" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Saturday, July 20, 2013

# Journey 2

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Alhamdulillah. Selamat ‘mendarat’ di Dungun petang semalam. Selepas mengajar, terus bertolak ke Dungun. Untung dapat housemate satu kampung yang suka balik kampung ni. Boleh tumpang 2 kaki..^_^.

Semalam ada 2 kelas, dan setiap kelas jadual untuk 2 masa. Habis kelas, rasa suara dah tak berapa nak keluar. Baru tahu, betapa bernilainya suara seorang guru. Jerit-menjerit ni kena lebih sikit.

Untuk kedua-dua kelas semalam, ana mengajar essay. Dari nak buat lesson plan malam sebelumnya, hati berdebar-debar. Sangat risau. Sampai la sebelum kaki melangkah ke kelas. Mungkin kesan komen daripada observe guru pembimbing hari sebelumnya.

Tapi sangat terkesan dengan doa yang dibacakan ustaz selepas bacaan Yassin pagi semalam.

“ …Ya Allah.. Tuhan yang Maha menghilangkan dukacita, hilangkan dukacita di hati kami…”

Selawat dan zikir sebelum masuk ke kelas. Serahkan tawakal kepada Allah. Melangkah masuk ke kelas. Alhamdulillah, bila dah jumpa pelajar ni, perasaan jadi lain.. Lagi-lagi bila dah start mengajar. Duk melayan students, tak hirau sekeliling. Cukup la ragam students yang macam-macam.

Satu hal yang buat ana tergelak dalam kelas tengah hari tu.

“Students. Do you know about Qasidah?”
“Teacher, is it kuih kasidah?”

Hahaha.. Nasib baik dapat control gelak…^_~.  Takpe teacher faham. Bulan puasa ni memang cepat terfikirkan makanan kan.. Its okay..

Ana bagi task suruh mereka search pasal Selawat Thobibiyah. Kita tengok, kuih apa pulak yang keluar nanti.^_^.. Insyaallah, ana plan, nak biasakan students alunkan selawat sebelum mula belajar.

Hari Khamis, ada majlis berbuka puasa anjuran sekolah. Alhamdulillah, dapat merasa join program sekolah for the first time. Cikgu-cikgu senior datang berkeluarga. Ada yang berdukung, ada yang terpaksa kejar anak. Macam-macam ragam. ^_^

Tersenyum sorang diri bila teringat kan komen students. For the first class, I asked them to write about their opinion about English. One of my student wrote:

“ I like English sometime if my teacher is kind and not strict teaching. I will get low mark in my examination if my teacher is strict person”..

Ayat last tu yang mahal..^_^.. Buat ana terfikir, ana ni cikgu yang macam mana ye sebenarnya????
Mak ana selalu pesan,

“ Dalam mengajar ni kena banyak sabar. Jangan marah-marah anak murid. Tegur dengan baik..Mereka takkan takut pada kita kalau dah selalu marah atau pukul. ”

Tapi dalam berlembut, KETEGASAN pun perlu. Insyaallah, semoga Allah bimbing setiap langkah dan tindakan ana. Moga Allah pelihara setiap tutur kata yang keluar dari mulut ana ni.. Moga semuanya mudah untuk sampai ke hati anak-anak didik. Insyaallah..




Wednesday, July 17, 2013

The Journey Begin

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli'ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Hari ni melangkah ke 8 Ramadhan.. 3 hari bergelar guru praktikal... Masih terlalu awal untuk buat apa-apa kesimpulan. Tapi alhamdulillah, semuanya ok..

Hari pertama lapor diri, rasa sangat terharu. Sedang duduk di perhimpunan, dapat mesej daripada Cikgu Hazizan. Guru Matematik ana semasa form 5. Terima kasih cikgu! Ingat tarikh penting saya.. Terima kasih atas ingatan, doa dan nasihat..

Alhamdulillah, kehadiran kami sebagai guru praktikal ke Smk Beserah terasa dialu-alukan. Dari pihak pentadbiran, guru,staf dan pelajar.. Semuanya banyak membantu dan baik.

Pesan tuan pengetua:
"Jadikan kerja kita sebagai ibadah.. Jadi kena ikhlas dan buat bersungguh.. Kita bukan hidup untuk dunia saja, tapi kita ada akhirat juga"

Hari pertama belum sempat mengajar lagi..Hari kedua ana dapat satu kelas relief.. Kelas yang paling hujung..

"Teacher.. Teacher ni macam ustazah.. nanti mesti dapat suami ustaz yang handsome kan?"

@_@.. I was speechless..!! Terus bejalan ke bahagian belakang kelas.. Oh my student..

Lepas relief kelas tu,ana termenung panjang and a bit down.. Macam-macam perangai yang mereka 'hadiahkan'. Alhamdulillah.. Ujian dan cabaran..

Tengah hari, ana masuk ke tingkatan 4 AF.. On my way nak cari class, terserempak dengan student..

" Cikgu ke yang mengajar kelas saya?"
" 4 AF kan?Ye saya.. "
"Ok cikgu..Jom kita masuk kelas"..

Subhanallah.. Sejuk hati dapat student macam ni..^^..

Hari ni dapat satu jadual relief.. Juga kelas belakang.. Ajak student main game Word Chain.. Sakit juga tekak nak menyuruh mereka bagi kerjasama.. Cikgu pulak ter 'exited' nak main.

3 hari yang terisi dengan pelbagai ragam dan karenah.. Pengalaman duduk di bilik guru yang meriah..

Only now I know, bukan mudah begelar seorang cikgu.. Tapi manisnya juga tersangat banyak.. Lagi penting, terima kasih Allah.. Sediakan hamba ladang pahala ni..

'Ya Allah.. Siapa pun pelajar ku, mereka tetap hamba Mu yang Kau miliki hatinya.. Jadikan mereka pelajar yang baik ya Allah.. Jadikan hamba juga guru yang baik....'

Tuesday, July 2, 2013

KEPERLUAN untuk TUJUAN

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli’ala Muhammad.

Alhamdulillah. Syukur, kembali menulis di laptop sendiri. Beberapa minggu, hampir 2 bulan, laptop melalui fasa penyembuhan. Kafarah dosa. Mungkin ada disalah gunakan laptop untuk perkara yang tak berfaedah.

Hampir sebulan juga dah bercuti di rumah. Alhamdulillah, selesai final exam untuk semester 6, lebih awal. 3 tahun di UPSI. Allahurabi..Macam tak percaya, lagi beberapa minggu bakal melangkah selangkah ke alam perguruan.

Insyaallah, kalau takde aral melintang, 15 Julai ni mula praktikal di SMK Beserah, Kuantan. Alhamdulillah, nama sudah di approved. Urusan rumah sewa pun, insyaallah dah selesai. Terima kasih pada yang banyak membantu. Barakallahulakum.

Sepanjang cuti ni, hampir setiap hari berfikir tentang bakal anak-anak murid. Fikir tentang bekalan nak mengajar. Apa pendekatan nak pakai? Macam mana nak ambil hati students? Materials apa yang menarik? Punishment and reward? Alhamdulillah, sedikit sebanyak dah plan.

Cuba kutip ilmu dari TV, rancangan motivasi, kuliah ilmu dan yang paling penting bekalan sepanjang 6 semester di UPSI, juga ilmu kehidupan sepanjang menumpang di bumi Allah. Moga Allah permudahkann, insyaallah.

Tertarik dengan kata-kata Prof. Muhaya. Kata beliau, “Life is about donation, not duration”. Ana setuju. Tempoh praktikal nanti, hanya 4 bulan. Tapi, ana perlu fikir macam mana nak manfaatkan masa tu, untuk mencurah bakti sebanyak mungkin. Macam tu juga la dengan kehidupan ni. Moga setiap nafas dan langkah ada manfaatnya  untuk Islam, untuk ummah.

“Insyaallah, bakal anak-anak murid ku, Cikgu datang untuk mendidik dan di didik. Bantu cikgu ye”.

Alhamdulillah, cuti ni, ambil juga peluang untuk berperang dengan periuk belanga. Sempat mencederakan ikan-ikan di dapur. Dalam keterpaksaan, ku relakan... Awal-awal cuti, mak tak sihat. Kebetulan kembar pun belum mula cuti lagi. So, walaupun tak sesedap apa pun masakan, ku gagahi jua untuk ke dapur. Kadang-kadang nak masak tu tak susah, tapi nak fikirkan menu yang berbeza setiap hari tu yang jadi cabarannya. Mak selalu pesan,

“ Sementara mak ada ni, belajar la masak. Kalau mak masak, tengok. Esok-esok bila dah kahwin, gi rumah mak mertua, senang.”

Faham. Maksud mak, masak bukan untuk ambil hati mak mertua semata-mata, tapi maksud disebaliknya ialah untuk belajar erti tangggungjawab dan ilmu rumah tangga yang sememangnya tak boleh nak elak. One day, semua tu mesti dihadapi juga, insyaallah.

Kesempatan cuti ni juga, Alhamdulillah, selesai baca sebuah buku, travelog hajah ‘Kembara Tetamu Allah’. Subhanallah. Allahuakbar. Bersama-sama penulis, ‘mengembara’ ke bumi barakah. Allah alirkan rindu untuk turut sama menjejakkan kaki ke Mekkah dan Madinah. Rindu untuk ziarah baginda, bisikkan salam dan selawat. Kalungkan ucapan terima kasih atas pengorbanan baginda. Moga Allah izin untuk sampai ke Baitullah satu masa nanti. Allahumma amin..

Semoga Allah merahmati penulis untuk perkongsian pengalaman beliau yang sangat bermanfaat.

Semalam tengok drama bersiri Balqis. Antara dialog yang dilakokan antara Ustaz Amirul dengan Balqis, berkaitan tujuan hidup dan keperluan hidup. Apa tu tujuan hidup , dan apa pula keperluan hidup???
Kesimpulannya, kita perlukan keperluan hidup untuk mencapai tujuan hidup. Insyaallah, moga Allah mudahkan ana untuk usahakan keperluan hidup dalam memburu tujuan hidup. Untuk tujuan kehidupan selepas mati.

Wallahua’alam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah