" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, September 28, 2011

Malam Tautan Muhibbah RS

Bismillahirahmanirahim.. selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad s.a.w... setingggi -tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Tuhan yang maha mentadbir perjalanan hidup hambaNYA..

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab


Sungguh..nikmat berada di samping insan-insan soleh sangat indah..mutiara-mutiara ilmu daripada mereka sentiasa mengalir ke hati..alhamdulillah..


LAA ILAHA ILLALLAH..MUHAMMAD  RASULULLAH..

Alhamdulillah..melangkah selangkah ke hadapan di semester baru...secara rasminya telah selamat 'diijabkabulkan'..Bukan lah mudah untuk menggalas sebuah amanah dan tanggungjawab..Kelak akan di soal di akhirat..Tapi..yakin dan pasti..Allah maha tahu apa yang di aturkan buat hamba Nya..


Alhamdulilllah..alhamdulillah..alhamdulillah..


Program sulung Rakan Surau Al-Falah untuk sesi 2011/2012 selesai dijalankan..Majlis sambutan Aidilfitri RS ( MALAM TAUTAN MUHIBBAH)..Objektif utama majlis ni adalah untuk memperkenalkan RS kepada penghuni kolej..


Seminggu sebelum program,kami para exco di pangggil untuk pembahagian  gerak kerja..Exco ana, bersama-sama Exco Dakwah di beri amanah untuk uruskan unit makanan.


Antara pesan pengerusi kami yang sentiasa diingatkan kepada kami:


"dakwah no.1, akademik bukan no.2..akademik no 1,dakwah bukan no.2...jangan jadikan kerja agama ni sebagai fitnah buat diri..kenapa???..jangan sampai akademik merudum,semata-mata kerana buat kerja-kerja RS...jangan abaikan urusan lain"


Syukur juga, ahli-ahli Exco Ekonomi sesi lepas juga turut sama membantu...Sebelum majlis berlangsung, beberapa meeting diadakan untuk membincangkan gerak kerja..


Petang sehari sebelum program, ana dan beberapa sahabat shopping sakan..Beli bahan-bahan untuk masakkan..Keluar selepas Asar,balik selepas Isya'....Sedikit penat..Tapi sentiasa motivasi diri..'kalau kita penat..orang lain lagiii penat..'


Malam nya..kami sama-sama turun ke surau untuk rewang.Dapat banyak ilmu baru..alhamdulillah..belajar buat lemang..^_^..seronok..buat kerja ramai-ramai..


Lebih kurang 2.00 pagi,balik ke bilik..tapi..ada muslimin yang buat kerja sampai 5.00 pagi..masak nasi himpit..Allah..barakallahulakum ya ikhwan..


mutiara nasihat dari pengerusi yang dititiskan buat kami..


"biarlah kita penat,tapi penat yang berbaloi...sebab kita yakin ada ganjaran untuk setiap yang kita lakukan utuk agama Allah..Sentiasa betulkan niat..jangan biarkan kerja kita sia-sia.."


Keesokkannya.. pagi-pagi lagi kami dah ke surau untuk gotong-royong memasak.. Terasa suasana rayanya.. meriah.. ^_^.. yang muslimin sibuk dengan bakar lemangnya, masak-memasak,bakar satey.. Muslimat buat kerja-kerja dapur yang lain..


Dapat lagi banyak pengalaman baru..indahnya ukhwah bila masing-masing saling membantu..tak kira ketua ke, anak buah ke..semua sama..


"dahulukan solat..ape-ape pun..solat tetap yang utama..biar pun tinggal satu je lagi rempah yang nak di masukkan dalam masakan..bile dengar azan, pergi solat dulu.."


Pesanan dari amir (ketua) ana.. insyaallah..moga-moga kuat untuk mengerjakannya..mohon kekuatan dari ALLAH yang maha kuat..


Sambil-sambil kacau air pada petang tu.. amir ana jugak ada bagi sikit tips..


"kacau air,ikut lawan jam..sambil tu baca  Laa haulawala kuwwatailla billahi a'lim hi azim..insyaallah..doa juga moga dapat isteri/suami soleh.."..^_~


***sunat kacau air lawan jam..ambil iktibar dengan pusingan ketika tawaf yang lawan jam..


Majlis bermula selepas solat Isya'..Maha suci ALLAH yang maha mencukupkan.. melihatkan hadirin yang hadir..hati ana dijentik sedikit kebimbangan...huhuhu..bukan ape..bimbang tak cukup makanan..


Tapi tu la kuasa Allah..semuanya alhamdulillah..cukup..mungkin ini juga yang dikatakan ada keberkatan..insyaallah..niat yang baik akan dibantu ALLAH..


Majlis selesai lebih kurang pukul 12 malam..Kemudian sesi post moterm antara AJK..Banyak nasihat yang dapat.. syukur.. ni la nikmat bersama dengan insan soleh.. Alhamdulillah..


Sekali lagi,kami sama-sama gotong-royong kemas ape yang patut...alhamdulillah..malam tu, tidur lena..penat campur lega..program berjalan lancar..^_~.. syukur ya Rabb..


Pagi-pagi lagi ana terima mesej dari amir..


"salam..minta maaf banyak2 kalau sepanjang ana kendalikan unit makanan ada cacat celanya..sesungguhnya manusia itu sering melakukan kesilapan..tetapi bukan dengan ayat ini kita jadikan sandaran.. selagi mampu usaha buat la yang terbaik..syukran semua kerana membantu..Barakallahulakum.."


Allahurabbi..dalam maksud mesejnya..insyaallah..moga-moga meresap ke hati..


Buat sahabat-sahabat ku sayang..Hanya ALLAH yang layak membalas jasa kalian..syukur dikurniakan kalian dalam hidup ini... UHIBBUKUM FILLAH..


insyallah..mohon doa sahabat-sahabat agar  segala program Rakan Surau selepas ni berjalan mengikut yang dirancang..insyaallah..Allah jua lah yang mengetahui apa yang terbaik..


'pilihlah kami ya ALLAH..untuk tetap teguh menjalankan kerja agama..meskipun diri ini bukanlah yang selayaknya, tapi hamba mohon bantuan MU ya ALLAH..meskipun ada atau tiada diri ini, tidaklah memberikan apa-apa kesan, moga-moga ianya tetap dipandang sebagai salah satu usaha hamba untuk meraih redha Mu.. '


Wallahua'lam...

Sunday, September 18, 2011

Lau Kana Bainana

Bismillahi walhamdulillah..selawat serta salam buat Rasul junjungan nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda.


Siapa tak seronok kan kalau orang tersayang ada kat sisi..ALLAHURABBI..^_^..senyum  memanjang kan..


tiap-tiap hari bersama..


Bagaimana pulak kalau insan yang menjadi kecintaan penduduk langit dan bumi ada bersama kita..??? BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W...



ALLAH...tak terbayang nikmat tu.. mampu ke diri yang daif ni berdamping dengan insan seagung baginda...T_T


Malu rasanya..tak mampu nak jadi ummat baginda yang baik..kadang-kadang meletakkan kecintaan terhadap  insan lain melebihi cinta terhadap baginda s.a.w.. astaghfirullah..


Di saat rindu bertamu di hati, adakah insan mulia itu yang mendapat tempat terulung di hati??? ALLAH.. malunya..mohon ALLAH ampunkan..


Malu rasanya ..walhal syafaat baginda yang diharapkan di akhirat kelak..pertolongan baginda yang di damba..


ALLAH..ALLAH..ALLAH..


insyaallah..sama-sama baiki mana yang kurang..betulkan mana yang silap..


meskipun lahirnya kita bukan sezaman dengan Rasulullah s.a.w, moga-moga ada peluang untuk kita bersama baginda di akhirat.. ada ruang untuk menatap wajah baginda.diizinkan untuk minum di telaga al-kauthar...insyaallah


ana berpesan buat diri ana yang daif ni..


Cintailah mereka yang mencintai Rasul.. taati ajaran baginda..kasihi dan amalkan sunnah baginda sedaya mungkin....banyakkan selawat ke atas baginda..dalami ilmu yang bermanfaat..


Sama-sama cari ruang dan peluang untuk menyuburkan cinta kita kepada baginda..

SESUNGGUHNYA CINTA KEPADA RASULULLAH ADALAH CINTA KEPADA ALLAH..



INSYAALLAH..sama-sama meletakkan kecintaan dan kerinduan kita terhadap Baginda Nabi Muhammad s.a.w melebihi cinta  dan rindu kita terhadap makhluk lain..


قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ يُوْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya.

(HR Bukhari dan Muslim)

Jom kita berusaha untuk menjadi insan yang dirindui nabi..SIAPA??

Mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa Baginda namun tetap beriman kepada Allah dan RasulNya. Mereka membaca Quran dan Hadith serta mencintai Nabinya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam.


Allah...indahnya andai dirindui kekasih agung..kekasih ALLAH..





Jangan jadi orang yang bakhil...siapa dia orang yang bakhil???



Daripada Ali bin Abi Talib RA, Nabi SAW bersabda :

Maksudnya"Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku."

[Hadis Riwayat al-Tirmizi]

Lembutkanlah hati untuk menitiskan air mata kita, merindui baginda..


moga-moga hati lebih lagi mencintai ajaran dan sunnah  baginda..insyaallah..


~ANA UHIBBUKA YA RASULULLAH..~


Wallahua'lam..


Tuesday, September 13, 2011

Bismillahirahmanirahim.. Selawat serta salam buat junjugan mulia,nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda..Tak lupa buat hati-hati yang rela di jalan ALLAH..

Alhamdulillah..masuk hari ke-2 kuliah untuk semester 3..syukur..semuanya baik..

Ketibaan  ke UPSI pada subuh 11 September disambut dengan alunan yang sungguh gemersik..ALLAHUAKBAR..moga-moga segemersik tiupan angin rindu untuk sentiasa melabuhkan cinta pada jalan redha Nya..

Syukur juga masih diberi kesempatan untuk solat dibelakang imam,sebelum disolatkan di hadapan imam,..^_^..

Di taman syurga dunia itu..hati-hati tertaut kerana Nya..Allahurabbi..kekalkan kami dalam nikmat itu sentiasa ya Illahi..

Sedikit kecewa dengan beberapa 'berita'..Allahurabbi...apa-apa pun ALLAH knows better right?.. Moga -moga ALLAH bantu.. Sungguh..teringat ana pada bicara seorang hafiz muda:


''memegang ISLAM pada dunia akhir zaman ibarat memegang bara api.."


Mutiara nasihat dari murabbi:

"Allah berhak menguji hambaNYA..dan kita harus menerima.. sesungguhnya.............. itu adalah sebahagian kecil dari usaha yang kita boleh lakukan..masih banyak lagi jalan lain.."



Sungguh..air mata yang di alirkan dalam doa pengharapan kepada Nya adalah penawar yang sangat mujarab.. maha indah nikmat menangis...^_^..(Jangan bazirkan air mata anda untuk yang tak sepatutnya ye..!!! ^_~)

'ya ALLAH..aku rela..Seandainya air mata ini bisa menautkan hati ku dengan Mu..izinkan ia terus mengalir.. Sesungguhnya ia lebih baik dari keringnya air mata di dalam kelalaian..'

mohon doa sahabat-sahabat agar kita semua sentiasa terpilih untuk berada dalam golongan yang 'asing'..


'pilihlah kami ya ALLAH..untuk tetap teguh menjalankan kerja agama..meskipun  diri ini bukanlah yang selayaknya, tapi hamba mohon bantuan MU ya ALLAH..meskipun ada atau tiada diri ini, tidaklah memberikan apa-apa kesan, moga-moga ianya tetap dipandang sebagai salah satu usaha hamba untuk meraih redha Mu.. '


Allahumma aamiin..

Saturday, September 10, 2011

Back to University

Bismillahirahmanirahim… Selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w..,Keluarga serta sahabat baginda..

Alhamdulillah,siap berkemas barang-barang untuk ke medan perang ilmu malam nanti.. insya-Allah,kembali meneruskan jihad menuntut ilmu fisabilillah di medan yang rasmi..

Kalau ikutkan hati, nak extend cuti lagi 4 bulan..^_~..aishh..tak boleh,tak boleh..!!!! ikut kan hati mati..ikutkan nafsu lesu… ikut kan iman ,insya-Allah aman…

Insya-Allah..dalam proses mengumpul semangat dan memujuk hati..   insya-Allah, moga ada keberkatan dalam setiap langkah..betulkan niat..

Pesan mak:
“keluar rumah,niat nok gi belajo..sampai  dinung blajo molek-molek..duk tempat orang,pandai-pandai jage diri..cari kawan biarlah hok molek..”
[version Terengganu]..^_~

Ya ALLAH..

Besarnya harapan seorang ibu untuk anak-anak..sanggup berkorban ape saje.. terharu bila tengok mak sungguh-sungguh untuk diri ni..sakit pun takpe… penat pun rela..T_T..Allahurabbi

‘Ya Allah, kasihanilah kedua-dua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil’
Aamiin..aamiin..aamiin..

***Insya-Allah,sama-sama kita jadikan ni doa wajib kita setiap kali lepas solat dan setiap kali kita teringat kat mereka bila berjauhan..moga-moga kita menjadi anak yang tak lupa pada jasa ayah ibu..

Buat insan-insan tersayang di kampung dan yang jauh di mata….Hanya doa dikirimkan dari kejauhan..moga dalam peliharaan ALLAH sentiasa..

["Aku tinggalkan mereka ALLAH dan Rasul-Nya..”]-Sayyidina Abu Bakar-

Alhamdulillah,mendapat taujihad daripada seorang amir sempena nak mula semester baru ni..

...selamat kembali ke upsi untuk meneruskan jihad dalam perjuangan menyampaikan risalah Islam dan pengajian masing2 untuk semester ini 2011/2012..moga dipermudahkanNYA segala urusan...insyaAllah..Kuliah nombor 1, dakwah bukan no.2..Dakwah no.1, kuliah bukan no.2”

Insya-Allah..moga-moga hati lebih terpujuk bila memikirkan tanggungjawab yang bakal tergalas di semester baru.. moga ALLAH mudahkan segala-galanya..

Sahabat-sahabat seperjuangan.. jom pakat-pakat setting niat..segalanya lillahita’ala.. tuntut ilmu kerana ALLAH..untuk manfaat ummah..insyaallah demi ISLAM.. moga setiap langkah kita di kira ibadah..

Sedikit perkongsian..Kalau-kalau rasa susah, banyak-banyak baca surah al-insyirah… sama-sama hayati maksud ayat:
“... sesungguhnya, bersama kesulitan itu ada kemudahan…”

ALLAHUAKBAR..ni janji ALLAH.. tak kan kita nak curiga lagi kan..baik sangka dengan Allah..Jaga hubungan dengan ALLAH dan sesama makhluk..insyaallah, Allah akan bantu kita hamba Nya ..YAKIN..YAKIN..YAKIN..^_^..

NEW SEMESTER :chance to change
NEW TARGET : achive better
NEW HEART : always be closed to ALLAH
.
.
.
Tersenyum time kemas barang, bila mak kata:

“Sesetengah orang ‘cari’ time blajar..kalau nak ‘cari’, biarlah yang baik…..”..ehem-ehem..^_~.. lampu hijau ni..he2…
Astaghfirullah…setting niat..setting niat…!!!..^_^..

Insyaallah,doakan kejayaan bersama..dunia akhirat..


~SELAMAT KEMBALI MENERUSKAN PERJUANGAN.. BIARLAH MELANGKAH KE MEDAN ILMU DENGAN HATI YANG TENANG,DENGAN SEMANGAT YANG BARU..BIAR PERMULAAN SEMESTER BARU NI DENGAN PENUH KEBERKATAN.. AGAR AKHIRNYA KESEJUKAN...~

Wallahua’lam..

Friday, September 2, 2011

Selamat..selamat..selamat..

Bismillahirahmanirahim....setinggi-tinggi puji dan syukur buat pemilik nyawa dan jasad...Masih dikurniakan nikmat hidup dan kesihatan..Seinfiniti kesyukuran di atas nikmat Iman dan Islam .. Alhamdulillah ya Rabb..

Selawat serta salam buat kecintaan penduduk langit dan bumi, nabi Muhammad s.a.w..

Jumaat..4 Syawal 1432 H.. Masih lagi dalam mood Syawal..^_^.. Salam lebaran buat semua.. TaqabbalaAllahu minna wa minkum,semoga diterima amalan ibadah kami dan kamu.. 


KULLU A'MIN WA ANTUM BIKHAIR..Semoga kalian dikurniakan kebaikan sepanjang tahun...Insyaallah.


Semalam menerima khabar gembira..Sahabat ana selamat melahirkan puteri sulungnya.. Alhamdulillah.. seronoknya..Congrate young mama..^_^.. Semoga menjadi ibu yang mithali..Buat 'insan baru' aunty doakan semoga menjadi anak yang solehah dan hambaNYA yang bertaqwa..


Barakallahulakuma wa baraka a'laikuma..wa jama'a bainakuma fi khair... Ana ucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang mendirikan masjid Syawal ni..Tumpang bahagia..^_^.. Insyaallah, ana bakal menyusul..^_~ Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga..insyaallah, aamiin..


Syukur..Semalam juga menyasikan pertemuan dua keluarga.. semoga silaturahim yang di bina 
berkekalan..Insyaallah... Keluarga angkat ana dari Kampung Che Wan datang beraya..Seronoknya..


Alhamdulillah..


Tak putus-putus  nikmat dari ALLAH Syawal ni..syukur...


Detik berlalu.. dah semakin menghampiri 10 September.. Kejapnya.. pejam celik dah 4 bulan 'tanam anggur ' kat rumah..Dah sampai masa untuk kembali berjuang di medan ilmu..


Moga semuanya dengan semangat baru..Masih meloading semangat dan motivasi..he2..traffic bergerak perlahan...@_@..


Apa-apa pun ,moga ALLAH kasih, moga ALLAH redha..itu yang penting dalam hidup ni..Mardhatillah..


Tak lupa juga buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang bakal mendaftar di universiti-universiti, selamat melangkah ke alam baru.. Semoga berjaya dengan jalan hidup yang dipilih..Insyaallah..


Buat yang bakal menduduki PMR, SPM, STPM, STAM dll, bittaufiq wannajah..Semoga ALLAH permudahkan segalanya..Moga dikurniakan kejayaan yang bermanfaat buat diri,keluarga, bangsa,negara dan ISLAM..


Buat insan yang jauh ana doakan moga semuanya selamat di sana.. Hanya doa pengganti diri..Pengubat rindu..


Akhirnya, 'PENDIDIK MUSLIMAH' doakan semua yang sedang membaca ni dalam keadaan  baik-baik..Tak kira yang dekat, yang jauh,yang kenal, yang tak kenal... 


Moga ALLAH redha dengan kalian...


Ana juga dengan penuh rendah diri menyusun kemaafan untuk setiap kekurangan dan kelemahan catatan-catatan Nisa'3..




Salam sayang..Salam ukhwah....


Wallahua'lam..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah