" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Thursday, March 29, 2012

Permata Hati

"Subhanallah..Cantiknya anak-anak ummi. Secantik peribadimu.."



Mujahid mujahidah kecil ku...
Semulus wajahmu, moga setulus itu juga pekertimu..
Moga akhlakmu harum mewangi..
Tersebar ke seluruh alam..

Kelak, sampai saatnya..
akan ku jemput kalian..
Menjengah bumi Tuhan..
Inginku kenalkan kalian dengan keindahan syariat Nya..

Kan ku didik kalian sebaik mungkin..
Menggalas amanah..
Membentuk generasi penerus tugas nabi..
Pembela kalimah yang suci..

Kalian, hafiz hafizah harapan,
Pejuang-pejuang agama..
Jangan takut jangan undur..
Ku redha kalian di jalan ini..

Sungguh..terlalu rindu rasanya..
Bilakah dapat bersua..
Menatap dan mendakap kalian
Dalam nafas kasih sayangku..

Melihat kalian membesar
Dalam nafas hamba...

"RABBANA HAB LANA MIN AZWAJINA WAZURRIYYATINA QURRATA
AaaYUNIN WAIJaaALNA LILMUTTAQEENA IMAMAN
"

Monday, March 26, 2012

Eksplorasi Kembara Alam

Bismillahirahmanirahim.. Selawat dan salam buat junjungan mulia baginda Muhammad s.a.w.. Setinggi-tinggi syukur dan pujian hanya layak dipulangkan pada ALLAH atas segala nikmat yang dianugerahkan.

Alhamdulillah. 24-25 Mac 2012, Rakan Surah Al-Falah menganjurkan Eksplorasi Kembara Alam di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan. Penyertaan melibatkan exco-exco dan ahli Rakan Surau yang berjumlah lebih kurang 80 orang dan diiringi oleh staf-staf Pusat Islam.

Pagi 24 Mac, perjalan dimulakan dengan bacaan doa, mohon perlindungan dari Yang Maha Memelihara. Lebih kurang 3 jam perjalanan, Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi. Sama-sama mengangat barang-barang ke tapak perkhemahan. Alhamdulillah, solat jamak zohor dan asar sebelum memulakan aktiviti seterusnya.

Perasmian pembukaan oleh Ustaz Rosli. Seterusnya slot ice breaking. Peserta di bahagikan kumpulan berdasarkan potongan-potongan doa dan ayat quran yang diberikan. Kemudian, doa-doa tersebut dibaca bersama.

Selepas makan, kami mendirikan khemah dan sedikit riadah. Sebelah malam nya pengisian dari ustaz Hamdi , bertajuk Islam Gaya Hidup Ideal.  Pengisian berkisar mengenai ukhwah. Seterusnya, pementasan pentomen dari peserta yang tak kurang hebat..^_^.. Masyaallah..macam-macam ragam.

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 12 malam, sesi kembara maya a.k.a tidur.. Masyaalllah, nikmatnya dapat merebahkan badan di atas bumi ALLAH yang hanya beralaskan khemah. Inilah tarbiyah. Kalau selama ni, tidur atas tilam, berselimut, berbantal, kali ini Allah bagi peluang untuk merasai sedikit kesusahan saudara-saudara lain yang tak bernasib baik.

Pukul 5 pagi, alhamdulillah diberi kesempatan oleh  ALLAH untuk sama-sama qiamulail, solat subuh berjemaah dan sedikit pengisian dari sahabat muslimin dan bacaan ma'thurat.

Selepas sarapan, kami sama-sama buat regangan badan dan senaman ar ruhul jadid. Insyaallah persiapan sebelum mendaki.

Masa yang dinanti-nanti.. Sedikit taklimat sebelum pendakian. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan bersama guider masing-masing.

 Bacaan doa dialunkan sebelum pendakian dimulakan. Masyallah.. pendakian yang memakan masa beberapa jam. Di sinilah tarbiyah  dari Allah. Bukan mudah untuk sampai ke atas. Tapi syukur, Allah hadiakan sahabat-sahabat yang baik. Saling memberi sokongan dan semangat.


Zikir dan kata-kata semangat tak putus sepanjang perjalanan.


"Pejuangan bukan untuk orang yang manja. Bejuang bukan mudah." Tak lupa juga lagu Sunnah Orang Bejuang.

Ana kagum dengan sahabat-sahabat. Untuk sampai ke atas, tak henti-henti bagi semangat.Banyak tempat terpaksa ana berhenti. Syukur, baiknya sahabat , sanggup menunggu.. Siap offer nak tolong bawak beg..^_^.. Barakallah sahabat. Jalan yang berliku.

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR.. Matlamat, kami capai. Sampai ke atas. Berehat seketika sebelum mendaki ke puncak.

Mendaki beberapa tangga yang curam untuk menawan puncak. Allahurabbi.. Hanya Allah yang tahu perasan. Tawakkal  je pada ALLAH..

Subhanallah.. Puncak Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan kami tawan.. Masyaallah.. Pemandanag yang cukup indah.  Speechless. Antara percaya atau tidak. Maha hebat ciptaan alam ini. Hebat lagi si Penciptanya. Kabus, angin dan suasana yang cukup menenangkan.

Agak gayat bila lihat ke bawah. Sempat bergambar. Kami terpaksa bergilir-gilir ke atas kerana faktor tempat yang agak sempit di atas. Sekali lagi hati berdebar saat menuruni anak tangga.

Ujian dari ALLAH.. Hujan..  Jalan sangat licin dan berlumpur. Perjalanan turun lagi mencabar. Sangat curam. Hampir-hampir nak menagis..^_~..  Syukur, sahabat-sahabat setia di sisi. Hanya Allah yang maha memberi pertolongan dan secebis kekuatan. Alhamdulillah. Selamat sampai ke bawah. Sangat penat dan hampir collapes..Terharu, bila ada sahabat yang sudi memimpin untuk meneruskan perjalan. Walaupun tak saling mengenali, tapi inilah kemanisan ukhwah.

Selesai semuanya, bertolak pulang lebih kurang 9.30 malam. Baca doa naik kenderaan sekali gus dengan doa tidur..^_^.. Allah..

Sampai ke kolej lebih kurang 12.00 malam. Semuanya kepenatan.. Tapi masih lagi sama-sama menguatkan diri untuk mengangkut barang-barang ke surau, walaupun rasa nak tidur sambil berjalan..^_~..

 Ujian lagi dari ALLAH dengan demam, sakit kepala dan sakit badan. Tak lupa bawa balik kenangan di gigit pacat.. Alhamdulillah.. Bak kata ustaz, takpe.. Dapat pahala.. Sedekah darah..^_^

Alhamdulillah.. Sujud syukur pada Mu ya ALLAH, atas segala-galanya. Nikmat yang tak putus-putus.. Insyaallah kenangan yang sangat manis. Pengalaman yang tak mungkin di beli dengan wang ringgit. Ilmu yang tiada di bilik kuliah..

ALLAHUAKBAR...

**** Tapi untuk pergi sekali lagi, I will think twice...^_~..

Monday, March 12, 2012

Kamu pejuang???

Bismilllahirahmanirahim.. Selawat serta salam buat junjungan mulia, baginda nabi Muhammad s.aw. , keluarga serta para sahabat baginda.

Insyaallah, selagi nafas terhela, nadi berdenyut, akan diusahakan untuk tidak membiarkan kanvas maya  ini sunyi dari pengisian dan perkongsian.

Mungkin apa yang tercatat di sini hanya lah tulisan biasa dari hamba yang kerdil, tapi moga-moga ada secebis manfaat buat yang sudi menerima. Apa yang lebih penting, moga usaha yang kecil ini, tetap dikira Allah sebagai saham untuk hamba merebut redha Nya.. Insyaallah.

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.

Alhamdulillah.. masih di bangkitkan hari ini dalam nafas hamba kepada Nya. Sungguh, tidak terbayar nikmat memiliki Iman dan Islam.. Allahu Allah.. Renung dan fikir sejenak. Beruntungnya kita, Allah sudi pinjamkan nikmat yang sangat besar ni. Sujud syukur pada Mu ya Rabb.

Allah...

Terharu ana dengan kata-kata si buah hati :

Ukhti.. Jangan sedih kalau tak dapat jumpa.Ingat, perjuangan ini bukan lagi untuk fikir hati sendiri. Masalah umat, masalah kita..."

Ringkas..Tapi maknanya cukup dalam. Melangkah sebagai khalifah Allah. Bukan singgah di dunia untuk bersenang lenang. Tapi untuk menyelusuri jalan ke akhirat. Tetapi, pasti, bagi hati-hati yang merindui pertemuan dengan Rabb Nya, jalan ini pasti  akan dipenuhi ujian yang pahit.

Insan yang menaip ini juga, insan biasa, hamba kerdil yang terlalu lemah. Tidak punya apa-apa nilai untuk di buktikan kepada Allah bahawa diri ini rindu untuk pulang kepada Allah dalam keaadaan  Dia redha kepada diri ini. Astaghfirullah.. 


Sering berbicara mengenai perjuangan. Berkata-kata tentang jihad. Tapi???? Semuanya berlalu tanpa bukti. Cakap-cakap kosong. Syok sendiri!!!

Masalah hati tak sudah-sudah. Diri sendiri tak terjaga. Gerak kerja sedikit, rehat memanjang.Alasan bertimbun-timbun.. Inikah pejuang???..Allahurabbi..

Insyaallah.. Coretan ni, ana tuju buat diri sendiri. Teguran untuk Cik Hati. Iman yang ada pasang surut nya.  Moga-moga jadi peringatan buat diri untuk sentiasa motivasikan Cik Hati. Cari siraman rohani. Baiki mana yang kurang. Cek mana yang tertinggal...M.U.H.A.S.A.B.AH....




ALLAHU GHAYATUNA
AR-RASUL QUDWATUNA
AL-QURAN DUSTURUNA
AL-JIHADU SABILUNA 
AL-MAUTU FISABILLILLAH, ASMA AMANINA.... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah