" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Friday, April 25, 2014

Sahabat

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Mesej dari kakak untuk adiknya, di jalan Allah.

*
*
*

"Insyaallah.. Sungguh, kali pertama jumpa awak, akak terjatuh sayang kat awak. Tak tahu sebab apa. Jangan terharu, Akak akan cuba yang terbaik. Khas untuk awak ye..Hehehe.."

"Alhamdulillah, terima kasih kalau tu pandangan akak untuk saya. Dah terlalu banyak Allah tutup aib saya. Saya pun sayang akak. Kerana Allah."

"Itu puncanya. Sebab semuanya kerana Allah. Ia akan jadi sangat bermakna. Aib Allah tutup sebab kita tak buka aib orang. Kan tu janji Dia"

"Akak buat saya speechless... T_T"

*
*
*

Allahurobbi.. Dan nikmat mana lagi yang kau dustakan???? Terlalu banyak nikmat Allah untuk hamba yang sering lalai dan zalim ni. Tapi Allah tak pernah jemu menebarkan nikmat Nya.  Nikmat memiliki sahabat-sahabat yang baik.
Subhanallah, Alhamdulillah.. Allahuakbar.

Insyaallah, ingin manfaat kan masa yang singkat berbaki ni sebaik mungkin dengan sahabat-sahabat di bumi murobbi. Nak kutip pengalaman dan ilmu sebanyak nya daripada mereka.

Allah hadirkan mereka sebagai kekuatan untuk diri yang serba kekurangan ni. Sahabat yang soleh solehah, tak ternilai dengan harta dunia.

Allah, izinkan kami kuat menjaga ukhwah ni. Hingga ke syurga Mu. Insyaallah.

Tuesday, April 22, 2014

Towards the end

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli' ala Muhammad.

Draft jadual Final Exam dah keluar:

*9 Jun:- EST
           - Post Colonial Literature

*10 Jun: Literature For Young Adult

Alhamdulillah.. 4 tahun di bumi UPSI.. Pejam celik, dah nak habis belajar. Moga Allah permudahkan hingga ke akhirnya..

Kisah semalam...

" tak lama dah.. 2 bulan je lagi.."
"ya Allah.. Aini, jangan cakap gitu..(macam tu)."

Huhuhu..Dah tu nak cakap macam mana??? That is the fact.

Dear my Mr. AR & Mr. FYP,
Please be nice to me, and I hardly try to be nice to you as well..^_^.. Insyaallah.. Counting the days, 2 months to go. Allahumma yassir ya Allah.


Saturday, April 12, 2014

Bintang Syurga

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

*Bintang Syurga*
~Burung-burung hijau terbang
roh ku tenang melayang..
Syurga firdausi menunggu ku datang~

Bait-bait lirik yang penuh inspirasi. Buat hati bertambah rindu untuk meraih syahid. Meskipun usaha ditahap yang sangat  minimal, tapi doa ku sentiasa moga bertemu dengan husnul khatimah. Insyaallah.

Meniti minggu-minggu terakhir sebagai mahasiswi Upsi. Alhamdulillah, Allah izinkan untuk bersama-dengan insan-insan yang baik. Pasti lepas ni akan merindui ahli bait 3-4-12. 

Suasana petang yang buat hati tenang, 'usrah picnic' kami di tepi sliding door a.k.a 'surau' selepas solat Asar berjemaah. Memerhati gelagat manusia dari rumah kami di tingkat 4. Menikmati alam ciptaan Allah dari pemandangan atas. Subhanallah. 

Kadang-kadang rasa kasih dan sayang itu, jarang terucap pada lisan. Bahasa badan lebih banyak menzahirkannya. Alhamdulillah, ya Allah. Kau izinkan kasih ini tertumpah pada yang berhak. Moga-moga ini menjadi bekal dan saksi kami di akhirat kelak. Kami ingin berkasih sayang kerana Mu.
  
Buat seorang kakak fillah...

Kak.. Aini sayang akak kerana Allah..^_^.. Terima kasih untuk prihatin, kasih sayang dan kebaikan akak untuk kami adik-adik di sini. Hormat Aini pada akak sebagai imamah kami, sebagai kakak yang lebih senior, sebagai orang lebih tinggi ilmu dan peribadi. Syukur, Allah kenalkan akak kepada Aini dan untuk ukhwah sepanjang di UPSI ni.Menyimpan hasrat untuk menyambung silaturahim yang lebih kukuh.  Serahkan segalanya pada aturan Allah.


Mimpi semalam menghantarku kepada tahajud. Bingung mentafsir menggunakan kudrat akal hamba ku yang terbatas.

Petunjuk Allah atau mainan tidur??? Wallahu'alam...

Istikharah ku mohon petunjuk Mu ya Rabbi.. Moga redha Mu bersama kami..



Friday, April 4, 2014

Cuti Midsem

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Alhamdulillah.Cuti midsem dah mula..^_^. Betulkan urat, luruskan kaki, ketuk pinggang yang sengal-sengal.
Rumah ni pun dah sunyi.  Housemates lain dah selamat mendarat ke destinasi masing-masing.

Ana???50-50. Balik ke tak-balik ke tak-balik ke tak... Ya Allah tunjukkanlah hamba Mu jalan. Masalah betul la ana ni..Ishhh.. Orang lain tak banyak fikir, cuti  confirm balik...

Semalam 'merempit' dan redah hujan dengan housemate pergi cari tiket. Sampai kat stesen bas, kaunter dah tutup. Emmm.. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.Takde rezeki la tu. Save no.telefon yang tercatat kat kaunter. Nanti call ..

Terima kasih buat ukhti yang sanggup bersejuk 'main' hujan kerana nak teman ana pi cari tiket. Sampai basah lecun baju. Terharu. Air hujan terkena pipi...

Ya Allah, aku bersaksi di hadapan Mu, sahabat ku itu baik dan keikhlasannya terzahir membantu ku. Kau rahmati la beliau dunia akhirat. Kau permudahkan lah urusannya. Kau redhai lah kehidupannya. Allahumma amin..

Petang tadi, selamat meng'khatam' kan movie. Dalam 'sibuk', dalam lap air mata dengan projek tahun akhir dan assignments, etc. pun sempat lagi..Amboi!!!

'Pondok Pak Ya'.. Movie adaptasi berdasarkan kisah benar tentang tragedi 27 syuhada yang meninggal dalam kebakaran di blok puteri di sebuah pondok pada tahun 1989. Penuh pengajaran, buat hati tersentuh dan sayu.

Allah.. Allah.. T_T... Beruntungnya mereka yang mati syahid.. Hati juga rindu untuk mati syahid di jalan Allah..  Laung ku..~Almautu fisabilillah..Asma amanina~ Tapi bukti dan usaha???

Soft reminder to myself :
~Nak mati di jalan Allah, kenalah hidup di jalan Allah.. ~

###Moga-moga Allah pandu dan urus cuti ku sebaik mungkin. Insyaallah. Meskipun di kampung atau di Tanjung Malim, moga terisi sebaik mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah