" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Tuesday, May 13, 2014

Inspirasi daripada bonda-bonda ku

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli'ala Muhammad.

Dengan Bismillah pejuang melangkah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi

Langkah yang diatur bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran

Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih Mardhatillah

Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan

Istiqamah jatidiri
Teruskan Risalah Nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti

Istiqamah

[Langkah Pejuang-Shoutul Amal]


Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Allah izin untuk bersama-sama, lebih kurang 2 hari berkumpul bersama bidadari-bidadari dunia, mujahidah fi sabillah, insyaallah (kata-kata sebagai doa). Melapangkan masa untuk sama-sama mengutip mutiara ilmu. Persediaan dan bekalan untuk perjalanan yang jauh dan panjang.

Terima kasih kepada tokoh-tokoh srikandi Islam ku. Kalian sebagai penyuntik semagat kami. Buat bonda Saidatina Khadijah r.a, dirimu suri teladan buat kami, kaum hawa, para isteri,ibu, juga mujahidah penerus perjuangan nabi. Ketokohan mu inspirasi buat kami. Pengorbanan dan wakaf mu, dijadikan contoh. Azam ku untuk seperti mu. Menjadi pendokong setia perjuangan suami, susah senang dikongsi bersama.Ibu yang berjaya dalam asuhan dan tarbiyah anak-anak, harta diinfakkan untuk Islam.

Bonda kami, Saidatina Aisyah r.a, ilmu dan kecerdasan mu, sungguh, tidak ada tolok bandingnya. Menjadi rujukan para sahabat. Penguat semangat dan motivasi untuk kami tetap tekun dan sabar di jalan ilmu. Bersungguh-sungguh menggali dan mencari ilmu, persiapan sebagai dai'ah ummah. 

Sebagai anak, ku kagum dengan teladan dan akhlak Siti Fatimah az -zahra. Puteri kesayangan baginda Rasulullah s.a.w. Anak solehah, bakti buat ayah bonda hingga hujung usia. Sabar dengan tarbiyah hidup. Zikir Fatimah (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 34x) jadi penguat jasad dan rohani. Kesusahan dunia, bukan penghalang untuk terus berusaha meraih syurga hakiki. Kasih sayang mu buat ayah bonda, contoh untuk kami terus menyantuni  ibu ayah di dunia ini. Sentiasa berusaha untuk memahami keadaan keluarga dan menyediakan yang terbaik untuk mereka semua.

Bonda Asiah, hidup sebumbung dengan Firaun. Mengingatkan kami bahawa orang sekeliling bukan  lah penghalang untuk terus menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Suami mu dilaknat Allah, namun dirimu tetap mampu teguh dan bertahan, megharap mahligai di syurga. Pesanan dan ingatan buat diri ku, andai suatu saat, Allah uji dengan kehadiran suami yang tidak memahami gerak kerja dan keluarga yang tidak menyokong perjuangan, orang sekeliling yang menentang, itu semua bukan alasan untuk ku terus 'ghaib' dari medan amal. Perjuangan ini, berlandaskan akidah, semata-mata kerana Allah, tak mati dek kejian manusia, tidak maju hanya dengan pujian dan sanjungan.

Srikandi Khaulah al-azwa, nama mu menggetarkan semangat juang para mujahidat. Aksi mu di medan tempur mempersonakan. Kelicahan dan ketangkasan mu menentang musuh jadi pujian. Bukti, muslimat tempatnya bukan hanya di dapur. Yang bergelar hawa, bukan lembik dan mudah dipijak. Nama mu sebaris tokoh-tokoh perjuang muslimin. Semangat mu terus mengalir, dalam jiwa kami. Kami, muslimat juga punya tanggungjawab untuk meninggikan kalimah tauhid. Hidup mulia atau mati syahid,berjuang untuk agama Allah.

Al-khansa, ibu para syuhada'. Mengingatkan ku untuk mendidik dan menyiapkan bakal ulama' kecil kami untuk Islam. Hadirnya mereka ke muka bumi satu saat nanti, bukan lah hak mutlak aku dan suami. Mereka, insyaallah, diwakafkan untuk Islam. Sedari kecil, perlu diperkenalkan dengan erti perjuangan, cinta akan agama Allah, sediakan mereka sebagai generasi al-quran. Moga Allah, menguatkan naluri keibuan kami semua para ibu. Menghantar anak-anak ke sekolah tarbiyah dan melepaskan mereka ke alam masyarakat, dengan misi dan visi yang besar untuk Islam.

Zainab al-Ghazali pejuang wanita ikhwanul muslimin, ikon buat kami untuk terus istiqomah dalam jalan juang ini. Ketokohan nya dalam gerakan Islam, ketajaman 'pena' beliau yang menggugah dunia, insyaallah, akan ku jadikan contoh dalam mengejar impian untuk menjadi penulis. Penulis yang  mampu mewarnai dan meyebarkan keindahan Islam, insyaallah. Ya.Tokoh besar ini perlu dikaji lagi, sejarah hidup nya sebagai sumber motivasi.

Kalian bonda kami. Inpirasi dan qudwah yang sentiasa segar. Ketokohan kalian penguat langkah. Ingatan dan teguran supaya kami tidak terus-terusan beralasan. Medan ini, pentas aksi kami. Atas batang tubuh ini, tergalas amanah yang besar, kami lah anak, kami lah isteri, kami lah ibu, kami juga lah hamba dan khalifah Allah. Terima kasih bonda-bonda ku. Semoga Allah merahmati kalian. Moga Allah izinkan semagat kalian untuk terus segar didalam diri kami. Insyaallah.

Juga buat bonda ku Zainor@Zainun binti Mamat. Dirimu punya tempat yang cukup istimewa di hati ini.. Alhamdulillah, anakanda bertuah, lahir dari rahim mu. Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan buat kami adik beradik.. Ana uhibbuki fillah..

Dengan bismillah..Mempersiapkan diri untuk ummah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah