" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, October 24, 2012

Ya Hanana.. Beruntungnya kami..

Bismillahirahmanirahim.... Allahumma solli 'ala Muhammad..

Insyaallah, ambil peluang untuk mengarang buat kali terakhir... Kali terakhir sebelum balik bercuti.. ataupun terakhir buat selama- lamanya...

Teringat pesan seorang murobbi...

"Jangan sesekali fikir untuk balik lagi, bilamana kamu keluar di jalan Allah."...

ALLAHURABBI... Tersentak dengan ayat ni.. Terfikir, bagaimana dengan diri yang susah nak ikhlas, penuh dengan penyakit hati.. Seandainya Allah jemput awal.. Bagaimana status ku di hadapan Nya????

Astaghfirullah.. Kurniakan kami husnil khatimah ya Allah..

***

Bibir tak jemu-jemu mengungkapkan 'ya Hanana.. ya Hanana...'..^_^..

Alhamdulliah.. qasidah yang menarik perhatian semua.. Mengalunkannya , menggamit kerinduan pada baginda nabi Muhammad s.a.w..

Seinfiniti syukur.. Allah sudi pilih untuk berada dalam majlis yang penuh ketenangan.. Majlis yang memuji Allah dan Rasul.. Alunan qasidah yang bertalu-talu.. Allah.. tak dapat nak explain...^_^

Saat kaki melangkah masuk ke dalam dewan yang cukup gah, telinga menangkap alunan ayat suci Al-quran, untuk majlis pembukaan.. Hati bergetar..Rasa nak terduduk... Nikmat nya keindahan yang Kau bentangkan Ya Allah...ALHAMDULILLAH...

Rasa semua keresahan melayang pergi.. Fikiran dah kosong.. Asyik dengan qasidah dan selawat.. Suasana yang cukup mendamaikan.. Bersama insan-insan yang baik...



Antara percaya atau tak.. Di pentas hadapan ana ialah mereka-mereka yang hebat.. Habib Syech Assseqaf.. Tokoh qasidah Ya Hanana..Ulama' warisatul anbia... Al Habib Ali Zaenal Abidin..

Sejuk hati, tengok anak-anak kecil berlari.. Seronok dalam dunia mereka.. Berjubah.. bertudung.. So cute.. Moga jadi anak-anak yang soleh solehah dik..^_^

Majlis malam tu, diiringi jugak dengan tazkirah.. Ustaz bercerita mengenai baginda Rasul s.a.w.. Masyaallah..
Rindu kami pada mu Ya Rasulullah... T_T..

Ya Allah.. moga dengan rindu kami yang tak seberapa ni, menjadi asbab untuk kami juga turut dirindui baginda Nabi Muhammad s.a.w..

Moga dengan ingatan kami ini, menjadi pemudah jalan untuk kami diingati baginda di akhirat kelak.. Moga dengan amalan sunnah ini, menjadi kan kami antara golongan yang mendapat syafaat baginda Rasul di akhirat nanti...

 Moga mata yang mengalirkan air mata kerinduan ni juga yang bakal menatap baginda di akhirat nanti...

Ya hanana.. bertuahnya kami.. menjadi ummat mu ya Rasulullah...

~We LOVE Rasul~
Asyik dalam qasidah cinta.. Jom klik..^_^

http://www.youtube.com/watch?v=TleUM3WvR6w&feature=bf_prev&list=UL3ocLTvE30OM&shuffle=237320








Thursday, October 18, 2012

Sentuhan Subuh

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah untuk nikmat Mu yang tak putus-putus.. Untuk cinta Mu buat hamba ini..

Allahumma solli 'ala Muhammad...

 Alhamdulillah.. Kau tewas kan hati ku di hadapan Mu.. Mengaku dan menyerah.. Sungguh.. Diri ini hanya punya Engkau... Tiada daya hamba ya Allah..

Subuh yang berat.. Subuh yang meresahkan... Allah..
Tapi baiknya Allah.. Dipinjamkan air mata untuk membasuh keresahan hati...
Dianugerahkan nikmat penglihatan untuk menatap pujukan Nya di dalam quran..

Surah ad-dhuha..al-insyirah.. al- Muzammil yang memujuk hati...Allahurabbi..

Qasidah indah menenangkan...

Lemah.. Sakit.. Perit.. Tertekan????? Itu biasa... Buat insan yang punya fitrah ..yang bernama manusia.. Kerana dia adalah hamba... Penuh kekurangan..

TAPI....

Ubatnya ialah ILMU & ZIKRULLAH...^_^..

Insyaallah...

Perjalanan memburu redha Allah ini tidak sesekali akan berhenti!!!
Selagi Allah pinjamkan kekuatan Nya,  Moga terus istiqomah dan ikhlas...Muslimat Power....^_^
LAA HAULAWALA KUWWATAILLA BILLAH......

Monday, October 1, 2012

Cintaku di sepanjang jalan

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Demam PRK dah berlalu.. Tapi satu yang pasti.. 'Demam- demam' yang lain akan terus bertamu..^^

Ambil peluang, jadual yang dibuat-buat kosong minggu ni untuk bertemu dengan sweetheartsss... Alhamdulillah.. Maha baik Allah, izinkan kami untuk bertemu, mengubat rindu..

 Rancang punya rancang.. Plan demi plan di bentangkan.. Dari A sampai D.. ^_^.. Last-last tersasar jugak dari tentatif sebenar.. Kita merancang, Allah juga merancang.. Allah jua la yang terbaik perancangannya..

Awal pagi Sabtu, keluar ke KTM.. Seorang diri setelah misi memujuk housemate ikut sekali gagal...!!!.. Takpe, Allah kan ada..^^

Sampai di KTM, pakcik kaunter pulak takde. Nak tak nak, beli tiket dekat machine. Entah kenapa,  silap baca ke, terlalu excited or etc..., Nak beli tiket ke Putra (RM 6.70), tapi tersilap beli tiket ke Pelabuahan Klang (RM 9.70).. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak tekan, duit melayang... Huhuhuhu...

Sekali lagi ke machine tiket untuk beli tiket baru..=(.. Tapi nak di jadikan cerita, machine dah tak function well.. Alhamdulillah, pak cik kaunter pun dah ada..  Bagitau pak cik, tersilap beli tiket.. Pak cik kata:

"dah tak  boleh buat apa.. Kena beli yang baru"

Cuba untuk terima kenyataan...^_________^.. Keluarkan duit, nak bayar tiket..Tiba-tiba....

"takpe la.. tak payah bayar..."

Masyaallah.. Baik nya pak cik.. Barakallah.. Semoga Allah memberkati rezeki pak cik.. Aminnnnn..

Masa tunggu train pun tak lama. Alhamdulillah, orang pun tak ramai. Ambil peluang yang Allah sediakan untuk tatap ayat-ayat cinta Nya.

Sampai di stetsen Putra lebih kurang pukul 10 pagi. Dari jauh dah tersenyum bila nampak si dia yang duduk tunggu ana..^^..Si kembar ,dari UKM Bangi, juga ke KL untuk jumpa seorang lagi sahabat yang ana sayang kerana Allah..

Tunggu punya tunggu, kelibat yang ana rindu muncul depan mata.. Masyaallah... Senyum lebar.. Terima kasih Allah.. Kau ubat rindu kami dengan pertemuan yang indah ni...

Then, kami ke Putra Mall.. Hajat utama, nak breakfast..^_^.. Memang dah termasuk dalam agenda kami pun, nak makan sama-sama. Antara topik hangat semasa makan.. Isu PRK yang masih terasa bahangnya.. ^_^

Selepas di pujuk rayu oleh sahabat, hasrat nak terus ke Seremban selepas makan, di tangguhkan... Kami pusing-pusing dalam mall, dan tukar plan untuk ke Seremban lepas Zohor.

Nama pun perempuan.. Tak puas hati window shopping di mall, ambil keputusan drastic untuk ke Jalan TAR... Sekali lagi plan berubah..^_~.. Ambil LRT dari PWTC terus ke Bandaraya.

Hasrat utama, nak cari jubah kembar ana. Tapi bila dah sampai sana, banyak pulak yang tersangkut. Geram  tengok harga  murah.. Itu nak, ini nak..Semua nak.. Huhuhu..

Berhenti solat Zohor di Masjid India sebelum meneruskan misi 'mengukur jalan' di Jalan TAR...^^..
Pusing punya pusing, rasa nak tercabut kaki.. Huhuhu.. Hati dah berbelah bahagi.. Samada nak teruskan  ziarah ke Seremban atau tak.. Alhamdulillah.. Lepas bincang, Allah izinkan kami ke Seremban.. Ziarah sahabat..

Penat, tapi kenankan janji Allah.. Insyaallah, perjalanan dengan niat untuk menyambung silaturahim, besar ganjarannya..  

Sedih, bilamana nak berpisah dengan sahabat.=(.. Sahabat yang baik.. Bila lagi dapat jumpa.. Insyaallah, yakin dengan aturan Allah..

Lebih kurang pukul 3.30 PM, ana dan kembar ambil train dari Putra ke Seremban. Lewat sampai sebab terkandas di Kajang.

Alhamdulillah, selepas 2 sem berjanji, akhirnya sampai juga ke Seremban. Masyaallah.. Nikmatnya bertemu mata dengan keluarga di sana.. Syukran ukhti, susah payah terima kunjungan kami.. ^^..

Tak puas lagi sembang-sembang dengan kembar.. Banyak lagi benda yang tak share.. Esoknya, seawal pagi selepas Subuh dan breakfast, terus berangkat ke TM.. Memikirkan komitmen dan amanah yang menanti...^_^.. Dalam terpaksa, ku relakan jua...


Sampai di stesen UKM, pegang erat-erat tangan kembar... Sedihnya nak berpisah.. Dia sebahagian daripada kekuatan ana... Cuba pejamkan mata.. Tak nak nangis....

" Ya Allah, kuatkan kami menghadapi perpisahan jarak ini... Kau dekatkan hati-hati kami.."

Alhamdulillah.. Selamat sampai di TM..  Selepas balik kolej, simpan barang, ke Pusat Islam untuk meeting.. Kami lambat sejam setengah..@_@...   Ni semua salah train,  lambat....

Aini... Stop bangauing..!!!.. Sape suruh pandai-pandai tukar plan???

Apa-apa pun, syukur pada Allah, atas segala aturan Nya yang Maha indah.. Terima sedikit pengisisan rohani dari sahabat.. Ubat hati..

" Penat dan tekanan tu lumrah. Tapi kunci nak ubatkan dia, dengan ilmu dan zikir. Syukur, Allah sibukkan kita dengan gerak kerja. Allah pelihara kita dari  sibuk dengan maksiat. Hati kita Allah yang pegang.. Kalau kita serabut, Allah nak bagi tenang, mudah je.. Kalau Allah nak lapang kan hati kita sekelip mata je boleh.. Apa-apa pun jaga hubungan dengan Allah.. Uruskan masalah hati.. Betulkan niat.."

~ya Allah.. Kurniakan kami ikhlas dan istiqomah~

Wallahu'alam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah