" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Sunday, February 26, 2012

Ana uhibbuka


Bismillahirahmanirahim.. Selawat dan salam buat junjungan besar, baginda Muhammad s.a.w..

Sekalung doa dan al-fatihah buat insan jauh yang dirindui…Tersangat jauh.. Sayu hati, saat teringat pada arwah.  Mungkin mutiara jernih mampu menterjemah perasaan saat ni. Berlagu syahdu bersama alunan suci al-quran.

26 Februari 2012. Genap  16 tahun arwah ayah kembali ke rahmatullah. 16 tahun….

‘Ayah..  anak kecil yang dulu  tak mengerti apa itu kehilangan, kini sudah  kenal apa itu erti rindu…
Dulu anak kecil yang hanya tahu mengikut mereka-mereka ke perkuburan, kini sudah tahu pengakhiran hidup di dunia ialah kematian..
Kalau dulu, anak yang ketika itu berusia 5 tahun, kini sudah berusia 21 tahun…’

Sepanjang 16 tahun , pada bahu mak lah anakanda menumpang kasih ibu, juga kasih ayah. Anakanda tahu. Ujian ini bukan untuk membebankan. Tapi terselit  seribu rahmat dari Allah yang mungkin tak tercapai dek ilmu hamba Nya. 

Masih terbayang di mata, ciuman terakhir buat arwah sebelum berpisah. Masa tu arwah sakit. Kak Long bawa pergi ziarah arwah. Satu-satunya kenangan bersama arwah yang ana ingat. Alhamdulillah, Allah sudi pinjamkan memori tu sampai sekarang. Insyaallah.. Moga kekal di ingatan sampai bila-bila.

Tak pernah kenal erti kasih seorang ayah. Tak pernah dengar nasihat dan tegurannya.  Tapi, Ayah tetap insan yang baik, mendapat tempat yang istimewa di hati ini.

Cuba mengintai sirah baginda nabi Muhammad s.a.w.. Ujiannya jauh lebih hebat. Bergelar yatim piatu seawal usia 6 tahun..  Tidak pernah mengenal ayahandanya. Bersama bonda nya Siti Aminah hanya seketika. Didikan dari Allah, agar si Kekasih mengadu dan berharap hanya pada Nya, bukan pada manusia.

Selayaknya anakanda bersyukur, walaupun Allah menjemput si ayah terlebih dahulu, masih sudi di dihadiahkan seorang ibu yang sanggup berkorban apa sahaja untuk si anak.

Ana tahu, bukan bingkisan ini yang diharapkan oleh arwah. Bukan deraian air mata yang dinantikan arwah di sana. Hanya doa dan sedekah pahala kebajikan yang diharapkan untuk dialirkan buatnya.

Tapi kalam ini, sebagai tanda anakanda tersangat rindu pada mu ayah..  Hanya doa yang mampu dikirimkan. Moga-moga Allah terima sebagai saham kebajikan buat mu ayah.

Doa anakanda agar Allah sudi kumpulkan kita di syurga Nya kelak. 

“Ya Allah.. Kasihanillah kedua ibu bapaku, sebagaimana mereka mengasihi ku sejak kecil..Rahmati mereka, redhai mereka dunia akhirat..”

~MOHON DOA DARIPADA SESIAPA YANG MEMBACA CORETAN NI.. AL-FATIHAH BUAT ARWAH AYAHANDA TERCINTA…ALLAHYARHAM ISMAIL BIN UMMI KALSOM~

Tuesday, February 21, 2012

Bukan janji palsu

Bismillahirahmanirahim.. Moga kalam agung terus menjadi kalam kecintaan untuk terus dilantun. Selawat dan salam buat Kekasih Allah yang mulia, baginda nabi Muhammad s.a.w.

Subhanallah.. Masyaallah. Terasa rahmat Allah tersangat dekat. Kasih sayang Nya sangat luas. Pertolongannya tidak putus-putus buat hamba Nya.

Selesai solat maghrib semalam, terus bersiap untuk ke kampus,ada sedikit urusan. Namun hati berkira-kira. Risau , seorang diri. Hakikatnya Allah sentiasa ada.

Cuba kuatkan semangat. Slow talk dengan Cik Hati tersayang.^_^.. Alhamdulillah..Cik Hati akhirnya terpujuk dengan ayat-ayat Allah dari surah al-Insyirah dan surah al- Khauthar.. Alhamdulillah..

Dalam bas, students lain pun tak ramai. Mungkin sebab minggu pertama, masih tak ramai yang ada kelas malam atau ke  library pada watu malam.

Bismillahi tawakal tu'alallah..


Melangkah turun dari bas. Suasana agak lengang, tak sesibuk waktu siang. Mengatur langkah ke library.. Agak takut. Laluan ke library agak sunyi dan gelap. Tapi yakin dengan janji ALLAH dalam surah Muhammad ayat 7. Allah pasti membantu mereka yang membantu agama Nya.

Subhanallah. Pertolongan Allah datang dari arah yang tak disangka. Separuh perjalanan, terserempak dengan 2 orang adik yang masih lengkap beruniform sekolah. Mungkin anak pensyarah.

"Adik..nak gi mana malam-malam ni?"


"Library.."


"Jom..gi sekali.."


Subhanallah... Mungkin nampak kebetulan. Tapi inilah perancangan Allah, sebab tidak ditakdirkan Allah sesuatu itu sia-sia..

Syukur, sedikit lega.. Ada teman.. Walaupun adik-adik, tapi still boleh dijadikan kekuatan nak berjalan seorang diri malam-malam.. Thanks adik..^_^

Allahu Allah... Selesai urusan di kampus, sekali lagi Allah kirimkan bantuan Nya. Seorang sahabat sudi, tumpangkan balik ke  kolej. Alhamdulillah.

Dari kampus, terus ke surau kolej untuk meeting pertama RS bagi semester ni.  Bukan meeting biasa-biasa.. Meeting yang sarat dengan peringatan dan kata-kata semangat. Saling berpesan-pesan dan menasihati. Insyaallah, salah satu sumber semangat untuk Cik Hati yang kekadang down.

Insyaallah.. Antara perkongsian dan nasihat disamping membincangkan aktiviti exco masing-masing:

" Memang kita bukan yang terbaik. Tapi kita usaha untuk baiki diri, jadi yang lebih baik. Amanah tu boleh jadi salah satu cara untuk Allah muliakan kita. Cari ilmu dan pengalaman yang tiada di bilik kuliah... Sentiasa jaga niat. Asas perjuangan ialah ikhlas.Insyaallah, Allah akan bantu dan pertolongan Allah itu luas , datang dalam pelbagai bentuk.."


Allahurabbi.. Kekadang, kita tertanya-tanya.. Kenapa kita? Kenapa itu? Kenapa ini?.. Rupa-rupanya Allah  nak didik kita. Lebih kuat hati. Sebab inilah ujian untuk membuktikan kata-kata selama ini..


Allah hadirkan ujian yang kadang-kadang buat hati pedih..Bukan untuk membebankan.. Tapi untuk hamba lebih mendekati Nya.. Lebih erat dan kerap mengadu pada Nya..


Moga ALLAH sentiasa pelihara Cik Hati.. Bimbing langkah untuk terus tetap hati di jalan Nya.. Insyaallah..

Moga-moga hati juga turut sentiasa larut dengan kalam Nya yang agung. Yakin dengan janji-janji Allah yang Maha Benar..

Wallahu'alam..

****Hari ni first time kuliah di kampus baru.. Rindu untuk melangkah lagi ke masjid di kampus baru.. Insyaallah..I will..^_^

Monday, February 13, 2012

Musafir hamba

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli ala Muhammad..


You have registered for the semester. 
Current Academic Semester : 4


Thank You 


Alhamdulillah.. Done with the registration for the coming next semester.

Allah.. Cepatnya masa berlari. Sedar tak sedar, sekarang ni sedang menghitung hari untuk melangkah ke sem 4. Rasanya baru lagi menjejakkan kaki ke bumi Tanjung Malim untuk daftar pada kemasukan Julai 2010.

Kali kedua merantau ke tempat orang selepas ke negeri jelapang padi.  Alhamdulillah, peluang untuk bertebaran di muka bumi Allah untuk menuntut ilmu dan mencari pengalaman.

Syukur juga, Allah izinkan untuk melaksanakan tuntutan baginda nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana hadis baginda :

 “Menuntut ilmu adalah fardhu (wajib) ke atas tiap-tiap orang Islam (lelaki dan perempuan)."


Dalam mencari ilmu dunia, Alhamdulillah, Allah juga bentangkan jalan-jalan untuk kami mengejar ilmu akhirat. Taman-taman syurga dunia yang indah. Subhanallah..Tepuk dada, tanya iman. Cuma pilih, nak join atau tak.

Apabila dah berada di tempat sekarang, bergelar sebagai mahasiswi, hati masih tak lupa zaman sekolah.. Orang kata zaman muda-mudi..^_^.. Kalau di rewind balik 'pita-pita' zaman sekolah dulu, kadang-kadang senyum sorang diri.. Hehehe.. Macam-macam  ragam.. Malu pun ada, sampai kena tutup muka bila teringat perangai dulu-dulu yang tak matang..Hihihi..Sekarang pun bukannya matang sangat, tapi ok sikit la kan..^_~

Indahnya semua tu untuk dikenang.. Allahurabbi..Terima kasih untuk semua ni.. Dari awal darjah satu sampai lah ke tingkatan 5. Penuh dengan cerita yang tersendiri.

Kemudian melangkah ke alam matrikulasi. Walaupun cuma setahun, kesan yang tinggal kat hati ni sangat bermakna. Bukan sekadar masuk dewan kuliah, keluar dewan kuliah. Yang paling penting, ana timba 'ilmu kehidupan'.

Di matrik, mula lihat dan kenal dunia yang lebih mencabar. Kehidupan yang jauh daripada pantauan keluarga. Kena pandai-pandai bawa diri. Alhamdulillah.. Kat matrik ni, Allah sudi izinkan ana jumpa dengan apa yang ana cari. Mungkin bukanlah titik permulaan, tetapi jalan penghubung untuk langkah-langkah seterusnya..

Setahun di Kedah, Allah hantar pula ana ke Perak. Meneruskan tanggungjawab yang tergalas. Membawa amanah bonda tercinta, keluarga dan ummah.

Insyaallah, walaupun merangkak dalam keterpaksaan, cuba bangkit dalam kepayahan untuk mencari sebuah erti 'redha'. Kadang-kadang teguh, kadang-kadang jatuh. Tapi, Alhamdulillah..Rupa-rupanya keperitan tu Allah hadiahkan sebagai wadah untuk hamba lebih erat dengan Nya.

'Ya Muqallibal QULUB, thabit qulubana 'ala dinnik, wa 'ala to'atik, wa 'ala jihadi fi sabilik' ..Allahumma amin...

Lebih kurang lagi 2 tahun setengah, insyaallah, kalau tiada aral melintang, bakal keluar dari bumi murabbi sebagai seorang guru. Bersama-sama anak bangsa, bersama masyarakat. Bukan sekadar mengajar ABC, 123.. Tapi mendidik manusia.

Menunut ilmu tu bukan sekadar dalam kelas. Mencari ilmu tu bukan tamat di universiti. Ilmu tu di mana-mana. Ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad.

Insyaallah. Musafir ni sangat pendek. Destinasi akhir, kampung akhirat yang kekal selama-lamanya. I repeat.. selama-lamanya... Allah..

Alhamdulillah.. kita di kurniakan akal. Sama-sama kita nilai, kita fikir. Jalan yang kita lalui sekarang ni, jalan yang bawa kita ke syurga atau neraka? Ingat.. Kita nak tinggal kat sana nanti selama-lamanya....



***Hati berdebar..hati juga rindu. Bismillah.. Ku sambut semester 4 ni dengan doa.

"Ya ALLAH..moga hari mendatang lebih baik dari hari sebelumnya.. Mudahkanlah.. Peliharakanlah.."

Pesanan penaja untuk DIRIKU dan dirimu.. Wallahua'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah