" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Tuesday, April 24, 2012

Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul

Bismillah.. Alhamdulillah.. Allohumma sollli 'ala Muhammad..

Merdu bait-bait nasyid 'ya Nabi' alunan Maher Zain.. Masyaallah.. Indahnya buat santapan telinga.. Juga hadiah buat Cik Hati tersayang.

Melangkah ke minggu-minggu kritikal. Semakin menghampiri ke akhir semester 4... Allah.. Banyak ujian datang menjengah.. Mungkin silap diri sendiri.. Tuntutan tanggungjawab berderet-deret.. Beratur panjang, mintak di beri perhatian.. sempat juga update blog.. @_@

 Hati tersangat rindu pada bonda tercinta. Selepas maghrib semalam call mak.. Berbicara sambil lap air mata.. Huhuhu.. Cuba control suara... Takut mak risau..

Tak kena gaya, lewat 11 malam call mak lagi.. Tak mampu nak tahan lagi.. Menangis juga kat mak..

Bimbang, takut mak risau.. Tapi baiknya seorang ibu.. Kasih sayangnya meresap ke hati.. Di luah juga segala-galanya pada mak..

"mak.. mintak maaf kalau-kalau ada buat silap.. Kalau mak terasa hati.."


"mak tak pernah ambil hati dengan anak-anak.. Tak simpan dalam hati pun.."


"mak doakan Aini ye.."


"mak selalu doa untuk anak-anak.. Biar selamat dunia akhirat.. Banyakkan istighfar.. Selawat"

Allahuakbar... Tak tahu nak gambarkan macam mana.. Inilah hebatnya seorang ibu.. Tak mungkin dapat tanding kasih sayang beliau..

Pagi-pagi lagi,mak dah call anakanda tadi.. Prihatin.. Masyaallah.. Terharu.. Hanya Allah yang layak membalas segala kebaikan mu ibu..
Ummi..Daiman fi qolbi..

Syukur, Allah kurniakan juga adik-beradik yang b aik.. Tengah hari..Dapat panggilan dari Kak Long..  Mesti mak bagi tau ni.. ya Allah..  Ana dah buat semua risau..

Lebat lagi air mata.. Nasihat dan pesanan dari seorang kakak..

" Kalau ada apa-apa, call je Kak Long.. Jangan simpan seorang diri.. Banyakkan mengaji.. Solat hajat.. Mintak kat Allah..Ingat.. Orang lain pun susah.. Semua ni biasa.. Kita kan belajar..."

Mesej dari kembar juga tak putus-putus, kirim semangat..  Alhamdulillah..


Masyaallah.. Syukur ya Allah.. Kau hadirkan insan-insan yang baik dalam hidup ku.. Sungguh, kasih sayang keluarga yang utama..

Ana sayang keluarga ana kerana ALLAH..

"YA ALLAH.. KAU PELIHARA KELUARGA KU DUNIA AKHIRAT.. KUMPULKAN KAMI DI SYURGA MU.."

Allahumma amin..


Monday, April 16, 2012

Seuntas Tasbih Hijau

Bismillah.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Masih diizinkan Allah utuk menghirup segarnya udara pagi.. Setiap perjalanan yang ALLAH aturkan, tersangat indah..

"Mak cik.. Kenapa ni"


"Entah.. Mak Cik sebak.."

Tersentuh bila melihat seorang mak cik yang teresak-esak menangis selepas solat Subuh. Cuba mengusap bahunya saat bersalam. Entah apa yang mengusik hati beliau. Mungkin syahdu doa yang dilantun oleh imam. Masyaallah.. Lembutnya hatimu mak cik.

Insyaallah.. Moga air mata tu, pengubat hatinya. Menjadi saksi,  bahawa matanya berjaga untuk Allah pada subuh tadi.

Alhamdulillah, balik dari surau, sambil-sambil lipat kain..

" Saya ada something untuk awak.."

tadaaaaaaaa...

***Bukan gambar sebenar..^_^. .Ihsan Ustaz Google



Masyaallah.. Subhanallah..

Tasbih bertukar tangan.. Pemberian dari seorang sahabat yang ana sayang kerana Allah..

Jazakillah ya ukhti habibati..^_^

Cantik sangat tasbih ni.. Hijau muda.. My favourite colour.. Alhamdulillah..

Tenang sangat bila pandang tasbih ni.. Tak tahu nak describe macam mana perasaan.. Terharu pun ada.

Sambil tulis entry ni, sambil jeling tasbih kat sisi.. Insyaallah, penguat semangat untuk study jugak..^_^..  Mudah-mudahan, sebab pemberian dari orang yang rajin study.. Sape makan madu, terasa manisnya..

Sahabatku sayang....

Insyaallah... Syukran jiddan untuk hadiah yang sangat istimewa ni.. Tak tahu nak balas dengan apa.. Insyaallah, setiap butiran zikir yang di lantun, moga-moga saham nya tempias pada mu..

Insyaallah, moga dengan ni juga dapat sentiasa mengingatkan kita agar, ukhwah ni sentiasa dipaksikan pada jalan Allah.. Pahit manis persahabatan kita, semuanya dengan izin  Allah..

Sama-sama kita doa agar ukhwah ini persis tasbih yang kau hadiahkan.. Tak berpenghujung, dan terus-terusan dihiasi dengan keagungan zikrullah..

"Syukur ya Allah.. Kau hadirkan sahabat yang solehah di sisi ku.. Semoga perjalanan hidupnya Kau redhai.. Dunia akhirat... Pelihara ukhwah kami.. Andai Kau mengujinya suatu hari nanti, semoga hati-hati kami kuat untuk mempertahankannya"

~Allahumma Amin..~

Friday, April 13, 2012

Bintang Hati

Bismillah.. Selawat dan salam buat junjungan mulia, baginda Muhammad s.a.w..Allahumma solli 'ala Muhammad..

Masyaallah.. Jumaat yang barakah.. Hujan rahmat mencurah-curah..Insyaallah..

Lebih kurang 6 pagi, melangkah turun dari flight bas. Subhanallah, disambut dengan azan Subuh yang berkumandang dari surau. Alhamdulillah, selamat sampai di kolej kediaman..

Subhanallah.. Masyaallah..cantik bintang-bintang yang teman perjalanan ke bumi ilmu semalam . Moga-moga, semangat untuk menuntut ilmu Allah lepas ni setinggi bintang-bintang kat atas sana..Bintang-bintang tu senyum pada musafir ilmu... insyaAllah..^_^..

Teringat masa darjah 6.. Belajar tentang buruj.. Masa kelas malam, cikgu Sains ajak keluar kelas, kenal jenis-jenis buruj.. Tapi tak nampak..Time tu tak pakai cermin mata..

Sekarang dah lupa jenis-jenis buruj.. Kalau tak, semalam, mesti dah list satu per satu buruj yang nampak..^_^..

The stars make me smile.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah.. Jauh di sudut hati, ku yakin, ada insan lain juga yang tersenyum pada bintang yang sama.. Sweet tak????..^_~..

Twinkle-twinkle little stars


Alhamdulillah... Semoga Allah pelihara semuanya..

Insan-insan yang tersayang.. Syukur.. Allah hadirkan kalian dalam hidup ku.. Bertuah diri ini kerana memiliki kalian.. 

Terima kasih.. Kalian mengenalkan ku pada erti kasih sayang, cinta, kebahagian dan perasaan-perasaan yang indah..

Kesakitan ku kau ubati.. Keresahan ku kau sapu..

Memang dalam keindahan tu, pasti terselit ujian.. Tapi yakin.. Rahsia Allah maha indah buat mereka yang sabar..

Insyaallah.. Sehebat mana pun cinta ku pada kalian.. Ianya tetap bukan yang pertama.. Cinta Allah dan Rasul Nya sedang ku usahakan untuk bertakhta di tempat paling istimewa dalam ruang hati ini.. Insyaallah...

" ya ALLAH.. Kumpulkan kami di syurga Mu.."

Thursday, April 12, 2012

Lafaz Yang Tersimpan

"Hari Ini Kamu Mendengar, Esok Pula Kamu Menyampaikan...

Hari Ini Kamu Belajar, Esok Pula Kamu Mengajar...

Hari Ini Kamu Ditarbiyyahkan Mengenai Islam, Esok Pula Kamu Mentarbiyyahkan Mereka Mengenai Islam...

Hakikatnya, kehidupan ini umpama roda yang sentiasa BERPUTAR.. Hari ini diajar, esok kitalah yang perlu mengajar.. Itulah kewajipan buat si penuntut ILMU.. ILMU diterima haruslah disampaikan, buat insan-insan seterusnya & bukannya untuk disimpan untuk diri sendiri.... Menyampaikan beerti kita berdakwah..." [copy paste dari KISAH WANITA]

Bismillahirahmanirahim.. Selawat serta salam buat junjungan Muhammad s.a.w , keluarga sera para sahabat. 
Terlalu rindu untuk menaip sesuatu di kanvas maya ini.. Tetapi ketandusan idea.. Adakah kerana keringnya hati???? Astaghfirullah.. =(...
Insyaallah..malam ni kembali ke medan ilmu.. Kembali meneruskan amanah yang tergalas. Tak tahu sebab apa.. Hati tersangat rindu pada bumi ilmu.. Tak seperti cuti-cuti yang lain.. Kali ni rasa tak sabar nak balik  Tg Malim. . Moga-moga semangat ni terus kekal, untuk diri meneruskan amanah yang tergalas.
Rindu hati ini lagi mendalam pada bi'ah soleh di sana. Rindu pada insan-insan yang baik-baik..Insan-insan yang soleh..  Insyaallah.. Inilah hebatnya ukhwah fillah..^_^
"..{ When you decide to get closer to Allah,
don't leave your parents and your family behind... }.."
Insyaallah.. . Doaku sentiasa ada buat kalian yang ku sayang kerana Allah.. Maafkan diriku , kerana belum usahakan  yang terbaik.. Doakan langkah ku di jalan ini.. Sungguh..ku ingin berpimpin tangan bersama kalian menuju redha ALLAH.. Terlalu rindu pada bi'ah soleh itu.. Yakin pada janji-janji Allah.. Insyaallah..
Syukur, kembali menyarungkan kain kecil di wajah, walau untuk seketika...  Ketenangan yang luar biasa..Moga-moga diberi peluang untuk terus istiqomah ...Rindu ku sentiasa pada 'nya'..
~Rindu itu adalah, anugerah dari Allah..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah