" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Tuesday, June 4, 2013

Ilmu Kehidupan

Bismilllahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Malam semalam, lepas isyak keluar berbual dengan housemate kejap kat ruang tamu. Housemate ana minum air teh, yang lebih iftar petang tu.

"Aini.. Sedap air Aini buat.."

"Ye ke? Dah boleh kahwin belum?" (dialog santai semata-mata.. Antara housemates ^_^.. Tiada maksud serius)

"Boleh dah.. Lama dah boleh nya.. Tapi satu je yang kurang.."

"Apa dia?"

"Sudu tak keluarkan dari dalam jag."

"Tak boleh ke???"

"Tak boleh sebab....bla..bla..bla....."

Mula dengan topik air teh. Kemudian melarat ke cara layan tetamu, cara nak didik anak-anak kecil, cara nak layan budak-budak, cara nak menegur, cara makan, cara berpakaian. Panjang lebar kami bersembang. Asalnya nak keluar minum air je...

Alhamdulillah. Belajar ilmu kehidupan daripada sahabat. Mungkin ilmu ni yang jarang di ajar di bilik kuliah.
Subhanallah. Begitu Islam sarat dengan keindahan akhlak. Dari sekecil-kecil perkara, sampai la sebesar-besar perkara. Semua benda dihiasi dengan akhlak dan ilmu.

Ilmu kehidupan ni la yang mahal. Perlu belajar dan di cari. Kadang-kadang, kita dapat daripada pengalaman, tanpa sedar.

Sebut pasal protokol dan adab-adab, teringat kelas Kemahiran Dinamika masa zaman matrik dulu. ^_^.. Mungkin dulu, pandang ringan semua tu, tapi bila hampir melangkah ke alam masyarakat, makin menghargai ilmu tu.

 Teringat ilmu di kelas Bimbingan dan Kaunseling semasa di semester 2. Pentingnya ilmu sebeigini untuk menghadapi masyarakat sekeliling. Sebab hidup ni, bukan sekadar untuk diri sendiri. Tapi, hidup ini ada
hablu minallah (hubungan dengan Allah) dan habluminnas (hubungan dengan manusia)..

InsyaAllah, selagi mampu dan berdaya, usahalah untuk lengkapkan diri dengan ilmu kehidupan. Mahal nilai ilmu sebegini, payah dapat di bilik kuliah. Carilah melalui pengalaman dan perkongsian orang yang lebih arif.

***

Dulu, kalau tengok muslimat bertudung labuh, mesti rasa sayu. Kalau dulu, bila baca novel yang cerita tentang usrah, mesti teringin nak jadi watak sebagai ahli usrahnya. Kalau dulu tengok gambar rehlah mereka yang berukhwah kerana Allah, mesti rasa cemburu..

Sekarang, ALHAMDULILLAH..Syukur, ALLAH pilih untuk merasai semua tu.Subhanallah.. Moga Allah terus kekalkan nikmat ni.

Sungguh.. ALLAH tak pernah mensia-siakan hambaNya yang hajat pada kebaikan..

"Lepas ALLAH pilih, pasti ALLAH akan tapis lagi.."

Teringat perkongsian dari seorang kakak.

"Dulu kita mintak dengan Allah untuk berada dalam kalangan kita sekarang. Nak bersama dengan orang yang baik-baik. Kita mintak nak dekat dengan majlis ilmu. Masa tu kita tak dapat rasa semua tu. Jadi sekaramg, bila Allah dah pilih, kita kena la buat, kena jaga amanah yang kita mintak pada Allah dulu.."

Sangat terkesan. Moga-moga Allah tetapkan hati di jalan Nya.

Islam is the way of life.. Indah hidup bersyariat.. Dihiasi akhlak..



1 comment:

  1. insya'allah .. semoga kita semua istiqamah ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah