" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Saturday, June 14, 2014

Baitul Mujahidat 2.0

Bismillahirahmanirahim. Alllahumma solli 'ala Muhammad.

Petang terakhir di bumi Tanjung Malim. Bumi tarbiyah. Terima kasih Allah untuk nikmat 4 tahun ini. Insyaallah, akan bertolak ke Terengganu malam ni. Meneruskan perancangan-perancangan seterusnya.

Hidangan 'Kasih Sayang'
Nasi berlauk 'Ukhwah'

"Insyaallah, kat rumah ana suatu hari nanti, nak kena ada talam macam ni. Untuk anak-anak, makan dalam talam. Dengan cara makan dalam talam, biar mereka rasa ukhwah atara adik-beradik, mendahulukan orang lain, tak susah untuk berkongsi " 

Alhamdulillah.. Terima kasih adik beradikku semuanya, ahli Baitul Mujahidat. Hidangan yang cukup istimewa, walaupun simple. Makan hasil 'air tangan' sahabat buat kali terakhir. Moga-moga ini terus menjadi pengikat ukhwah antara kami.


I can't describe my feeling right now.
 O Allah.. I love them, because of You.. Please, grant them the best. 
They deserve it..T_T..




Thursday, June 12, 2014

Baitul Mujahidat

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

12.20 am.. Menaip entry dalam keadaan meng'anak tiri' kan nota kuliah di sebelah.. 'Great' !!..9.00 a.m nanti exam. Beberapa jam je lagi sebelum menduduki exam, kertas terakhir untuk 4 tahun di UPSI.

Petang tadi  sambut birthday housemate, sekaligus dengan rehlah akhir rumah kami. Hanya Allah yang tahu perasaan kami. Hanya Allah yang memahami tawa dan sendu kami pada petang tadi. Cuba kuatkan hati untuk tak bersedih-sedih. 

Alhamdulillah, semester akhir di UPSI. Allah takdirkan ana untuk tinggal di rumah sewa. Permohonan untuk tinggal di kolej di tolak. Hikmahnya, tinggallah kami ber lapan di  Baitul Mujahidat, rumah sewa kami..^_^.. Hubungan yang diusahakan di jaga kerana Allah, insyaallah, Allah akan pelihara. Nikmat dan kemanisan yang luar biasa.

Solat berjemaah, makan berjemaah, sembang-sembang berjemaah, masak berjemaah, main game 'apo ko bondo eh' berjemaah,komen whatsapp berjemaah, gosip kahwin berjemaah,dan aktiviti-aktiviti lain yang diusahakan untuk buat bersama-sama.  Tapi ada masanya, bersendirian itu juga lebih baik. So, we choose to understand the others. Alhamdulillah, semua ni kenangan yang sangat manis untuk di kenangan. 

Ukhwah ini, bukan ukhwah malaikat. Adat bersahabat, tak banyak, sikit pun mesti ada yang terkecil hati, terasa hati, makan hati, kurang  berhati-hati.. Tapi semua ni rencah yang buat ukhwah ni lebih berperisa. Macam kek.. Kalau manis saja, tanpa masin, tawar dan pahit, tak kan sedap juga kan.

Kata-kata Saidina Umar al-Khatab r.a.. "Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam,adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah dia bersungguh-sungguh". Alhamdulillah, ana rasa dan ana jumpa nikmat tersebut di Baitul Mujahidat. Terima kasih Allah. Tak dak kata-kata nak ucap, melainkan kalimat pujian untuk Allah atas nikmat yang besar ni.

Selepas ni, semuanya akan bertebaran di muka bumi Allah, membawa cita-cita  masing-masing. Moga Allah terus ikat hati kami di atas jalan perjuangan. Bawa bersama misi dan visi terbesar kami. Muslimah berjiwa besar. Insyaallah. Allah saksi kami.. Moga-moga ukhwah ini penuh rahmat dan keberkatan.

Ana pun beberapa hari je lagi di bumi Tanjung Malim ni sebelum berangkat ke kampung Sabtu ni.  4 tahun yang cukup istimewa. Air mata dan senyuman, saling bertukar ganti menghias hari-hari di bumi ilmu ini.  Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu dan pengalaman. Insyaallah, moga Allah terus pinjamkan  nikmat ingatan. Ingatan-ingatan yang istimewa untuk disampaikan pada anak cucu kelak.. Pengalaman yang berharga untuk dikongsi dengan yang lain.

Sedih? Ya, memang sedih.. Sedih untuk melepaskan sahabat-sahabat yang baik. Tersangat sayang.. Tapi, inilah yang di nama proses kehidupan. Satu saat, pasti akan merasai peritnya perpisahan. Moga-moga ada ruang untuk kita berkasih sayang lagi di syurga Nya kelak. Insyaallah..

Buat ahli Baitul Mujahidat tersayang... 
(Fawwaz, Kak Has, Kak Yati, Leka, Bekton, Anis dan Nik Amalina)..

Terima kasih atas kebaikan kalian. Allah hadirkan kalian sebagai teman di semester akhir yang penuh cabaran ni. Hikmah-hikmah yang kita tidak tahu. Tapi yakin, pasti ada kebaikannnya.

Semoga gelaran 'Mujahidat' itu selari dengan usaha kita untuk membaiki perwatakan, akhlak, mujahadah dan pengorbanan. Biarlah ia jadi proses yang tidak ada titik nokhtah.  Terus berusaha untuk mujahadah menjadi hamba yang soleh wa musleh. Kita bukan sempurna, tapi tak salah untuk kita cuba kejar kesempurnaan.  Moga Allah sentiasa bimbing kita semua, dengan penuh cinta.. Insyaallah..

Aini sayang antunna kerana Allah.

Insyaallah, suatu hari nanti, entry ni  akan dibaca kembali dengan penuh rindu. 

~12 JUN 2014-BAITUL MUJAHIDAT~

Thursday, June 5, 2014

Hamba dan Khalifah

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Melewati fasa study week. Insyaallah, berbaki lagi 2 minggu untuk menikmati hari-hari bergelar mahasiswi UPSI.  Rasa risau, sedih, excited. Tak tahu nak dahulukan yang mana satu. Seperti biasa. Krisis perasaan. Tapi, dengan bismillah.. Langkah mesti diteruskan. Satu yang pasti, setiap perasaan yang hadir itu, punya sebab.

Scroll down entry-entry yang lepas. Sedih. Mudah nya ana lupa. Isi-isi yang 'berapi' di kanvas blog ni, tapi sejuk membeku pada medan amal. Ya Allah.. T_T Buat hati bertambah-tambah risau. Muhasabah dan renung amal dua tiga hari ni. Ohh.. Sangat berada di zon selesa. Tersangat selesa sampai terkurang jentikan dan ketukan tarbiyah. Usrah ku parah. Mutabaah amal ku lemau,  tarbiyah ku goyah..  Allah..Allah.. Allah..

Teguran Allah itu luar biasa lembutnya. Singgah di blog seorang ustazah. Terasa Allah sedang mengingatkan kembali diri ini akan tulisan diri sendiri yang hampir dilupakan. Terima kasih Allah, ingatkan ku kembali pada cita-cita perjuangan.

" Fasa selepas grad, adalah transisi masa yang kritikal.." Pesan murobbi yang buat diri ini bertambah risau. Thabit qolbi ya Allah..

Mula merangka perjalanan selepas ini. Insyaallah, akan usaha untuk tidak berlama-lamaan selesa di rumah, tanpa terjun di medan amal, tanpa menyumbang bakti buat ummah dan perjuangan Islam. (SESIAPA YANG BACA TULISAN INI, TOLONG..TOLONG..TOLONG, ANDAI DIRI INI LUPA SATU SAAT NANTI, INGATKAN ANA TENTANG INI..) 

Insyaallah, kalau Allah izinkan, selepas ni berhajat untuk buat Double Degree, dalam bidang agama. Tetapi semuanya perlu bermula dari yang paling asas. Insyaallah, bukan halangan ana rasa. Cuma cabaran dan peluang..^_^.. Masih mencari-cari cara dan sumber untuk di rujuk. I have to start from zero, and I know nothing about all the 'technical things'. Moga Allah mudahkan insyaallah. 

Soal kewangan pun antara perkara penting yang perlu difikirkan. Perkara pertama yang ana nampak, lepas langkah keluar dari UPSI ni, untuk cari kerja sementara. Mohon doa sahabat-sahabat, agar murah rezeki ana. Ada juga intai-intai peluang kerja di Dungun. Target utama untuk jadi guru Pasti @ guru tuisyen sekolah rendah. Kalau tak dapat, jadi tukang cuci pinggan pun ok ape.. Syukur.. Rezeki jugak.. 

Insyaallah, moga dengan langkah yang kecil ini mampu untuk realisasikan impian-impian lain yang lagi besar.. Yang penting dan terutama, moga-moga semuanya adalah untuk agama Allah dan perjuangan Islam.. Untuk memenuhi 2 misi terbesar berada di muka bumi ini, sebagai hamba dan khalifah Allah..Biiznillah.. Allah, tetapkan hati kami pada jalan Mu.. Tetapkan niat kami kerana Mu.


Sambung belajar dalam bidang agama
*
Novelis/Penulis
*
Pemilik rumah tahfiz
*
Hafizah
*
Motivator
*
Hangatkan dakwah di bumi salji
*
*
*

Al-mautu fi sabilillah.. Asma amanina.. Insyaallah..


Tuesday, June 3, 2014

Acknowledgement

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Introducing my....


Mr. FYP

 Mr. AR
Ms. Poster

Alhamdulillah.. Alhamdulillah ya Allah. After all the hard times, finally  I manage to finish my assignments. Sujud syukur pada Mu ya Allah untuk kebaikan dan nikmat Engkau yang tak putus-putus.

Kudrat hamba memang tak mampu dan tak berdaya. Hanya pertolongan dari Allah yang mengiringi usaha kecil ana sepanjang menyiapkan semua ini. Sungguh, pertolongan Allah sentiasa datang dari arah yang tak di sangka-sangka.

Pegang amanah ringkas daripada ustazah...

" Amalkan baca al-quran sebelum terbit fajar. Insyaallah, kita baca kalam Allah, Allah akan  tolong uruskan urusan kita.."

Allah.. benar, janji Mu tidak pernah mengecewakan. Untuk setiap air mata, keluh kesah, kebimbangan, stress, dan macam-macam lagi, Allah sediakan satu nikmat kepuasan. Allah adalah kekuatan ku. Moga nikmat ini sentiasa mendekatkan hamba kepada Pencipta.

Syukur. Alhamdulillah..

Insan hebat dalam hidup ku, bonda tercinta. Terima kasih. Anakanda yakin doa bonda sentiasa ada untuk diri ini. Buat kembar tersayang yang selalu berkongsi rasa hati dan semua adik-beradik iman. Jazakallahu khairan jaza'.

..^_^..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah