" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Friday, May 25, 2012

Bulatan yang berpenghujung

Bismillahirahmanirahim... Allohumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah.. lebih kurang 2 semester bergelar 'tunangan' kepada sebuah taklifan.. Selama 2 semester ni juga bersama dengan insan-insan yang baik.. Insan-insan yang hebat.

Ditaklifkan sebagai penolong Exco Ekonomi Rakan Surau. Pejam celik-pejam celik, semua tu sedikit sebanyak mematangkan lagi langkah ini. Syukur semua tu cukup beharga.

Bermula dengan kosong. Saat mendapat taklifan, terpinga-pinga.. Takut.. Macam mana seorang yang tak punya apa-apa, di amanahkan untuk sebuah tanggungjawab.

Dalam lajnah /exco ni, syukur, ana ada ahli-ahli yang sangat baik, ringan tulang.. Kalau mampu ana senaraikan nama satu-satu.. Tapi, biar lah.. Cukup tersusun di dalam hati sahaja..^_^.. (34 orang kot nak list....)

Inilah keluarga besar yang ana ada.. Alhamdulillah.. buat gerak kerja, meeting, halaqah sama-sama..

Malam ni, halaqah yang ke-5.. Bermakna, ini juga halaqah terakhir buat kami untuk sesi ni. Insyaallah, lepas ni, bertukar pulak pucuk pimpinan..

Sentuh sedikit mengenai gerak kerja program sebelum masuk kepada pengisian. Alhamdulillah.. perkongsian dari ketua kami. Menyentuh berkaitan khutbah terakhir baginda Muhammad s.a.w..

Allahuakbar.. Tak tahu macam mana nak describe perasaan saat tu. Rindu pada baginda. Tak dapat bayang, seandainya orang yang sangat kita sayang, bercakap buat kali terakhir..  Apatah lagi bila itu adalah pesanan terakhir dari insan mulia.

Kebetulan juga, ini halaqah terakhir kami.. Allahurabbi..

Insyaallah.. Moga ukhwah ini bukan berakhir di sini.. Moga-moga ia berterusan hingga ke akhirat..

Rebut peluang untuk menjadi golongan yang akan mendapat naungan arasy Allah pada hari akhirat kelak.. Siapa dia??? Antaranya, mereka yang BERSAUDARA KERANA ALLAH..
Selepas halaqah dengan semua, ambil peluang untuk berjumpa pula dengan sahabat-sahabat muslimat sahaja. Berkongsi secara personal antara kami-kami. Masyaallah.. Berat untuk ana tutup majlis.. Tapi setiap yang bermula pasti akan berakhir..Setiap yang ada sekarang, pinjaman dari Allah..
Semoga pimpinan yang akan datang adalah yang lebih baik dari kami.

~syukur.. Allah sudi temukan dengan adik- beradik EKWAN.. uhibbukum fillah.. jazakumullah khairan kathira.. Ukwah sampai akhirat..Insyaallah..~
 

Monday, May 7, 2012

Hari-hari terakhir

Bismillahirahmanirahim.. Allohumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah..melangkah sehari lagi di hari baru.. Hari pinjaman Allah.. Bermakna sudah 21 tahun bernafas di bumi Allah.. Meminjam segala-galanya kepunyaan Allah..



Buat mu diri ku sayang:

"tahniah..semakin singkat usia mu untuk kembali bertemu ALLAH..^_^.. moga-moga dengan sedarnya hakikat ini, diriku lebih gigih persiapkan diri untuk di bawa pulang bertemu dengan Allah nanti.. semoga dengan bertambah usia di dunia ni, bertambah juga ilmu dan amal.. Semakin matang dalam menghadapi ujian hidup.. Cik Hati sayang... semoga awak sihat-sihat sokmo deh... "

Alhamdulillah.. Syukur atas nikmat Allah yang tak putus-putus.. Buat insan yang istimewa dalam hidup ni, pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul..bonda tercinta.. terima kasih untuk semua pengorbanan.. juga buat arwah.. walaupun kita tak bersama di dunia..moga2 Allah kumpulkan kita di akhirat kelak..

syukur juga, dalam hidup ni Allah hadirkan sahabat-sahabat ...Yang baik.. memetik kata-kata Saidina Abu Bakar:

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.”

Insyaallah.. moga Allah membalas balik doa2 kalian yang disampaikan pada aini dgn perkara yang sama atau lebih baik lagi daripada tu..



Buat housemates tersayang, terima kasih untuk semuanya.. Untuk kek.. Untuk mawar merah.. Untuk doa..^_^

6 May 2012


~sayang kalian kerana ALLAH...~

Thursday, May 3, 2012

Resepi Hidup


 Bismillahirahmanirahim..  Allohumma solli ‘ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Meniti hari-hari pinjaman Allah..

Balik  ke Terengganu secara ‘adhoc’ . Tanpa dirancang.. Tapi hakikatnya Allah lebih awal merancangnya.
Dalam perjalanan, cuba cari ruang untuk korek kelemahan diri.. Intai diri yang daif ni dalam-dalam.  Masyaallah.. Malu pada ALLAH..

Bas berhenti agak lama di stesen, untuk ambil penumpang lain. Macam-macam ragam manusia yang lalu lalang. 

Dalam ralit melayan perasaan, huluran surah yassin singgah di depan mata. Terpinga-pinga ana di buatnya. Seorang budak lelaki berdiri di depan ana. Huluran surah yassin ana sambut dengan penuh tanda tanya. Tak sempat ana tanya apa-apa, budak tadi berjalan ke belakang bas. Mengedarkan surah yassin kepada penumpang yang lain.

Sebelum budak tu turun dari bas, ana sempat panggil beliau. 

“Dik, surah yassin ni berapa harga?”

“Ikhlas hati kak..”

Masya-Allah.. Satu perasaan sayu singgah kat hati.. Terfikir, nasib anak tadi.. Keikhlasan terpancar di wajahnya..

Duit kertas bertukar tangan..

“Terima kasih kak..”

“Hati-hati ye dik”

Mungkin teguran dari Allah. Untuk sentiasa ingati Dia sentiasa tak kira masa. Saat senang ke, susah ke..

Allah.. ini lah dunia.. Ruang untuk muhasabah diri.. Terdetik di hati, bagaimana seorang budak kecil yang sepatutnya berada di rumah, tapi keluar rumah malam-malam.. Untuk mencari rezeki..  Sayu hati.. Malu pada diri sendiri.. Allah timpakan ujian yang sikit pun dah lemah longlai.. Tapi betapa gigihnya adik tadi.. Subhanallah..

Dalam silau cahaya lampu jalan dari luar bas, cuba gagahkan mata untuk membaca bait-bait  ayat cinta ALLAH dari surah yassin yang di beli tadi.. Hati al-quran.. Moga-moga menjadi ubat untuk hati sendiri juga.. 

Alhamdulillah… Allah sudi izinkan air mata ini untuk terus mengalir lagi..  Moga menjadi penyejuk hati yang bercampur baur. Dari mula perjalanan ,sampai mata penat dan tertidur.. Tasbih hijau hadiah dari sahabat peneman dalam perjalanan.

Sampai di rumah lebih kurang 4 pagi. Seorang ibu, menyambut anakanda dengan penuh kasih sayang. Tangan tuanya mengusap kepala anakanda. Subhanallah.. Tenang rasa.

Mak yang sangat faham anaknya. Tanpa  banyak soal, mak biarkan ana berehat dan tidur dulu.. Keesokan pagi baru ana di ‘soal siasat’..^_^.. Kak Long juga ada beri nasihat.

“Dalam hidup ni, kita sendiri kena kuat. Datang la nasihat yang hebat pun, tapi kalau hati kita tak kuat, tak buka hati, tak guna juga. Yang penting kuatkan hati. Jangan terlalu ikut perasaan.. Buat sesuatu  ikut kemampuan..”

***
                Pada sebelah petang,  dalam perjalanan balik dari rumah ustaz, kat tengah-tangah jalan, ada anak kucing. Kaki tercedera kot. Tak boleh jalan. Kesian.  

Alhamdulillah.. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang baik hati. Ambil anak kucing tu dengan penuh kasih sayang, alihkan ke tepi..

Subhanallah..  Barakallah ya akhi.. Moga Allah merahmati kerendahan hati mu. Betapa kau mencontohi peribadi baginda. Mengasihi seluruh makhluk  Allah, tak kira walaupun binatang..

Masyaallah,  sambil makan di kedai, terpandang meja sebelah. Seorang ayah sedang melayan telatah anak-anaknya. Penuh kasih sayang. Sabar dengan permintaan anak-anaknya.  Teringat sabda baginda nabi Muhammad s.a.w..  Orang yang paling baik, ialah orang yang baik kepada keluarganya.

Macam –macam Allah hadirkan peristiwa dalam hidup ni untuk di ambil pengajaran dan peringatan.
Syukur.. 

Lepas Maghrib, tadi Allah gerakkan hati untuk taddabur ayat-ayat cinta Nya. Surah Al- Muzammil. Masyaallah.. Besar peringatan Allah dari surah tersebut.   Betapa pentingnya solat malam untuk pembinaan hati. Lebih-lebih lagi untuk hati yang tak putus-putus di anugerahkan ujian dan dugaan. 

Insyaallah.. Allah sentiasa ada bersama hamba-hamba Nya yang sabar. Berbalas-balas mesej dengan kembar.

“enti pun kena kuat.. Baru ana kuat..”
“Insyaallah.. Ana pinjam kekuatan mak..”
“Alhamdulillah.. kalau sayang mak, jangan buat mak susah hati.. Ingat pengorbanan mak selama ni. Jangan sebab masalah sikit, kita dah down. Kita janji ye.. Kalau ana down, enti pulak yang ingatkan ana..”

Allahuakbar.. Mak ..Maaf kan anakanda.. Buat mak susah hati..

Insyaallah..  Cik Hati Sayang..  Banyakkan sabar ye… Innallaha ma’ana..  Sungguh, setiap yang bergelar hamba Allah itu pasti di uji.. Cuma cara nak hadapi tu yang membuatkan seseorang tu berjaya atau tak lewati ujian tu…

Macam-macam Allah hadirkan dalam hidup ni. Pahit, manis  dan asam garam untuk melengkapkan warna –warni hidup. Sepatutnya ana bersyukur, ujian ni insya-Allah, untuk Allah nilai tahap  ana di sisi Nya. Untuk di anugerahkan hati yang lebih kuat, hati yang lebih dekat pada Nya. Hidup ni pasti hambar tanpa rencah yang pelbagai.. Betul tak???..

Insyaallah.. Hidup ni, ibarat roda. Kalau kita tak berpusing ke atas dan ke bawah, mana mungkin kita akan bergerak kan.. Tak pelah.. This is not a lonely journey.. Ada ALLAH.. 

Insyaallah, Ambil ibrah atas peristiwa-peristiwa yang ALLAH lihatkan dalam hidup ni..
Wallahu’alam..
~SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah