" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Saturday, March 29, 2014

Jiwa yang tenang

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli'ala Muhammad.




Gambar yang cukup menenangkan. Roh nya bukan pada  hijau pokok atau dingin air yang menitis, tapi pada maksud kalam Allah yang tercatat di atas nya. Sungguh menggetar jiwa.

Diri hina dan dhaif ini punya sekeping hati. Hati yang bakal dibawa pulang bertemu dengan Allah. Jauh di sudut hati yang paling dalam, ingin kembalikan hati yang sihat, segar bugar kepada Pemilik nya nanti..

Oooh.. Bukan kerja mudah.. Meskipun nak uruskan hati sendiri, tetap perlu ada mujahadahnya.. Mana nak rendahkan ego, mana nak urus hati yang sakit, nak control supaya sentiasa dalam litar, nak itu, nak ini.. Memang payah.. Memang rumit bermain dengan hati. Perlu berhati-hati. Kerana yang payah itu mahar untuk sesuatu yang berharga..

"...Wahai jiwa yang tenang.. wahai jiwa yang tenang.. wahai jiwa yang tenang... "

Allahu Allah..T_T.. Ingin sekali menyahut seruan tu..

Sunday, March 23, 2014

Doa

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Alhamdulillah, ribut ujian yang Allah kirimkan untuk ajar hamba erti menghargai 'tempat perlindungan'. Entry sebelum ni sentuh tentang keadaan kesihatan bonda tercinta yang sangat membimbangkan. Seminggu balik ke kampung, minggu lepas. Alhamdulillah, dua tiga hari ni ,syukur hari ke hari dapat laporan yang positif dari kampung.

Hujung minggu ni, diberi sedikit kelapangan masa oleh Allah. Tanpa perancangan awal, decided untuk outing hari Sabtu dengan housemates. Destinasi 'bidang terjun' kami ialah ke The Mine di Serdang. Sehari menjelajah, cari 'udara' baru. Lepas dari assignments. Untuk pertama kali menjejakkan kaki ke pesta buku 'Big Bad Wholf'. Rambang mata dan berpinar-pinar dengan lautan buku. Tapi hasilnya tetap balik dengan tangan kosong. Hati tak berkenan. Orang kata, 'you are what you read'. So, i need to be very selective.^_^

Hari ni, Ahad. Alhamdulillah.Bawa cik hati bertemu Allah dalam dhuha pagi tadi. Lama.Banyak yang dia adukan. Banyak yang di minta. Malu tu memang malu, tapi hamba jadi kuat bila meminta-minta dengan Allah. Jadi tebalkan muka jugak.

Sangat terkesan dengan kata-kata ni:


 Masyallah.. Subhanallah.. Hati jadi makin rindu dan tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Allah lagi. <3 <3 <3 Banyak yang nak diminta, banyak yang nak di adu... Subhanallah.. Sweetnya Allah..^_^..

### Entry ni bertujuan untuk buat orang lain yang membaca juga untuk rasa tak sabar-sabar pergi jumpa Kekasih hati dan tadah tangan luas-luas. Moh ler kite...^^


Thursday, March 6, 2014

Langkah semester akhir

Bismillahirahmanirahim. Allahumma soll 'ala Muhammad.

Mencuri sedikit masa yang diperuntukkan untuk assignments. Menulis sekejap, untuk terapi diri.
Alhamdulillah semester 8 sudah masuk ke minggu 3. Permulaan yang agak berat. Macam biasa, amanah dan tanggungjawab ditemani assigments dan projek tahun akhir. Hampir mengaku kalah. Hampir ingin berhenti melangkah. Tapi Allah itu maha Bijak dalam mengurus hamba Nya yang kerdil ini.

Menerima berita dari kampung. Bonda tercinta sakit. Macam sebelum ni. Rasa nak terbang balik Dungun. Tapi keutamaan yang lain masih banyak di Tanjung Malim.  Hanya mampu menagis di hujung telefon dengar suara mak. Kesat air mata senyap-senyap dalam bilik. Ya Allah... Luluh hati, teringatkan mak.

Alhamdulillah, baiknya Allah. Kebetulan minggu depan ada satu kelas batal. Insyaallah, merancang untuk balik, walaupun sekejap. Moga Allah izin untuk bertemu mata dengan bonda tercinta.

Semalam, bersama beberapa orang sahabat, turun ke  Selangor. Alhamdulillah, Allah pilih untuk join usrah bersama insan-insan hebat di sana. Perjalanan yang penuh tarbiyah. Secara langsung atau tak langsung. Sesat sudah jadi kemestian. Sampai di tempat usrah, majlis dah di penghujung. Naqibah dah menyentuh tentang kesimpulan. Senyum dan berlapang dada. ^_^. Pasti hikmah Allah itu lebih luas.

Suasana rumah yang meriah dengan suara-suara ilmu dan riuh rendah dengan suara anak-anak kecil. . Hati kagum, cemburu, sayu dan bercampur baur. Ya Allah, semoga aku terus istiqomah seperti mereka.  Tetap kuat menghadiri program walaupun sibuk dengan urusan rumah tangga, malam-malam, bawa anak. Semua tu bukan alasan untuk mereka selesa di rumah. Mereka wakafkan diri, harta, masa, tenaga untuk Islam.

Teringat perbualan dengan seorang sahabat..

" Lepas Allah pilih, Allah akan tapis. Banyak lagi tapisan yang kita akan lalui lepas ni. Tapisan kerjaya, rumah tangga, anak-anak, masa tua, sakit.. Moga kita berjaya lepas tapisan tu.. Insyaallah.."




Terima kasih sahabat-sahabat. Kalian adalah asbab untuk Allah tarik diri ini kembali, untuk tetap melangkah. Terima kasih Allah...

Moga Allah pelihara semuanya. Bonda ku.. bonda ku.. bonda ku.. Syafakillah...

Saturday, March 1, 2014

Mug

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Alhamdulillah, cantiknya siang untuk saling bekerja, indahnya malam Allah hadiahkan buat kita beristirehat dan bermunajat. Moga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang bekerja. Mudah-mudahan.

Kelas di pagi Jumaat. Boleh jadi sumber inspirasi untuk berpagian menyambut hari yang penuh barakah. ***Ayat pujuk diri tatkala melihat housemates lain masih di rumah, tanpa kelas di pagi hari..@_@***

Rezeki di hari yang mulia dan penuh keberkatan semalam.  Terserempak dengan coursemates di bustop sementara tunggu bas untuk ke kelas.. Beg kertas dihulur. Ingatkan saja nak bergurau, rupanya memang  dia ikhlas nak bagi hadiah. Masyaallah. .Alhamdulillah.

Balik kelas, buka hadiah. Hadiah mug. Bukan mug yang biasa-biasa, tapi mug yang special




I was so impressed. Nice idea, with beautiful dakwah and  message.  Semoga aliran pahala yang berterusan buat sahabatku fillah.

Jazakillah ukhti habibati..^_^..


Insyaallah, boleh manfaatkan idea dan luasakan dakwah yang kreatif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah