" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Saturday, January 25, 2014

The Journey


Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Alhamdulillah.Sentiasa baik dan penyayang Allah. Disaat langkah ini semakin mengendur, perlahan dan hampir membeku, Allah pujuk kembali diri ini dengan penuh kelembutan, melalui ibrah yang banyak di sekeliling.

Allah hadirkan insan-insan yang mampu membuka mata ini seluas-luasnya. Api semangat yang menyala pada mereka memberi tempias pada diri untuk leburkan bongkah beku yang hampir menghentikan langkah.. Allah, akau malu..T_T

Syukur alhamdulillah. Menerima pelawaan seorang sahabat untuk meluangkan sedikit masa bersama adik-adik pelajar. Berkongsi sedikit ilmu yang ada bersama mereka. Sampai ke destinasi program, di sambut oleh senyuman Ummi. Pertama kali bertentang mata, pertama kali bersalaman, sudah buat ana kagum pada beliau.

Allah.. Ummi kepada 3 orang anak yang masih kecil. Sanggup meluangkan masa hujung minggu demi tarbiyah anak-anak didik. Dalam kesibukan di sekolah, di rumah, tapi masih rancak mencari peluang lain demi kelangsungan dakwah. Aku???

Ummi menghantar kami ke dewan dan kenalkan kepada adik-adik yang semuanya berusia 16 tahun. Selepas membuka majlis, Ummi tinggalkan kami untuk meneruskan agenda..^_^ ..Ana membawa group ana untuk berbulatan cinta di luar dewan. Menikmati udara dan angin pantai. Alhamdulillah.

Bersama adik-adik yang meniti alam remaja. Berkongsi ilmu dan pengalaman bersama mereka, buat ana turut sama terbang ke alam remaja yang sememangnya cukup indah. Tapi AWAS!!! Jalan berliku di hadapan.

Pandang wajah adik-adik di hadapan ana satu per satu. Allah, moga Allah jadikan mereka semua mawar agama yang menguntum di jalan dakwah. Moga mereka lah yang bakal menyebarkan kewangian Islam ke seluruh genap ruang.

2 jam berceloteh. Tak terasa lamanya. Mengingati dan diingati. Alhamdulillah. Terasa semua yang dikongsi kepada adik-adik kembali terpantul balik pada diri. Allah tegur direct. Terima kasih Allah.

Allahumma faqihna fiddin ya Allah.. Berilah kami kefahaman terhadap agama Mu.. Berilah kami kekuatan untuk terus beramal dengan ilmu ini.. Semoga hari-hari kami terisi dengan memikirkan ummah, bukan berlalu dengan kesibukan dunia semata-mata.

Hari ni, di ruangnan newsfeed Fb, penuh dengan update tentang kembalinya permata ummah, Tuan Guru Haji Harun Bin Taib. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham.

Disaat ummah semakin tenat, Allah menjemput seorang demi seorang alim ulama' Nya. Semoga Allah terus pelihara kami umat akhir zaman yang semakin parah dan kritikal. Semoga dengan pemergian ini bukan melemahkan kaki kami, tapi lebih buatkan kami terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan, meneruskan tugas Rasul.

Allah.. Aku juga ingin terus berbakti. Menyebarkan kewangian Islam.. Pilih lah kami untuk terus menjadi penyambung mata-mata rantai ini.. Semoga istiqomah hingga ke akhirnya...

Wallahu'alam..




Thursday, January 23, 2014

Mahar

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad. 

Alhamdulillah. Syukur, menerima khabar-khabar  dari Beserah.. Rasa terharu dan tersangat rindu untuk ziarah para pelajar di sana. Hanya FB, SMS, dan surat je yang menghubungkan kami sekarang.

 “…saya rindu tarbiyah dari Teacher…” 

 “…saya sentiasa berdoa agar dapat berkumpul (usrah) dengan Teacher macam dulu lagi..”

 “..Teacher, ada kawan-kawan yang dah berubah.. Yang dulu tak rapat, sekarang dah rapat antara satu sama lain..” 

“..Dia dah mula pakai handsocks..” 

“..saya pun nak pakai tudung labuh macam Teacher..” 

"Teacher, bila nak kahwin?" ehhh..


Allahu Allah. Hati mana tak gembira. Ana cuma berharap, Allah terus pelihara mereka semua anak-anak didik di sana. Kami bersama hanya untuk 4 bulan. Sangat singkat, tapi moga-moga apa yang kami kongsi bersama tetap terus menjadi pengikat untuk kami terus berukhwah. 

Tak semua students yang rapat dengan ana, tapi Alhamdulillah, tetap ada yang betul-betul ingin di bimbing. Bak kata orang, kalau tak mampu nak pegang semua, jangan la sampai tinggal semua kan. Insyaallah, moga-moga Allah beri kekuatan untuk ana terus membimbing semampu mungkin. 

Harapan ana untuk mereka sangat tinggi. Bukan untuk tengok mereka lakarkan ‘A’ untuk subjek English semata-mata, tapi lebih daripada tu. Moga satu hari nanti mereka akan bertebaran di muka bumi Allah, membawa misi untuk meninggikan agama Allah. Berbekalkan bahasa yang indah, akhlak mulia, ilmu dan kefahaman yang tinggi. Insyaallah.. 

“Insyaallah, Teacher, saya akan ingat pesan Teacher. Belajar English bukan untuk exam semata-mata, tapi juga untuk kuasai bahasa yang dikuasai musuh Islam. Belajar English juga supaya dapat berdakwah dengannya..” 

Alhamdulillah.. Syukur sebanyak-banyaknya.Mengenangkan hadis baginda, seandainya seseorang itu memperoleh hidayah lantaran asbab diri kita, maka itu lebih baik daripada apa yang disinari matahari. 

Allahurabbi.. Namun sentiasa pasak dalam diri, diri ini hanyalah ‘orang tengah’, semuanya dari Allah. Allah yang berkuasa untuk mengizinkan semuanya berlaku, bukan kita. Diri ni hanya la penyambung tugas nabi, bukanlah pemula atau pengakhir. Moga usaha yang kecil ini juga dikira sebagai mahar untuk kita ke syurga.

 Teringat pada seorang bekas pelajar.. Ana tanya tentang cita-citanya..

"apa cita-cita awak?" 

"...saya nak jadi pencentus ummah..saya nak kongsi tentang Islam.. saya nak bagitau orang ramai betapa baiknya Allah..saya nak kongsi pada semua muslimah apa yg Islam suruh...."

dan Teacher pun....T_T..

 Mawar-mawar agama dan bakal-bakal ulama’ di sana, sungguh, Teacher pun rindu untuk berkongsi lagi dengan kalian.. Moga Allah temukan kita lagi.. 

Berkira-kira untuk ziarah mereka di SMKB, tapi bila???? Mohon Allah yang maha bijak mengatur, untuk tentukan segalanya..^_~

 Wallahu’alam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah