" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Thursday, October 30, 2014

Insya Allah

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli'ala Muhammad.

The feeling when you can't get what you  really  hope.. The feeling when you plan everything, but  at the end, you can't do the thing because of unexpected reason..  I wanna cry and feel  disappointed....

Tapi.... Subhanallah.. Teguran daripada Allah tak lengah..

" Teacher jangan la sedih.. Tu maknanya takde rezki kita la nak jmpe..
 Mcm yg teacher slalu pesan kat sy dan yg lain bhw 'kita merancang dengan cita2 tetapi ALLAH merancang dgn Cinta-Nya pada hamba2-nya'..Kan Teacher?" 

Gulppp...
Astagfirullah.. hamba khilaf... Tersangat mudah untuk 'ceramah' kat orang. Tapi bila mai tang praktikal.... Lupa....

Terima kasih Allah... untuk kasih sayang yang Kau tumpahkan melalui para pelajar ku..

*** Kalau difikir-fikirkan balik.. Kita marah pada siapa? Kecewa dengan siapa?? Dengan  Allah? Bukan ke yang menentukan segalanya tu adalah Allah... Astaghfirullah...  
Simple.. Tapi kadang-kadang kita lupa.. Tak menghayati maksud 'Insyaallah'..  (Dengan izin Allah).
Tak usaha cari hikmah atas apa yang Allah tetapkan..


 'Laa ilaha illa anta.. Subhanaka inni kuntuminazolimin'

Friday, October 24, 2014

Akhlak

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Sungguh. Akhlak yang mulia tu kadang-kadang  sememangnya lebih mudah untuk menawan hati melebihi rupa dan pengaruh. ( bukan dalam urusan jodoh semata-mata). Alhamdulillah, sepanjang 4 bulan kerja ni, dah macam-macam ragam customer yang jumpa. Ada yang baik, ada yang annoying, and not to forget, ada jugak yang entah ape-ape.. Huhuhu.. Dunia-dunia.. Astaghfirullahal azim.

Pernah ada seorang ayah, datang ke kedai dengan anak perempuan nya.  Paling tersentuh tengok akhlak si ayah dengan anak beliau.. Allahurobbi.. Sangat baik. Ya, kalau difikirkan balik, tu memang dah tanggungjawab seorang ayah untuk sediakan keperluan anaknya. Tapi cara beliau melayan, bertanya akan kehendak anaknya sangat lembut, dan ber tanggungjawab.

"Kakak nak apa? Ada lagi ke nak beli?. Subhanallah..Penuh kasih sayang. 

Bagi orang lain memang nampak biasa-biasa je. But for me, not. Itu akhlak. Tak semua orang mampu berakhlak baik dengan keluarga sendiri, walaupun dengan orang lain dia boleh bersopan santun.

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa Baginda Rasullullah SAW bersabda : 
Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya. (HR Tirmizi)

 Pada yang sedang menulis ni. Perlu banyak muhasabah lagi.

Subhanallah. Hati ni jadi rindu pada seorang insan. Insan yang jauh di alam sana. Al-fatihah buat mu ayah. Anakanda tak pernah melihat dengan mata sendiri peribadi ayah, Tapi, insya Allah, anakanda tahu, ayah adalah insan yang baik.

" Ya Allah.. Ampunilah kedua ibu bapa ku.Kasihanilah mereka dunia akhirat."

Pernah bersembang dengan seorang sahabat.

"Berapa ramai orang yang ada agama,tapi kurang akhlak nya.. Tak kurang jugak, orang yang baik akhlak nya, tapi jahil agama. So, pilih lah yang beragama DAN berakhlak...^_^"



Friday, October 17, 2014

Sanah Helwah

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad

Happy birthday to my lovely blog. 17 Oktober 2014. Alhamdulillah, genap 4 tahun dah usia blog ni. Semoga terus menyebarkan bakti.. Insyaallah..




Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar dan pencatat yang setia...^_^

Friday, October 10, 2014

Ubat Hati

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Hati tak pernah menipu.

Betul ke???

Betul..

Bukti???

Kalau tuannya 'sihat', dia hadiahkan rasa lapang..
Kalau tuannya 'sakit' dia turut gelisah.........

Nak tahu 'sihat' ke 'sakit' sekarang ni, tanya sama hati...





*
*




I really need vitamin, antibiotic, painkiller and many more.. I miss my 'hospital'..T_T..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah