gantikan dengan sesuatu..

Setiap kali sebak bertamu di hati…kaki juga pantas dihayun.. ke mana???

Ke TAMAN SYURGA dunia…

Tempat yang ku rindui kini…MASJID KHULAFAT AR RASYIDIN..

Rinduku padanya bukan hanya pada sebuah jasad konkritnya.. rinduku adalah pada roh ketenangan yang terdapat di dalamnya..


Rindu pada  ketenangan yang terhidang.. air mata banyak tertumpah di sana.. menyaksikan kekerdilan seorang hamba..yang terduduk lemah saat diri  di uji..

ALHAMDULILLAH..bayaran untuk air mata adalah ketenangan yang sangat mendamaikan..membelai tangkai hati…

Setiap kali mengadu pada NYA, diri tak pernah diabaikan.. ayat-ayat cinta NYA memujuk hati…
Terlalu banyak kenangan yang terukir di sana.. ALLAH..

Hati-hati yang tunduk pada Sang Pencipta..hati-hati yang merindui Rabb nya.. Hati-hati yang tulus ikhlas berukhwah hanya kerana Illahi… semuanya ku temui di sana..

* Setiap kali bahu bersentuh bahu dalam saf solat jemaah, satu perasaan yang tak mampu digambarkan betapa indahnya, mula menjengah..

* Saat sama-sama mengaminkan doa ,rasa ada kekuatan yang terhidang..

* Setiap kali tangan berjabat, meskipun tak saling mengenali, seolah - olah ada aliran kemesraan yang meresap ke hati..

ALLAH..

Betapa nikmatnya bersama-sama insan soleh.. meskipun diri tak setanding mereka, tapi moga-moga ada sesuatu yang dapat diraih.. ada mutiara berharga yang dapat dikutip dengan kebersamaan itu..

Rinduku pada taman syurga dunia itu ya ALLAH.. moga ada lagi peluang untuk bersamanya..

Moga-moga  diberi peluang untuk memiliki nikmat itu sentiasa, meskipun di taman-taman syurga dunia yang lain…kerana, aku tidak hanya merindui konkritnya..aku merindui roh kedamaian yang berada di dalamnya..

Masjid Khulafat Ar -Rasyidin- KMK-


"ya ALLAH..kumpulkan kami dengan orang-orang yang soleh.."

Wallahua’lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah