" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Sunday, March 17, 2013

Terima Kasih Bangi


Bismillahirahmanirahim… Allahumma solli  ‘ala Muhammad..

Ambil sedikit peluang yang Allah pinjamkan hari ini untuk memulakan ‘pengembaraan’  sementara menunggu KTM bergerak ke Tanjung Malim.

Bebas memilih tempat duduk.. Train agak lengang daripada jasad manusia. Selang beberapa kerusi dari ana, ada seorang ibu muda sabar dengan keletah  anak kecil nya, dalam lingkungan 2 tahun.. Comel..^_^.. 

Bismillah.. Kerana Mu aku bermusafir ya Allah…

Minggu  ni, sekali lagi meninggalkan bumi Tanjung Malim, bermusafir ke Bangi. Meninggalkan amanah buat seketika, di saat sahabat-sahabat lain begitu komited. Maaf sahabat.....

Selesai program Muslimat Garden di surau al-Falah, Jumaat lepas, housemate tolong hantarkan  ke stesen KTM Tanjung Malim..  Langkah ke tangga KTM, train  ke Rawang pun jalan.. Takde rezeki.. Menunggu lagi untuk lebih kurang setengah jam. Dijamu  dengan kelibat dan ragam manusia yang pelbagai.

Transit di Rawang. Sempat solat Asar di surau sementara tunggu train seterusnya. Sampai di stesen UKM lebih kurang pukul 6.30 petang. Menunggu bas untuk ke kolej lebih kurang satu jam ‘sahaja’….
Alhamdulillah.. Takpe, Allah sedang curahkan pahala sabar, mudah-mudahan..Insyaallah.

Sampai di kolej, terus ke kafe. Sementara menunggu untuk tempahan makanan, ke surau di sebelah kafe. Melangkah kaki ke dalam surau, telinga menyambut tenang bacaan dari imam.. Subhanallah.. Indahnya kalam Mu ya Rabb..

Pagi Sabtu…Bersiap-siap untuk ke  DarusShifa’ di Bangi.. Tujuan utama musafir ana minggu ni. 
Kembar call beberapa nombor untuk sewa kereta. Tapi semuanya, tak dapat. Kereta takde yang kosong. Nak  ambil teksi, macam mahal. Lagipun macam  tak berbaloi sebab tak  pasti berapa lama di DarusShifa’ nanti. Hampir sejam menunggu, cari jalan keluar..

‘innalillahi wa inna ilaihi rajiun’. ..

Kesabaran di uji lagi.. Hampir putus asa dan rasa kecewa. Dah banyak nombor yang di dail.. 

Alhamdulillah.. Maha Kaya Allah. Sambil-sambil duduk di bus stop kolej, terpandang satu kertas kecil  yang tertampal di notice board. Nombor telefon kereta sewa!!!! 

Bismillahitawakal tu’alallah.. Kembar cuba call.. Alhamdulillah.. Ada rezeki kami, dan akak yang uruskan kereta sewa tu sangat baik…^_^ Orang Kedah kan… 

Lebih kurang pukul 10.30 pagi..  Sampai  di DarusShifa’.. Subhanallah.. Ana sangat suka kan bi’ah  (suasana ) di sana.. Tenang dan mendamaikan.

Darusshifa', Bangi

Sementara tunggu giliran untuk dipanggil masuk, ana memerhati sekeliling. Masing-masing datang dengan harapan yang tinggi. Berikhtiar dan berusaha, moga Allah terus pinjamkan nikmat kesihatan yang terbaik..

Makin dekat dengan turn ana, rasa makin berdebar.. Nak muntah pun ada.. Alhamdulillah.. Kembar di sebelah cuba tenangkan..

“No. 107..”

Bismillah.. Bangun dan melangkah ke bilik  rawatan. Suasana nya ‘sejuk’..  Subhanallah.. Ana rasa sangat  tenang bilamana ustaz bacakan ayat-ayat quran di hadapan ana.  

Sedikit takut bilamana makcik yang berubat di sebelah ana mula ‘meracau’. Beberapa orang perawat, cuba menenangkan dan ‘berkomunikasi’ dengan sesuatu.. Alhamdulillah..  Dah beberapa kali Allah  hadiahkan ana untuk melihat  situasi macam tu sebelum ni.. 

‘ya Allah.. aku bertawakal kepada Mu..’

Alhamdulillah.. Selesai merawat.. Syukur..  Ustaz kata ana tak de apa-apa. Cuma, ustaz bagi sepotong doa dari ayat Al-quran untuk ana amalkan..

Ayat dari surah as-Syu'aara ayat ke 130.. Insyaallah, sesuai untuk amalan bagi ubat sakit pinggang/ belakang.

Insyaallah.. Sebagai ikhtiar.. Doktor perubatan pun dah jumpa. Rawatan Islam pun dah cuba.. Yakin, Allah sedang menguji hamba Nya, dengan sekecil-kecil ujian..

Selesai urusan di Darul Shifa’, kami makan tengah hari.. Kalau tadi ada ‘rama-rama’ dalam perut, sekarang, keroncong  pulak  sedang didendangkan..^_^.. Alhamdulillah, mudah pergerakan, ada orang tolong  jadi driver… Jazakillah to Ain’s friend..

Sementara tunggu Zuhur di masjid UKM, sempat ana dan kembar belajar drive kereta. Manfaatkan kawasan lapang kat perkarangan masjid. Dah lama dapat lesen besar, tapi tu la, bila lama tak bawa, jadi macam orang baru nak belajar kereta..

Masjid UKM

Alhamdulillah.. Akhirnya, setelah sekian lama tak pegang stereng kereta… Dapat jugak drive walaupun kereta tu macam ular kena palu

Lepas solat zuhur, sambung belajar lagi.. Belajar sampai penat!!! Balik ke bilik kembar , dan semuanya  ‘syahid’..  

Selepas Asar, kami keluar lagi. Ke Ice Room. Hajat asal nak makan cendol, tapi  termelencong plak..
Kami 5 orang  order menu yang berbeza. Tapi pinggan makanan tu akan sentiasa rotate, Sampai la makanan habis..^_^.. Alhamdulilah, semua merasa..

ALHAMDULILLAH..Rezeki dari Allah


Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Keluar pun dah lewat petang, jadi maghrib pun masih kat luar. Lepas makan, kami terus ke masjid Hasanah, untuk solat Maghrib.  Selesai solat, kami menuju ke Putrajaya.. Ingin menawan Putrajaya..

Masyaallah.. Rezeki kami.. Sampai je di Masjid Besi, Putrajaya , kereta penuh.. Tempat parking pun penuh.. Rupa-rupanya ada majlis di masjid tersebut.. Ada syeikh dari luar negara datang.

Masjid Besi, Putajaya
 Saat kaki melangkah masuk ke masjid, alunan Tolaa badrul alaina bergema.. Allahuakbar!!  Tak terbayang keindahan suasana dalam masjid..

Waktu kami sampai, kuliah dah di penghujung. Sempat mengaminkan doa je.. Selesai solat, kami berpicnic  tepi tasik masjid. Sambil nikmati indahnya malam ciptaan Allah.. .

Terima kasih Allah untuk ukhwah ni..

Alhamdulillah.. Terima kasih semua.. Syikin, Kak Long, Ifah dan my twin.. Alhamdulillah.. Seharian di Bangi..

On the way balik ke kolej.. Mereka-mereka duk bicang pasal tesis.. Ana sekadar menjadi pendengar setia..^^ Bahang tesis belum lagi singgah pada bahu ana.. Sekadar bertaaruf dulu..

Moga ALLAH mudahkan urusan kalian.. Ain, Kak Long, Ifah dan Syikin.. Insyaallah, moga semua lancar.. 

Terima Kasih Allah.. Kami malu.. Banyaknya nikmat Kau curahkan pada kami.. Moga-moga kami tergolong dalam golongan yang bersyukur.. Jadikan ujian ini sebagai salah satu asbab untuk kami lebih dekat dengan-Mu.. Buat semua insan di sekeliling.. Maaf dan terima kasih.. Semoga Allah memberkati kalian..


Tuesday, March 12, 2013

Abang, kakak, adik.. Nak bahagia tak???

Bismillahirahmanirahim.... Allahumma solli' ala Muhammad...

Apa khabar iman hari ni??? Alhamdulillah.. Moga-moga lebih baik dari semalam dan sentiasa usaha untuk jadi yang terbaik..^_^

Siapa nak jadi orang yang BAHAGIA???????

Masyaallah.. Semua orang nak bahagia kan.. Jom kita kongsi ilmu sikit..

Alhamdulillah, sedikit sebanyak ilmu yang ana dapat dari ceramah ustazah...Katanya, orang yang bahagia ialah orang yang banyak memberi.. See!! ^_^

Alhamdulillah.. Maha kaya Allah.. Sifir Nya tidak seperti sifir matematik.. Indahnya ISLAM.. Makin kita banyak memberi, makin banyak kita dapat.. Bahkan Allah ganti dengan yang lebih baik..

Perkara yang memuaskan pada si pemberi ialah  apabila melihat orang yang menerima tu gembira.. So, automatically ktia akan bahagia...  Yeayy!!! ^_^

'Harta kita yang sebenar, bukanlah apa yang ada dalam simpanan kita.. Tetapi harta milik kita yang sebenar ialah harta yang dibelanjakan di jalan Allah'

Pernah bertanyakan pendapat pada si kembar...

"ana  beli ...(something).. untuk ...(someone)...  Tak membazir kan?"

"beli lah.. Ingat.. dalam rezeki kita juga ada hak orang lain..."

Ya!!! Dalam rzeki kita ada hak orang lain..  Mungkin Allah amanah kan pada kita untuk menguruskan nya.. So, jangan tamak, jangan kedekut, jangan berkira.. ----------> Ingatan buat Cik Aini tersayang...

Dah tu.. saya ni bukan berharta sangat... Macam mana??? kata si A

Saya ni makan pun orang tanggung...kata si B

Bukan tak nak memberi, tapi ...( macam -macam tapi..) kata si C, D and the gang..

My dear... Listen..listen and listen..

Memberi ikut kemampuan.. Memberi bukan hanya dengan wang ringgit.. Memberi tak semestinya banyak.. Yang penting, dengan hati yang paling gembira, dengan rasa sangat sangat nak buat orang bahagia..^_^

Pernah seorang ustaz bagitahu, kalau kita susah, kesempitan wang contohnya.. Banyakkan lah memberi atau dengan kata yang lebih indah ialah SEDEKAH.. Kalau ikut logik akal, ada ke patut, kita yang susah , lepas tu nak bagi pulak pada orang... TAPI..Itulah indah nya ISLAM..  ^_^..
  1-1 = 10 or maybe more than that...

Insyaallah... Nanti Allah akan balas.. Sebab Allah tu Maha Kaya... Manusia tak balas pun tak pe.. Sebab kita tahu, manusia ni penuh kekurangan dan kedhaifan..

So... Let's pray to Allah..

"Moga-moga kita dikurniakan kekayaan yang mampu membawa kita lebih dekat dan bersyukur pada Allah..
Dikurniakan nikmat kesihatan dan sempurna pancaindera untuk di wakafkan untuk Islam
Mendapat kelapangan masa untuk kita gunakan untuk gerak kerja Islam
Dianugerahkan ilmu dan kepakaran  yang bermanfaat yang mampu kita sebarkan untuk orang lain"

Erti hidup pada memberi.. Kami pilih untuk bahagia.. Anda bagaimana???^____^







Saturday, March 9, 2013

Parodi Seindah Mawar Putih

Bismillahirahmanirahim... Allahumma solli'ala Muhammad..

3 minggu berturut-turut menjadi penumpang setia KTM..  3 minggu berturut-turut bermusafir pada hari Jumaat. Dari Tanjung Malim ke UKM, dari UKM ke Tanjung Malim..

Hati yang disangkakan sudah pulih sepenuhnya, rupanya masih 'di bawah pengawasan'.. Baru  je pagi Khamis dipujuk dengan kata-kata akidah dalam 'bulatan gembira'.. Tapi masih belum cukup dos rupanya.

Manusia merancang.. Allah juga merancang... Maha hebat perancangan Allah..
 Dalam pukul 12.00 tengah hari Jumaat.. Bercadang nak bersiap ke majlis ilmu di kampus baru. Tapi Allah lebih indah dengan aturan Nya. Hati mula berbelah bagi bilamana tak tahu nak contact sIapa untuk di ajak teman.

Ubah fikiran, untuk ke kafe.. Beli makanan tengah hari. Siap berjubah dan sarungkan tudung, tangan jadi laju untuk mesej kembar. Spontan tangan menaip, kata nak ke UKM.. Tak sampai setengah jam, semuanya dah berubah.. Tadi nya yang nak keluar ke kafe, berubah , melangkah ke KTM..

Sampai di UKM.. Malam nya gunakan masa untuk membaca buku. Tertarik dengan mukadimahnya...'Menulis kelemahan untuk mencari kekuatan'..  karangan Ustaz Hasrizal.. Rasa amat kena dengan batang hidung. Helaian demi helaian di baca.

Kadang-kadang ter mengeluh.. Kadang- kadang istighfar.. Sekejap-sekejap termenung. Setiap pengalaman yang dikongsikan penulis, sangat terkena pada diri sendiri.

Alhamdulillah.. Mungkin ini hikmahnya.. Allah nak tegur ana.. Untuk lebih kenal diri.. Kenal ALLAH..

Cadangnya nak balik ke Tanjung Malim hari Ahad. Tapi ada urusan di sini, ana balik pagi tadi. Sebelum balik, kembar teman ana makan di kafe kolej nya.  Sementara makan, 2 kali terlepas bas.

'tak pela.. bukan saja-saja Allah takdirkan semua ni..'

Ada ruang untuk ana bersama dengan kembar sementara menunggu bas yang seterusnya. Mula nya berbual yang biasa-biasa.. Tapi bila air mata dah tumpah, si kembar mula hadiahkan kata-kata nasihat dan semangat.

Makin rancak lagi air mata, sampai teresak-esak.. Kata-kata yang keluar tak sebanyak air mata. Tiada apa yang ana kongsikan pada kembar.. Tapi dia faham keresahan hati ana..

Tangan kami bertaut erat. Ya Allah.. Sedihnya saat nak naik bas. Satu yang ana takut setiap kali bertemu  dengan nya ialah saat untuk berpisah.. Makin kuat tangannya ana genggam.. Mengharapkan aliran kekuatan bersatu antara kami..

'jangan risau.. ana xdk pe.. balik dgn semangat baru..^_^'

Sekeping mesej ana sent pada kembar bila bas dah tinggalkan bus stop..

Ana sangat perlukan kembar di sisi  dalam saat-saat macam ni. Untuk pulang ke kampung jauh sekali.. Boleh botak kepala kalau balik tiap-tiap minggu ke Dungun.. Alhamdullillah.. Tanjung Malim ke UKM tak jauh.. 3 jam perjalanan dengan KTM..

Memang rasa bersalah.. Tinggalkan urusan di Tanjung Malim, saat sahabat-sahabat lain berkerja keras untuk amanah.. Tapi... ..Astaghfirullah..

Insyaallah.. Ana harap ana tak terus-terusan macam ni.. Ana kena kuat!!!! Walaupun bukan untuk diri sendiri, tapi mungkin untuk orang lain...

Ana masih ada ibu untuk dibahagiakan.. Ana ada anak-anak saudara yang perlu jadikan diri sebagai contoh kepada mereka.. Ana ada saudara-saudara untuk di beri perhatian.. Paling penting.. ana ada tanggungjawab yang besar untuk ISLAM...!!!

Doa yang ana pegang... Doa penawar untuk 8 penyakit..:

' Ya Allah.. aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang..'

Besar erti zikir-zikir kepada Allah..


“yaa hayyu…yaa qayyum, bi rahmatika astagiiits… ashlihliy sya’niy kullahu wa laa takilniy ila nafsihi tharfata ‘aiyni…”

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak butuh segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dariMu).

Terima kasih Allah.. Ujian ini untuk Kau jadikan ku lebih merasai nikmat 'abdullah'...

*** Air mata mengalir lagi saat membaca BLOG kembar.. (Seindah Mawar Putih)
Ukhti ku.. ana pun sayang enti..kerana Allah.. ^_^




Thursday, March 7, 2013

Cerita si Khamis

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli'ala Muhammad.

Alhamdulillah, masih diizinkan untuk bernafas.. Malam yang barakah.. Insyaallah..

Semester ni jadual kelas agak tak berapa padat.. Kelas Isnin sampai Khamis je.. But, semester ni antara semester yang berat. Need to prepare a lot of things. Next semester is 7th semester.. Means that, I need to go for my practicum..!!!

 Sometimes feel excited.. Tak sabar nak masuk kelas.. Tapi takut pun ada jugak..

'Ya Allah.. Permudakanlah semua urusan hamba dalam menggalas amanah ini..'

Hari ni freeThe only  class for Thursday was off..  Madam bagi chance untuk kami prepare for the macroteaching.. Tapi, prepare ke????? ^_~

Alhamdulillah, minggu lepas dah setle untuk microteaching.. Don't even prepare anything for my microteaching.. Masuk kelas dengan jantung dup dap ..dup dap.. Hu3...

Tarik nafas dalam-dalam.. Istighfar dan selawat.. Alhamdulillah.. Allah datang kan idea on what to teach in front of the class..

Alhamdulillah, Allah izin untuk do my best.. Tapi tak sehebat kawan-kawan lain.. They deserve the best.. Came with the fluent English and confident!!! 

Insyaallah, I'll  do  better for my up coming macroteaching.. Start survey for the good set induction from the internet.. Perhap can get ideas on how to start my teaching..

Alhamdulillah.. Hari ni Allah izin untuk ber 'bulatan gembira'..  Bincang and berkongsi dengan sahabat-sahabat.. Selepas Zohor teman kawan ke pekan untuk setle kan  urusan di bank.

Ke Agro Bank.. Terjumpa dengan ustazah yang selalu bagi talk di kolej . Selalunya untuk pengajian muslimat..Ana kenal ustazah, tapi ustazah tak kenal ana..^_~..

Sempat bersembang sekejap.. Ustazah ada tanya pasal perancangan masa depan.

"Dah sem 6? Tak lama dah nak habis.. Lepas tu nak sambung master ke?"

"Tak lagi kot ustazah.. Saya nak kerja dulu. Nak bagi mak rasa duit hasil kerja saya dulu.. Ada rezeki lepas tu baru sambung belajar.. Insyaallah"

"Betul jugak.. Insyaallah, biar cepat-cepat posting ye..."

Tiba-tiba teringat dekat mak.. Ya Allah.. Sempatkanlah aku untuk membahagiakan bonda tersayang..

Sambil pusing-pusing di pekan , sempat singgah kedai pakaian.. Hajat nak hadiahkan tudung untuk 2 orang sahabat yang baru berhijrah.. Subhanallah.. Alhamdulillah..^^

Jumpa pashmina yang cantik.. Harga pun boleh tahan..

Moga-moga Allah izinkan sahabat ana ni untuk terus istiqomah menutup aurat dengan sempurna..  Alhamdulillah.. Moga Allah letakkan untuk merasai kemanisan berhijab dalam hati mereka.. ^_^.. Love you fillah my sweet friends..

Lepas tu ke Bank Tabung Haji..  Sahabat ana nak daftar untuk haji. Sambil menunggu, ana terpandang gambar baitullah di dinding bank.. Allah.. Sayu nya hati.. Rindu untuk ke sana.. Moga-moga Allah sudi terima hamba dhaif ni sebagai tetamu Nya suatu hari nanti. Insyaallah...

Banyak jugak berjalan hari ni. And the result is... Terbaring sakit pinggang and belakang petang tadi... Masih jugak lagi sakit sekarang, tapi alah bisa, tegar biasa..  Syukur.. Kafarah dosa.. Alhamdulillah..^_^

Esok dah Jumaat.. Plan untuk esok????

2 ceramah agama yang mesti di hadiri.. Talk dari ummi and Ustaz Wan.... Moga Allah izin untuk ke taman syurga esok... Insyaallah..^_^ Grab the chance..

~Ya Allah..Jadikanlah hari esok lebih baik buat kami.. Jangan Kau biarkan urusan kami diurus oleh kami sendiri walau sekadar sekelip mata.. Ambil lah kami untuk berada dalam redha Mu sentiasa..~




Tuesday, March 5, 2013

Hati-hati mengurus hati


Bismillahirahmanirahim… Allahumma solli ‘ala Muhammad…

Alhamdulillah.. Masih diberi nikmat  kedamaian di bumi Tanjung Malim, di saat saudara-saudara di negeri di bawah bayu, Sabah sedang berperang dengan musuh-musuh negara.

Semoga Allah kuatkan hati mereka. Dikurniakan kesabaran di atas ujian yang menimpa.. Moga-moga Allah sentiasa sudi kirimkan pertolongan Nya..

Al-fatihah dan doa buat pejuang yang gugur di medan tempur. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengira setiap titis darah dan keringat mereka sebagai amal yang soleh..Takziah buat keluarga mangsa..

Allah kirimkan ujian Nya dalam pelbagai bentuk. Berbeza-beza buat hamba Nya. Alhamdulillah.. Tanda sayang Nya Allah, untuk mencuit hamba agar tidak terus lalai.

Saat hati dicuit keresahan, air mata la yang rancak berbicara dengan Allah..  Mewakili lidah untuk merayu dan mengadu pada yang Maha Kaya.

Perjalanan dari UKM sampai ke Tanjung Malim… Air mata tak kering.. Basah niqob.. Sedih benar cik hati..Kenapa ye???

Terasa hati???

Allah… Benda remeh pun nak disebut-sebut..

What you give, you get back my dear…. Cuba cek, kalau-kalau ada buat silap pada orang…

Emmm..Betul kan??? See…. Astaghfirullah…

Pesanan dan ingatan buat diri selepas ni…..

Hebat nya anugerah Allah.. Sekeping lidah yang tak bertulang..
 Kerananya mampu menyentuh hati manusia untuk lunak dengan cinta Allah.. Dengan lidah mampu menyeru kepada dakwah..
TAPI…. Hati-hati.. Kerana lidah juga boleh merosakkan hati manusia.. Tanpa sedar lidah yang lembut tu mampu menikam hati orang lain.. Bisa nya boleh tinggal kesan yang besar..

Alhamdulillah, cik hati.. Semuanya dah settle kan??? Tak nak terasa-terasa lagi.. Semua ni kena telan dengan redha dan ikhlas.. Kata nak berjuang…!!! Tak kan benda simple pun dah tak kuat…

p/s: Orang yang terasa hati tu lebih teruk dari orang yang buat orang terasa…. Muhasabah dan koreksi diri… Buat cik hati tersayang…   v(^_^)v

***

Alhamdulillah.. Baiknya Allah.. selalu memujuk dengan cara Nya yang baik..

Semalam, ke kedai buku depan kampus. Owner kedai pasangkan alunan al-quran. Subhanallah.. Bacaan yang sangat sejuk, damai ke hati..

Cuba tanya tuan kedai, ayat quran yang di pasang tu di baca oleh syeikh mana.. Tapi dia pun tak pasti.

" Maaf, saya tak pasti la..  Kenapa, sedap (merdu) ke? Takpe.. Cikgu ada pendrive tak?"

"Ada.."

"Okay, nanti saya copy dalam pendrive, esok cikgu datang ambil ye.."

"Ada charge apa-apa tak?"

"Eh.. takde.. Tapi lepas ni cikgu wajib datang kedai ni selalu.."

^_^

Alhamdulillah... Tadi dah dapatkan copy MP3 bacaan ayat quran tu.. & now I am listening to the recitation.. Subhanallah... Ubat hati yang sangat mujarab..

Alhamdulillah lagi .. Terima kasih Allah .. Sudi pinjamkan kami masa hari  ni.. Allah izinkan untuk K.has singgah ke teratak kami hari ni.. Spent masa sekejap.. Makan & kongsi cerita.. Rindu suasana masa kami tinggal serumah dulu...

Kak... Aini sayang akak kerana Allah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah