" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Sunday, August 26, 2012

Terima kasih Allah..

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

"Awak..terima kasih ye.."

"Terima kasih untuk apa ye Cik Hati"

"Terima kasih sebab hadiahkan kita alunan kalam indah pagi-pagi ni.. Alunan Qari  Ziyad Patel pulak tu.. Bab kata Mei Mei, saya suka..saya suka..^_~"

"My pleasure...Anything, asal kan Cik Hati sihat ye.. "

Alhamdulillah.. Saat kaki melangkah keluar dari  kereta, telinga dihidangkan dengan suara dari insan yang disegani . Yang pasti, suara itu bukan menyampaikan bicara yang sia-sia. Setiap aliran nya, mutiara ilmu yang bermanfaat, insyaallah..

Berkumpul dengan 'adik-beradik', menyambung ukhwah, muhasabah dan koreksi perjalanan lepas. Charge iman yang tenat. Insyaallah, moga-moga semakin stabil.

Nasihat dan ingatan dari mereka-mereka yang hebat. Hati sebak saat beliau membuka kisah Nabi Ibrahim. Alhamdulillah..Cik Hati terpujuk. Sejuk, dan mendamaikan pengajaran yang Allah kirimkan melalui sirah rasul Nya.

"Asal-usul bukan penghalang untuk menjadikan siapa kita 'sekarang'. Bagaimana, seorang Rasul yang dilantik oleh Allah. Insan hebat, juga ditimpakan ujian. Ayahanda baginda, pembuat berhala. Tapi itu bukan penghalang untuk baginda, menjadi hamba Allah yang baik. Begitu juga dengan latar belakang pendidikan. Ada juga tokoh yang berlatarkan pendidikan barat, tetapi, perjuangan yang mereka bawa, ialah perjuangan ISLAM" ..Subhanallah..

Semalam, seorang sahabat mesej ana. Berkongsi rasa hati. Insyaallah. Semoga kisah ini juga mampu menenangkan hati nya... Banyakkan sabar sahabatku.. Allah nilai hasrat hati mu.. Allah kira kerisauan mu terhadap keluarga. Allah pasti ganjari usaha mu..Insyaallah.

Alhamdulillah.. Ziarah seorang sahabiah di terataknya. Sambil ambil angin di beranda rumahnya, ayah nya datang duduk sekali. Bercerita dan mencurahkan nasihat.

Syukur, walaupun, ayahanda ana sudah Allah jemput awal, Allah masih kirimkan insan lain, untk ana rasai nasihat seorang ayah... Semoga Allah rahmati arwah ayah..Semoga Allah juga merahmati pak cik..


Kata-katanya yang membuatkan ana tersentuh. Rasa sangat bertuah dipertemukan dengan beliau. Nasihat yang menyejukkan hati.


"Takpela.. slow..slow.. Kerja kita hanya menyampaikan.. Hidayah kan milik Allah...  Soal nak beri faham tu kerja Allah..  Cari ilmu.. Kalau takde ilmu, kita tak kenal mana betul mana salah..  Belajar la dulu.... "


Tetiba ana jadi peramah pulak dengan pak cik ni. Bercerita. Bukan senang ana nak cakap banyak dengan orang yang baru kenal.. Mungkin ni la cara Allah nak bagi ana nasihat. Kalau ana tak bercerita, mana pak cik tu nak bagi nasihat kan???


Teringat satu analogi yang diberikan.. Kita ni ibarat buah durian. Kita akan jadi matang selepas melalui ujian Kalau kita tengok, dalam sebatang pokok durian.. Ada yang belum masak sudah gugur. Tak tahan ujian panas, hujan.. Yang masih bunga pun, awal-awal dah gugur. Hanya yang tahan ujian panas, hujan, angin je yang mampu jadi hasil yang baik.. Buah yang manis..  Macam tu la kita.. Kalau tak kuat hati, awal-awal dah tersungkur...hohohooo.. Sedapnya durian..^_^


Indahnya apa yang Allah aturkan dalam hidup ni. Mungkin kita sakit, kita pedih untuk terima, tapi yang pasti, itulah yang terbaik dari Allah..  Kata-kata dari seorang senior:

"Kena sakit dulu kalau nak rasa manis"

Belajar dari pengalaman seorang sahabat. Tergaman..tergumam, terkaku..terkejut.. Tapi, ambil itu sebagai ibrah dan ilmu.. Persediaan hari mendatang..Insyaallah..^_^.. Jeng..jeng..

Yang pasti, kita tak kan tahu sesuatu tu, kalau kita tak laluinya.. Experience is the best teacher.. Ye ke idok???


Wallahua'lam..



p/s: Coretan sebelum meneroka keindahan pantai... Oh kembarku.oh sahabatku.. cepat la....tak sabar eden..






Thursday, August 9, 2012

Sedekah


Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Alhamdulillah, Allah izinkan untuk sampai ke fasa ketiga Ramadhan 1433 Hijrah. Melewati 10 malam terakhir Ramadhan. Malam-malam istimewa yang menjadi rebutan bagi umat Muhammad memburu lailatul qadar.

Insya-Allah, amal ibadat yang dilakukan dalam bulan yang penuh berkat ni akan digandakan ganjarannya dengan berlipat kali ganda.

Terdengar tazkirah ringkas di televisyen, yang mana isi nya berkaitan sedekah. Puas berfikir, macam mana nak bersedekah. Tengah-tengah ‘kering’ macam ni.. hu3…

Tapi tak nak lepaskan peluang untuk beramal. Antara ibadah yang dituntut dalam bulan Ramadhan ini ialah sedekah. Lagipun, besar fadhilat sedekah ni.

Alhamdulillah, Allah datang kan ingatan pada ilmu-ilmu yang dipinjamkan Nya sebelum ni. Masyaallah, Islam ni mudah. Bukan tertutup pada ruang lingkup yang kecil sahaja.

Insyaallah, banyak cabang sedekah ni. Bukan hanya tertumpu pada harta dan wang ringgit. Bagi yang tak ber ‘ wang’ macam ana ni, yang masih ditanggung sepenuhnya , jangan risau.. Rileks..rileks.. ^_~..Kita boleh kumpul pahala sedekah dengan cara lain.

Antaranya, sedekah doa dan sedekah kata-kata yang baik…^_^.. Subhanallah, tak perlu modal sikit pun…
Insya-Allah, ambil berkat Ramadhan ni untuk kita saling mendoakan saudara-saudara yang lain. Doa la sebanyak mana pun.. Yakin, Allah tu Maha menerima doa hamba-hamba Nya.  Antara doa yang mustajab ialah doa hamba kepada saudara yang lain tanpa pengetahuan orang lain.. 

Masyaallah. Para malaikat juga akan turut mengaminkan doa yang baik, serta mendoakan kebaikan yang sama jika kita mendoakan kebaikan buat orang lain. Allahuakbar… Hebat kan offer ni..

Jangan lupa, sedekah setiap hari ya… Rebut untuk beramal dalam  malam al-qadar, yang mana kita mampu milik sebenarnya. Bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan malam-malam terakhir Ramadhan ini. Insyaallah, pasti salah satu malam itu, adalah malam al-qadar.. 

***Luaskan skop sedekah, bukan hanya pada wang ringgit. Tapi tak salah juga untuk kita usaha menjadi orang yang disayangi Allah.. Siapa dia????
Mereka ialah orang yang berharta, dan membelanjakannya di jalan ALLAH.. Masyallah..^_^

Kalau mampu, sedekah juga walaupun harta yang kita ada sedikit. Pasti Allah akan ganti balik dengan yang lebih baik…

Melewati malam-malam terakhir Ramadhan, jom banyakan baca doa yang diajarkan baginda Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidatina Aisyah r.a…

“Allahumma innaka afuwwun karim.. Tuhibbul afwa fa’fuanna”



Wallahua’lam…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah