" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Friday, November 21, 2014

Warkah Buat Adik Remajaku


Bismillahirahmanirahim.Allahumma solli 'ala Muhammad.

Alhamdulillah summa alhamdulillah. 6 hari keluar mencari nafkah, Allah hadiahkan hari Jumaat sebagai hari cuti. Alhamdulillah..(^_^)v.. Peluang untuk mencoret di kanvas ‘Pendidik Muslimah’

Allah ilham kan dan izin untuk menulis lagi. Tulisan kali ini, sekali lagi ditujukan buat adik-adik remaja ku yang jauh di sana.. Insyaallah.. Saranghae fillah.. <3 <3<3

Sejak dari berpraktikal lagi, 2 isu dan soalan yang famous ditanya, dikongsi, diluahkan oleh adik-adik ialah berkaitan HIJRAH dan HUBUNGAN PERSAHABATAN. Bukan seorang, bukan dua orang yang ada persoalan yang sama, tapi bebebeberapa orang..

*
*
*
“ Teacher..  Kenapa banyak halangan apabila saya nak buat baik?”

“Kawan saya selalu buat saya sakit hati… Macam mana ni?

“ Saya nak tutup aurat dengan sempurna.. Tapi…”

 “ Teacher.. Kawan saya tu kan.. Dia kan….”

“Alhamdulillah.. Teacher, saya dah pakai handsocks dan stokin..” 

“ Susah nya nak maafkan dia.. Saya dah cuba.. Tak boleh..”

*
*
*
                Pertama sekali, ana bersyukur. Hadir nya mereka dengan persoalan, persoalan dan persoalan bukan lah penambah beban dan kusut dalam kepala ni, tapi sebaliknya pandang ia nya sebagai peluang untuk ana muhasabah diri sendiri.  Juga, menerima dengan hati yang berbunga-bunga  kerana yakin, insya-Allah inilah antara ladang pahala buat diri. Alhamdulillah.. Mendekati remaja itu seronok!

Buat adik-adik sayang, seandainya ada yang membaca tulisan ini, Teacher nak sampaikan bahawa, Teacher menulis secara umum, tidak khusus untuk sesiapa. Andainya ada yang terasa, tersinggung, Teacher mohon maaf. Insyaallah, moga-moga tulisan yang umum ini ada manfaat buat kita dan menjadi antara asbab untuk kita sama-sama mendapat redha Allah.


HIJRAH

Antara hadiah yang paling istimewa yang Teacher dapat walaupun sudah melepaskan title sebagai guru praktikal ialah apabila menerima khabar-khabar yang positif dari adik-adik di sana. Terima SMS, inbox FB dan Whassap yang sangat buat hati ni tersentuh. Alhamdulillah atas hijrah kebaikan sesetengah daripada mereka. Ataupun mungkin masih di fasa niat dan sedang bermujahadah. Takpe.. Allah pandang niat dan usaha mu dik..^_^..  Teruskan. 

Hijrah maksudnya luas. Tapi untuk mudah faham, berubah dari yang tidak baik kepada yang baik dan kepada yang lebih baik. Hijrah juga melibatkan banyak aspek. Contohnya hijrah hati, akhlak, disiplin, pengurusan masa dan penjagaan aurat. 

Setiap hati yang terdetik untuk berbuat kebaikan dan kembali kepada jalan Allah, itulah tandanya hati mu sedang di ketuk hidayah. Jadi hargai lah.. Jangan bertangguh dan terlalu berkira-kira tentang perkara yang belum berlaku. Bimbang, kalau kita lepaskan peluang ni, kita tak dapat lagi peluang lain. Banyak kan bersyukur kerana antara berjuta manusia, Allah pilih diri mu untuk mendapat hidayah. Memang dalam setiap kebaikan yang kita nak lakukan, pasti ada ujian. Jadi, persiapkanlah hati yang ikhlas dan lapang untuk terus melangkah dengan hijrah ni.

Allah datangkan ujian sebab Allah sayang. Allah nak angkat darjat kita di sisi Nya.  Hati yang berhijrah itu tak kan mudah kalah dengan ujian remeh temeh.. Jadi, once you have decide, just move on.. Caci, hina dan ejekan orang tu  jangan jadikan sebab untuk kita berpatah balik.  Tapi terima lah sebagai sesuatu yang positif. Pandang ia sebagai peluang untuk kita baiki dan baiki diri kita kepada yang lebih baik. Bahkan mungkin, dengan sedikit kekuatan yang Allah pinjamkan pada kita, kita boleh bawa orang sekeliling kita untuk sama-sama berhijrah. Subhanallah.. Cantiknya Islam.. Baiknya Allah. Selangkah kita nak dekat dengan Nya, beribu langkah Allah datang dekat dengan kita. Allahuakbar.

Adik-adik yang Teacher sayang..

Yang paling penting ialah, niat. Berhijrahlah kerana Allah. Bukan kerana makhluk. Insya Allah, ianya lebih tenang dan membantu kita untuk istiqamah..^_^..  Persiapan ilmu juga penting. Buat bukan kerana ikut-ikutan, tetapi buat kerana kita faham. Moga-moga amal kita tak sia-sia. 

Teacher doakan adik-adik menjadi remaja yang kuat. Pemuda yang hidupnya dipandu wahyu al-quran, hadis dan sunnah. Semoga hidup kalian dihiasi akhlak mulia dan Allah redha dunia akhirat.. Allahumma amin.. Insyaallah.


PERSAHABATAN

                Subhanallah, kalau nak disebut tentang nikmat bersahabat ni pasti tak habis. Sampaikan khalifah Saidina Umar al-Khatab berkata,

“ Nikmat yang besar selepas nikmat Iman dan Islam ialah nikmat memiliki sahabat yang soleh.

Bilamana kita sebut tentang ‘persahabatan’, kita perlu bersedia untuk terima warna-warni di dalam nya. Kita tak boleh expect yang selamanya kita akan ketawa. Walaupun sekejap, pasti persahabatan kita ada ujiannya. Jadi,  peranan kita lah untuk bijak menguruskannya.

                Terasa hati, terguris hati, makan hati, tak berhati-hati, tu semua pasti kita akan temui. Kita kena ingat, kita bersahabat dengan manusia biasa, yang fitrahnya lemah. Sama macam diri kita. Sekuat mana pun kita nak elak, kadang-kadang ada juga khilafnya kan. Berbaik sangka lah dengan sahabat, dan memaafkan itu lebih baik. ^_^.. Allah itu Maha Pengampun.. Jadi kita juga, bersikap lah untuk memaafkan.

Kalau kita lihat yang positif, mungkin Allah nak uji keikhlasan kita dalam menerima kelebihan dan kekurangan sahabat kita. Sebab itu persahabatan kita diuji. Jangan sampai perkara yang remeh-temeh  pun menjejaskan hubungan persahabatan. Kalau ada masalah, cuba lah bincang dan selesaikan dengan baik. Jangan berburuk sangka, tapi jumpa lah sahabat kita tu secara peribadi dan tanya punca masalah tu. Kalau pun dia yang bersalah, maafkalah, dan seandainya kita yang bersalah, jangan pula malu dan ego untuk minta maaf. 
Adik-adik yang baik,
                Sentiasa ingat. Hati kita, milik Allah. Hati sahabat kita, Allah yang pegang. Allah tu berkuasa membolak-balikkan hati. Tak susah pun bagi Allah untuk ubah hati-hati kita. Jadi, doa sungguh-sungguh pada Allah, untuk tetapkan hati kita dan sahabat-sahabat pada kebaikan. Semoga persahabatan kita ni berlandaskan redha Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Moga persahabatan yang kita bina ni menjadi asbab untuk kita mendapat naungan arasy Allah kat akhirat nanti..Doa lah semoga Allah kurniakan kita sahabat yang mampu pimpin tangan kita ke syurga. Insyaallah…



Keep calm and stay SOLEHAH..^_^

Wallahu’alam.

Saturday, November 1, 2014

Doa Buat Pelajar

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli'ala Muhammad.

Baru semalam Teacher jumpa students di Beserah. Hari ni Teacher dah rindu lagi. Hati ni rasa berat je.

Sampai di SMKB dah pukul 1 lebih. Waktu sekolah dah habis. Pelajar pun dah ramai yang balik. Tak sempat jumpa dengan students 5 Gigih. Lalu depan bilik S.A.L.  Alhamdulillah, ada rezeki jumpa dengan beberapa pelajar yang sedang study. Allah.. Sampai menangis-nangis. Terharu..

Tak habaq kat Teacher pun na..Students kelas 5 Arif dah ada plan.. Pukul 2,  ke rumah student di Sungai Karang. Mereka semua berkumpul di sana.. Allah.. Terima kasih.. Susah-susah untuk Teacher.

Allahurobbi.. Teacher pandang seorang-seorang.. Teacher rindu semuanya.  One of the students peluk Teacher. Menangis sungguh-sungguh di bahu Teacher. Teacher tahu, tangisan tu ada 1000 makna. Sebak.T_T.. Tangisan tu mungkin untuk sampaikan apa yang terbuku kat hati.. Teacher faham.. Tahniah atas hijrah.. Teacher doakan moga istiqomah dengan tudung labuh yang di sarung.. Teacher bangga..

Yang lain pun sama.  Allah.. Rindu ni tak mampu dipadam dengan pertemuan singkat. Pada yang tak dapat jumpa semalam, Teacher minta maaf banyak-banyak. Teacher tetap tak lupa kalian.. Insyaallah, ada rezeki, kita jumpa lain kali ye..

Dalam bicara ringkas, Teacher bawa adik-adik Teacher kepada Tuhan. Ingat dik.. Kita kejar kejayaan SPM ni bukan untuk kebanggaan dunia semata.. Tapi ada yang lagi besar. Kita harapkan kejayaan yang mampu mendekatkan kita kepada Allah. Moga ada manfaat untuk agama Allah.. Back to basic.. NIAT..

Teacher Hamidah ada kongsi tips.. Tips dunia akhirat. Kami bukanlah yang selayaknya untuk mengajar. Sekadar berkongsi. Moga-moga yang sedikit tu ada manfaatnya. Insyaallah...





Ya Allah..
Mereka pelajar-pelajarku..
Yang aku sayang kerana Mu.

Ya Allah Ya Hakim..
Tuhan Yang Maha Bijaksana..
Kurniakan mereka kebijaksanaan,
 kecemerlangan dan kejayaan dunia akhirat.

Ya Allah Ya Alim..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Sama ada yang zahir atau yang tersembunyi.
Yang telah berlalu atau bakal berlaku.
Ya Allah,
 Seandainya kecemerlangan dalam SPM ini mampu mendekatkan mereka kepada Mu, 
maka permudahkanlah kejayaan untuk mereka.
Seandainya Engkau mengetahui yang sebaliknya, 
maka Engkau lebih berhak menentukan apa jua.

Ya Allah Ya Latif..
Lembutkan hati mereka..
Jadikan mereka pemuda-pemudi agama yang berakhlak baik.
Semoga mereka sentiasa menjadi kebanggaan ibu bapa, keluarga dan ummah.
Inilah mata-mata rantai penerus tugas dakwah Rasulullah..
Maka, peliharalah mereka ya Allah.

Ya Allah..
Mereka pelajar-pelajar ku.
Yang aku sayang kerana Mu..
Eratkan ikatan antara kami.
Semoga ini menjadi saksi, 
Bahawa kami pernah berukhwah di jalan Mu.
Moga menjadi asbab 
Untuk kami mendapat naungan arasy Mu kelak.
Untuk kami bertemu lagi di syurga.

Allahumma amin...

GOOD LUCK FOR ALL SPM CANDIDATES.. BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN.. <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah