" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Friday, November 22, 2013

"Assalamu'alaikum Teacher..."

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Dah beberapa minggu  meninggalkan SMKB,  tapi rasanya tak pernah  sehari pun  berhenti  ingatkan  students.

Alhamdulillah, pagi tadi Allah izin untuk tonton program Tanyalah Ustazah TV9. Hari ni ustazah bincang tajuk ‘Menjiwai Salam’.

Masyaallah, apabila buat dengan ilmu dan kefahaman, baru terasa besarnya nilai ucapan kalimah salam ni.
ASSALAMU’ALAIKUM  WARAHMATULLAHI  WABARAKATUH
(Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan ke atas mu)

Teringat kat students..^_^,,, Alhamdulillah, semasa di SMKB, setiap kali bertembung dengan pelajar, mesti dapat doa daripada mereka.

“Assalamu’alaikum teacher “

Kadang-kadang.. “Assalamu’alaikum cikgu..”

Kalau students yang tak tahu ana mengajar subjek apa, “Assalamu’alaikum ustazah”..^_^ Tak kisah la.. Janji mereka sedang doakan kebaikan buat ana.. Alhamdulillah

Bila masuk kelas, terima lagi ucapan salam daripada students. Bayangkan satu kelas ada 28 atau 40 students. Allahurabbi, banyak nya doa dari ucapan salam yang ana terima..

Masa awal-awal praktikal, setiap kali masuk kelas, pelajar akan ucap
“ Good morning / Good afternoon teacher”

Tapi lepas tu, ana minta ketua kelas ubah sikit, untuk bagi salam. Tukar ‘Good Morning’ kepada  Assalamu’alaikum teacher’..

 Pada masa yang sama, dapat bagi peluang students bersedekah ^_^.. Macam mana??? Kan setiap ucapan yang baik tu sedekah..

Nampak simple, tapi kesan nya besar!! Ucapan baik, lagi berpahala dan mengandungi doa dari students, tak kan  teacher  tak nak grab kot...

Perkataan  ‘salam’ ni merupakan kalam Allah. Ucapan para penghuni di dalam syurga, ucapan para malaikat dan merupakan sunnah baginda nabi yang mulia, Muhammad s.a.w.

Insyaallah, lepas ni perlu usaha untuk menjiwai dan merasai kebesaran salam setiap kali mengungkapkan nya. Bukan sekadar lafaz di bibir, tapi rasa keindahan doanya di dalam hati.

Thank you, jazakumullah my dear students.. Hari-hari, setiap kali teacher masuk kelas, kalian doakan kesejahteraan, rahmat dan keberkatan untuk teacher..
Alhamdulillah, terima kasih.. Doa yang sama buat kalian.. Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan juga ke atas kalian..

Subhanallah.. Hebatnya nilai SALAM..



*****
One of my student asked

"Teacher, cerita ' Ustaz VS Teacher' tu, cerita tentang teacher ke???"

 Senyum dan perlu betulkan keadaan.. ^_^ Hanya cerita rekaan, tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia...

Saturday, November 9, 2013

# The End

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli ‘ala Muhammad…

Alhamdulillah… 12.22 PM semalam punch card yang terakhir sebagai guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah. 4 bulan yang terisi dengan bermacam-macam ‘perisa’. Alhamdulillah, peluang untuk belajar mengenai kehidupan. Ruang untuk mendidik diri.

“ Teacher, teacher tak nampak sedih pun nak tinggal sekolah ni.Nampak happy je, macam students baru habis SPM..”

Ya Allah.. Siapa tak sedih, nak tinggal anak-anak murid. Bakal-bakal ulama', mutiara-mutiara yang bakal bersinar untuk Islam. Mereka semua la yang bakal bertebaran di seluruh muka bumi, menyebarkan kewangian Islam.

Malam sebelum, air mata mengalir sendiri. Malam yang resah, fikir nak tempuh hari esoknya. Tapi cuba kuatkan hati, sebab yakin semua ni dah memang lumrah hidup. Setiap yang mula pasti akan ada akhir, Setiap yang datang, perlu pergi.

Alhamdulillah, syukur.. Ana punya anak-anak didik yang baik semuanya. Memang mereka ‘hadiah’ kan teacher dengan pelbagai ragam, tapi, mereka la yang buat teacher bertahan sampai akhir. Mereka buat teacher kuat dan tak putus asa. Mereka la yang buat teacher menangis, tapi mereka juga yang buat teacher senyum.

 Students 4 Arif, 4 Gigih dan kelas-kelas lain yang selalu masuk relief. ..

Terima kasih semuanya.  Teacher doakan kalian berjaya dalam hidup, cemerlang akhlak, hebat akademik, jadi muslim yang bermanfaat buat agama.

Teacher sentiasa doakan untuk mawar-mawar dan syabab-syabab agama di SMKB. Teacher yakin, kalian punya potensi diri yang hebat! Kalian students yang baik.  Semoga kalian mampu jadi permata berharga yang boleh dibanggakan agama.

 Siapa pun kita di pandangan manusia, biar apa pun tanggapan orang pada kita, usaha lah sebaik mungkin untuk rebut redha Allah. Buktikan yang kalian pun boleh jadi macam orang lain, bahkan lebih baik..

 Terima kasih banyak-banyak students 4 GIGIH untuk jamuan. Maaf, teacher dah susahkan semua. Teacher hargai semuanya..^_^.. (Kek, nasi goreng)

Untuk 4 ARIF, terima kasih untuk hadiah.. (Buku-buku agama, al-quran, sejadah, surat, kad). Masyaallah.. Teacher hargai semuanya..^_^

Tak mampu nak tulis semua kebaikan kalian.Cukuplah Allah yang menilai dan membalas semuanya. Terima kasih.. Terima kasih.. Terima kasih juga untuk students kelas lain.. Tak mampu nak senaraikan.

Belajar rajin-rajin.. Ingat, belajar English bukan untuk exam semata-mata, tapi kita nak kuasai bahasa yang dikuasai musuh Islam.  Nak pandai bahasa untuk sebarkan dakwah.

Jaga iman, jaga hati, jaga akhlak, jaga diri, jaga solat...

 Allahurabbi.. Macam mana ni.. Teacher dah rindu students..T_T..  Ya Allah, pelihara lah mereka semuanya.. Moga-moga rindu ini, Kau pandang sebagai ibadah. Moga ada peluang untuk kami berkumpul lagi.. Kalaupun bukan di dunia ni, insyaallah, moga ada ruang untuk kami berjiran di syurga Mu….

Terima mesej-mesej daripada students yang buat mata ni ‘banjir’ lagi..

“ Teacher, maaf saya tak makan masa jamuan tadi. Bukan tak nak makan, tapi kalau saya makan ibarat saya dah boleh terima Teacher pergi. Tapi hakikatnya, tak..”

“ Saya tak mampu nak bagi hadiah istimewa macam orang lain. Yang saya mampu hanya sebut nama Teacher dalam doa saya..”

Allah… Ya Allah… Kasihi pelajar-pelajar ku yang ikhlas ini… Ganjari mereka syurga Mu.. T_T

Terima kasih semua warga SMKB… Hanya Allah yang layak membalas segala kebaikan kalian.. Barakallahulakum..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah