" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Friday, December 30, 2011

Menanti Jawapan Rindu


~ بسم الله الرحمن الرحيم ~


Andai itu kata bonda,
Anakanda akur..
Andai itu pandangan bonda,
Anakanda hormati..

Bicara hati ini,
Hanya Tuhan yang tahu..
Ku redha dengan penantian ni,
Kerana yakin, penantian itu satu ujian..

Yakin..
Penantian ini akan terjawab..
Ku harap izin 'si dia' nanti
Redha dengan hasrat si sayap kiri..

Takkan pernah ku kuburkan
Rinduku pada 'nya'..
Hanya kain kecil.
Tapi besar maknanya..

Pada Mu Rabbi..
Ku mohon ampun,
Di atas kekhilafan yang lepas..
Bertindak tanpa ilmu,
Tanpa restu bonda..

Moga masih ada peluang
Buat hati tenang dan lapang....

Redha Allah itu terletak pada redhanya Bonda..


~KU PASRAH JAWAPAN RINDUKU HANYA PADA MU YA ILLAHI..~

Monday, December 26, 2011

Bukan pilihan,tapi KEWAJIPAN..

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah..nikmat ALLAH tak putus-putus untuk hambaNya yang dhaif ni..

'Allah..Allah..Allah ...Ya Allah..'

Subhanallah..tenangnya irama zikir menyapa gegendang telinga.. Moga terus meresap ke hati..Insyaallah..

Ya ALLAH..

Terubat kegusaran hati..Masyaallah.. kasih sayang Allah sentiasa mengatasi kemurkaan Nya.. Baiknya Allah..

'jalan ni bukan dibentangkan karpet merah..tapi jalan yang penuh duri.'

Kata-kata yang sering kali menyapa diri.. Kadang-kadang takut untuk melangkah.. Betapa kerdilnya diri bila berada disamping mereka-mereka yang hebat..Malu..segan..

'We are the best motivator for ourselves'


Insyaallah.. cuba untuk memujuk hati.. Sentiasa ingat nasihat dan semangat dari sahabat-sahabat seperjuangan..


"alhamdulillah.. Allah pilih kita untuk jalan ni.. Hakikatnya ia bukanlah pilihan..tapi kewajipan bagi kita.. Kita ni mata-mata rantai penerus perjuangan Nabi..Kalau nak kira layak, siapa yang layak..??? Nobody perfect.. Insyaallah, dalam kita jalankan kerja agama, insyaallah..pada masa yang sama, kita usaha untuk baiki diri sendiri.."

Susah macam mana pun, kena kuat, sebab semua ni sementara. Tak boleh mengalah SEBELUM melangkah..Kenapa nak takut?? Ni jalan yang Allah redha..Ana ada sahabat-sahabat yang baik..Insyaallah.. Doa dan pengharapan pada ALLAH sumber kekuatan yang sebenar..

Mohon ALLAH kuatkan hati, kerana setiap kata-kata yang diungkapkan pasti akan di uji.. Insyaallah.. Sentiasa yakin dengan janji-janji Allah yang maha benar..


Antara ayat-ayat cinta Allah yang sentiasa memotivasikan diri ana:


-surah al-Insyirah, ayat 6    [94:6]
-surah Muhammad, ayat 7  [47:7]
-surah at-Taubah, ayat 111  [9:111]

Apa yang penting sentiasa jaga niat.. Insyaallah, jika redha ALLAH yang kita cari, itu yang akan kita dapat..

Biarlah sumbangan ini tak seberapa, atau mungkin sedikit sahaja..Tak setanding perit jerih perjuangan para nabi dan sahabat,tapi moga-moga ia tetap dipandang ALLAH sebagai usaha untuk meraih redha NYA..

"Ditarbiyyah untuk mentarbiyah.."

'SEIMBANG DUNIA & AKHIRAT'..Insyaallah..

Wallahua'alm..

Friday, December 23, 2011

Setiap hati pasti di uji

Bismillah walhamdulillah..

Melewati hari-hari terakhir di semester tiga.. Keexcitedan mengatasi rasa sedih..^_^.. Kenapa sedih?? Sedih sebab bakal melepaskan kenangan yang mematangkan  lagi langkah hidup.. Alhamdulillah.. Banyak pengajaran dan iktibar dapat dalam sem 3 di UPSI..

Pengalaman di kampus, di kolej dan dalam organisasi Rakan Surau..

Syukur...Semua assignments dah beres..alhamdulillah...Cuma tinggal lagi test Bahasa Arab Komunikasi 1 esok.. Insyaallah, moga dapat buat yang terbaik.. Ana uhibbu lughatul arabiyah..^_^

Hanya ALLAH yang tahu rindunya nak balik..Tak sabar.. Nak je rase terbang ke Dungun.. Beberapa hari lepas, called mak..

"mak..nak balik.."


"tak lama dah..kejap je lagi.."


"emm..lambat lagi..macam setahun je rase.."


"kenapa suara lain..?"


"selsema.."

Padahal, hakikatnya mutiara jernih yang lebat mengalir..^_~..Sungguh..rindu yang teramat sangat.. Insyaallah.. Rindu ni istimewa buat usrati tercinta..

Insyaallah, selagi 'imam baitul muslim' ku belum tiba, kasih dan rindu ini hanya buat keluarga tersayang..Keutamaan ku terhadap mereka melebihi yang lain.. Pemilik-pemilik cinta ku setelah ALLAH dan Rasul..

Sebut pasal baitul muslim, beberapa kali soalan cepu cemas di ajukan..^_^.. Memang mencemaskan...

Kerana sebentuk cincin kah???..Sungguh, ianya hanya sebentuk cincin dari insan istimewa bergelar bonda buat anakandanya.. Bukan dari zauj kepada zaujahnya.. Tapi insyaallah..bakal menyusul..^_^

"..akak ,ada berapa tahun lagi..?"


"2 tahun setengah.."


"lame lagi tu kak..tapi akak dah kahwin kan?..senang hati..syukur lah kak.."


"kahwin???"


"bukan ke akak dah kahwin atau bertunang..?"


"belum lagi dik...."




Takpe la..terima dengan hati yang terbuka..Anggap sebagai doa.. Sentiasa mengaminkan doa-doa yang baik.. Insyaallah, moga ALLAH cepat makbulkan..^_^..

Setiap hati pasti di uji.. Yang berilmu, di uji dengan ilmunya, yang faham di uji dengan kefahamannya..
Insyaallah..sama-sama doa agar ALLAH sentiasa betulkan niat kita..Di tetapkan hati di jalan NYA.. Kerana tiada lain matlamat hidup seorang muslim, iaitu hanya lah untuk meraih redha Tuhannya, ALLAH s.w.t..

"..ya ALLAH..aku cemburu pada mereka yang soleh.."

p/s:  hanya coretan kosong..maaf, andai ada yang kurang senang..

Wednesday, December 21, 2011

Nikmat air mata

Bismillah..

Alhamdulillah.. terima kasih ya ALLAH atas nikmat air mata ni.. moga dengan derasnya alirannya, sederas itu jugalah ia membasuh keresahan dan kegelapan hati ni..

Bila hati rasa berat, cuba usahakan juga untuk menangis.. Bukan kerana 'manja'...tetapi, tanda lemahnya hamba di hadapan Sang Pencipta..

Saat air mata mengalir di pipi, sepantas tu juga hati rasa sejuk.. Seolah-olah semua beban di bawa pergi bersama..

Cuma..jangan jadikan air mata tu sia-sia.. Jadikan aliran air mata tu berpahala.. Moga ia mengalir kerana ALLAH.. Memikirkan hina nya diri di hadapan ALLAH.. Banyaknya maksiat terhadap ALLAH.. Takut pada murka ALLAH..

Doa agar ALLAH, tidak tinggalkan kita sendirian dalam mentadbir diri sendiri.. Moga setiap langkah kita mendapat bimbingannya..Insyaallah...

"..ya ALLAH...Jangan Kau tarik nikmat menangis untuk Mu.. Sungguh, ia sangat manis bagi ku.. Menangis dan mengadu pada MU... Pandanglah hamba yang dhaif ini dengan pandangan rahmat MU..."


‎~mengalirlah air mata mukmin, atau air mata hatinya bila mengingati Tuhannya.. malu hati mukmin bila mengenangkan Rahim & Rahman Tuhannya..remuk redam hatinya bila teringat Qahar dan Jabbar Nya...resah gelisah jiwanya melakukan dosa..sedih hati nya lalai dgn Tuhannya..

kalau bukan kerana kewajipan,tentu ingin bersendirian, membawa diri berkelana dgn Tuhan..itulah hati MUKMIN..~

[PETIKAN LIRIK NASYID]

Thursday, December 15, 2011

Yang pergi takkan berganti lagi

Bismillahirahmanirahim..selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w..


Cik hati,,kenapa ni?? tak sihat ke???jom kita cari penawar..


Merayap-rayap di you tube..Cari alunan-alunan penyejuk hati.. Bicara cinta dari Kekasih hati.. Alhamdulillah.. hati dibelai lembut dengan ayat-ayat ALLAH..

Jari terus-terusan menekan butang play..Telinga tanpa jemu mendengar alunan merdu hafiz soleh..

ALLAH..

Mutiara jernih mula berlagu hiba.. Hati berbicara rindu..Rindu pada insan yang jauh.. Bukan hanya jauh pada pandangan mata kasar..tapi jauh antara 2 alam..






"..ya ALLAH.. meskipun kami terpisah dengan panggilan ajal Mu yang terlebih dahulu  menjemput beliau, izinkan hamba terus berbakti buatnya.. Izinkan hamba terus mengirimkan doa dan sedekah pahala amal kebajikan ku buat arwah...

Hanya Engkau Maha tahu Ya ALLAH.. Rindu ini pada insan yang bergelar ayah.. Ingin sekali ku dengar bicara nasihat seorang ayah . Bimbingan dan nasihat seorang wali.. Tapi ku yakin ya RABBI.. Perpisahan ini bukan untuk membebankan hamba, tapi  untuk Kau beri apa yang terbaik mengikut ilmu MU..

ya ALLAH.. kumpulkan kami di syurga Mu.."


al-Fatihah buat arwah..moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh..

Ayah..meskipun bersama mu hanya seketika, insyaallah.. setiap helaan nafas dan denyut nadi ku , akan ku usahakan untuk ku jadikan sedekah dan saham kebahagian mu dalam pengembaraan di alam sana..

~ana uhibbuka ya abi..~

Sunday, December 11, 2011

Hijrah itu manis

Bismillahirahmanirahim.. selawat serta salam buat junjungan besar, nabi Muhammad s.a.w.. keluarga serta para sahabat baginda yang mulia..

2.48 a.m... cik Aini..tak tidur lagi???

Emm.. mata masih segar bugar.. kalau ada assignment..awal-awal dah tumbang...heeee~

Insyaallah, ambil peluang ni untuk menggarap sedikit apa yang tersimpan di hati..

Alhamdulillah..masih lagi berada dalam bulan Muharam..Bulan yang sangat sinonim dengan hijrah.. Kuliah-kuliah agama pun banyak yang berkisar tentang hijrah..

Bukanlah tujuan ana nak bagi ceramah maal hijrah kat sini..^_~.. Tapi, insyaalllah, ingin kongsikan sedikit apa yang berbunga di taman hati..ceewaah..ayat jiwang di pagi nan hening...

Alhamdulillah..berkat bulan Muharam.. Ramai insan-insan sekeliling yang ana tengok menzahirkan hijrah mereka.. mungkin bukan secara direct, tapi syukur ya Rabb.. Insyaallah..moga-moga Allah kuatkan mereka untuk terus istiqomah.. Ana tumpang gembira.. Bahagia..

Hijrah itu cukup manis.. Syukur, ALLAH sudi pilih diri ini untuk merasa sedikit tempiasnya.. Bukanlah ana menyatakan bahawa ana orang yang berhijrah 360 darjah,..Tidak.. Ana masih 'tempang' dalam melangkah.. Allahurabbi..Bagaimana nilai diri ni di hadapan ALLAH..T_T

Cuma, saat Allah pilih diri untuk merasai secebis nikmat tu, ana  nak semua insan-insan yang ana sayang merasai perkara yang sama.. Bila ada sahabat yang menyatakan hasrat untuk sebuah hijrah, Masyaallah., Alhamdulillah...Doa ku panjatkan buat Rabbi, agar kuatkan langkah mereka untuk teruskan langkah..

Insyaallah..sedikit perkongsian dari tazkirah maghrib di surau tadi..

~jangan ragu untuk menuju perkara yang lbih baik..insyaallah, ALLAH ada untuk bersama kita..~


1)segerakan untuk buat kebaikan


2)segerakan untuk tinggal sumber maksiat


3)dekati surau/masjid


4)mempersaudarakan diri dengan orang yang baik


5)mengajak orang lain untuk sama berhijrah


Insyaallah..buat sahabat-sahabat yang di pilih oleh ALLAH dan dibukakan pintu hati untuk berhijrah kepada yang lebih baik, bersegeralah.. Jangan bertangguh..Kerana andai dilepaskan peluang yang terbentang, bimbang tiada yang kedua..Nauzubillahiminzalik..

Sambil 'merayap-rayap' di internet, banyak jumpa artikel dan blog pasal tudung labuh dan niqob.. Allah..cair hati..Hati ni pernah menangis..pernah merindui sehelai tudung labuh,yang alhamdulillah.. ALLAH izinkan untuk ana sarungkan sekarang...


Sujud syukur ku atas segala cinta Mu ya ALLAH..

Sesungguhnya diri ini inginkan perkara yang baik, lebih baik dan terbaik.. Mudahkan ya Illahi..



"Ya ALLAH.. jadikan lah daku dan sahabiah-sahabiah ku sebagai muslimah yang Engkau redhai.."

~allahumma amin..~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah