" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Thursday, February 28, 2013

Bismillahirahmanirahim..

Allahumma solli 'ala  Muhammad...

Merayap ke blog orang lain.. Jumpa gambar mujahid-mujahid kecil.. Tetiba rindu untuk menerima kehadiran orang baru...

Moga-moga bakal dapat perkhabaran dari kakak/abang yang ana bakal dapat anak buah baru... Bila???? Semuanya tersusun indah dalam takdir Allah..^_^

Alhamdulillah.. Mabruk juga buat  2 orang sahabat  yang bakal bergelar ibu dan yang baru sahaja bergelar ibu...



Semoga para ibu dan bakal ibu di luar sana mampu melahirkan dan mendidik generasi pewaris mata rantai perjuangan baginda Muhammad s.a.w.. Allahumma amin..






Motif  entry ni????
 ......


"Rabbana hablana min azwajina.. wazzuriyatina ..qurratal 'ayun wajjalna lilmutaqin na imama.."

Catatan hati lewat gerimis Zohor,
~Ummu Hafizah~








Tuesday, February 26, 2013

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli' ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Masih sudi Allah pinjamkan pelbagai nikmat..

Tarikh yang sama berulang, bulan yang sama bertamu...  Mungkin tahun sahaja yang berbeza.. Allah...

Jari ringan untuk menyemak kalendar telefon. Cek reminder. Kalau-kalau ada nota penting.

Allahurabbi...  Spontan.. mutiara jernih mengalir..  26 Februari bertamu lagi.. Hari yang penting dalam hidup ni.. Maha Kaya Allah..

Genap 17 tahun, insan tersayang kembali ke pangkuan Rabb nya.. Moga tenang di sana...

Hati mana tak rindu.. Hati mana tak sayu.. Tapi kerana yakin Allah itu Maha Berkuasa, hati ini akur.. Meskipun Allah tidak izinkan kami bersama di dunia, tapi moga Allah kumpulkan kami di syurga Nya..

Ayah...

Maaf.. Aini tak mampu nak kalungkan ucapan 'terima kasih'... Aini tak sempat hadiahkan jasa dan bakti..  Satu yang aini harap.. Moga ALLAH beri kekuatan dan izin untuk anakanda terus alirkan saham akhirat buat mu ayah...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Tak mampu dan tak layak untuk capai darjat 'anak solehah'.. Tapi moga Allah nilai yang sedikit...

~al-FATIHAH buat ayahanda tercinta.. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh allahyarham..~



 
 

Sunday, February 3, 2013

Ganu Kiter


Bismillahirahmanirahim..  Allahumma solli ‘ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Allah masih sudi pinjamkan nikmat kehidupan sehingga saat  jari memari ni sedang menaip.
Masih Allah sudi pinjamkan nikmat kemanisan ukhwah.

1 Februari 2013. Ke walimah sahabat seperjuangan di kampung nya. Majlis sambut menantu. Perancangan Allah sentiasa yang terbaik dan tersusun. Berkumpul  dengan adik- beradik iman.

 Bertolak dari Dungun selepas solat Zohor.  ‘Flight’ delay sebab tunggu sahabat dari Kuantan. Konvoi dua buah kereta ke Kuala Terengganu.

Bismillaahitawakal tu’alallah..  Bergerak, tanpa tahu rumah ,tempat yang di tuju..^_~..  

 Lebih kurang 2 minggu cuti,  ni baru nak keluar daerah.. Emm.. macam mana la  tak kenal negeri sendiri… Jarang keluar rumah… Orang Terengganu sendiri yang follow kereta  orang Pahang…

Sampai di Losong. Berhenti betul-betul di hadapan muzium. Tunggu sahabat datang ambil dan tunjuk arah. Sambil-sambil menunggu, tak lepas peluang posing tepi pagar muzium..   Muslimat dan kamera, tak dapat  dipisahkan…Muslimin pun!!!

Lebih kurang pukul 4 petang, sampai di rumah pengantin. 

“Barakallahulakuma wa baraka ‘alaikuma..wajama’a baina kuma fi khair..”

Subhanallah.. Semoga Allah merahmati pasangan ini hingga ke syurga.. Dikurniakan rumah tangga yang sakinah.. Tumpang gembira dengan sahabat…

Sementara tunggu 3 buah kereta lagi adik beradik dari Kelantan, bersembang dengan zaujah  (isteri) sahabat ana.  Sama-sama belajar di UPSI, tapi ni baru ana kenal dengan zaujah nya. Baru kenal, tapi Alhamdulillah, Allah alirkan rasa sayang ke dalam hati kami. Terasa dekat.

Pukul 5, sampai 3 buah kereta dari Kelantan. Bertambah riuh rumah, berjumpa sesama sendiri, dah tak hirau tetamu lain yang datang.. ^_^..

Muslimin dengan halaqah mereka.. Muslimat dengan liqo’ sendiri.. Bersembang lagi di bawah kanopi sambil makan nasi minyak. Mungkin dah agak  petang, tetamu pun dah tak ramai.

Makan sudah, bersembang sudah, bergambar pun sudah. Dah lewat petang.. Kalau ikut, memang sampai malam pun tak habis nak kongsi cerita… Kami bertolak pulang, meningggalkan rumah pengantin.

Singgah di masjid, untuk solat Asar. Tegur makcik-makcik yang sedang gotong royong memasak di dapur masjid. Mereka buat persiapan untuk majlis sambutan  Maulidur Rasul. Ramah tamah, orang ganu kiter..^_^

Plan seterusnya nak makan ikan bakar dekat dengan  airport. Tapi hajat tak kesampaian..^^ tak kenal jalan… He2… Last-last, ke Pantai Batu Buruk. Jumpa lagi konvoi yang dari Kelantan.. Berkelah lagi di pantai. Meriah..  Subhanallah.. cantik alam milik Allah.. Tenang, damai  duduk tepi pantai.  

Ada sepasang mak cik & pak cik, bawa cucunya main layang-layang di pantai. Kami tumpang duduk sekali . Baiknya mereka. Layan kami macam anak mereka. Bagi nasihat. Kongsi cerita  sikit sebanyak.  Sebelum balik, sahabat ana minta pak cik bacakan doa.. 

“…. Ya Allah… selamatkan perjalanan pulang anak-anak kami ini..”

Allahurabbi.. Terasa sayu.. Dalam sejuk angin maghrib dan dalam samar senja, atas pasir pantai kami sama-sama mengaminkan doa yang dibacakan oleh seorang pak cik yang kami tak kenal pun.. Tapi atas dasar saudara seakidah, kami bertegur sapa.. ALLAHUAKBAR…

Singgah solat maghrib di masjid terapung dan sahabat-sahabat dari Kelantan terus ke masjid Kristal . Berhenti makan di Pantai Kelulut sebelum meneruskan perjalanan balik ke Dungun.  

Sampai rumah lebih kurang pukul 10.30 malam. 4 orang sahabat yang dari Pahang, bermalam di rumah ana. Semoga ini lebih mengeratkan ukhwah antara kami..  Taaruf, tafahum dan moga mampu ke peringkat takaful.. Insyaallah..

Syukur, ana punya sahabat-sahabat yang ditabiyah. Mereka tak kekok dengan keadaan rumah  yang mungkin  banyak kekurangan.   Makan apa yang dihidang seadanya.. Sama-sama tidur beralaskan lantai simen. Bertemankan nyamuk, mungkin..^_^… 

‘Ya Allah.. aku sayang mereka kerana MU….’

 Hanya satu yang ana harapkan dari kunjugan sahabat-sahabat.. Datang mereka membawa rahmat.. Pulang mereka membawa keluar apa yang tak elok. Hebatnya nilai tetamu…Moga-moga tak serik untuk bertamu lagi ke teratak  biasa ini..

Sentiasa berharap dan mengalu-alukan kunjungan sahabat-sahabat… Ahlan wa sahlan..^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah