" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Sunday, July 15, 2012

Cuti Lagi


Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli ‘ala Muhammad.
Alhamdulillah, ambil kesempatan cuti semester ni untuk ziarah keluarga mertua di Johor…
Tapi macam pelik je bunyi. Tak berapa nak serasi.…
Silap...silap..Keluarga Abang Ngah la…^_^.. Buat bakal mertua di Kedah @ Kelantan, jangan marah ye…Bakal menantu mu ternakal sikit...^_~
Rindu kat Angah sekeluarga. Dah setahun lebih tak jumpa. Raya tahun lepas, Angah tak balik kampung.  Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk jumpa cuti ni.
Bertolak ke Johor Bahru pada malam 5 Julai. Jauh perjalanan tak terasa sebab dah biasa ulang-alik dari Dungun ke medan ilmu. Kalau dulu ke Kedah, sekarang ke Perak. Alah bisa tegar biasa. 7, 8 jam dalam bas.
Alhamdulillah.. Selamat sampai lebih kurang pukul 8 pagi. Angah jemput. What a nice experience.. Hehehe.. Nak  tahu??? Biarlah rahsia..
Masyaallah.. Terubat rindu pada Angah sekeluarga. Pada anak-anak buah kat sana. Terkejut jugak. Pejam celik, rupanya ana dah ada anak teruna. Besar dah anak Angah yang sulung  (Abdul Rahim). Dah tingkatan 1.  Yang kedua (Khairunisa) dah darjah 5, yang ketiga (Maisarah)  6 tahun & yang bongsu setakat ni (Zanariah) dah umur  4 tahun.
Syukur, walaupun lama tak jumpa, anak-anak buah masih ingat dekat Su Aini ni..^_^.. Baik semuanya. Terharu jugak, they are really respect me.. Ana bangga dengan mereka.
Insyaallah, semoga mereka semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Penawar buat keluarga. Semoga mereka berjaya dengan cara mereka yang tersendiri, tapi berlandaskan syariat.  Kalau yang sulung tu minat dengan sukan.  Yang kedua dan ketiga lebih terserlah di bidang akademik.
Su Aini doa moga kalian menjadi kebanggaan buat agama. Bermanfaat buat ummah. Insyaallah.
Tersenyum dengar soalan dari Khairunisa pada ana.
“ Su, kenapa Su tak jadi ustazah ?”  Maksudnya, ambil course Pendidikan Islam.
“Tak boleh, dulu Su bukan dari sekolah agama. Tak boleh ambik course Pendidikan Islam & Bahasa Arab”. Insyaallah, jawapan yang mudah untuk budak-budak seusia tu faham ana rasa.
Mungkin dia pelik dengan penampilan ana, bertudung labuh dan berjubah, tapi ana ambil bukan course agama. Ana tak pelik dengan soalan tu. Dah biasa orang tanya. Ana faham. Tapi apa-apa pun, bertudung labuh tu bukan untuk ustazah je kan?? Kewajipan semua muslim untuk menutup aurat dengan sempurna.
Syukur.. Ana nampak potensi pada Khairunisa. Juga anak-anak buah yang lain. Masa malam kami ke pasar raya Giant, shopping kain baju sikit-sikit, Khairunisa pun pilih jugak kain berela. Bila dia tengok ana & kembar beli kain untuk buat jubah, dia pun cakap nak buat jubah…^_^ Sukanya ana.. Moga-moga nanti dia membesar sebagai Muslimah yang solehah.
Malam tu, sembang-sembang dengan Angah. Tersenyum ana. Banyak Angah kongsi tentang pengalaman dia. Masyaallah, ana rasa terharu dapat sedikit pengisian dari Angah. Alhamdulillah.. May Allah bless you, my brother. Keep it on. Never stop searching  for Allah’s  bless.
Adik kakak ipar ana pun tinggal tak jauh dari situ. Satu kawasan flat yang sama. Petang tu, dia datang ziarah kami. Dah besar anak dia yang dulu ana datang ziarah, masih dalam buaian. Sekarang dah  umur 5 tahun. Anak sulung dia, anak istimewa. Apa-apa pun ana kagum dengan ketabahan dia. Dia redha dan terima dengan hati terbuka. Masyaallah. Semoga Allah mengganjari yang selayaknya.
Teringat perkongsian ustazah dalam Usrah. Katanya:
“ Anak-anak istimewa ni sangat mulia. Jangan pernah anggap mereka ni beban buat kita. Allah kirimkan mereka, mungkin kita ni banyak kekurangan.  Allah nak jadikan asbab kesabaran kita menjaga mereka, untuk kita menempah syurga Nya.” Masyaallah.. Ujian yang hebat, untuk mereka yang hebat..^_^
Borak punya borak petang tu, terkeluar soalan cepu cemas dari adik kakak ipar ana.. Huhuhu… Nak lari jauh-jauh rasa time tu.. Dah la direct depan mak ana.. Malu..malu…
“ Mak, taknak bagi ke kembar ni kahwin awal-awal.. Time belajar ni?
Allahuakbar.. Sungguh ku tak sangka..tak ku duga.. Dushh… Tapi, Alhamdulillah..respon mak positif….Tu yang nak dengar…^^..  Harap-harap remain positive..
Astaghfirullah..astaghfirullah.. Aini.. Lengkapkan mana yang kurang dulu..!!!..
Lebih kurang seminggu kat rumah Angah. Bertolak ke Dungun pada malam Khamis. Insyaallah, antara anjuran nabi Muhammad s.a.w ialah bermusafir pada waktu malam. ***Kalau salah, tolong betulkan.
Insyaallah, panjang umur, ada rezeki, jumpa lagi raya ni. Moga Allah kumpulkan kami sekeluarga dalam ketaatan kepada Nya..  Dunia dan akhirat..Allahumma amin..
Rindu juga pada hati-hati yang sama-sama tertaut pada jalan Allah. Sahabat-sahabat di bumi murobbi.
Teramat rindu pada biah solehah di sana. Pada taman-taman syurga yang subur. Pada majlis ilmu yang tak sunyi di surau al-Falah.
Tersangat rindu untuk ziarah sahabat-sahabat yang ada di merata tempat. Andai ada kesempatan, pasti satu per satu teratak sahabat ana singgah.
Satu per satu folder album ana buka. Insya-Allah, mengenang saat bersama sahabat-sahabat. Biarpun rindu ni masih tak dapat di ubati, tapi moga-moga kenangan lalu tetap segar dalam ingatan. Tersenyum seorang diri. Semuanya cukup indah untuk dikenang. Video-video tak jemu-jemu ana tengok.
Jari jemari ni pun terasa ringan. Mesej mutiara kata di sent pada insan-insan yang terlintas dalam fikiran. Teringat pada insan jauh. Hanya doa mampu di kirim. Yakin, di saat penjagaan ana tak mungkin ada buatnya, Allah sudah pun mengawasinya se sempurna mungkin.
Insyaallah, sepanjang cuti ni beberapa buah masjid bakal didirikan. Subhanallah. Tumpang gembira atas kebahagiaan sahabat. Semoga baitul muslim yang di bina kekal hingga ke syurga Allah. Insyaallah. Mana yang mampu, insya-Allah ana akan memenuhi walimah. Mana yang jauh, hanya doa buat kalian.
~Barakallahulakuma wajamaa bainakuma fi khair ~

Ya Allah..
Engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana mengasihi Mu..
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu..
Bersatu memikul beban dakwah Mu..
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu..
Maka eratkan lah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani Mu
Yang tak pernah padam..
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman,
Keyakinan dan keindahan tawakal kepada Mu..

Menantikan kedatangan bulan yang mulia, Ramadhan al Mubarak. Moga-moga ada kesempatan untuk bertemu dengan nya. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun lepas.
Marhaban.. Ahlan wasahlan ya Ramadhan
Mohon maaf untuk setiap kekurangan dan kelemahan diri yang daif ni.. Untuk setiap catatan yang tak sepatutnya, kalau ada.
Wallahua’lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah