" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Monday, November 28, 2011

Kerana Nya Kita bertemu dan berpisah

Bismillahirahmanirahim.. Selawat serta salam buat rasul junjungan nabi Muhammad s.a.w , keluarga serta para sahabat baginda..

Syukur kepada ALLAH yang maha mentadbir..maha perancang dan maha penentu segala-galanya.. Alhamdulillah..Maha hebat aturan ALLAH

2 hari ALLAH hadirkan insan-insan yang istimewa untuk berada dekat di sisi..  Petang terakhir tahun 1432 H,  jemput saudara kembar dan seorang sahabat yang cukup istimewa di hati  ni di stesen KTM Tanjung Malim. Alhamdulillah..hanya ALLAH yang tahu perasaan saat bertemu mata dengan sahabat yang lama di rindui..Rindu terubat..^_^

Malam awal Muharam kami dihidangkan dengan kuliah maghrib di surau al Falah.. Merenung dan menilai balik perjalanan selama ini.. Allah.. masih banyak yang cacat..Malu pada Mu ya Rabbi..

Syukur, pagi keesokkannya, Allah sudi pilih kami lagi untuk berada dalam salah satu taman-taman syurga di dunia. Kedua-dua slot Pengajian Pondok Universiti pada pagi Ahad tu berkisar mengenai fiqh  munakahat..^^..

Subhanallah..sambutan yang baik dari mahasiswa dan mahasiswi UPSI..Insyaallah..persediaan awal  sebelum membina baitul  muslim idaman..

Antara bait-bait mutiara ilmu yang  tercatat:

"..dalam keseronokan, ada tanggunggjawab.."

" RAHSIAkan pertunangan.."


"..perkahwinan mesti bermatlamatkan redha ALLAH.."


"menantu yang baik,ialah menantu yang mampu membentuk keluarganya untuk ke syurga ALLAH.."


"3 golongan yang pasti mendapat bantuan ALLAH :
-mujahid fi sabililllah
-orang yang berusaha untuk membayar hutang
-seseorang yang BERKAHWIN kerana Allah.."


"Kahwinilah wanita yang:
-mudah urusan perkahwinannya
-sederhana maharnya
-inginkan zuriat yang ramai.."

Alhamdulillah.. antara perkongsian ilmu dari ustaz..Jawapan dari ustaz untuk salah satu soalan yang diajukan, membuatkan diri hampir mengalirkan air mata.. Allahurabbi..insyaallah..Allah maha memahami hambaNYA.^^

*****

Insan-insan  yang datang dalam hidup kita adalah milik ALLAH..mereka juga brjalan mengikut aturan ALLAH.. dan setiap yg bertemu pasti akan berpisah...


Moga-moga perpisahan itu, perpisahan yang Allah redhai..Andai tak di dunia, insyaallah  moga-moga ALLAH izinkan kita untuk bertemu lagi di akhirat ..

Air mata tersangat murah untuk perpisahan kali ni.. Tangan kedua-dua insan yang istimewa di hati ini, ana genggam erat..Bait-bait nasihat yang sempat ana bisikkan buat bekalan saat kejauhan..

"jaga dhuha, jage sedekah, banyakkan dengar dan bace quran untuk kuatkan hati..usahakan qiamulail.. yakin, ALLAH akn bantu orang yg fisabillillah..betulkan niat..insyaallah... jaga hubungan dengan ALLAH dan sesama manusia.."


Dalam menasihati orang lain, sebenarnya kata-kata tu ditujukan sungguh-sungguh untuk diri sendiri.. Insyaallah..moga sama-sama kuat untuk bermusafir mencari redha ALLAH..


"..ya ALLAH, kuatkan hati-hati kami.. biarlah pertemuan dan perpisahan ini hanyalah kerana MU..moga stiap air mata yang d alirkan juga krn MU..."


~ANA UHIBBUKUM JIDDAN..INSYAALLAH..FILLAH..~
Wallahu'alam..

Monday, November 21, 2011

Ku punya DIA

Bismillahirahmanirahim.. Segala puji hanya layak di pulangkan pada ALLAH, pemilik roh dan jasad.. Selawat serta salam buat  kecintaan penduduk langit dan bumi, baginda Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda..


Alhamdulillah..


Syukur untuk setiap perjalanan yang di atur oleh Allah..Sangat nikmat penat di jalan Allah.. indah sibuk untuk Allah...




Alhamdulillah... Seharian di 'taman syurga' dunia untuk program bersama anak-anak halaqah.. Moga-moga Allah berkati semuanya..insyaallah..


Moga-moga mutiara ilmu yang ditimba terus mengalir dan juga bermanfaat buat insan-insan lain.. sebagai saham akhirat..insyaallah..


Semuanya bercampur baur..Rindu..excited..berdebar....Pengalaman pertama untuk lead  sahabat-sahabat halaqah..Syukur..Allah mudahkan segalanya..Alhamdulillah..



Semakin jauh permusafiran di bumi ALLAH, semakin bertambah amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas..Moga-moga dapat menyedarkan diri tentang hakikat kejadian seorang insan.. Bukan singgah untuk 'berbulan madu' di dunia.. 


Memang.. kadang-kadang, diri terduduk, lemah.. Allahu rabbi.. ampunkan hamba..


Tapi, syukur dalam kekalutan, Allah sudi kirimkan hamba-hamba NYA yang soleh untuk memujuk hati.. Untuk berkongsi semangat..






Yakin dan pasti..janji Allah itu maha benar..


"...Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu..."  [surah Muhammad:ayat 7]


Insyaallah..Allah maha tahu..^_^..


Apa lah sangat kesusahan diri ni, berbanding orang lain.. Ujian mereka jauh lebih hebat..


Peringatan yang sentiasa meniti di bibir seorang sahabat..


"..sentiasa perbetulkan niat..terima tanggungjawab dengan lapang dada.. baru tak rasa stress untuk buat gerak kerja.."


Insyaallah..


"hanya pada Engkau kami sembah..dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan..."
 [al-fatihah: ayat 5]


Wallahua'alam...


catatan,  
hamba hina

Saturday, November 19, 2011

Kecil pada mereka, BESAR bagiku...

Allah..
rindu itu bertamu lagi..
pada sehelai kain
Setiap kali mata  terpandang
tak mampu nak di ungkap suara hati..


Rabbi..
ku yakin..
rindu ni pasti kau ganjari
tapi redha Mu lebih ku cari..

Allah..
izinkan mutiara itu renyai sayu
dalam sujud panjang
dalam bait-bait doa penuh pengharapan
agar sentiasa lapang hati ini
untuk ku bawa pulang pada Mu nanti..

ku yakin 
pada Mu ya Illahi..
andai tercatat begitu jalan hidup ku kelak
pasti!!!
saat itu kan ku milki...

amin..amin..amin..



"HIJAB IS MY CHOICE"


Tuesday, November 15, 2011

Sharing is Caring

Insyaallah..sedikit perkongsian dari seorang sahabat..
[copy&paste]

TIPS STUDY
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..
 .............................................................


Jadi, selamat beramal. Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)

Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran. Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

***insyaallah..amal & sampaikan..kongsikan ilmu ALLAH.. saham akhirat..^_~

Wallahua'lam...

Friday, November 11, 2011

Sentuhlah HATI nya

Bismillahirahmanirahim... Selawat serta salam buat junjungan besar, nabi Muhammad s.a.w..,keluarga dan para sahabat baginda..

Alhamdulillah..syukur, masih di beri ruang dan peluang oleh ALLAH untuk terus menulis.. Meskipun hanyalah coretan biasa seorang hamba, moga-moga tetap mendapat pandangan dari ALLAH,sebagai salah satu usaha untuk mencari redha NYA..

Bagi yang merasakan setiap tulisan di blog ni ada manfaatnya, silakan untuk kutip ianya sebagai ilmu.. berkongsi ilmu ALLAH..tetapi andainya dirasakan setiap yang dicatatkan hanyalah bait-bait kata yang sia-sia, tinggallah.. kemaafan di hulur dari  diri ana yang daif..

Syukur, selamat tiba di bumi Tanjung Malim setelah lebih kurang 3 jam setengah di dalam KTM. Bertolak dari UKM lebih kurang pukul 8.30 pagi.. Syukur, bermusafir ke bumi murabbi pada hari Jumaat yang berkat,insyaallah..

Hari ni pengalaman yang kedua  menaiki KTM..Pertama kali pada minggu lepas, dari Kuang ke UKM.. Alhamdulillah..syukur, ada sahabat yang sudi tunjuk ajar..dari A sampai Z..Barakallahufik ya ukhti..


Syukur..selamat sampai ke destinasi walaupun seorang diri.. TAPI... pada hakikatnya ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA.. insyaallah..^^

Sedikit perkongsian dan ibrah (pengajaran) dari permusafiran ana.. Banyak ragam manusia yang ana jumpa sepanjang perjalanan. Insyaallah, tapi satu yang  buat ana terfikir..

Perjalanan dari Kuang ke UKM pada minggu lepas.. alhamdulillah.. Melangkah ke dalam lady coach komuter.. Lengang, tak ramai penumpang, dan ana dapat tempat duduk.. Komuter bergerak ke stesen yang seterusnya.. Makin ramai penumpang.. Keadaan makin sesak ditambah dengan penumpang yang terpaksa berdiri.

Sampai di stesen yang ke berapa entah, ana lupa...Masuk seorang mak cik.. Dengan keadaan marah-marah.. Beliau di himpit.. Keadaan sangat sesak.. Ana yang duduk pun tersepit..Sesak nafas rasanya..^^

Mak cik tadi masih lagi nampak marah.. Bila sampai ke stesen seterusnya, ada penumpang yang turun..tapi yang naik lagi ramai..hu3..

"mak cik, mak cik nak duduk?"


"takpe ke dik?"


"takpela..mak cik duduk la.."

Dah ambik tempat duduk..mak cik start berbual.. Agak ramah..bercerita tanpa di soal..^^..
Sangat baik layanannya pada ana..

Sampai di stesen UKM, ana minta diri dari mak cik tu..Tiba-tiba, mak cik hulurkan tangan untuk bersalam..
Terdetik di hati ana..

'ya ALLAH..malunya..orang yang lebih tua hulurkan tangan dulu..emm..ana yang sepatutnya mulakan..'

Tapi..takpela..ambil sebagai pengajaran..insyaallah..

Semoga mak cik tu tak marah-marah lagi..sentiasa sabar ye mak cik...^_^..

***apa yang nak ana highlightkan kat sini sebenarnya.. kalau kita nak memenangi seseorang, terlebih dahulu SENTUHLAH HATINYA..Dakwah melalui contoh perbuatan itu kadang-kadang lebih berkesan..

Kaitkan dengan kehidupan diluar..Tak dinafikan, manusia tak semuanya sefikrah dengan kita..Macam-macam ragam..macam-macam perangai.. Andai lihat mereka yang berbuat maksiat, jangan terus dimaki hamun.. tegur dengan hikmah..

Teringat pada pesanan seorang pensyarah:

"..apa-apa pun,pegang hati nya dulu..barulah dia mudah nak ikut apa yang kita nasihatkan..."

Gunakan kelembutan ,bukan kekerasan.. Bencilah maksiat yang dilakukan..bukan kepada pelakunya.. INGAT..kita tak tahu nasib kita masa akan datang..ALLAH maha memutar balikkan hati.Jangan sampai menghina dan mengaibkan,bimbang kita turut melakukan perkara yang sama akan datang..nauzubillahiminzalik..


Sentiasa yakin dengan kuasa doa..DOA,DOA, dan terus BERDOA buat mad'u atau sesiapa sahaja.. insyaallah.. Jadilah insan yang pemurah dengan doa untuk saudara yang lain..lagi baik, doa tanpa pengetahuannya.... ..^_^


"...berfikirlah seperti orang yang akan mati, bercakaplah seperti orang yang akan mati dan bertindaklah seperti orang yang akan mati.."

~MATI ITU PASTI~

Wallahua'lam..

Thursday, November 10, 2011

Pasti merindui

Bismillahirahmanirahim... Syukur dipanjatkan pada Rabb yang memiliki diri ini.. Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda seluruhnya..

Kalungan doa buat saudara-saudara seakidah, para pejuang agama ALLAH, tak lupa buat insan yang ku sayang dan akan terus menyayangi..

Alhamdulillah..melewati Zulhijah..Sejenak berpaling mengintai sirah pengorbanan nabi ALLAH..Hebatnya kuasa cinta..Kerana cinta dan taat pada Rabb nya, seorang hamba rela menyembelih anak sendiri. Begitu kisah yang terakam dalam kallamullah..Pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail..ALLAHURABBI..

***

Syukur yang tak terhingga buat ALLAH yang maha baik..maha mengetahui, maha memahami hajat hamba NYA..subhanallah..tak terucap syukur ku ya Rabbi..

Rindu ku pada 'nya' sudah berbalas.. meskipun sekejap cuma..tapi cukup bermakna.. doa ku moga ALLAH akan izinkan diriku dan diri-diri mereka yang turut merindui untuk terus istiqomah dan kuat bersama 'nya'..insyaallah..

Alhamdulillah..Aidil adha tahun ni lain sikit...^_^..Beraya di rumah mak mertua abang di Shah Alam.. Jumpa dengan orang baru, buah hati pengarang jantung yang comel.. Muhammad Afiq Zafry.

Sebelum ke rumah abang di Shah Alam,'transit' semalaman di UKM,Bangi.. ^_~..Met my twin sister.

Banyak hikmah ALLAH takdirkan ana ke UKM.. tapi ada satu yang sangaaat ana syukuri.. ALHAMDULILLAH..

Maha suci ALLAH yang mengatur segalanya... Dengan izin ALLAH, kali ni ana nekad dengan keputusan,yakin dengan gerak hati..Allah jua yang memudahkan segalanya..


ALLAH juga maha mengetahui, apa yang ada di sebalik sekeping hati yang hina ini..moga-moga ALLAH redha..insyaallah..

Bicara tentang nya dengan seorang sahabat yang berkongsi rindu yang sama..ALLAH.. Masing-masing mati kata..tak terucap rindu dan keinginan yang mendalam.. Moga-moga rindu ini berbalas..

"..insyaallah..moga-moga rindu ni rindu yang diredhai..moga rindumu di balas ganjaran yang selayaknya.."



Meskipun ianya hanya lah secebis kain yang melindungi wajah..Hanya ALLAH yang maha tahu perasaan saat menyarungkannya..subhanallah..


Insyaallah..hati ini akan merindui dan terus merindui..sehelai kain itu...T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah