" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Tuesday, December 31, 2013

Dua ribu empat belas

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli’ala Muhammad.

Menaip entry penutup untuk 2013. Tahun  yang penuh warna warni. Pelangi pun kalah. Muhasabah kembali entries sepanjang tahun ni.

Alhamdulillah.. Menulis untuk diri sendiri sebenarnya, untuk kekuatan, buat muhasabah, jadikan tazkirah  senyap sepanjang perjalanan akan datang.

Selamat datang 2014 a.k.a tahun kritikal.. Ehh??? Astaghfirullah… Baik sangka dengan Allah, mohon Allah mudahkan segalanya. ^_^



Azam tahun baru???


*Menjadi hamba dan khalifah Allah yang lebih baik dan lebih bermanfaat*

Terima nasihat panjang lebar daripada seorang sahabat,tapi sikit yang 'boleh' dikongsi kat sini..

"..jangan terburu-buru, tapi jangan bertangguh-tangguh..."

Insyaallah, azam 2014 juga untuk menaiki anak tangga seterusnya. Moga Allah permudahkan. Meskipun masih merangkak di anak tangga pertama, tapi perlu bersiap sedia untuk terus melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Hidup ni ada misi dan visi yang besar untuk agama.

Welcome back to school to my dear ex-students.. Anak-anak didik yang dulunya di tingkatan 4, pasti melangkah ke tahun yang mencabar di 2014. SPM. Insyaallah, Teacher doakan yang baik-baik untuk kalian. Selamat melangkah dengan semangat baru. Teacher intai khabar dari jauh..^_^..

2014 juga, tahun terakhir di UPSI. Bakal menghadapi Final Year Project. Allahumma yassir ya Allah.. Insyaallah, moga dapat bergraduasi pada masa yang dirancang. Semoga semuanya okay, di tahun akhir bergelar mahasiswi ni..Insyaallah.

Makin meningkat usia,menumpang di bumi Tuhan..Makin singkat permusafiran menuju kampung abadi..

"...dan nikmat mana yang kamu dustakan????.."

Laa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntuminazolimin...

Saturday, December 21, 2013

HSNZ

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli'ala Muhammad.

Maha Kaya Allah. Setiap yang di lafaz, setiap yang di catat di blog ni, setiap yang dibicarakan, pasti akan di uji oleh Nya.

3 hari lepas, menulis tentang janji untuk berbakti pada bonda. Allah uji terus! Moga Allah kurniakan kekuatan untuk melaksanakan kata-kata.

Petang, bawa mak ke hospital Dungun. Mak pening, tak larat bangun. Nak ke tandas pun perlu dipimpin. Doktor periksa, tekanan darah tak tinggi sangat. Cuma doktor bimbang, sebab tangan dan kaki sebelah kanan mak agak lemah. Doktor terus buat rujukan untuk di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk scan dan rujuk pakar, bimbang kalau-kalau dapat strok.

Pengalaman pertama, naik ambulan. Super laju!!!.. Sejam, sampai ke HSNZ. Mak terus di bawa ke bahagian kecemasan dan scan. Hampir  3 jam ana menunggu di luar. Mata dijamu dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang cedera, ada yang semput, ada yang berkerusi roda. Syafahallah..Allah..Allah.. Allah.. Peringatan dari Allah, supaya sentiasa bersyukur dan menginsafi nikmat kesihatan. 

Selepas selesai di wad kecemasan, ana mendaftar untuk Mak masuk wad. Lepas tu ikut Doktor bawa Mak ke tingkat 8. Doktor datang periksa dan Mak rehat. Ana susah nak tidur. Mengantuk tapi tak dapat tidur. Last-last 'syahid' jugak atas kerusi. Sampai Doktor datang nak periksa Mak pun, ana tak sedar.

Esoknya, Mak makin okay. Tapi masih lagi pening, sebab tu masih lagi kena tahan di wad. Doktor pelatih punya la ramai. Kebetulan, on that day, mereka  kena observe. Boleh nampak muka nervous dan kalut. Hehehe.. Teringat time ana kena observe masa praktikal.

I am really proud of them. Lagi bangga bila lihat, saudara seakidah sendiri yang bakal menjadi perawat ummah. Bertudung labuh, berjanggut. Lemah lembut menyantuni pesakit, mengingatkan pesakit kepada Allah.. Semoga Allah memudahkan urusan kalian, bakal-bakal doktor.~Tabik spring~

Pertama kali ana handle wheelchair. Lesen L pun tak lepas. Banyak kali 'terbabas'. ^_^ .. Mak perlukan wheelchair untuk ke toilet sebab bimbang jugak kalau nak berjalan. Alhamdulillah, ana dapat lagi ilmu baru, cara nak handle wheelchair. Allahuakbar, hikmah-hikmah yang Allah sembunyikan di sebalik ujian. Be positive!!

Subhanallah, hikmah lagi. Dapat jumpa sahabat yang 4 tahun tak jumpa. Kebetulan ex-roomate ana di KMK ada praktikal di sana, di klinik diet. Rindu yang teramat. Alhamdulillah.. Terima kasih ukhti, sudi datang ziarah.. Rasa tak puas jumpa, kejap je. Terima kasih juga untuk consultation percuma untuk Mak ana. Bila pakar pemakanan berbicara....^_^

2 malam di HSNZ. Alhamdulilah, Mak dapat jiran-jiran yang baik. Mak cik sebelah tu selalu bercerita pasal anak lelaki dia je. Mak ana sampai terperasan something.Hahaha.. Tapi ana buat tak tahu je.. Jiran sebelah yang sorang lagi pun sangat baik. Terharu rasanya. Walaupun baru kenal, sangat caring dan banyak membantu ana yang terkial-kial nak urus Mak.

Syukur Alhamdulillah, esoknya, selepas Doktor datang buat pemeriksaan, semuanya okay dan Mak dah boleh keluar wad. Call kakak untuk datang ambil. Sementara menunggu surat Doktor siap, sempat 'syahid' sekali lagi sebelah katil Mak. Terlelap je..^_^. Doktor datang untuk suruh pi ambil surat, pun tak sedar. Sampaikan Doktor terpaksa gerak-gerakkan meja kat sebelah nak suruh ana sedar. Maaf la doktor.. 'Fisabillah', semalam.. 

Selepas uruskan ubat, daftar keluar wad Mak, mak saudara, ayah saudara ana datang ziarah. Kemudian, kami terus balik. Alhamdulillah, selesai di HSNZ. Jazakumullah khairan kathira kepada para doktor, jururawat dan semua yang baik, sudi tolong Mak ana. Pada sahabat-sahabat yang sudi kirimkan doa dari jauh. Terima kasih.. Allah la sebaik-baik pemberi ganjaran.

Alhamdulillah, Mak makin sembuh, tapi masih perlukan penjagaan dan rawatan susulan. Moga Allah beri kekuatan kepada anak-anak Mak untuk berbakti sebaik mungkin. Kuatkan kami ya  Allah untuk menjaga bonda tercinta.. Ana pandang semua ni sebagai ujian Allah untuk ana sebenarnya, sabit melalui kesakitan Mak.

Syafakillah Mak.





Tuesday, December 17, 2013

Aku seorang anak..Aku juga seorang pekerja Allah

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

“Mak, minggu depan nak balik Perak. Ada program..”
“Berapa hari?”
“2 hari je”
“Tak padan. Sebab apa orang lain kalau cuti, tak gi mana-mana dah,duduk rumah..?”

‘Mak, anak mak ni bukan macam anak orang lain’..Hanya mampu membalas dengan bahasa bisu. Tak boleh berhujah lagi walaupun seribu sebab yang kukuh boleh ana sampaikan pada bonda.

Faham. Mak yang mahu anak-anak sentiasa di sisinya. Setiap kali ana minta izin untuk keluar jauh, mak nampak berat hati untuk izin. Tapi, dalam keberatan, ana tahu mak percaya pada anak-anaknya.

‘Mak..Insyaallah mak.. Anak mak akan sentiasa jaga diri. Seandainya mak tahu dan faham, anak mak ni ada tanggungjawab yang besar di luar sana. Ada amanah untuk ummah dan agama. Bukan sengaja nak korbankan masa jadi penumpang bas untuk 7-8 jam. Tapi, insyaallah.. Moga-moga saham akhirat yang anak mak laburkan ni, share nya tetap ada untuk mak dan arwah ayah.’

Terbaca status Facebook seorang ustazah, juga seorang ibu. Luahan hati beliau, yang terasa berat apabila mengenangkan masa beliau bersama anak-anak tercinta makin hari makin berkurang. Satu masa, puteri-puteri hati nya pasti akan di miliki oleh lelaki bergelar suami.

Tiba-tiba mata ana panas. Berair. Ya Allah.. Muhasabah diri. Diri ni pun macam tu. Mungkin 3 tahun, 2 tahun atau mungkin tak sampai setahun je lagi, terpaksa akur dengan fitrah hidup. Suatu saat nanti, seandainya diizinkan Allah pasti akan mengikut suami.  Tanggungjawab besar yang perlu dibahagi-bahagikan perhatian sebaik mungkin.

Berjanji pada diri sendiri. Selagi ada masa dan kesempatan ni, ana kena usaha sungguh-sungguh untuk jaga mak sebaik mungkin. Jaga hati, jaga kebajikan beliau. Kuatkan hamba ya Allah!!!

Hari ni  menaip entry sambil duduk sebelah katil Mak. Teman Mak yang pening, Makin hari, mak makin uzur. Cuma saja Mak lawan, untuk nampak kuat. Allahurabbi... Kau sebaik-baik pemberi ganjaran. Ganjari ibuku syurga Mu.. Ganjari ibuku keampunan Mu yang maha luas..

Buat seorang ukhti yang ana sayang kerana Allah, seandainya terbaca post ni, Aini yakin ukhti faham post ni juga untk enti. Maaf..Rasanya tak mampu nak penuhi hasrat enti untuk update blog macam yang diminta, sebab Aini bukan orang selayaknya untuk dirujuk.. Kadang-kadang Aini pun ‘tersungkur’  juga dalam buat pilihan. Dilema yang tak berkesudahan..^_~..Sungguh, beruntunglah mereka-mereka yang punya family yang faham. Tapi jangan risau!! Ukhti, kita pun beruntung. Allah nak ajar kita erti kesungguhan.. Senyum.

Tapi moga-moga Allah  kuatkan hati kita dalam menguruskan tanggungjawab sebagai anak, pada masa yang sama juga sebagai seorang yang punya amanah pada agama Allah. Aini tahu ukhti  lebih faham dan lebih bijak daripada Aini yang dhaif ni..^_^..

Kalau ukhti sudi nak baca, ni post yang pernah di coret saat diri lemah satu ketika dulu.. Moga terus jadi tazkirah senyap buat diri sendiri.. Insyaallah.. [ 'Cik Hatiku Sayang' ]


Allahu rabbuna yusahhil…

Friday, December 13, 2013

Khalifah kecil

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Alhamdulillah. My result for practicum is already out, and thank you Allah.. I'm pass. Thank you my dear students for your support and cooperation. Teacher really appreciate it. To supervisor, my cooperating teacher, senior teachers, and SMK Beserah-ians, thank you. Jazakumullah khairan kathir. May Allah grants you the best.

3 hari di tadika sebagai guru ganti sementara. Masyaallah. What a wonderful experience. Sangat terpegun dengan suasana dalam kelas. Setiap sudut adalah ilmu!! Tampal-tampal dengan gambar, kartun, kata-kata  ilmiah islamik yang menarik . Mula pasang impian, rumah ana nanti nak buat macam tu jugak la..^_^.. Paling tak pun, for the kids’ room.

Sementara tunggu  little caliphs datang, alunan zikir akan di pasang. Setiap kali students datang teacher akan sambut di pintu pagar , shake hand and say salam to them.

Pesan kawan ana,
“ ..selamat mentarbiyah dan mendidik. Rebung blake tu. Dok jadi buluh lagi..” ^_^

Yes.. I admit. Mereka sangat suci. Setiap yang di ajar akan menjadi corak pada diri mereka.  Banyak  juga students tarbiyah teacher.

Bak kata Teacher Nur, mereka ni bukan nakal, tapi aktif!! Setiap malam jugak la, selepas balik kerja teacher akan tidur awal, sebab sakit kepala..

Semalam one of the girl buat perangai. Menangis, mengamuk tak tahu sebab. Bila tanya, tak nak bagitahu.. Teacher pujuk dengan kata-kata sayang pun tak jadi. Teacher pujuk lagi dengan ayat quran. Alhamdulillah.. Its worked!! Masyaallah..Sungguh, tarbiyah melalui students. Allah nak pesan pada teacher untuk letakkan Allah paling utama.

Teringat kata-kata seseorang yang disegani ilmunya. Beliau mengajak untuk mendidik dengan akidah. Time tidur, seorang student tak nak tidur dan conteng kertas-kertas kat rak. Sengaja ana sebut kuat-kuat,

“ Ya Allah.. Tolong teacher ya Allah.. Alia (bukan nama sebenar ^^) tak nak tidur. Tolong teacher ya Allah.. Alia conteng kertas ya Allah..”

Alhamdulillah.. Last-last Alia datang sebelah ana dan tidur.^_^.. Waktu dodoi mereka dengan zikrullah, terasa makin sayang. Tengok mereka tidur, rasa sayu.

Waktu assembly yang penuh ceria. They really enjoyed sang the songs. Baca ikrar khalifah, hafal surah-surah lazim dengan lancar. Bila main toys, teacher terlibat sekali..^_^. . Time amali solat, mereka solat berjemaah. Waktu mandi yang penuh riuh rendah.  Nama pun budak-budak. Teacher really need to be patient.

Bila teacher duduk kat lantai, akan ada yang datang singgah atas riba. Mereka manja, tapi sangat berdikari. Pandai bawa diri. Teacher going to miss you kids. Terima kasih Allah untuk pengalaman berharga ni. Walaupun sekejap, ianya sangat bernilai.


O Allah.. Grant them hasanah in this world and hereafter. Please bless us abundantly. I love my soleh solehah little caliphs..^_^

Friday, December 6, 2013

Putera Puncak Atap

 Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Innalillahi wa inna ilaihirajiun. Segalanya milik Allah.Andai ada yang bersedih saat ni, moga Allah gembirakan hati mereka. Andai ada yang ditimpa musibah saat ni, moga Allah beri kekuatan. Moga Allah permudahkan segala urusan bagi yang di beri ujian.

Dua tiga hari ni TV  ‘sakit’ dan terpaksa dimasukkan ke ‘wad’.  So, movie dalam laptop jadi pengganti.  Hampir mengkhatam movie korea ‘Rooftop Prince’  a.k.a  Putera Puncak Atap. Rasanya cerita ni dah lama. Seingat ana, housemate  pernah cerita tentang movie ni masa sem 3 @ 4 dulu. Tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.

Movie ni dah lama dalam laptop, tapi tak tengok sebab rasa macam tak best jer.. Macam tak berminat jer.. Tapi bila dah tengok, sampai sanggup bersengkang mata sebab nak tahu kisah seterusnya. Syok-syok tengok, sampai la episode 17 dan bila nak buka episode yang 18(episode terakhir), tetiba  programme not found plak.. Huhu..  Tergantung tanpa ending..

Bagi ana, cerita ni sangat best. Masyaallah, Subhanallah, Allahuakbar.. Ambil ibrah, pengajaran dari movie ni. Rasa makin dekat dengan Allah.

‘Aikkkk… Tengok cerita Korea ke cerita Islamik @_@????’

Memang la  watak dan jalan cerita yang dimainkan oleh mereka yang bukan beragama Islam. Tapi ada pengajaran  yang boleh diambil untuk muhasabah. Of course, pelakon-pelakon Korea tu tak bertasbih, tak berzikir dalam cerita tu. Tapi, kita yang muslim yang menonton ni jangan tonton saja-saja.


Movie ni mengisahkan tentang seorang Putera Raja yang ditakdirkan merentasi masa 300 tahun ke depan semata-mata untuk selesaikan kes pembunuhan pada zaman 'baginda'. Sampai di 'zaman sekarang', 'baginda' dapat rungkai satu per satu persoalan. 

Bila meletakkan diri dalam movie tu, rasa takjub sangat. Itulah yang dinamakan takdir Allah. Sebagai muslim, ana lihat jalan ceritanya sebagai satu ketentuan yang Allah telah rancang dengan sangat rapi buat 'mereka' dalam cerita tu.

 Pada awalnya memang pahit untuk 'si watak' tempuh. Mula persoalkan dengan apa yang berlaku dalam hidup. Sedih dengan ujian, apabila 'Puteri Mahkota' meninggal. Tapi dengan sikit kesabaran, tak putus asa, satu per satu hikmah yang indah Allah bentangkan di hadapan 'baginda'. 
***Pada yang dah tengok movie ni mungkin akan faham..^_^.. Anyway, this is my own perception only..

Cuba kaitkan dengan kehidupan diri sendiri. Kadang-kadang kita rasa hampir putus asa. Sedih dengan takdir yang Allah tentukan untuk kita. 

Kenapa kita tak dapat apa yang kita nak? Kenapa orang yang kita sayang pergi dari hidup kita? Kenapa itu, kenapa ini..??? 

TAPI kita lupa... Allah tak pernah zalim pada hamba Nya. Setiap yang datang dan pergi tu ada sebabnya. Tinggal kita perlu sabar sikit je dan sedar bahawa semua tu ujian dari Allah. PASTI, Allah akan bentangkan hikmahnya bahkan Allah ganti dengan yang lebih baik...Allahurabbi.

Maha Baik Allah. Setiap yang ditakdirkan untuk kita, pasti yang terbaik. Nilaian kita yang dhaif ni tak sama dengan nilaian Allah. Mungkin sesuatu tu tak cocok dengan pilihan kita, tapi apa lagi yang lebih berharga dari pilhan Allah??? Sabar lah hati..

Nasihat seorang Auntie melalui e-mailnya buat ana:

"...kita tak 'berhak' menentukan apa yang baik untuk kita.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita..."

Ya Allah... Kami hamba.. Engkau layak menguji kami.. Tetapkanlah hati kami pada pilihan Mu...


***

### Mood menaip dengan jari berinai, rasa lain macam sikit ^_~..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah