" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, August 14, 2013

Angin Rindu Bumi Serambi Mekah

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

Insyaallah.. Mencoret lagi untuk kenangan..

Syukur alhamdulillah.. Menerima beberapa undangan walimah sahabat-sahabat seperjuangan.. 3 di Kelantan, 1 di Johor,2 di Terengganu..

Tak merancang untuk pergi. Faktor utama ialah transport.. Tapi perancangan Allah mengatasi kekurangan hamba..Alhamdulillah..

Decide nak pergi pukul 8 pagi.. Pukul 12 tengah hari bertolak ke Kelantan.. Sahabat ana yang drive..Kami bertiga dari Dungun. Semuanya muslimat.. 

Bismillahitawakal tua'alallah...

Syukur sangat.. Allah sudi jemput ana ke bumi serambi Mekah raya ni.. Dah lama menyimpan rindu untuk bertandang ke negeri di bawah kepimpinan ulama' ni.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Sampai di rumah pengantin di
Machang pukul 4 petang.. Dua kali sesat sebelum jumpa rumah..^^.. Tetamu dah kurang..Tak sempat jumpa sahabat-sahabat Upsi lain.. Mereka dah buat rombongan dari pagi lagi..

Syukur.. Sahabat kami selamat di ijab kabul.. Mereka sama-sama begerak kerja sebelum ni.. Alhamdulillah.. Urusan baitul muslim mereka juga mudah..
Barakallahulakuma.. Semoga rumah tangga syurgawi yang di bina ni membawa manfaat yang besar untuk agama..

Selesai makan kenduri, jumpa sahabat dan ziarah ke rumahnya..
Kagum.. rumah yang 'hijau' dengan tarbiyah dan hidup dengan syiar Islam.. Subhanallah.. Seronok.. Dapat rasa suasana kampung yang sebenar.. Depan rumah ada sungai.. Mandi air kolah yang sejuk.. Pokok buah kayu yang keliling rumah.. Kehidupan yang sederhana, tapi terasa berkatnya.. Tenang.. Keluarga yang sakinah.. Insyaallah..

Hajatnya lepas Maghrib nak terus bertolak ke Tumpat.. Tapi di 'tahan' oleh ayah sahabat..
Beliau risau.. Kami semua muslimat, nak jalan jauh malam-malam.. Nasihat orang tua kena dengar jugak kan..

Esoknya, pagi lagi kami bertolak.. Singgah ziarah rumah sahabat di Pasir Mas sekejap.. Kampung yang menghijau dengan sawah padi.. Ada parit.. Ana suka..^^
Allah.. Allah.. Terima kasih untuk peluang ni.. Terubat rindu pada Kedah..'Oghang Kedah.. Tunggu cek mai nanti na.. Tak sabaq..'

Destinasi seterunya, ke walimah housmate ana di Tumpat. Kalau tak sesat tak sah..'Makan buah langsat' lagi.. Alhamdulillah.. Housemate ana juga kahwin dengan sahabat yang satu perjuangan di Upsi..Barakalahulakuma sahabat.. ^^.. Ana tumpang gembira.. Bahagia tengok sahabat dimiliki orang yang sama fikrah..

Ingat lagi, sebelum cuti, ana tolong
housemate ana ni lipat kad kahwin kat kolej sambil dia kongsi perjalanan hubungan mereka.. Sungguh.. Rahsia dan takdir dari Allah.. Tersangat rapi aturannya..
Dapat belajar pengalaman dari sahabat-sahabat.. Buat bekalan akan datang..

Berat hati nak tinggal bumi Kelantan.. Negeri yang ana respect.. Untung rakyatnya.. Dinaungi pemerintah yang menjunjung syariat Islam..

Sebelum balik, kongsi rasa hati dengan sahabat.. Alhamdulillah, terima mutiara nasihat dari seorang kakak yang penyayang.. Adik beradik iman.. Pesan beliau:

"....bila dipupuk nilai-nilai Islam, segalanya indah..Sama-sama kita pupuk..tak dapat lihat hasil sekarang ni.. Insyaallah, generasi kita akan datang..."

Terima kasih kak.. Aini hargai nasihat dari hati ni.. Sayang akak kerana Allah..

Insyaallah.. Satu masa nanti, kena lalui juga alam mendidik anak-anak.. Moga Allah bantu untuk kita didik generasi soleh wa musleh.. Allahumma amin.. Yakin dengan janji Allah.. Doa orang musafir tu ,insyaallah mustajab.. So, manfaatkan sebaik mungkin peluang musafir untuk doa banyak-banyak..

Terkesan dengan satu mutiara kata..

'Gelanggang kecil di rumah, ada peranan besar untuk ummah'..

Alhamdulillah.. Musafir 2 hari yang istimewa dan bermakna..

Terimo kasih daun keladi oghe Kelate.. Ado jodoh ambo gi lagi....

~ Singgah di 2 buah masjid.. 2 kali ternampak tempat pengusung jenazah.. Ingatan buat bakal pengantin dan bakal jenazah... Baju pengantin dan kain kafan.. Yang mana satu dapat pakai dulu???.. ^_^..

Sunday, August 11, 2013

Cerita si adik Ramadhan

Bismillahirahmanirahim...Allahumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Singgah bertemu dengan 4 Syawal hari ni.. Banyak nak update.. Tapi feel menaip kat handphone ni kurang sikit... Insyaallah.. Menaip tentang apa yang paling berbekas di hati dahulu..Yang lain.. To be continue in next episode..

Alhamdulillah.. Semalam terima tetamu yang istimewa.. Rombongan 3buah kereta.. Ziarah dari keluarga sahabat..

Sikit terubat rindu pada sahabat-sahabat bumi murobbi.. Bumi tarbiyah..

Allahuakbar.. Jujur.. Beberapa bulan berjauhan dengan biah solehah.. Jauh dari adik beradik iman.. Sunyi dari usrah.. Sepi dari kalam taujihad... Sungguh..Hati ni 'sakit'... Allahurabbi...

Di tempat baru.. Suasana baru.. Masih dalam usaha untuk meletakkan diri di posisi yang sepatutnya.. Agak payah, bilamana 'berjauhan' dari kehidupan berjemaah.. Benar sabda baginda yang mulia:

"Kambing biri-biri yang bersendirian itu mudah diterkam serigala berbanding yang berada dalam kumpulan.."

Nauzubilahiminzalik... Moga Allah sentiasa golongkan hamba bersama orang yang istiqomah..

Insyaallah.. Tarbiyah Allah itu di mana-mana.. Datang dalam pelbagai bentuk.. Tinggal lagi bagaimana kita menguruskannya untuk diterjemahkan menjadi hasil yang lebih mendekatkan hamba kepada Pencipta...

Jangan duk cipta alasan banyak sangat cik Aini..Satgi orang ke BULAN hangpa masih duk timbang alasan yang bertimbun dengan DACING..
 
Sangat terharu.. Sebelum pulang, tetamu ana mendoakan kami sekeluarga dengan doa yang terus ke hati... I never experience it before.. Benar janji Allah.. Tetamu tu datang membawa rahmat.. Terasa rahmat Allah mengiringi ziarah mereka.. Mereka hadiahkan kami doa.. T_T.. Subhanallah.. Terima kasih..

Berat hati nak lepaskan sahabat ana balik.. Sempat bisikkan ke telinganya..

"Kak... Aini rindu usrah kat bumi murobbi.. Rindu biah kat sana.."

Ukhwah di jalan Allah tu hebat nilainya.. Ukhwah yang disulam tarbiyah.. Diikat atas jalan perjuangan...  Terima kasih Allah atas pilihan ni.. Pilih la juga kami untuk terus istiqomah..

Kepada adik beradik iman,andai ada yang baca entry ni.. Ana sayang kalian kerana Allah..~

~Astaghfirullah..astaghfirullah.. Susah nak jaga hati semua orang.. Lagi susah jaga hati sendiri.. Terlebih susah mengurus hati yang terlalu mengejar kesempurnaan..

Allahumma innaka afuwun karim.. Tuhibbu afwafa'fuanna..

Friday, August 2, 2013

#Journey 3

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Sudah 3 minggu bergelar guru praktikal.. Alhamdulillah juga, semuanya masih stabil. Moga terus stabil sampai keakhirnya la kan..

Ini juga entry yang ketiga tentang praktikal.. Hajat di hati nak menulis 'Traveog Guru Pelatih' .. Insyaallah, moga Allah beri kesempatan bila dah selesai praktikal nanti..
Tapi apa-apa pun,
'Wamakaru wamakarallah.. wallahu khairulmakirin..'

Sekarang ni bilamana dah begelar ibu kepada hampir 70 orang anak, setiap masa otak duk ligat berfikir pasal mereka.. Sebelum tidur, dalam mimpi, masa berangan dan masa-masa yang sewaktu dengan nya.. All about my students...

Bak kata orang, hanya yang melaluinya je yang rasa dan faham..

Kalau dulu, masa banyak di habiskan dengan berfoya-foya.. Tapi sekarang hampir setiap malam memerah otak untuk fikir tentang lesson plan dan materials, nak bagi yang terbaik pada students keesokkan nya..

Kekerapan buka kamus tu lebih banyak berbanding masa zaman student kat kampus. Study lebih bersungguh daripada time nak ambik exam..^^.. Sebab apa? Sebab kamu la my dear students...

Minggu lepas ada angin yang menyampaikan khabar. Students ada mengadu, teacher dieorang garang.. Aku la kan teacher dieorang???

Teacher Aini garang? Emm.. Tegas sikit je kot.. Marah sebab sayang.. Kalau tak tegas, kamu hanyut.. Bak kata Prof.Iz.. Tak nak..tak nak..tak nak..

Yes I admit.. So far, dalam buku lesson plan tu banyak objektif yang tak tercapai. I have about 70 students.. Masing-masing nak kena layan dengan rentak yang berbeza.. Ada nak kena dipujuk. Ada nak kena layan bercakap.. Ada yang kena tegas baru nak begerak.. Macam-macam.. But I still love them.. Mereka amanah yang besar untuk ana didik dan gilap nilainya...

Inside the class, I am their teacher.. But outside the class, I try to treat them as my brothers and sisters.. Sekarang ni masih lagi dalam fasa nak win their hearts..

Semalam hari last sesi persekolahan sebelum cuti raya.. Pagi tu ada perhimpunan untuk bacaan yassin,penyampaian bantuan raya dan hadiah kecemerlangan. Lepas tu ada sesi bersalaman dengan pelajar. Tak mampu nak sembunyikan senyuman. Satu per satu wajah mereka ana pandang.. Allah.. Ini amanah aku ya Allah.. Jadikan mereka pelajar yang baik..

   ~Al-kisah di 4 GH~

Ingatkan program sampai waktu rehat. Tapi selesai awal. Selepas tu, melangkah ke 4 GH tanpa lesson plan.. Fuhh..

Masa PNP tinggal lagi setengah jam.. Masuk kelas, students request nak main game..

Amboi hangpa.. Seronok na, tak belajaq.. Teacher pun lagi la seronoknya..^_^..So, kami main game..Tapi bukan game angry bird atau game pou la.. We try to find a game that can help to enhance our vocabulary..

Alhamdulillah.. My students enjoy the game and they gave very good cooperation.. Good!!!

Dah akhir kelas, ana jemput students datang beraya ke rumah. Masing-masing excited nak datang.. Tapi sorry la.. Jauh..^^.. Yang minta duit raya tak payah cerita la.. Mesti ada punya.. Lagi best ada yang pesan..

"Teacher drive balik kampung hati-hati ye.."

"Teacher tak drive, orang lain yang drive.."

"Takpe la.. Teacher pesan la pada orang lain tu.. Ye teacher?"

Alhamdulillah.. Thanks, ikhlas care about me..

            ~Al-kisah di 4 AF~

Lepas rehat ada kelas dengan 4 AF.Sepatutnya hari ni guru pembimbing nak observe ana mengajar. Tapi maha cantik perancangan Allah.. Tunggu punya tunggu, GP ana tak masuk.. Apa lagi, ana pun mengajar dengan senang hatinya.. Dan ambil peluang untuk bagi 'tazkirah' tambahan la kat students..

Macam mana ana tak jadi garang?? Half of the class tak siap homework.. Apa lagi.. Tadah telinga la dia orang semalam.. Teacher mintak maaf ye..^^

Ana bagi punishment pada yang siap homework, bukan yang tak siapkan.. But why??? I have my own reason.. Ana nak ajar mereka tentang nilai ukhwah.. Work as a team. They are one family..So, perlu sama-sama ingatkan untuk berjaya. Bukan nafsi-nafsi..!! I hope they really learn the lesson..Lepas ni perlu saling berpesan dengan kebaikan..

Teacher sayang kamu.. Kalau kamu tak suka teacher pun, its ok.. I can accept it.. But please, tolong sayang diri kamu..

Tapi ana marah tak lama.. I try my best to make they smile again in my class.. ^_^.. Tak syok kan belajar dalam keadaan stress??

Ana perasan, pelajar ana ada yang mengantuk dan letih.. Ana suruh semua bangun,duduk,bangun, duduk.. Tapi still ada yang mengantuk lagi..

"Why you are look so tired?"
"Sahur..."

Jawapan yang buat ana tersenyum.. I gave them 2 minutes untuk tidur. Ada yang tidur betul-betul.. Masyaallah.. Students aku..Qiamulail kot semalam.. Alhamdulillah..^_^..

                  ***
Approach ana untuk 4AF & 4GH berbeza sikit.. But kedua-duanya sayang sama rata..

Pernah one of my student tanya...

"Teacher suka mengajar kelas mana? Mesti teacher lagi suka mengajar 4 AF kan? Kelas tu bagus.."

"Teacher suka semua. Tak dak nak beza-beza.. Teacher tak kisah awak macam mana.. Yang penting ada usaha nak baiki diri sendiri.."

Macam ni ye rupanya rasa bila dah jatuh cinta.. Baru berpisah tak sampai 24 jam, dah rindu students.. Padahal anak murid happy sakan dapat cuti.. Tak payah jumpa teacher..@-@

Astaghfirullah..Husnuzon teacher..!!

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN..

~Takabalallahuminna wa minkum.. Kullu am wa antum bikhair..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah