" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, May 29, 2013

Intan Liyana

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

Insya Allah, entry ni special untuk seorang adik comel, yang Allah pinjamkan ketenangan bersamanya petang tadi.

Mula 'bertapa' di surau sejak pagi. Lepas usrah dengan sahabat, terus stay je kat surau. Hajat di hati nak siapkan action research. Tapi tak beraction jugak.... Research kat fb je yang lebih..

Bilamana dah list semua benda yang nak kena setle kan dalam masa terdekat ni, baru la terasa.. ya Allah... Aini!!!! wake upppp..!!  Banyak nya kerja tak selesai.. Rasa macam ada batu besar je kat depan...

Ambil wudhu' dan baca quran. 'Lampu merah' cik hati dah menyala.. Ala-ala ultraman yang tengah tenat.. Minta di beri penawar.  Dah masuk waktu, solat zohor kat surau. Kalau balik bilik, research lain pulak yang jadi..^_~

Alhamdulillah.. Nikmat lihat jemaah surau yang lain senyum semasa bersalam selepas solat, sejuk hati.. Lepas solat, balik ke meja study. Dah jadi port tetap kat  belakang surau tu.. Nikmat ketenangan berada di rumah Allah yang mendamaikan. ALLAHUROBBI..

'Merangkak' slow-slow, memaksa jari untuk menaip. Menggoreng idea yang ada semasak-masak nya.. Hampir-hampir hangus.. Di tambah dengan perisa tengah hari.. Cukup buat mata kuyu dan layu..^^..
Tunggang terbalik, tunggang terbalik, alhamdulillah, bergerak jugak la action research.. IN PROGRESS...

Tengah-tengah mengantuk buat assignment, tetiba datang adik comel. Teman berbual. Alhamdulillah.. Rasa tenang bila bersembang dengan adik tu. Alhamdulillah, dalam resah hati, Allah kirimkan adik yang tulus mulus ni..

Sempat ajar adik tu simple English, sebab dia minat dengan BI yang ana duk taip.

"My name is Intan Liyana. My ambition is want to be a soldier.." 
Cerdik budaknya. Pandai. Baru 10 tahun.

Azan Asar kat laptop bunyi. Lepas tu Intan cakap,

"Akak, jom kita solat sekali nak?" 

Alhamdulillah, sempat solat sama-sama dengan Intan. Intan pun sabar tunggu dan ikut imam baca ma'thurat. Lepas solat, Intan masih teman ana buat kerja kat sebelah. Sambil-sambil tu, sempat dia duk 'mengemas' rak quran dan jumpa buku risalah doa. Ana kagum, bila mana Intan terbaca satu doa yang berkaitan dengan mengharap pertolongan Allah, automatik Intan kata:

"Haa.. ni la yang kita nak..."

"Nak apa?" Ana yang duk menaip, tanya sambil lewa. Mata fokus pada laptop.

(AWAS!! JGN tiru aksi di atas, sebab sunnah nabi ialah menghadapkan muka/berpaling ke arah orang yang sedang bercakap dengan kita)

"Nak pertolongan Allah la.." Subhanallah.. 10 years old girl, talked about her believe, and faith in Allah..^_^ Tabarakallah buat ibu ayah nya..

Dah petang, ana pun berkemas nak balik ke bilik, and Intan pun pergi ke tempat mak ayah dia berniaga. Balik rumah, uruskan diri dan siap-siap untuk ke surau lagi.

Sampai kat surau, nak solat maghrib, nampak Intan. Mak ayah dia masih belum selesai meniaga. Lepas solat maghrib, ajak Intan baca quran sekali. Senyum.. Lepas baca quran, Intan baca doa dengan lengguk nya yang comel..^_^

Dan...setiap yang bertemu pasti akan berpisah.. Si comel tu minta diri nak balik.. Tak sempat solat isyak' sekali.

Intan, terima kasih.. Walaupun sekejap, akak rasa senang 'berkawan' dengan adik.. Alhamdulillah. Allah kirim adik, untuk teman akak lawan 'pak cik stress'..  Insyaallah...Ada rezki, moga Allah temukan kita lagi ye adik comel..

Teringat akhlak baginda. Baginda nabi s.a.w sangat kasih pada kanak-kanak. InsyaAllah.. Cuba untuk amalkan sunnah yang mulia ni..

***Nak request mengajar sekolah rendah boleh tak????.. Dapat  'berkawan' dengan adik-adik yang comel...^_^

Sunday, May 26, 2013

Ting..tong...

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

Mencoret sedikit tentang perjalanan hari, sebelum pejamkan mata malam ni. 1.39 am.. Alhamdulillah.. Hujan.. Hujan rahmat insyaallah..

Menulis dengan hati yang bermacam-macam perisa. Bertemankan alunan zikir taubat yang cukup untuk buat 'hati menangis'.

Innalillahi wainna ilaihirajiun...  Beberapa hari lepas, Allah uji dengan laptop rosak. Allahuakbar.
Hanya mampu pandang laptop dengan pandangan kosong. Tak mampu nak ambil macam-macam benda penting dalam tu. Assignment masih ada 2. Laporan-laporan penting. Gambar-gambar, video..Semuanya sudah 'selamat'.. SEMUA MILIK MU YA RABBI...

"Takpe.. Ambil la pakai laptop ana. Semua assignment ana dah siap..."

Allahurabbi.. Terima kasih sahabat.. Semoga Allah merahmati mu dunia akhirat. Baiknya sahabat. Tak pernah berkira. Nik..Ana sayang enti kerana Allah..

Melalui hari yang memberatkan. Lain dari biasa. Bukan kerana beban amanah. Tapi berat dan resah memikirkan perkara yang tak pasti.

Satu masalah ana. Terlalu ambil serius tentang perkara yang tak serius!!! Kesannya, cik hati yang resah.. Allahuakbar.. Minta maaf cik hati..

Allah merancang, kita juga merancang, Allah jua sebaik-baik perancang. Hari ni, semua plan tergendala. Program Adam Hawa siang tadi tak join. Senam ar-ruhul jadid, circle discussion, riadhah.. Sepetang terbaring. Lemahnya. Sakit pinggang sikit je, tapi campur sakit-sakit lain..

Malam, mood masih di tahap 'jingga'. Masih main tarik tali. Nak pergi Gala Night  ( for muslimat ONLY!!) atau tak. Last-last decide untuk stay kat bilik. Aini, siap kan assignment!!! ..

Tapi, sekali lagi, perancangan Allah yang terbaik. Housemate ajak pi, naik motor sekali.. Terima kasih Kak Mai. Alhamdulillah, Allah makbulkan hajat 2 hari lepas, teringin nak naik motor waktu malam.
Subhanallah.. Nikmati angin malam. Hati terusik, cantiknya malam ciptaan Allah.. Langit cerah, bulan purnama.

Terima kasih Allah untuk nikmat malam ni. Speecless. Terkedu dengan perkongsian tetamu jemputan. Farah Asyikin. Bait-bait lirik lagu yang didendangkan menusuk qalbu.

"...aku sering menagis..memandang ke langit-Mu..
ku tahu ya Allah, Engkau tahu cintaku pada Mu
Mencintai Rasul Mu,membawa ku pada Mu..

I'm nothing without you..
Ampuni segala derhaka ku tehadap Mu..
Tak sanggup membayangkan mati tanpa rahmat dari Mu..
Ku pohon syafaat Rasullullah..

Ya Allah aku lemah..
Jangan tinggal diriku.."

Alhamdulillah.. ya Allah.. Segala puji buat Mu.. Tak mampu nak luah syukur ku atas nikmat Mu selama ini.. Nikmat Islam..Nikmat Iman.. Nikmat hidayah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Balik program, sempat 'dating' dengan housemates kat foyer. Angin malam yang sejuk. Cahaya bulan purnama yang cerah. Minum air soya.. Perfect!!! 
Cantiknya Allah hadirkan malam, sebagai pasangan buat siang. Indahnya malam, untuk hati lebih lunak pada Penciptanya..

Berbual, berkongsi cerita. Manfaatkan masa sebelum masing-masing dengan haluan tersendiri lepas ni.  Sem 6, akan berpraktikal. Kakak sem 8, dah tamat pengajian. 

Terima kasih sahabat-sahabat.. Banyak ana belajar dari kalian. Kalian buat ana senyum, buat ana menangis, buat ana kagum, buat ana terharu..  Tak mampu nak senaraikan kebaikan antum.. Tapi satu yang pasti, Allah sudah pun menilai semuanya..

Allah...Kekalkan lah kami dalam rabitah perjuangan ini. Satukan hati kami sentiasa ya Allah..



 *** Mungkin faktor usia yang dah masuk 22 tahun, meyebabkan makin menjadi-jadi fikirkan perkara  dengan serius..!!  Maha Suci Engkau ya Allah.. Engkau Maha mengetahui, kami tidak.. Berilah kami petunjuk dengan ilmu Mu.. 







Sunday, May 19, 2013

Solehah Cilik MTI

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

Kalau dalam entry lepas duk 'berangan' nak ke 'Lake Isle of Inesfree' (tajuk poem), alhamdulillah, insyaallah entry ni nak kongsi nikmat Allah yang cukup indah.

Maha indah aturan Allah. Dalam diam , Allah dah makbulkan doa ana dalam entry  lepas.. 
Sweet nya Allah ^__^.. Romantik kan?

Sebelum sampai ke madrasah, hati dah gembira bila sahabat kata,

" budak-budak darjah 1-6.. Comel depa pakai serban dan jubah"

Sampai dah malam. Semua adik-adik dah ada dalam asrama.

Subuh-subuh lagi dah dengar derapan kaki adik-adik comel ke bilik mandi sebelah surau.. Mandi seawal 5.30 pagi. Siap-siap,  terus masuk surau dengan serban dan jubah putih.
Sementara tunggu solat Subuh, meriah surau dengan zikir dan selawat. Kagum dengan cara mereka di asuh. Sangat sepakat.

Pagi, selepas Subuh, balik ke asrama. Dapat jumpa adik-adik yang perempuan. Alahai, comel nya dik..^_^.. Tapi kecik bukan sebarang kecik, kecil-kecil  serikandi cilik!.. Hanya senyum-senyum dari jauh.. Kakak ke adik yang malu-malu kucing?????

Rajin adik-adik ni. Ringan tulang. Tak kekok duduk di dapur tolong mana yang mampu. Mungkin sudah terbiasa. Semuda tu dah patuh dengan amanah. Di dinding asrama, tertampal jadual-jadula bertugas. Yang lagi ana kagum, semuanya di setlekan tanpa pantauan ustazah, tak dengar pun jerit pekik untuk suruh mereka buat kerja. Disiplin sangat terjaga

Asar petang tu, join adik-adik muslimah solat jemaah. Rasa malu dengan tarbiyah dan akhlak mereka, tapi cuba tebalkan muka.

Duduk perhati gelagat adik-adik sementara mereka bersiap untuk solat. Comel dalam telekung solat..

"Akak jadi imam boleh ?"

Penuh hormat, seorang adik datang jemput ana di belakang. Rasa janggal. Ana je yang paling 'tua' dalam jemaah solat tu. Semuanya si kecil molek berdiri di kiri kanan .

Selepas Asar, mereka terus dengan al-ma'thurat. Lancar dan laju! Allahuakbar... Malunya.. Ana start kenal ma'thurat masa dah di sekolah menengah. ..=(

Ya Allah.. Tak tahu nak cakap macam mana.. Satu per satu tangan comel tu bersalam dengan ana.. Betul kata kawan ana..

"hilang tension bila tengok budak-budak ni.."

Lepas solat, duduk di tangga. Tengok adik-adik dengan jadual bertugas mereka. Ada yang sapu sampah, ada yang buang sampah, refill air, angkat kain etc.. Kasut dan selipar kemas all the time.. Adik-adik pulak yang tolong susun selipar kami..@_@.

Petang tu, keluar ke laman. Adik-adik riadhah.  Ambil peluang untuk bertaaruf, bersembang korek 'ilmu' mereka. Kongsi pengalaman.. Alhamdulillah, Yes!!! bongkah gap dah dicairkan sikit-sikit.. Sempat ajar mereka jawab latihan Sains sikit. Miggu ni mereka exam.. Bittaufiq wannajah adik.

"Ala..akak balik esok ke? Tak sempat tunggu kami periksa"

Huhu.. Naluri keguruan ku di ketuk..

Sebelum Maghrib, sayu zikir-zikir mereka alunkan. Nasid-nasyid lancar.. Allah.. Beruntungnya mak ayah mereka..Sejuk hati..

Pagi keesokkannya, adik-adik ke sekolah, ada sambutan Hari Guru. Asrama agak sunyi. Berbuaian sorang diri di bawah pokok... Allah.. Tenangnya berada dalam daerah madrasah ni.. Angin lembut berteman pohon tebu di belakang buai..

Fikiran lapang.. Tak mampu nak fikir apa. Satu je yang tahu.. Allah makbulkan doa ana! Alhamdulillah.. Duduk seorang diri, jauh dari segala yang merimaskan fikiran. Masa untuk hadiahkan cik hati dan akal dengan mutiara muhasabah..

Cahaya matahari pagi, sesekali menyilaukan mata bila daun-daun bergerak meliuk lintuk. Cukup buat mata terpejam dan mula 'mengembara' muhasabah..

 Petang tu, dah bersiap-siap nak balik.  Duduk di bangku kat halaman.

"Kak Aini.. Nak nombor telefon.." Hehe.. Dah macam artis.. Penuh adik-adik kat  keliling.

Sempat coretkan kata-kata sayang untuk adik-adik atas kertas kecil.. Pesan kata-kata nasihat. Moga-moga hadiah buat mereka yang nampak sedih. Berat nak lepas kakak-kakak balik.

"Akak, tulis la kata-kata panjang. Nanti saya nak baca kalau saya rindu."
"Kak Aini, ada adik ? Saya nak jadi adik angkat kak boleh?"
"Nanti datang la sini lagi"
"Kami seronok kalau ada kakak-kakak datang."

Allah.. Jauh di sudut hati.. Betapa bertuah nya ana dapat kenal dengan mereka yang solehah ni.

Sempat sahabat-sahabat ana main dengan adik-adik ni. Kakak-kakak lebih 'extrem' dari adik-adik..^_^.. Berangan kembali ke zaman kanak-kanak ...

Setiap yang bertemu, pasti akan rasa sakit perpisahan.. Tak tahan bila tengok mata adik merah. Tahan tangis. Cepat-cepat melangkah, toleh pun nak tak nak ke belakang.Sekadar meraikan untuk melambai.

Buat adik-adikku sayang yang solehah,

"Insyaallah, andai Allah izinkan diri ini, pasti mujahid mujahidah kecil ku kelak bakal mengikut jejak kalian. Ku redha mereka bakal diwakafkan, fisabilillah...Insyaallah.

Kak Aini sayang adik-adik kerana Allah. Semoga menjadi anak-anak yang solehah. Taat Allah dan Rasul. Moga kelak membesar sebagai gadis solehah. Menabur jasa dan bakti buat umah dan Islam..

Akak doakan adik-adik istiqomah. Tabarakallah.. Antunna insan terpilih... 

Ya Allah pelihara lah mereka.. Limpahkan mereka dengan kasih sayang -Mu yang maha luas.."

Akak tunggu calling dari adik -adik.. Moga berbaloi, tulis nombor telefon tadi..^^.. Berkeping-keping kertas..

****Buat Dayah, kalau baca post ni, Aini sudi reserve tempat untuk anak-anak Dayah nanti..^_^ Mohon dan hajat doa untuk madrasah impian ku..^_^.. Di cawangan Kedah, dan cawangan-cawangan lain..



Wednesday, May 15, 2013

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..





Perhaps these pictures will tell everything..

How I miss the greenness .. How I dream for the calmness... Wish to be far away..Sitting alone for a while..

Just me.. Together with the beautiful and 'cold' nature that never forget their Creator..

O  Allah.. I really hope for that moment...

Sunday, May 12, 2013

Number One

Bismillahirahmanirahim.. Alahumma solli 'ala Muhammad..

Mei dah melewati minggu ke 2. Mei synonym dengan hari-hari yang indah.. Mother's day, Teacher's day, Labour's Day and  not forget, my birthday..^_^

Hari ni Ahad minggu kedua bulan Mei..  <3 HaRi IbU...<3..

Beberapa pendapat yang terbaca. Pelbagai pandangan tentang Hari Ibu ni.. Ada yang kata tak boleh sambut, ada yang kata harus.. Apa-apa pun, masing-masing datangkan hujah masing-masing. Raikan perbezaan pendapat..^^ Hormat dan jauhi pergaduhan...

Ana setuju!!! Hari IBU adalah setiap hari.. Ana juga setuju, tak salah kalau nak jadikan hari ni lebih special dari hari biasa untuk ratu hati kita kan..

Alang-alang dah sebut pasal Hari Ibu, mesti teringat mak kan??? Jom kalungkan doa buat mak dan ayah..

"Ya Allah, kasihi kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami semenjak kecil..Rahmati dan redhai mereka dunia akhirat.."

Setiap hari memang  akan call mak. Tapi untuk hari yang special ni, perlu tunggu waktu yang sesuai. Takut tak tahan sebak..T_T.. Kalau hari biasa, cuma berbual perkara yang biasa, tapi hari ni nak kalungkan kata-kata yang istimewa. Setiap hari memang usaha untuk buat mak happy.. Tapi hari ni nak buat mak rasa bangga dan happy yang extra..

Jauh dari hakikatnya...Tak mampu dan tak pernah pun jadi anak yang menyenangkan hati mak.. Mintak maaf mak....


Ibunda tercinta
You are the number ONE for me..
 Mak... Aini sayanggggg mak kerana Allah.... Terima kasih yang tak mampu untuk dilafazkan. Besar pengorbananan mak.. Doa Aini sentiasa ada untuk mak.. Insya Allah....

Walaupun susah nak lafaz di mulut, tapi semoga mak sentiasa tahu.. I am very proud to have a great woman like you in my life....

Thank you Allah, for my mother...



***Dah mesej abang-abang and kakak, suruh call mak... Tapi diri sendiri masih tak mampu nak call... Moga Allah beri kekuatan untuk menahan air mata bila bercakap dengan mak.. Sensitif betul anak bongu mak yang sorang ni...^_~

Saturday, May 11, 2013

Satu rindu

Bismillahirahmanirahim... Allahumma solli 'ala Muhammad..

~ penuhi jiwa ini dengan satu rindu.. Rindu untuk mendapatkan rahmat Mu...Meski tak layak ku harap debu cinta Mu, meski begitu hina ku bersimpuh~

Subhanallah.. Lembut alunan nasyid yang di alunkan oleh Opick. Lirik yang indah.. Teman untuk menaip entry tengah hari ni..

Alhamdulillah.. Just recover from toothache. 2 hari terbaring. Sampai letih. Nak tidur susah, tapi tak larat nak bangun.

Allahuakbar.. hebat ujian sakit gigi.. huhu..

Pukul 4 pagi hari Khamis. Terjaga dari tidur sebab sakit gigi.  Antara nak bangun dengan tak.. Mengantuk campur sakit.. Allahurabbi..Terus tertidur sampai subuh, tak sempat sahur.

Pagi tu rasa sakit dah kurang. Alhamdulillah.. Boleh pergi usrah & rasa dah okay. Sampai la tengah hari. Rasa makin sakit. Tapi still boleh tahan. Ingat nak pergi pusat kesihatan, tapi.....malas..^_~..

Lepas Zohor...Makin sakit dan sakit.. Nak bangun pergi kelas dah tak larat..Sampai  terpaksa mesej roomate, mintak belikan ubat & bubur. Jazakillah ukhti ^_^

"Bismillahirahmanirahim.. Allahumma lakasumtu.. wabika amantu..wa'ala rizkika aftortu, birahmatika ya arhamarohimin.."

Terus telan 2 biji ubat. Berbuka puasa dengan ubat.. Tak sempat nak cari kurma or etc...^_^..

Allahuakbar.. Sensitif rupanya orang sakit gigi ni ye..^_^..  Mesej dengan kembar pun mengalir air mata.. Bising-bising pun tak boleh. Nak tengok cahaya  tak boleh.. Ujian..ujian..

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, lepas 2 hari dah kurang.. Cuma bengkak sikit lagi pipi.. Kumur air garam, makan cengkih, pain killer, tuam pipi.,sapu minyak panas..Semua dah cuba..Sikit ikhtiar dari hamba.. Selebihnya, mohon belas kasihan dari Allah untuk disembuhkan..

Thanks to my twin.. Kalau tak kerana ada komitmen di UKM, mesti  dia  dah 'terbang' ke Tanjung Malim.. Risau kembarnya tak sihat.. ^_^.. Barakallah... Don't worry.. Alhamdulillah.. Everything is okay.. See.. Dah boleh update blog..^^

**Sakit tu ujian, ruang untuk Allah hapuskan dosa.. Siramkan pahala... ALHAMDULILLAH..*** 

Alhamdulillah.. Dah melangkah ke 1Rejab..

"ya Allah.. Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban.. Dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan..."


Wednesday, May 8, 2013

Tabung masa hadapan

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli'ala Muhammad...

Alhamdulillah.. Baru beberapa hari mencecah hari tua, 22 tahun.. 6 Mei.. Alhamdulillah.. Nikmat usia yang Allah masih pinjamkan sampai saat ni..
Terima kasih Allah, untuk nikmat yang tak putus-putus sepanjang menumpang di bumi -Mu..

 Buat pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul, bonda tercinta, terima kasih untuk jerit perih melahirkan anaknda. Terima kasih untuk pengorbanan melayan karenah anak mu ini.. Terima kasih untuk kesabaran mu ibu... Hanya Allah  yang layak membalas...

Arwah ayahnda.. Terima kasih, yang tak mampu untuk dilafazkan lagi.. Anakanda hanya mampu kalungkan doa.. Moga ayahnda bersama para solihin.. Insya-Allah, moga ada ruang untuk kita berkumpul di akhirat nanti..(al-Fatihah)

Untuk adik-beradik.. Kak Long, Abang Ngah, Abang Eri and my dear twin... I am very proud to have you all in my life.. Ipar duai, ( abang mat, kak ina, kak ila).. Aini sayang semuanya.. My sweethearts... Anak-anak saudara  ( kak ya, azlan, along, nisa, maisarah, zanariah, ammar, afiq)..You all shine my life dear.. Thanks... May Allah grant you all the best...

Thanks to all relatives and friends.. Really appreciate everything from you all..Thanks for the doa..Thats what I really hope for...

Dah macam ucapan kat radio..^_^..

Buat seseorang yang istimewa... Terima kasih... Speechless..

22th birhday's present
Alhamdulillah.. Dah besar panjang pun masih dapat hadiah.. Besar makna  'tabung cupcake ni'... Insyaallah.. menabung untuk masa depan..^_^


Hidup semakin hampir ke destinasi.. Muhasabah diri yang masih lagi tempang dalam permusafiran.. Semoga Allah merahmatimu buat cik diri ku sayang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah