" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Saturday, September 28, 2013

#Journey 5

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad

Alhamdulillah.. Bangun lagi pagi ni, setelah 'mati kecil' semalam untuk 9 jam. Lepas solat Maghrib terus 'tumbang' sampai la solat Isyak pukul 5.30 pagi. Allah uji dengan sikit kesakitan. Kafarah dosa yang menimbun.. Allahurabbi..

Semalam, pagi-pagi lagi, di bilik guru, teacher dah dapat tetamu. Sedang duk semak kertas essay, tetiba..

" Teacher.. Ni hadiah untuk teacher..."
"Hadiah untuk apa?"
"Sebab teacher dah tolong nasihat kan saya"

Allahuakbar.. Terharunya ana.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... Ana buka pembalut hadiah tu.. Subhanallah.. Ana dapat hadiah sejadah.. Seolah-olah Allah nak pesan..

"Aini.. Banyakkan sujud!!!"

Insyaallah.. Terima setiap yang datang dalam hidup sebagi satu bentuk bicara dan teguran dari Allah buat diri ni.

Campur, tolak, darab, bahagi dan square root, 6 minggu je lagi nak habis praktikal. Beberapa kali je lagi masuk kelas untuk mengajar sebelum students final exam. Apa perasaan teacher sekarang ni???Tak sabar nak habiskan praktikal, tapi SEDIH nak tinggalkan bakal-bakal ulama' dan permata ummah ni...


Saturday, September 21, 2013

Hijau Daun

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Minggu ni ber weekend di tempat orang.. Tak dapat balik Dungun..  Sambil-sambil ulang nasyid 'Akrab Persahabatan'. Allah.. Perfect untuk buat hati sayu...T_T.. Rindu sahabat-sahabat di bumi murobbi.

Sesegar hijau daunan
Itulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua....

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkat dunia
Kita mengharung badai
Atas nama insan bersaudara

Semalam, tengah-tengah online, terima chat dari adik di bumi murobbi.. 

~assalamualaikum k.aini....
akak chat??

waalaikumusalam dik..alhamdulillah sihat.. Adik mcm mne skrang?
rindunya..

~Saya chat....rindu jgak kt akak... T_T
k.aini prktkal kt mne?

kt kuantan.. bumi murobbi mcm mne?
Sedih k.aini tgk 'air mata' tu..

~k.aini...Saya xkuat la.... 
cne ni............?

knp dik? share la..meh k.aini dgar..

*
*
*

Allahurabbi, tetiba rasa nak terbang balik ke sana, biarpun sekejap.. Rindu nak lihat wajah sahabiah. Nak peluk mereka semua erat-erat. Nak pinjam kekuatan dan semangat mereka..

Di sana, kami di ajar erti indah nya ukhwah fillah.. Kami punya sahabat yang saling menguatkan.. Saling mengingatkan.. Syukur bila tengok sahabat-sahabat yang tidak terlalu 'manja' dengan dunia. Tarbiyah yang sangat mahal nilainya.

Adat manusia.. punya kelemahan dan tak sempurna .. Kadang-kadang lalai, kadang-kadang 'mengelat' dari mengikut peraturan.. Tapi syukur, punya 'adik-beradik' untuk saling memahami, saling membantu.

Ya Allah berkatilah ukhwah  antara kami...till jannah..

p/s:  Adik... Kita sama-sama kena kuat ye..!!!

Sunday, September 15, 2013

Langkah ini demi Illahi

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

YEAY!!!! Home sweet home.. Alhamdulillah... Dapat cuti extra minggu ni.. Cuti sempena Hari Malaysia.

"ya Allah.. Kurniakanlah kami negara yang sejahtera. Jadikanlah pemimpin kami  sebagai orang yang adil. Yang mentadbir dengan saksama dan berpandukan syariat Mu.. Jauhilah kami dari perpecahan..Allahumma amin.."

Semalam, terima ziarah dari sahabat-sahabat ana. Alhamdulillah. Susunan Allah yang maha cantik.  Mereka on the way ke Kuala Terengganu, dari Klang dan Kuantan. Seperti yang di plan, singgah ke rumah ana sekejap. Moga Allah berkati musafir mereka.

 Mak bersungguh nak sambut tetamu jauh ni.  Mak masak nasi dagang, pulut kuning, & nasi putih.  Kalau nak harap ana yang masak, hidang nasi kosong dengan telur dadar je la kot..Terima kasih mak. Love you fillah. ^_^.. Agak-agak kalau sambut bakal menantu nanti macam mana ye???

Sahabat ana ajak ikut ke K.T.. Cuti-cuti Terengganu. Tapi rasa berat hati nak pergi.. Takpe la, spend time kat rumah. Next week confirm tak balik, nak siapkan mural kat dinding sekolah. Next two week, belum tentu balik lagi..

Next week, my students will have Oral Test. All the best my students. Moga Allah kuatkan ingatan untuk menghafal text & dialogue. Moga lancar untuk menyebut setiap perkataan. Moga Allah lembutkan hati Teacher untuk bermurah hati beri markah yang banyak pada kalian..^_~..

Pagi tadi dapat mesej daripada supervisor:

"Assalamualaikum. I will be coming to observe the both of you on Monday 23 Sept.2013. Tq"

Allahumma yassir wala tu'asir ya Allah..  Moga Allah mudah lagi urusan untuk di observe for the second time by my supervisor. 

Petang semalam, mesej dengan ukhti kesayangan. Terima kalam taujihad yang menyentuh hati. Bekalan semangat untuk terus melangkah. Terima kasih sahabat. Katanya..

" xpe..Aini sebagai pendidik amat besar pahala tu. Set kan dalam hati nak didik adik-adik tu  supaya jadi pemimpin. Berjayanya mereka lebih-lebih lagi  kalau ikut peraturan Allah, masyaallah banyak pahala yang dapat continously sepanjang hidup. Dah meninggal pun dapat lagi. Silence reward.

Insyaallah Aini boleh teruskan. Biar orang nampak kita lemah, tapi kita ada Allah yang menguatkan kita sehingga boleh capai tahap kita sekarang.."

Allahurabbi.. Zupp ke hati.. Insyaallah.. Fighting!!!!  Moga Allah terus bimbing langkah ini.. Untuk menjadi pendidik ummah.. INSYAALLAH..Biar dilukai, biar dibenci..Langkah ini tetap, demi Illahi..

Thabit qulubana 'ala dinik ya Allah.. Allah..  Kurniakan daku istiqomah... Bimbang meniti hari mendatang..

Ingin sekali ku sentuh hati mereka.. Sama-sama meniti jalan tarbiyah.. Bukanlah diri ini sempurna.. Namun kerana kasih, ku ingin mereka menemui kemanisan Iman dan Islam.

~PENDIDIK MUSLIMAH~

Saturday, September 7, 2013

#Journey 4

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli'ala Muhammad.

3 minggu berlalu tanpa catatan di blog..^_^... Tapi tak satu pun yang terlepas pada catatan Raqib dan Atib.
Bagi insan yang mudah 'lupa' macam ana ni, setiap catatan tu penting..

ya Allah.. Rezekikan ku ingatan yang baik..

Again.. About my practicum life. 3 weeks back... Macam-macam dah berlaku. Cikgu praktikal ni, selaku manusia biasa, tak terlepas dari ujian karenah para pelajar nya.. Tapi kenapa tak dapat nak recall dengan baik ni???? Cuba mencatat apa yang termampu..

Hari ni Sabtu, sekolah berganti untuk cuti jerebu yang lepas. My students, out of 28, only 7 came to school..As expected. Masyaallah, kamu memang insan terpilih..^_^.. Teacher melangkah ke kelas dengan senyuman.. Bangga dengan kalian.. Tahniah..!! Begitu gigih...

Hari ni just main game. Bagi 2 sheets of puzzle and asked them to solve. Sapa kata jadi cikgu susah???@_@..
 And class ends up dengan tazkirah free daripada teacher. Thanks sebab sudi sabar mendengar. Nasib la, kamu-kamu yang datang sekolah hari ni.

***

Frankly speaking, this week is quite tough for me. Allah sayang hamba Nya. Allah uji lagi dan lagi. Makin lama kenal, makin nampak the true colour of my students. Alhamdulillah.. They are good, but sometime kenal sabar sikit. Eh..bukan sabar sikit, tapi banyak-banyak..

Minggu ni juga teacher kena tegur :

"Maaf cikgu.. Cikgu tak boleh pakai jubah kat sekolah.. Etika pemakaian, kena pakai baju kebangsaan. So cikgu kena pakai baju kurung"

".......Ye ke? Maaf.. Saya tak tahu.. Ingatkan sama dengan universiti, boleh pakai jubah..Terima kasih sudi tegur....."

ETIKA VS SYARIAT.. Emmm.. Banyak benda yang hanya terluah di hati kecil.. Bermonolg sendirian. Tapi apa-apa pun, berlapang dada.. Selagi tak bertentangan dengan syariat, akan di patuhi..Islam tu mudah kan??^_^ Alhamdulillah..

***

Minggu lepas, bagi 'surat sayang' pada semua students. Moga-moga ada ruang untuk mereka faham hasrat hati teacher dieorang ni.

Pengalaman di observe oleh pensyarah yang cukup awesome. Allahuakbar. First time jumpa face to face dengan our supervisor, and he is really good. Sangat baik dan caring. Banyak bagi kami semangat dan support. Syukur, dapat supervisor macam beliau.

" You have to be strong. Lets past be past. For now on, focus on what you have. Think about your students..Be a good teacher. I know, it is quiet challenging, but even the senior teachers also have to face this.. Always think positive..Positive..Positive.. Stop thinking about your weaknesses.. Find  ways to improve. Okay?"

Allahurabbi.. Setiap kata-kata yang sangat bermotivasi dari beliau. Students pun sangat behave and give a good cooperation time ana kena observe.. Is that the real them??? ^_~.. Joking.. I know, you are really good my dear students..Thank you so much..

***
Alhamdulillah. Dah 2 hari pindah ke rumah baru. Dekat dengan sekolah. Melangkah sikit dah masuk pagar sekolah.. Alhamdulillah.  Sebulan di rumah yang sebelum ni, tak sempat kenal jiran. Balik mengajar, tutup pintu.. Buka pintu pagi esok nya, untuk ke sekolah. Tu je..
Seronok di rumah baru. Dapat dengar azan  yang jelas dari surau.. Sayu nya.. Miss my kampung already..

***
Setiap hari, tenung planner. Kira hari yang berbaki untuk praktikum.. Allahumma yassir wala tu'asir ya Allah.. 

#PRAY FOR EGYT.. 4 RABIA#






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah