" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Monday, January 30, 2012

Kita hari ini, adalah MEREKA akan datang

Bismillah...

Ya Allah.. Tak putus-putus rahmat Mu untuk hamba yang hina lagi dhaif ini..Alhamdulillah..

Malu rasanya untuk terus menggores bicara dakwah, kerana jari-jemari yang menaip ini bukanlah yang bersih dari dosa. Hati yang membisikkan kalam ini, bukanlah hati yang putih bersih.

Tuhan... Dosaku menggunung tinggi..Namun rahmat Mu melangit luas..


"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka"  
-Imam al-Syafi'i-


Insyaallah. Meskipun diri ini bukanlah insan yang sunyi dari dosa, tapi jauh di sudut hati, iman ku berbisik, RINDU untuk berkongsi sesuatu yang baik walaupun sedikit.

Terasa seperti batu besar yang menghempap ke atas kepala saat melihat anak-anak muda Melayu ISLAM yang batas pergaulannya entah ke mana. Seolah-olah tidak ada yang pernah mengingatkan soal aurat. Terpekik terlolong. Hiburan katanya.

Sedih. Inilah para pemuda yang bakal mencorak masa depan negara. Inilah golongan yang bakal bersama generasi akan datang.

Bukan niat untuk menunding jari kepada sesiapa, kerana inilah tanggungjawab semua.

Terfikir, bagaimana nasib generasi ku akan datang. Sungguh, hati ini cukup rindu untuk melihat Islam itu mekar dalam jiwa muslim itu sendiri.

So????

Langkah yang paling awal ialah bermula dari DIRI SENDIRI.

Alhamdulillah. Hari ni berpeluang sekali lagi untuk bergelar 'baby sitter' untuk beberapa jam.^_^..Terlepas rindu pada budak-budak. Suka tengok budak-budak. Telatah yang buat diri sentiasa rasa nak senyum.Mereka sangat jujur. Hati bersih.


Apa yang bakal dicorak untuk bakal permata hati kelak? Jawapannya dah tentu acuan ISLAM kan.. Tapi semua tu mesti dengan ilmu. Mana mungkin ketam yang jalannya senget nak ajar anaknya berjalan lurus. Sekali lagi, back to our own self. Diri sendiri


Insyaallah, kalau nak lahirkan  generasi kebangaan ummah, kena lah didik diri sendiri dulu. Jaga akhlak, agar bakal generasi kita turut terdidik. Siapkan diri dengan ilmu.Insyaallah.


Tak awal sangat ke nak fikir semua tu??? Belajar pun baru tahun dua kat U. Umur pun tak secara rasmi lagi masuk 21 tahun..Haiishhh.. Jauh sangat la angan-angan tu...


Oppsss..Kejap..kejap.. Jom kita intai sirah insan-insan hebat.. Pernah seseorang menanyakan pada ayah imam hebat, Imam Abu Hanifah. Bagaimana beliau mendidik anaknya, sehingga berjaya melahirkan tokoh yang hebat. Apa jawab ayah beliau?


"Aku mendidik anakku 40 tahun sebelum beliau dilahirkan"


Faham kan? Alhamdulillah..^_^..Tak faham, jangan malu-malu.Tanya lah ye..


Insyaallah. Sama-sama fikir.Sama-sama renung..Impian kita:


Individu Muslim -> Keluarga Muslim -> Masyarakat Muslim -> Negara Islam -> Empayar Islam




Wahai diri..Jom!!! Mulakan dengan dirimu..

Friday, January 13, 2012

~HaLaQaH CiNta~

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Bicara apa lagi yang mampu kami ungkapkan ya ALLAH, tanda syukur pada Mu.. Seinfiniti kesyukuran hanya layak dipulangkan pada Rabb yang memiliki segala-galanya..

Jumaat yang barakah..Insyaallah.. Selawat serta salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat..

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi mengukir warna-warna indah dalam mencorakkan permusafiran hidup ini..Syukur..Allah temukan diri ini dengan kalian..

13 Januari 2012.. Allah masih sudi pinjamkan kami nikmat yang sangat indah.. Bertemu dan berpisah hati-hati ini kerana Nya..Insyaallah.. Sahabat... Moga kita di beri naungan di bawah perlindungan arasy Nya di akhirat nanti..Insyaallah...

Lebih kurang 10.00 pagi bertolak ke Hulu Selangor..Ke Kalumpang.... Apa yang special dengan Kalumpang???

Ada sungai..Bila dah ada sungai, mandi manda la jawab nya......weeeee..^_^

Alhamdulillah..Allah juga izinkan, cuaca baik hari ni.. tak hujan.. Terasa rahmat Allah sangat-sangat dekat.. Subhanallah..Tenang..Damai.. Cantiknya alam hamparan dari Allah.. Masyaallah..

Tempat pun strategik..Takde orang.. Alhamdulillah rezeki..^_^... Bebas untuk tuan puteri-tuan puteri 'beraktiviti'..

Sampai-sampai, sarapan dulu.. alas perut sebelum meneruskan 'misi' di dalam air..  Awal-awal agak 'sombong' untuk menyentuh air..Kononnya tak nak mandi.. Sekali dah masuk.. terus lupa daratan.. Hargai nikmat Allah..^_^

Alhamdulillah..sempena perpisahan untuk semester 3 ni, masing-masing dipaksa rela untuk beri kata-kata perpisahan ( Ya ALLAH.. Biarlah perpisahan ini,perpisahan yang Engkau redhai..).. Insyaallah..hanya perpisahan yang sementara..

Lama dalam sungai, masa untuk makan..^_^..Saat yang ditunggu-tunggu.. Makan dalam talam.. Alhamdulillah, menghidupkan sunnah di hari Jumaat yang mulia..Insyaallah.. Terima kasih untuk ukhti yang sudi sponsor mee goreng..Alhamdulillah..

Makan atas batuan besar sambil kaki berendam dalam air..Sejukkkk...

Dah makan..meneruskan 'misi' lagi..Sambung main air.. Ya Allah..Tak tahu nak gambar macam mana..Zikir,nasyid..nyanyi dalam air.. Manisnya ukhwah..Alhamdulillah..

Terketar-ketar bibir saat mengalunkan Asma ul-Husna..

Main air sampai cramp kaki..Kepada insan berkenaan..Jangan terlampau aktif lagi ye..^_^..Excited.. Buat 'jurulatih-jurulatih' renang yang gigih,,kami masih lagi tak pandai-pandai ni.. Macam mana??? Nampak nya kena buat trip lain ni..^_~..Insyaallah.. next time ye..

Adat alam..setiap yang bermula pasti akan berakhir.. Lebih kurang pukul 3 petang..Kemas-kemas tempat picnic dan balik..

Penat..tapi alhamdulillah..S.E.R.O.N.O.K...^_^


Duhai alam..
Khabarkan pada sahabat-sahabat ku ini.. 
Aku sangat sayang pada mereka.. 
Moga masing-masing sentiasa dalam redha ALLAH..

Duhai angin..
Bisikkan pada hati sahabat-sahabatku..
Aku bertuah memiliki mereka..
Aku beruntung mengenali mereka..

Duhai air yang mengalir..
Dinginnya aliran mu mendamaikan..
Tapi, kesejukan sentuhan ukhwah
dari sahabat-sahabatku lebih indah..

Buat sahabat-sahabatku sayang, terima kasih..terima kasih..terima kasih untuk segala-galanya.. Tak terluah semuanya..Biarlah Allah sahaja yang menghitung kebaikan kalian.. Biarlah Allah sahaja yang menilai keikhlasan kalian..

Maaf untuk kekhilafan dari insan yang dhaif ini.. Banyak melukai kalian, tapi kerana kebaikanmu, masih setia bersabar di sisi.. Subhanallah..Baiknya sahabat..

Andai tali persahabatan ini di uji, terlebih dahulu ku berpesan.. Tegurlah..Ingatkan diri ini dengan janji yang sering di lontarkan.." UHIBBUKI FILLAH.."

Sahabat..sungguh.tiada yang istimewa yang mampu ku hulurkan buat kalian..Hanya doa yang mampu dihadiahkan, tanda kalian sentiasa di hati..<3

***Selamat sampai ke destinasi masing-masing..Semoga cuti kali ni lebih baik dari cuti-cuti yang lepas.. Insyaallah, panjang umur kita warnai lagi semester 4..Insyaallah..^_^..



~Jom, kita berpimpin tangan ke syurga Allah..~

Cik Hatiku Sayang

Bismillahirahmanirahim...Selawat dan salam buat penghulu sekalian nabi, baginda Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah..Jumaat yang berkat, insyaallah..mudah-mudahan diterima segala amalan..

Nampaknya Cik Hati tak sihat malam ni.. Kenapa ye?? Mungkin lalai sikit dalam pengambilan 'ubat'.. Tak ikut dos  & time yang betul ni...!!!

Sebelum parah..jom jom , cari 'pain killer'..

Allahurabbi....Kau pemilik hati hamba..Syukur atas nikmat pendengaranku saat ini.. Tenangnya saat alunan kalamullah oleh qari Ziyad Patel menyapa lembut gegendang telinga.. Thank you Allah..

Kenapa ye, seolah-olah ada yang belum settle ni..Ye...ada.. R.I.N.DU...

Cik Hati..kuat ye..jangan macam ni.. Allah kan ada.. kejap je..sabar ye...  Kita kan dah janji.. Kita nak taat pada ALLAH.. Kita kan dah berazam nak tunduk pada ayat-ayat Allah.. Cik hati dah lupa???

Allah dah tegur kita kan hari tu.. Ingat tak, masa tu kita baca ayat-ayat cinta Allah..Kita renung tafsir dia..Cik hati ingat kan??? Alhamdulillah..^_^..Cube Cik Hati ulang balik, apa yang Allah firmankan dalam surat cinta tu..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)

[Surah At-Taubah : Ayat 24]

Okay..Sekarang Cik Hati dengar pulak ye.. Biar ana  ulang balik lagi satu ayat.. Firman Allah yang bermaksud :

"....Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya....."


[Surah Al-Thalaq : Ayat 3]


Sekarang ni Cik Hati ragu lagi ke??? Ni kan janji ALLAH.. Sungguh, janji Allah itu Maha Benar.. Masyaallah.. Insyaallah, kalau kita yakin dengan Allah.. Allah pun akan bantu kita..Pokok pangkal nya, kena yakin dengan ALLAH..


Takpe la Cik Hati..Kita doa banyak-banyak ye.. Moga Allah ganjari rindu kita ni.. Insyaallah..kita rebut redha Allah..Kita ni cuma hamba kan..? Jadi, apa-apa pun, kita kena ingat, dari Dia kita datang..dan pada Dia juga kita akan kembali.. So, kita kena la prepare yang terbaik sebelum kita balik pada Dia nanti..


Sebut pasal mati, Cik Hati tak rase apa-apa ke? Rase berdebar kan..? Ya ALLAH.. Takutnya.. Malu pun ada pada Allah.. Hari-hari duk menumpang nikmat Allah, tapi kita tak buat yang terbaik pun untuk Allah.. Malunya... Astaghfirullah..


Cik Hati..Jangan la sedih lagi.. Kalau nak menangis pun, menangis dan mengadu pada ALLAH ye..Sebab Tuhan kita romantik sangat kan..Selalu pujuk kita dengan ayat-ayat cinta Dia..^_^.. Alhamdulillah..Baiknya Allah..


Insyaallah..Cik Hati kena janji..Jadi hamba yang taat ye..Sebab nanti kat akhirat, kita nak persembahkan yang terbaik pada Allah.. Kita takut, kalau di humban ke neraka.. Nauzubillah..tak boleh bayang.. SELAMA-LAMANYA... Ngeri kan...Tak nak..tak nak..!!! Jom.jom.. Kita usaha jadi hamba yang baik..Kita buru redha ALLAH..


Lepas ni, sentiasa ambil 'ubat' ikut peraturan yang betul tau.. Nanti sakit lagi..Kita tak nak Cik Hati sakit.. Kita sayang Cik Hati, sebab Allah amanahkan untuk kita jaga Cik Hati dengan sebaik mungkin..Kita tak nak Cik Hati mati..Nanti kita nak jawab apa dengan Allah.. Takut...T_T


Kita doakan agar Cik Hati sentiasa tenang, sentiasa segar dan tak goyah.. Tetap di jalan Allah.. Kalau sesekali di tiup badai tu, biasa la..Cik Hati kena la kuat.. Banyakkan sabar dan ingat ALLAH.. Jangan tewas.. Sebab Allah sedang test tu..Ingat!!! Allah sedang TEST...


Okay la Cik Hati.. Malam dah tua ni..^_~.. Jom zikir dan selawat dulu.. 


~SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR.. ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..~


Alhamdulillah..Terima kasih Cik Hati..Sudi bantu kita top-up pahala... ^_^




~Sayanggggggg Cik Hati..<3<3<3~







Thursday, January 12, 2012

Muhasabah Diri

[COPY PASTE]


Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yan
g menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad
Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Created by : IY
Sma2 muhasabah Diri .. Wahai sekalian Manusia

End of The Semester 3

Bismillahirahmanirahim.. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda. Untaian doa buat para pejuang agama Allah, keluarga dan insan-insan yang dicintai semuanya.

Tiada kalimah yang mampu dilantunkan tanda syukur melainkan kalimah agung yang memuji keagungan Nya.. Alhamdulillah..

Cepatnya masa berlari..Meninggalkan insan-insan yang dalam kelalaian..alpa dan leka dengan dunia. Tak terasa akhirat semakin hampir untuk ditemui. Allah..Allah..Allah.. Ampunkan hamba..

Pejam celik rupa-rupanya dah  lebih kurang 4 bulan ana posted entry ni:

'BACK TO UNIVERSITY'

Kejap je kan...

Alhamdulillah..Selesai jawab exam untuk paper terakhir untuk semester 3. Time to go home..^_^.. Insyaallah lagi seminggu nak bertemu mata dengan pemilik cintaku selepas Allah & Rasul..Insyaallah..kalau Allah panjangkan umur..

Sementara tunggu sahabat selesai exam semalam, sorang pak cik driver bas bertegur sapa..

" temenung jauh dik..soalan exam susah ke?"

"alhamdulillah..boleh jawab,pak cik" ...ungkirkan senyuman,meraikan pak cik tersebut..

"dah tu kenapa? teringat kat ........... ke?"

"takde la pak cik..." senyum lagi.. ( dalam hati, entah lah pak cik..saya pun tak tahu apa yang saya menungkan..^_~)


Pak cik ambik posisi yang agak jauh dari  ana. Ana mula 'disoal siasat'. Cuba sedaya upaya menjawab soalan dengan hikmah dan menjaga hati orang tua. Bimbang ada yang terguris, walaupun ade sesetengah bual yang dilontarkannya ana tak setuju. Berkaitan dengan isu semasa yang hangat sekarang ni.. Kalau tuan hamba bijak laksana bulan, cuba la teka..^_~


Yang baik ambil sebagai pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.. Ye idok??^_^

"Belajar lah rajin-rajin..Ingat mak ayah kat kampung.. Jage maruah mereka.. nanti jaga mak ayah.. Ingat, ilmu tu penting..............."


Alhamdulillah..Nasihat yang ikhlas dari seorang insan yang juga bergelar ayah..Yang mempunyai anak juga.. Insyaallah.. Terima kasih pak cik..

Difikir-fikir balik..Ya ALLAH..Anak yang macam mane la ana ni buat mak ayah..  Mampu ke nak jadi saham kebahagian buat mak dan arwah ayah???..Allahurabbi..

~ya ALLAH, kau kasihanilah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihi ku semenjak kecil...~

*****Insyaallah,cuti ni ade misi..USTAZ VS TEACHER...^_~..Buah tangan kedua  selepas SEHIJAU KASIH...(pernah publish S.K di blog, tapi di removed)

Friday, January 6, 2012

Pada MU ku bersandar

Allah..Allah..Allah ya Allah...


Subhanallah..


Alhamdulillah..


Allahuakbar..


Masyaallah..


Astaghfirullah..


~ya RAHMAN..syukur, kerana pemurahnya Engkau..hamba masih bernafas..


~ya RAHIM..syukur..dengan kasih sayang Mu, hamba merasai manisnya nikmat Iman dan Islam..


~ya MUHAIMIN..pelihara dan awasilah hati ini..


~ya GHAFFAR..ampunkan dosa-dosa yang menghijab hatiku..


~ya QAHHAR.. tentukanlah sebaik-baik jalan hidup buat hamba..


~ya SAMI'..ku tahu, Kau mendengar bisikan rindu ku..


~ya KHABIR..Engkau maha tahu rahsia kotak hati ku..


~ya MUKADDIM..segerakan urusan kebaikan ku..


~ya WAJID..temukan ku dengan pemilik hati yang baik.. temukan aku dengan pemilik cinta yang Engkau  redhai..


~ya SABUR..sabarkan hamba dalam penantian yang panjang ini..


ALLAH..peliharalah diriku dan dirinya




                             .::ya MUJIB..perkenankanlah doa hamba ..Allahumma amin::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah