" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, October 30, 2013

Si penyeru

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad..

Dalam hidup ni, kadang-kadang kita perlu paksa diri untuk belajar terima kenyataan. Terima jalan yang Allah aturkan untuk kita.

Sedang belajar menerima hakikat. Diri ini sedang melalui jalan yang makin hari makin mencabar. Hidup tak selamanya di alam 'kanak-kanak'. Hidup yang sentiasa fikirkan keseronokan.

Hidup ni AMANAH.. Menggalas tanggujawab sebagai hamba kepada Sang Pencipta, dan juga khalifah untuk makmurkan muka bumi Allah.

***
Insyaallah, esok sahabat-sahabat seperjuangan di UPSI, Bahasa Arab sem 7 akan berangkat ke Yaman dan Oman untuk lebih kurang 2 bulan. Moga-moga Allah berkati musafir ilmu mereka. Tumpang gembira atas rezeki sahabat. Alhamdulillah.. Mabruk..^_^

Selamat berangkat ke Oman/Yaman dan Madinah.  Semoga tiap langkah, masa, dan tenaga yang dikorbankan mendekatkan lagi kalian dengan Allah..

 Allah tu sebaik-baik penjaga. Semoga  semua selamat kat sana... Doa orang yang musafir ni insyaallah mustajab.. Tambah pulak dgn niat yang mulia ni.. So,doa kan kami di sini pun diberi kesempatan dan peluang untuk sampai ke bumi yang barakah tu nanti... ^_^..Insyaallah.

Tahniah juga buat kembar tersayang. Selamat bergelar graduasi UKM. Mabruk ya habibati. 3 tahun yang penuh air mata dan senyuman. Alhamdulillah...Enti dah buktikan, enti BOLEH!!! Terima kasih sebab dah buat bonda kita bangga..

Hajat hati tersangat nak teman dan raikan hari penting kembar tersayang.. Tapi Allah lebih tahu dalam menyusun perjalanan hidup kita sebagai hambaNya.. Allah lebih berseni dalam merancang segalanya.. Berlapang dada, dan teruskan hari-hari praktikal macam biasa. Senyum dalam kesedihan..^_^

 Semoga perjalanan  enti lepas ni bertambah mudah dan lancar... and not to forget, dah boleh dah tu nak langkah ke 'fasa' seterusnya..^_~.. Jangan sampai adinda mu ni terlangkah bendul..

Mesti lepas ni ana rindu musafir saban minggu UPSI >UKM >UPSI.. Banyak kenangan di UKM. Ziarah singkat  yang pasti berteman air mata saat nak balik. Hebat tarbiyah dalam musafir.. Apa-apa pun semua tu pasti, akan terhias sebagai sweet memory.. Insyaallah..

***

Tick.. Tock..Tick..Tock.. Counting the days... 9 days to go...


Tugasku untuk menyeru
Bukan sebagai penentu..
Hari ni kau pergi berlalu
Tapi doaku moga hari esok ada cahaya buatmu..

Seru dan terus menyeru,

Bawa kepada Allah yang satu..

Thursday, October 24, 2013

Hadiah

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Alhamdulillah .. Allahuakbar..

Terima kasih Allah.. Sudi pilih hati ini untuk dibasahi dengan sedikit mutiara peringatan. Duduk bersama mereka yang sudi berkongsi kekuatan dan semangat. Saling meniupkan api jihad.

 Terima kasih, sahabat dari Kuantan sudi datang ke Beserah, semata-mata untuk dating halal kita. Moga-moga Allah  berkati perjalanan ukhti. Pasti, Allah nilai semuanya.^_^

Sepi dari usrah. Sungguh, hati terseksa!

 “Hati itu asalnya asal dari Allah. Jika hati resah, terima lah sebagai satu isyarat ia minta dibawa pulang ke asalnya..”

Hebatnya kuasa tarbiyah. Masyaallah.. Duduk dalam usrah, untuk saling berpesan dan mengembalikan hati kepada Allah. Melembutkan hati yang ego !.. Bawa pulang hati yang ‘merayau’ jauh, yang terkadang tersasar.

Dihitunng nikmat Allah, boleh rosak kalkulator. Tak kan mampu nak jumlahkan nikmat Allah. Teringat, baiknya Allah. Cara Nya yang sangat berseni, dalam  menegur dan menyampaikan  peringatan kepada hamba. Alhamdulillah.

Antara input dari perkongsian dengan sahabat-sahabat semalam yang terkesan di hati:

“Setiap perbuatan dan perancangan kita, perlu fikir manfaatnya untuk Islam”

Rasanya mudah untuk faham kan? Contoh mudah:

~ Rancang untuk beli kereta. Memang nampak untuk kegunaan peribadi. Tapi jangan lupa, rancang untuk manfaatkan nikmat kereta yang kita miliki tu untuk digunakan juga di jalan Allah. Macam mana? Contoh, nak kongsi nikmat tu, untuk tumpangkan sahabat-sahabat ke surau, program agama.

~ Ada rumah yang sedikit selesa, boleh manfaatkan untuk tempat usrah dengan sahabat.

~Andai ada kemahiran di bidang apa sekalipun,(contoh: pidato, menulis, kemahiran IT, masak-memasak, menjahit dll) salurkan kemahiran tu untuk Islam.

 Masyaallah. Hebatnya ajaran Islam.. Indanya, menilai sesuatu dengan kaca mata iman dan Islam. Kita dimuliakan kerana Islam.  Hargailah Islam dan iman ini, nikmat yang terbesar buat kita..
Buat diri ku dan diri mu..Marilah merasai dekat dengan Islam.. Dekat dengan Allah…Allahurabbi..

***USRAH ~ keluarga ( saudara yang diikat dengan akidah yang sama)
                    ~ tempat untuk saling ambil berat sesama ahli, berbincang, saling berpesan kepada  
                       kebaikan, tegur pada kesilapan
                    ~ikatan hati-hati individu Muslim dan berusaha saling membantu untuk memahami        
                       ajaran  Islam
                    ~berbincang dan berfikir untuk Islam
                    ~Pelaksanaan yang fleksible pada tempat dan method nya. (Outdoor/ indoor)

USRAH bukan untuk yang bertudung labuh sahaja. Bukan  sahaja untuk golongan waro’. Bukan untuk geng masjid, kaki surau, bukan untuk pak ustaz semata-mata.

USRAH untuk semua yang hajat pada tarbiyah dan kebaikan. USRAH untuk orang yang ingin kembali kepada Allah..


USRAH untuk ANDA, untuk KITA.. ^_^.. Jom, sambut hadiah istimewa dari Allah ni…

Wednesday, October 9, 2013

IM4U

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma soll 'ala Muhammad..

Alhamdulillah.. Masa pinjaman Allah terus berjalan. Tak berpaling sedikit pun. Tak tunggu walau sesaat hamba yang bergelar manusia.

Melewati minggu-minggu terakhir sebagai seorang guru praktikal. Another 4 weeks to go. Dah hujung-hujung ni, kerja dah makin kurang. Urusan observe pun dah selesai. Tak perlu lagi fikir untuk silibus, sebab students dah start final exam.

Insyaallah, esok paper English. Fuhh.. Nervous.. Teacher berdebar sekali.. Ya Allah... Permudahkanlah urusan para pelajar ku. Semoga mereka dapat menjawab dengan baik.. Amiin..

Minggu lepas, 9 hari menjadi 'tetamu' zon kafarah dosa.  Allah uji dengan sikit kesakitan yang tak tahu puncanya. Sampai doktor kata..

" Nak MC ke? Awak ni tak layak dapat MC. Semuanya ok.." =_=..

Menunggu di hospital hampir 5 jam. Urine test, blood test, scan, x-tray.. Hasilnya.. Cuma dapat ubat pain killer.. Doktor sampai tak tahu nak bagi ubat apa.

Apa-apa pun, Alhamdulillah.. Ujian untuk Allah  beri pahala banyak-banyak, ganti untuk sakit. Alhamdulillah..

Terima kasih doktor.. Cucuk saya dengan 'Bismillah..'. Rasa 'sejuk'. Bila mana doa di alunkan seawal pagi di hospital. Dibacakan hadis yang secara tak langsung merupakan penawar untuk para pesakit.Terima kasih jugak pada mak & kembar yang tak tidur malam layan sakit ana. Terima kasih pada semua yang mendoakan and care about me. Syukur, everything is back to normal. Dah sihat. Alhamdulillah..^_^..

Pagi tadi, bersembang dengan ustazah di bilik guru. Subhanallah.. Sungguh.. Berkawan dengan 'penjual minyak wangi', walaupun tak beli kita dapat juga cium harumnya. Banyak ustazah kongsi mutiara ilmu.. Antaranya..

" Jangan tamak.. Rajinkan untuk sedekahkan pahala amalan kebaikan kita untuk orang lain. Hadiahkan kata-kata yang baik dan bacaan al-quran.. Insyaallah, ia dapat membentuk peribadi seseorang..

Pagi-pagi lagi, apa salahnya baca al-Fatihah. Sedekahkan untuk semua orang. Untuk anak-anak, anak murid. Insyaallah, kita akan rasa perbezaannya. Hati mereka akan lebih terikat dengan kita. Kalau mereka 'tergelincir', mereka akan balik pada kita. Hebat ikatan yang kita ikat dengan ayat quran.

Sebab tu mak ayah, kalau anak-anak berperangai tak elok, yang utama sekali cek diri kita dulu. Apa-apa pun patah balik pada diri sendiri.. "

Masyaallah.. Nasihat yang hebat. Rebut peluang ni.. Manfaatkan keindahan sifir Islam.. Berkongsi dan memberi, tanpa mengurangkan sedikit pun hak kita..

Mudah dan tak perlu modal.. Sedekah lah... Contoh:

" Ya Allah, aku menaip dan berkongsi perkara kebaikan ini kerana Mu.. Pahala kebaikan ini aku sedekahkan kepada semua pembaca blog ni.."

^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah