" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Saturday, June 23, 2012

Milik DIA

Bismillah walhamdulillah.. Allohumma solli a'la Muhammad..

Ambil peluang yang ada untuk menggarap sesuatu sebelum membiarkan kanvas maya ana ni sepi buat beberapa ketika. Andai ini yang terakhir, biarlah ianya tidak ditinggalkan kosong tanpa apa-apa manfaat.

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Nikmat Allah buat si hamba tak putus-putus.. Moga nikmat yang terbesar, iaitu nikmat Iman dan Islam terus dikekalkan..insyaallah.

Melangkah di hari baru. Pasti ujian yang dihidangkan juga, ujian yang baru.. Tapi nikmatnya hanya Allah yang tahu. Ujian, mehnah dan tribulasi tu, sunnah untuk si hamba.

Nikmat ukhwah di jalan Allah..tak tergambar manisnya..^_^...Kemanisan inilah yang menutupi perit dan pahitnya jalan-jalan ujian. Nikmat memiliki sahabat-sahabat yang baik.. Masyaallah..

Alhamdulillah..berakhirnya sebuah penantian. Berbalasnya sebuah kerinduan.

Sahabat... Di jalan yang sama kita melangkah..Di laluan ini kita susuri, laluan yang bakal menemukan kita dengan duri-duri yang perit..Tapi jangan sesekali kita lupa janji Allah dalam firman Nya yang Maha Benar..


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

[surah Muhammad:ayat7]   


Insyaallah.. Yakin dan percaya.. Setiap pilihan dan aturan Allah itu yang terbaik.

Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat dan datang dari arah yang tak disangka-sangka.


Bilamana dengar kisah tentang sahabat-sahabat seperjuangan yang Allah jemput awal, masyaallah... Tak tahu nak kata macam mana.. Beruntungnya mereka..Dalam hati kata,

"ya Allah..Nak ikut........"

Tetapi, sedar hakikat diri.. Tiada apa yang terbaik untuk dipersembahkan pada Allah.. Duhai diri.. Jom-jom.. Muhasabah..Cek diri..!!! ..Usaha capai 'al mautu fisabillillah..'

Insyaallah, moga-moga jalan yang dipilih ni jalan yang Allah redha..^_^



~Meskipun diri ini penuh dengan kehinaan, kedhaifan..tapi ku punya sekeping hati.. Untuk Allah pandang dan nilai.. ~






***senaskah  Quran hijau  kesayangan hilang.. T_T..Sungguh..semuanya hanya pinjaman dari Allah..~

Thursday, June 14, 2012

Bismillah..

Semakin menghampiri detik itu..saat yang sama bakal berulang. Tapi dalam situasi yang berbeza.. Debaran juga, debaran yang sama, tetapi masih atas sebab yang berbeza.

Allah.. kuatkan langkah hamba.. Bersihkan hati ini.. Luruskan niat ku..

Kalau dulu, hadirku sebagai insan yang tidak tahu apa-apa.. Moga kali ini, hadirku mampu berkongsi sesuatu..

Meskipun ianya hanyalah usahaku yang kecil, moga-moga tetap Kau pandang dan Kau nilai sebagai saham akhirat ku..

Insyaallah..dalam debaran terselit rasa tak sabar.. Menanti dan menyambut kehadiran orang baru. Insyaallah, insan yang sama-sama melangkah dalam pejuangan ini. Untuk sama-sama berkongsi pahit dan duka sebuah pejuangan.


~AHLAN WASAHLAN..MARHABAN BIKUM~

Mudahkan segala-galanya ya Rabbi..Insyaallah..

Wednesday, June 6, 2012

A.B.C Kehidupan

Bismillah walhamdulillah.. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Pelayaran menuju abadi. Membawa raja segala anggota.. H.A.T.I.. Sekeping amanah ni yang perlu dijaga sebaiknya, untuk dibawa pulang bertemu Allah..

Sakitnya Cik Hati, sakitlah semuanya.. Manja kan cik Hati kita ni???

Allahurabbi.. Setiap yang di namakan hamba itu pasti ada ujian buat diri masing-masing. Setiap yang di namakan hamba itu berhak di uji..

Cuma ujian itu datangnya dalam pelbagai bentuk. Tapi yakin dan pasti, ia nya sesuai dengan kemampuan diri untuk menanggung.

Bila Cik Hati diuji... Risau.. Bayangkan bila remote control rosak.. Semuanya jeng kereng

Hari-hari yang ditempuh tu, pengalaman yang bermakna.. Dalam bergerak kerja, dalam berukwah, pelbagai ilmu dan pengalaman yang Allah titipkan bersama..

"Allah..pintaku, jangan Kau rosakkan hatiku dalam langkah mencari redha Mu dengan penyakit hati.. Tuhan pemilik hatiku... Kau pelihara hati ini sebaik-baik Nya.. Dalam lalai ku, Kau ampunkan aku Ya ALLAH.. Dalam leka ku, Kau sentuh hati ku Ya Allah.. Setiap saat, setiap ketika, isi lah segenap ruang hatiku ini dengan perkara yang Engkau redha ya Rabbi.."



Kata-kata seorang sahabat seperjuangan yang ana hormati.. Katanya:

"Manusia sering melakukan kesilapan,tetapi bukan dengan ayat ini kita jadikan sandaran. Selagi mampu usaha kita buat yang terbaik.."

Insyaallah.. Kita tidak sempurna, tapi kita boleh usaha untuk yang terbaik.. Lebih baik, dan lebih baik sentiasa.. Kta ada qudwah hasanah.. Insan yang kita rindui.. Baginda Muhammad s.a.w..

Buat Cik Hatiku sayang..

Jangan pernah kau kecewa dengan sesuatu yang bukan hak mu
Tak usah kau cemburu pada yang bukan milik mu
Biarkan aturan Allah melengkapkan musafir ini..
Kau hamba.. selayaknya di uji...


Allah...

Saat Kau hadirkan cemburu dalam hati ini.. biarlah cemburu yang mampu ku uruskan untuk lebih mendekati Mu...

Saat Kau kirimkan kerisauan, biarlah kerisauan ini yang mampu meningkatkan lagi keyakinan dan kebergantungan ku pada MU..


Monday, June 4, 2012

Strive For Excellence Dunia Akhirat



Bismillahirahmanirahim... salam imtihan..
Insyaallah, moga-moga kejayaan yang diburu bukan semata-mata kerana dunia. Moga ada saham untuk akhirat..

Bittaufiq wannajah..^_^

Rabbi Yassir Wala tu'asir Ya Karim..

Bismilllah..

4/6-> Discourse Analysis
5/6-> Syntax & Morphology
7/6->Poems
8/6->Novels & short stories
13/6-> Falsafah & Dasar
16/6->2P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah