" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Tuesday, June 4, 2013

Ilmu Kehidupan

Bismilllahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Malam semalam, lepas isyak keluar berbual dengan housemate kejap kat ruang tamu. Housemate ana minum air teh, yang lebih iftar petang tu.

"Aini.. Sedap air Aini buat.."

"Ye ke? Dah boleh kahwin belum?" (dialog santai semata-mata.. Antara housemates ^_^.. Tiada maksud serius)

"Boleh dah.. Lama dah boleh nya.. Tapi satu je yang kurang.."

"Apa dia?"

"Sudu tak keluarkan dari dalam jag."

"Tak boleh ke???"

"Tak boleh sebab....bla..bla..bla....."

Mula dengan topik air teh. Kemudian melarat ke cara layan tetamu, cara nak didik anak-anak kecil, cara nak layan budak-budak, cara nak menegur, cara makan, cara berpakaian. Panjang lebar kami bersembang. Asalnya nak keluar minum air je...

Alhamdulillah. Belajar ilmu kehidupan daripada sahabat. Mungkin ilmu ni yang jarang di ajar di bilik kuliah.
Subhanallah. Begitu Islam sarat dengan keindahan akhlak. Dari sekecil-kecil perkara, sampai la sebesar-besar perkara. Semua benda dihiasi dengan akhlak dan ilmu.

Ilmu kehidupan ni la yang mahal. Perlu belajar dan di cari. Kadang-kadang, kita dapat daripada pengalaman, tanpa sedar.

Sebut pasal protokol dan adab-adab, teringat kelas Kemahiran Dinamika masa zaman matrik dulu. ^_^.. Mungkin dulu, pandang ringan semua tu, tapi bila hampir melangkah ke alam masyarakat, makin menghargai ilmu tu.

 Teringat ilmu di kelas Bimbingan dan Kaunseling semasa di semester 2. Pentingnya ilmu sebeigini untuk menghadapi masyarakat sekeliling. Sebab hidup ni, bukan sekadar untuk diri sendiri. Tapi, hidup ini ada
hablu minallah (hubungan dengan Allah) dan habluminnas (hubungan dengan manusia)..

InsyaAllah, selagi mampu dan berdaya, usahalah untuk lengkapkan diri dengan ilmu kehidupan. Mahal nilai ilmu sebegini, payah dapat di bilik kuliah. Carilah melalui pengalaman dan perkongsian orang yang lebih arif.

***

Dulu, kalau tengok muslimat bertudung labuh, mesti rasa sayu. Kalau dulu, bila baca novel yang cerita tentang usrah, mesti teringin nak jadi watak sebagai ahli usrahnya. Kalau dulu tengok gambar rehlah mereka yang berukhwah kerana Allah, mesti rasa cemburu..

Sekarang, ALHAMDULILLAH..Syukur, ALLAH pilih untuk merasai semua tu.Subhanallah.. Moga Allah terus kekalkan nikmat ni.

Sungguh.. ALLAH tak pernah mensia-siakan hambaNya yang hajat pada kebaikan..

"Lepas ALLAH pilih, pasti ALLAH akan tapis lagi.."

Teringat perkongsian dari seorang kakak.

"Dulu kita mintak dengan Allah untuk berada dalam kalangan kita sekarang. Nak bersama dengan orang yang baik-baik. Kita mintak nak dekat dengan majlis ilmu. Masa tu kita tak dapat rasa semua tu. Jadi sekaramg, bila Allah dah pilih, kita kena la buat, kena jaga amanah yang kita mintak pada Allah dulu.."

Sangat terkesan. Moga-moga Allah tetapkan hati di jalan Nya.

Islam is the way of life.. Indah hidup bersyariat.. Dihiasi akhlak..



Sunday, June 2, 2013

Musafir Tarbiyah

Bismillahirahmanirahim... Allahumma solli 'ala Muhammad.

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji? " [surah ]

Alhamdulillah, Jumaat minggu ni, ziarah ke UKM.. Mungkin ziarah ni yang terakhir. Seperti biasa menjadi tetamu setia KTM.  Tg Malim > UKM> Tg Malim.

Transit di Rawang. Dalam coach, duduk tengah-tengah antara dua orang ibu. Yang kanan riba baby boy, yang kIRI dukung baby girl... Comel-comel..Geram.. 

Dalam perjalanan, terima panggilan dari Kak Long.

"Assalamualaikum. Aini buat ape?"
"Waalaikumusalam. Dalam train ni.. Nak ke UKM.."
"Kak Long nak bagitau ni, Pok Pein meninggal.  Pagi tadi..."

Innalillahi wa inna ilahirajiun... Tak tahu nak describe keaadaan saat tu. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah, arwah pergi pada hari Jumaat yang mulia. Moga-moga Allah tempatkan arwah bersama hambaNya yang soleh.

Allah hadirkan sikit ujian. Train takde air-cond. Crowded and ada budak menangis sekuat hati. Allahurabbi. Can you imagine?? Di sini lah, mungkin Allah nak tarbiyah tentang SABAR...Lagi panas hati bila ada non-muslim couple yang macam belangkas depan mata.  Cuba 'sejukkan' keadaan yang panas dengan al-fatihah dan ayat qursi.  Alhamdulillah.. Its work.

Sampai di stesen UKM lebih kurang 12.15 PM. Masuk ke dalam pagar untuk menunggu bas. 10 minit berlalu.. 20 minit berlalu.. 30 minit berlalu.. Dan baru sedar, hari ni hari Jumaat, dan sekarang waktu solat Jumaat. Confirm takde bas!!  Kena tunggu selepas pukul 2.00 PM..

Sementara menunggu di wakaf, berbual dengan seorang kakak dari Indonesia. Beliau baru selesai Master nya di UKM, dan merupakan salah seorang pensyarah di universiti di Indonesia. 

Beliau bercerita tentang Acheh. Sikit sebanyak tentang Tsunami beberapa tahun lepas. Meremang bulu roma, bila mana kakak tu kata, ianya teguran dari Allah. 

"Allah nak bersihkan bumi Acheh dari maksiat, bumi serambi Mekah."

Kembar called. Alang-alang lama lagi nak menunggu, kami decide untuk ke Metro Kajang.  Tunggu kembar datang dari kolej nya. Sempat solat Zohor di surau KTM.

Selepas solat, tunggu kembar di stesen bas, janji untuk naik rapid. Puas duduk, ana bangun, puas berdiri, ana duduk. Rapid yang kembar ana naik tak nampak-nampak jugak lagi. Dalam hati.. 'Nak balik Tg Malim....!!!"

Lebih kurang pukul 3 PM, sebuah bas, ala-ala rapid, berhenti dekat bus stop. Bismillah.. Dah penat sangat, naik dengan confident nya.  Sebab kat depan tu dah ada tulis 'Metro Kajang'.Tapi, tetiba....

"Ah sudah.. Confirm salah naik ni". Kembar ana takde pun dalam tu...!!! Dan dengan slumber nya, kembar ana call.

"Kat mana? Salah naik tu.. Rapid kat belakang ni haa."  Rapid yang kembar ana naik ,ada kat belakang bas tu. Ya Allah.. Bas pun dah gerak. Nak tak nak, terus je la. Tapi alhamdulillah, nasib baik, bas tu berhenti tempat yang sama dengan rapid tu berhenti. Kalau tak, guarentee.. mesti petang tu juga balik Tanjung Malim...

Sampai di hentian Kajang, turun dan naik rapid. Alhamdulillah. Dapat jugak jumpa si kembar. Dengan senang hatinya, dia boleh senyum sebab ana salah naik bas...Takpe-takpe.. Ujian ni Aini... 
Kami terus ke Metro Kajang. Kembar nak cari hadiah untuk program nya. Masuk ke kedai cenderahati. Rambang mata.. Cantik-cantik.

Selesai beli apa yang di cari, turun ke aras bawah. Singgah butik First Lady. Survey jubah. Allahuakbar. Rambang mata lagi. Nasib baik la dah hujung-hujung sem.  Duit dah kurang. Kalau tak mesti dah 'selamat' jubah putih yang di idam-idamkan. 

Hajat nak makan cendol di food court, tapi stall dah tutup. Takde rezeki. Tapi Alhamdulillah, dapat makan ABC dan cendol kat kedai lain. Tapi bak kata kembar, tak sama sedapnya yang dekat food court
Alhamdulillah, makan kongsi dengan twin, makan satu mangkuk. Ya Allah. Ana sayang kembar..^_^

Kembar bawak ke pasar malam di hentian Kajang. Tapi, banyak lagi gerai yang tak buka. Kami nak beli kuih. Tapi, punya la SABAR  kembar, nak juga tunggu gerai buka, semata-mata nak beli kuih. Dalam penat, melangkah ke tingkas atas hentian bas, untuk menunggu..

Sejam kemudian.. Ke gerai lagi.. Pusing-pusing, tak banyak juga gerai yang jual kuih. Dan, hasil untuk sejam menunggu, beli karipap je RM 1.00, 3 biji.. ALLAHUAKBAR..Oh my dear twin!!

2 Hari yang penuh tarbiyah.. Terima kasih Allah..Syukur, dapat bersama kembar untuk lebih kurang 24 jam.. Berat hati nak balik. Lagi-lagi bila kembar 'sekat', tak bagi balik. Antara dua, kembar, atau sahabat-sahabat di Tg Malim.. Last-last, decide jugak untuk raikan ukhwah di UPSI, pagi esok. 

Alhamdulillah, perjalanan dari UKM ke Tg Malim, yang buat hati tersentuh. Allah lihat kan sebuah keluarga yang sakinah depan mata ana. Sepasang suami isteri dan 5 orang anak yang soleh,solehah insya Allah. Duduk sebelah ana dalam train. Moga-moga Allah merahmati mereka sekeluarga.

Sampai ke kolej, pukul 9 malam, walaupun sampai di KTM pukul 7.30 PM.. Sungguh, penantian itu ujian.. Terima kasih Allah..^_____^ untuk nikmat dan tarbiyah ini... ALHAMDULILLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah