" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Thursday, May 22, 2014

My Future

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli' ala Muhammad.

How I wish to write a long special entry about my  future plans.
But not for now. Assignments are waiting.

 Insyaallah, going to apply reward system..^_^.. Only after I finish my FYP, AR and assignments, then I will reward my self with special therapy. My writing therapy.

Insyaallah.. Few weeks to go.. Fighting!!!


Tuesday, May 13, 2014

Inspirasi daripada bonda-bonda ku

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli'ala Muhammad.

Dengan Bismillah pejuang melangkah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi

Langkah yang diatur bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran

Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih Mardhatillah

Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan

Istiqamah jatidiri
Teruskan Risalah Nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti

Istiqamah

[Langkah Pejuang-Shoutul Amal]


Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Allah izin untuk bersama-sama, lebih kurang 2 hari berkumpul bersama bidadari-bidadari dunia, mujahidah fi sabillah, insyaallah (kata-kata sebagai doa). Melapangkan masa untuk sama-sama mengutip mutiara ilmu. Persediaan dan bekalan untuk perjalanan yang jauh dan panjang.

Terima kasih kepada tokoh-tokoh srikandi Islam ku. Kalian sebagai penyuntik semagat kami. Buat bonda Saidatina Khadijah r.a, dirimu suri teladan buat kami, kaum hawa, para isteri,ibu, juga mujahidah penerus perjuangan nabi. Ketokohan mu inspirasi buat kami. Pengorbanan dan wakaf mu, dijadikan contoh. Azam ku untuk seperti mu. Menjadi pendokong setia perjuangan suami, susah senang dikongsi bersama.Ibu yang berjaya dalam asuhan dan tarbiyah anak-anak, harta diinfakkan untuk Islam.

Bonda kami, Saidatina Aisyah r.a, ilmu dan kecerdasan mu, sungguh, tidak ada tolok bandingnya. Menjadi rujukan para sahabat. Penguat semangat dan motivasi untuk kami tetap tekun dan sabar di jalan ilmu. Bersungguh-sungguh menggali dan mencari ilmu, persiapan sebagai dai'ah ummah. 

Sebagai anak, ku kagum dengan teladan dan akhlak Siti Fatimah az -zahra. Puteri kesayangan baginda Rasulullah s.a.w. Anak solehah, bakti buat ayah bonda hingga hujung usia. Sabar dengan tarbiyah hidup. Zikir Fatimah (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 34x) jadi penguat jasad dan rohani. Kesusahan dunia, bukan penghalang untuk terus berusaha meraih syurga hakiki. Kasih sayang mu buat ayah bonda, contoh untuk kami terus menyantuni  ibu ayah di dunia ini. Sentiasa berusaha untuk memahami keadaan keluarga dan menyediakan yang terbaik untuk mereka semua.

Bonda Asiah, hidup sebumbung dengan Firaun. Mengingatkan kami bahawa orang sekeliling bukan  lah penghalang untuk terus menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Suami mu dilaknat Allah, namun dirimu tetap mampu teguh dan bertahan, megharap mahligai di syurga. Pesanan dan ingatan buat diri ku, andai suatu saat, Allah uji dengan kehadiran suami yang tidak memahami gerak kerja dan keluarga yang tidak menyokong perjuangan, orang sekeliling yang menentang, itu semua bukan alasan untuk ku terus 'ghaib' dari medan amal. Perjuangan ini, berlandaskan akidah, semata-mata kerana Allah, tak mati dek kejian manusia, tidak maju hanya dengan pujian dan sanjungan.

Srikandi Khaulah al-azwa, nama mu menggetarkan semangat juang para mujahidat. Aksi mu di medan tempur mempersonakan. Kelicahan dan ketangkasan mu menentang musuh jadi pujian. Bukti, muslimat tempatnya bukan hanya di dapur. Yang bergelar hawa, bukan lembik dan mudah dipijak. Nama mu sebaris tokoh-tokoh perjuang muslimin. Semangat mu terus mengalir, dalam jiwa kami. Kami, muslimat juga punya tanggungjawab untuk meninggikan kalimah tauhid. Hidup mulia atau mati syahid,berjuang untuk agama Allah.

Al-khansa, ibu para syuhada'. Mengingatkan ku untuk mendidik dan menyiapkan bakal ulama' kecil kami untuk Islam. Hadirnya mereka ke muka bumi satu saat nanti, bukan lah hak mutlak aku dan suami. Mereka, insyaallah, diwakafkan untuk Islam. Sedari kecil, perlu diperkenalkan dengan erti perjuangan, cinta akan agama Allah, sediakan mereka sebagai generasi al-quran. Moga Allah, menguatkan naluri keibuan kami semua para ibu. Menghantar anak-anak ke sekolah tarbiyah dan melepaskan mereka ke alam masyarakat, dengan misi dan visi yang besar untuk Islam.

Zainab al-Ghazali pejuang wanita ikhwanul muslimin, ikon buat kami untuk terus istiqomah dalam jalan juang ini. Ketokohan nya dalam gerakan Islam, ketajaman 'pena' beliau yang menggugah dunia, insyaallah, akan ku jadikan contoh dalam mengejar impian untuk menjadi penulis. Penulis yang  mampu mewarnai dan meyebarkan keindahan Islam, insyaallah. Ya.Tokoh besar ini perlu dikaji lagi, sejarah hidup nya sebagai sumber motivasi.

Kalian bonda kami. Inpirasi dan qudwah yang sentiasa segar. Ketokohan kalian penguat langkah. Ingatan dan teguran supaya kami tidak terus-terusan beralasan. Medan ini, pentas aksi kami. Atas batang tubuh ini, tergalas amanah yang besar, kami lah anak, kami lah isteri, kami lah ibu, kami juga lah hamba dan khalifah Allah. Terima kasih bonda-bonda ku. Semoga Allah merahmati kalian. Moga Allah izinkan semagat kalian untuk terus segar didalam diri kami. Insyaallah.

Juga buat bonda ku Zainor@Zainun binti Mamat. Dirimu punya tempat yang cukup istimewa di hati ini.. Alhamdulillah, anakanda bertuah, lahir dari rahim mu. Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan buat kami adik beradik.. Ana uhibbuki fillah..

Dengan bismillah..Mempersiapkan diri untuk ummah.

Wednesday, May 7, 2014

My day

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

"Ya Allah, rahmati dan sayangilah kedua ibu bapa kami seperti mana mereka mengasihi kami sejak kecil"

Buat bonda tersayang, juga allahyarham ayahnda, semoga Allah sentiasa meredhai kalian. Terima kasih atas pengorbanan, kesusahan dan kasih sayang untuk membawa anakanda ke dunia ini. Hanya Allah yang layak membalas.



Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk nikmat hidup ini. 6 Mei 2014. 23 tahun Kau izin untuk hamba menumpang di bumi Mu. Allhamdulillah.

Buat sahabat yang terdekat, housemates ku semua, terima kasih untuk setalam  cucur bilis. ^_^..  Lagu H.A.P.P.Y yang special.  Terima kasih dan tak mampu nak karang ucapan dengan kata-kata. Speechless. Allah sebaik-baik pembalas.

Terima kasih untuk doa-doa dari semua. Dalam meeting pun terima ucapan yang special, doa yang buat hati rasa seram sejuk.." Semoga terus thabat dan istiqomah dalam perjuangan" . Allahurobbi....

Special wish to my dear twin, Nur Ain bt Ismail.  Sanah helwah ukhti habibati. 23 tahun + 9 bulan kami bersama. Terima kasih untuk segala-galanya.  Sungguh istimewa, per'sahabatan' kita. Alhamdulillah. Terima kasih kerana sabar mendengar. Sabar memberi sokongan. Di hari special ni pun, terpaksa sabar dengan 
'air mata' ana. Jazakillah.

Hakikatnya, tarikh ni tak memberi makna apa-apa. Cuma pengisiannya penentu pandangan dan redha Allah. Semoga Allah kabulkan doa sahabat-sahabat. Kebaikan yang sama juga buat kalian. Insyaallah.

Terima doa yang super special dari seorang sahabat hari ni..

" Semoga cepat-cepat kahwin.."

Allahumma amin....




Friday, May 2, 2014

Story of mine

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Minggu ke -10 kuliah. Sangat penat dan memenatkan. Fizikal dan mental. Dah hujung-hujung sem baru terasa 'nikmat' final year student. Awal sem sibuk 'berfoya-foya'.

Alhamdulillah 'ala kullihal. Hari ni submit 3 assignments. Supposed to be 4.  Tiga malam terpaksa korbankan tidur awal. Ni la akibat untuk orang yang suka bertangguh.!!!

1 Mei, cuti hari pekerja. Tapi bukan cuti untuk pelajar. Dari pagi sampai malam, hadap laptop untuk siapkan assignmentsss. Sampai malam pun masih tak siap-siap. Rasa nak menjerit, fikiran pun dah rasa blank.  Dah tak boleh nak beza antara 'think' dengan 'thing'. Parah. 

Alhamdulillah. Thank you to one of my students, for the support via WhatsApp, and thanks to my housemate, for the 'treatment'..^_^.. Lepas tu,buka you-tube, jumpa video 'Doa dipermudahkan Urusan' . Pasang dan ulang-ulang video doa tu sampai kerja siap. Masyaallah, terasa belaian dan pujukan daripada Allah. Alunan doa meresap sampai ke hati. Allahurobbi. Allah kekuatan ku..^_^..  I love you ALLAH.

" Ya Allah ya Tuhanku, tiada kemudahan, kecuali yang Engkau jadikan nya mudah.Engkau menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau mengkehendakinya.."

Fikir dan muhasabah balik. Malu nya. Insyaallah, untuk 'bulatan gembira' akan datang, akan bentangkan tentang hadis yang ke-40. Berkaitan  hubungan dunia dengan orang mukmin. Pesan baginda s.a.w supaya tidak menangguh-nangguhka kerja!! Allah....


"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As Shaff:2-3)

Batu besar menghempap kepala.. Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntuminazolimin..~





# Fighting for the rest.. Few more in waiting list. Bismillah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah