" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, November 28, 2012

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad.

"perkara kebaikan itu yang berlawanan dengan kehendak nafsu. Jika nafsu mengatakan malas untuk pergi ke tempat yang baik, maka pergilah. Insyaallah, di sana ada kebaikan"

Subhanallah... Terus ke hati...

Begitu, teguran Allah datang. Saat diri khilaf. Tak pernah lengah.. Allah hantarkan sahabat-sahabat yang baik untuk mengingati.

Perkongsian dalam 'bulatan' yang sangat bermakna. Satu per satu terkena pada batang hidung. Insyaallah,  ambil sebagai perkara positif.

Alhamdulillah..

Saat-saat genting macam ni, ubat mujarab untuk stress ialah menangis. Air mata tersangat murah. Mengalir tak kira tempat..

Memang, menangis tak mampu selesaikan masalah.. Tapi, menangis boleh jadi pengikat hati dengan Allah..  Merayu dan mengadu semuanya pada Dia.. Hati lebih tenang dan baru fikiran boleh berfungsi dengan baik..^_^

Insyaallah..  dah tak lama.. Sedang mengira saat-saat istimewa.. Saat kembali ke kampung abadi..
Mohon doa agar segalanya dipermudahkan...Insyaallah..




Wednesday, November 21, 2012

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad...

 Apa khabar saudara-saudara ku di Palestin?

Macam mana saudara-saudara ku di Syiria saat ni?

Sudah makan ke adik-adikk ku di Rohingya hari ni?


Allah... Allah.. Allah.. Soalan yang jawapan nya sudah pasti... Mereka sedang bergelut dengan musuh-musuh Allah saat ni..

Allah.. ku tak mampu lagi seperti al -Khansa.. Menghantar putera-putera nya ke medan jihad.. Tapi ku punya sebuah azam, untuk seperti Khaulah al-Azwar...







Ya Allah.. Izinkan aku untuk bersama saudara-saudara di sana.. Aku cemburu.. Mereka sedang menempah syurga Mu.. Aku juga ingin seperti mereka....

Andai ada peluang dan kemampuan, mudahkan ya Allah....

Kematian apa lagi yang lebih mulia dari mati syahid..ALLAHUAKBAR...

Saturday, November 17, 2012

Ibrah Musafir 2

Bismillahirahmanirahim... Allahumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah...alhamdulillah.. untuk segalanya..

Saat insan lain dengan pengembaraan maya masing-masing, saat hati-hati yang rindu akan pertemuan dengan Rabb nya bangun bersujud, sepasang mata ini cuba dikuatkan untuk bertahan.. Menggarap isi hati..

Bukan niat untuk menceritakan kesusahan diri, tapi ingin berkongsi nasihat dan motivasi insan sekeliling buat diri ini.. Hakikatnya teguran dari Allah..

Melalui minggu-minggu yang meresahkan. Seminggu cuti, banyak berteman dengan air mata daripada senyuman. Perit memikirkan dhaif nya diri dalam melaksanakan amanah..

Hati berat melangkah pulang ke medan ilmu.. Cuba pujuk hati dan kuatkan semangat. Ingatkan diri dengan janji-janji Allah.

Melangkah ke dalam KTM seorang diri, menuju ke Tg Malim. Duduk, dan mata tiba-tiba seperti empangan pecah. Tak lagi hiraukan mata lain yang memandang.

Tak mampu nak hentikan air mata. Terasa sangat-sangat perit.. Tiada sahabat di sisi, untuk di kongsi.. Hanya Allah .. Ya.... Allah.. Baiknya Allah.. Sentiasa bersama.

Penat menangis, tertidur... Alhamdulillah, rasa bebanan di bawa pergi jauh-jauh.. Berkurang.. Sungguh, Allah Maha berkuasa dalam mengatur segala-galanya.

***

Duduk dengan seorang sahabat. Bercerita dan  minta nasihat darinya..

"Aini.. Kita semua sama.. Kadang-kadang kita je yang rasa macam tu.. Banyakkan mengadu pada Allah.. Dalam hadis ada sebut, Allah malu kalau tak makbulkan doa hamba Nya....
Kita minta dan mengadu dengan Allah.. Kita yakin bantuan Allah"

Lembut nasihat nya.. Allah.. Sekali lagi mengesat air mata. Bukan lagi kerana sedih. Tapi terharu dengan nikmat sahabat yang solehah.

 Syukur dengan teguran Allah, melalui lisan si hamba Nya.. Jawapan Allah terus sampai, tanpa lengah. Perkongsian dari seorang ustazah yang terkena pada batang hidung sendiri.

" Kita ini pemimpin. Paling kurang pun, pemimpin pada diri. Seorang pemimpin perlu ada hubungan dengan Allah. Sentiasa 'bercakap' dan meminta dengan Allah. Lemah itu perasaan diri. KALAU KITA ADA IMAN, KITA AKAN YAKIN. Saat kita susah, kita yakin bantuan Allah ada.. Saat kita seorang diri, kita yakin dengan pertolongan tentera-tentera Allah. Semua benda tak mustahil dengan izin Allah..."

Allahurabbi...

Hari ini, telinga ini mendengar nasihat.. Hari ini tangan ini menaip bicara nasihat.. Hari ini lidah berbicara pujukan semangat.. Entah esok, entah lusa, diri ini juga yang kembali tenat..

Inilah hakikat hamba.. Dhaif dan hina.. Sentiasa hajatkan nasihat dan pesanan...

1433 Hijrah dah melabuhkan tirai.. Moga-moga dengan hadirnya tahun baru ini, dengan semangat dan hati yang baru..

.::ALLAHUMMA YASSIR.. WALA TU'ASSIR YA KARIM::.

Saturday, November 10, 2012

Ibrah Musafir

Bismillahirahmanirahim... Allahumma solli 'ala Muhammad...

Alhamdulillah.. Masih diberikan nikmat bernafas. Nikmat iman dan nikmat Islam.. Masih sudi Allah  limpahkan nikmat Nya yang tak putus-putus.

Bermusafir ke bumi ilmu UKM.. Manfaatkan cuti yang ada untuk teman kembar yang keseorangan di sini.

Bismillah... Mulakan langkah dengan hati yang berat.. Mungkin kerana dosa yang menggunung. Hati terasa sayu tak bersebab.. Allah.. Kosongnya kamu cik hati... T_T

Melangkah masuk ke dalam komuter.. Kemudian duduk depan ana seorang mak cik, dengan anaknya yang istimewa. Mula-mulanya semuanya nampak biasa. Tapi difikir dan renung, rupanya Allah sedang mendidik si hamba yang dhaif ni.. Tentang erti kasih sayang dan syukur..

Ramah si anak. Pelbagai ragam untuk menarik perhatian sahabat ana yang duduk di sebelahnya.
Bangun bersalam dan bertegur sapa. Mungkin, didikan dari si ibu untuk menyantuni orang lain.. Alhamdulillah..

Hanya memerhati telatah anak istimewa ni.. Ana sekadar mengangguk dan menggeleng apabila di  ditanya.. Senyuman hanya terbatas di balik sehelai kain.. Kawan ana yang duduk melayan nya.

Melihatkan cincin di jari ana, si anak tadi tanya..

"kahwin?"

Ana mampu mengangguk je... Faham keadaannya..Allahurabbi.. Hebat ujian Mu ya Rabb..

Jauh dalam hati, betapa si anak ni memerlukan kasih sayang. Sesekali ibunya melarang anak nya bersembang dengan kami. Mungkin bimbang mengganggu orang atau..........

Mugkin silap mata ana yang memandang atau memang hakikat.. Ternampak mak cik tu menyapu matanya beberapa kali. Hati ana kata, ibu itu menangis....Allah..

Entah apa perasaan si ibu saat tu.. Nak sangat rasa cakap pada mak cik tu....

'Mak cik.. Masyaallah, hebatnya makcik.. Allah kurniakan anak istimewa.. Besar ganjaran pahala atas kesabaran mak cik mendidik anak ni..'

Tapi.. semua tu hanya luahan si hati yang dhaif...

Anak tu memang manja.. Saat dia peluk si ibu, jelas keikhlasannya.. Ana pun tak pernah peluk mak dengan manja macam tu.. Allah.. Moga Allah sempatkan ana untuk lakukan.. Untuk zahirkan sayang ana pada ibu selagi ada kesempatan. Insyaallah..

Transit di Rawang.. Sementara tunggu train datang, sempat berbual dengan mak cik.. Kalau tadi jarak kami agak jauh.. Sekarang kami berdiri depan-depan..  Rupa-rupanya anak tu dah 18 tahun..

Naik komuter seterusnya. Adik tadi tak nak berenggang dengan sahabat ana. Ana kena lah  membawa diri sorang-sorang di kerusi depan..  @_@.. Takpe-takpe..Ruang untuk muhasabah diri..

Duduk sebelah ana seorang kakak dalam 40-an.. Bersembang dan bercerita dengan beliau..

"..................................."
*
*
*
" Saya nak gi jumpa kembar kat UKM.."

" Ooo..Kembar kat UKM.. Alhamdulillah.. Dua, dua menjadi ye.."

Hanya mampu tersenyum dan tak mungkin kakak tu tafsir senyuman ana ni... Ana tak tahu apa maksud beliau dengan 'menjadi'.. Tapi satu yang ana yakin.. Setiap langkah anak-anak membawa imej dan maruah ayah ibu bersama....

***
 
Syukur.. Secebis kain tu menemani ana lagi hari ni.. Melindungi riak wajah yang pelbagai.. Menyembunyikan air mata yang tanpa dipaksa keluar..

Moga-moga hati ni makin dekat dengan penciptanya.. Mengadu dan bercerita.. Meraih simpati..

Cik hati... Kamu penat nya? Penat dengan ragam dunia.. Takpe.. Allah kan ada... Pujuk hati dengan ayat-ayat Allah ye.. Allah Maha Baik..  Allah tak pernah tinggal hamba Nya.. Cuma hamba je yang sombong...!!!

Cik hati...

~Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah~ .....




Thursday, November 1, 2012

Citaku Setinggi Langit

Bismillahirahmanirahim... Allahumma solli 'ala Muhammad...

Alhamdulilllah.. Bertemankan alunan surah al-kahfi dari qari Sheikh Faisal Ar-Rashood. Merayap-rayap di alam maya... Klik sana ilmu.. Klik sini perkongsian.. Baiknya Allah.. Disediakan banyak jalan untuk menuntut ilmu..

Sakit pinggang masih terasa.. Mungkin sebab semalam 7-8 jam di dalam bas, atau sakit pinggang dan belakang seperti sebelum ni.. Kurang calsium kot.... Tapi doktor cakap okay je..^_~.. Apa-apa pun.. Alhamdulillah.. Sakit penghapus dosa..

Seminggu di rumah.. Macam kejap je..@_@.. Kali ni bawa balik orang Sabah... Sebelum ni Kelantan  & Negeri Sembilan.. Hajat di hati lepas ni nak bawak 'orang' Kedah pulak jumpa mak...^_~...

Aidiladha tahun ni, macam tahun-tahun sebelum ni jugak.. Pagi raya, ke surau dekat rumah untuk solat raya.. Khutbah raya tahun ni di baca oleh khatib yang lain. Tok imam kampung ke tanah suci, untuk tunaikan rukun Islam yang ke-5.. Siapa tahu.. apa dia???? Cepat angkat tangan.. Kalau tak tahu, nak bagi penangan...

Lepas solat raya, ziarah rumah makcik yang dekat-dekat.. Then melencong ke rumah depan.. Tengok baby..^_^..

Tak macam hari raya aidilfitri, hari raya korban kita disunatkan makan lepas daripada solat hari raya. Hikmahnya nak ajar kita erti pengorbanan. Tahan lapar kejap..^^.. Alhamdulillah, kenyang makan nasi impit, kami meneruskan misi. Sesi bergambar... Ibarat irama dan lagu .. Begitulah kami bila nampak camera..^^

Allahuakbar..Tengok 4 ekor lembu tumbang.  Bukan saja-saja Allah syariatkan ibadah korban. Besar ertinya. Insyaallah, ibrah buat diri.. Moga-moga lepas ni hati lebih kuat untuk sentiasa bekorban di jalan Allah, dengan kemampuan yang ada.Insyaallah...

Sebut soal pengorbanan, tertarik dengan jawapan  seorang anak kecil yang di tanya tentang cita-cita nya..

"Cita-cita saya kat dunia nak jadi pilot..cita-cita saya untuk akhirat, nak jadi ahli syurga"


Allah..anak ni sedang berusaha menghafaz al quran.. Anak ni jelas tentang matlamat hidupnya.. Anak seusia yang lain masih sibuk dengan 'boboi boy'.. Tapi dia sudah memandang jauh ke akhirat.. Barakallah.. Semoga Allah kabulkan cita-cita mu dik..


Apa cita-cita kakak-kakak/abang-abang pulak????

Insyaallah... mesti kakak-kakak/abang-abang yang  hebat semua ni jawab:

AL-MAUTU FI SABILILLAH..ASMA AMANINA...kan?..^_^.. Alhamdulillah.. Tabarakallah...

Cakap pasal cita-cita dunia ni.. Ana nak share jugak..  Mungkin lebih kepada impian dan harapan^_^..
Tak nak tau takpe.. Siapa-siapa yang baik, doakanlah moga Allah kabulkan cita-cita dunia ana ni, Insyaallah.. Moga menjadi asbab untuk terkabulnya cita-cita akhirat ana jugak.. Allahumma amin..

Here are the list:

- Pemilik rumah tahfiz/rumah kebajikan
- Novelis/ penulis
- Hafizah (sebelum umur 30 tahun)
- Kaunselor/ perunding motivasi Islam
- Bawa bonda dan insan-insan tersayang ke Baitullah
- Sukarelawan fisabilillah
- Musafir mengelilingi dunia
-  Hartawan (yang mampu menjadi penyumbang kepada agama Allah)
*
*
*
*
*
*

*
*
*
- KAHWIN MUDA (Isteri solehah & Ibu kepada mujahid/ah kecil).......^_^

 Insyaallah, orang kata, dari cita-cita tu akan timbul usaha.. Dengan cita-cita akan lahirnya doa..
Ana doakan antum semua jugak berjaya dengan kehidupan dunia dan akhirat kalian..

Dunia ni hanya persinggahan.. Tapi jangan kita abaikan dunia.. Kerana di sini la ladang tanaman kita, untuk kita tuai hasil di akhirat.. Genggam dunia kemah keming.. Sematkan akhirat dalam-dalam di hati..^_^

Wallahua'lam...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah