" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Sunday, January 18, 2015

Dewasa Ku Berjasa?

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli'ala Muhammad.

 Kata mereka:
"Bila dah masuk ke umur 20-an ni, kita akan merasai cabaran-cabaran hidup.."

Kata ku:
" Betul...."

Alhamdulillah, tanda diri ni sudah dewasa. Allah pikulkan banyak tanggungjawab pada bahu ni.  Syukur, Allah izinkan untuk melewati alam rahim, alam bayi, alam kanak-kanak, alam remaja dan kini berkesempatan pula untuk melalui fasa dewasa.

 Mulai faham untuk menilai pentingnya nilai setiap sen duit yang ada. Duit tu akan bermakna sebab kita sudah merasa bukan senang membanting tulang, mengerah keringat untuk mencari rezeki sendiri.

Semenjak dah berhenti kerja sementara ni, mula search tentang dropship, cari  kerja dari rumah, baca tentang kerjaya sebagai penulis, plan untuk ajar tuisyen, bussiness topup. Ohhh..Fikir macam mana nak tambah pendapatan ni.. Whish list yang hendak dibeli pun berderet @_@. Tuntutan bakti yang memerlukan duit pun banyak.

Menyesal ke berhenti kerja sementara? Tak! Insyaallah. Matlamat berhenti kerja boleh dikatakan 40% tercapai. Alhamdulillah.

1) Penulisan.

Penulisan novel in progress. Ada masa untuk search berkaitan teknik-teknik penulisan. Menulis dengan ilmu lebih terpandu.Bukan atas dasar curahan ilham semata-mata.  Alhamdulillah. Hasil merayap di blog-blog, terjumpa satu teknik yang baik. Cuba untuk manfaatkan. Insyaallah.
  
"Dengan berpandukan Surah Yusuf, teknik mencipta ayat pertama novel menjadi mudah sekali. Quran itu sebuah buku panduan hidup seharian, sehingga bagi tujuan menulis novel sekalipun, novelis-novelis Islami dapat menggunakan buku Allah itu sebagai manual teknikal." (Unika PTS,2006)

MasyaAllah.. Alhamdulillah. Al-Quran sebagai rujukan untuk teknik penulisan. Allahuakbar! Berita gembira bagi ana yang baru nak mulakan langkah

2) Uruskan rumah tangga

Cuba menghayati jiwa mak-mak. By the way 'uruskan rumah tangga' dalam entry ni berdasarkan definisi ana semata-mata. Sapu rumah seround, mendobi sikit, lipat kain 2 3 helai, masak yang simple.. Itu je la.. Dan ia nya valid untuk entry ni sahaja. Akan datang, moga ia hadir dengan definisi yang lebih baik.Insyaallah.^^
   Memang ana tak mampu nak jadi macam mak dalam uruskan rumah tangga. Mom is superb! Mak awal-awal pagi dah bermesra dengan periuk belanga kat dapur.  Sampai ke tengah hari masih lagi dengan kerja-kerja rumah. Bawa ke petang dan terus ke malam. Allahurabbi. Bakti beliau terlalu hebat!.

Alhamdulillah.. Hasil terjahan semangat hari ni:

Sambal tempe
Bahan-bahan:
-tempe
-ikan bilis
-kacang tanah
-garam&gula
-cili giling

Tauhu masak kicap kari
Bahan-bahan:
-Tauhu
-kacang panjang
-lobak merah
-bawang merah&bawang putih (tumis)
-kicap
-air
-rempah kari

3. Mutabaah amal

Moga Allah terus bantu untuk hamba sentiasa membaiki mutu amal. Insyaallah.


Dewasa ku berjasa?
Wallahu'alam.

Tuesday, January 6, 2015

Nota cinta

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad.

    Melihat setiap yang berlaku di sekeliling kita sebagai rahmat daripada Allah. Allahurobbi. Bukan senang untuk mendidik hati ke tahap tu, lebih-lebih lagi yang datang itu dalam bentuk musibah. Erti kata yang lain, bukan senang mendidik hati untuk berbaik sangka dengan ujian kesusahan dari Allah.

Alhamdulillah, seperti manusia normal yang lain, kadang-kadang kita tak terlepas dari ujian hati.  Keluh kesah, risau, sedih dan kecewa. Pernah rasa tak? Macam-macam yang terpendam dalam hati, dan kita rasa memang perlu dikongsi pada orang lain. Tapi nak kongsi pada siapa????

Nak cerita kat A, rasa segan. Macam malu je. 
Kawan rapat, si B??? Ermmm.. Dia ada masalah jugak sekarang. Tak sampai hati nak bebankan dia lagi.
Dengan C tak rapat sangat. Tak kan la nak share pada dia.

Subhanallah, kalau kita pandang situasi ni sebagai rahmat, kita tak akan rasa terpinggir, dipinggir mahupun meminggir. Allahurobbi. Inilah peluang untuk kita akrab dengan Allah. Hikmahnya, kita rasa sesuatu yang 'sweet' apabila kita serahkan sepenuhnya pengaduan, harapan dan rasa keluh kesah kita terhadap Allah.
Buat kita sedar, hanya Allah tempat kita menyerah secara total.

Allah yang Maha Memahami. Ambil peluang untuk bersunyi-sunyian dengan Allah dan merintih semahu-mahunya pada Dia. Doa dan rintih itu bukan semestinya wajib hanya di atas tikar sejadah. Ambill peluang untuk 'berhubung' dengan Allah pada bila-bila masa. Saat kita berjalan, berlari, duduk dan baring sekalipun. Subhanallah. Istimewanya  ruang untuk membina hubungan antara hamba dan Pencipta nya. Habluminallah..

Menghargai hubungan sesama manusia juga perlu. Habluminannas. Memiliki saudara dan sahabat tu juga nikmat dari Allah. ^_^..

Alhamdulillah, pagi ni Allah 'ketuk' hati ni dengan mesej daripada seorang sahabat.

.
.
.
" Aini sihat ke? Rindunya. Ada kt mana skrng. ?"

"Alhamdulillah. Aini sihat. Ada kt kmpung. Baru bhnti keje. Slmt jd pnganggur..^_^"

"Owh xpe..kita pejuang insyaallah x menganggur..."

Allahurobbi... Simple, ringkas dan padat mesej nya. Mesejnya santai.  Malu rasanya dengan Allah. 
PEJUANG.. Berat taklifan tu, dan ana belum melaksanakannya dengan baik.. T_T

"Subhanallah. Hebatnya ad shbt yg soleh. Syukran..^_^.."

""Astaghfirullahal'azim..3x.. Peringatan semuanya dpd Allah.. Kdg2 sy pn sama jgk. Kdg2 peringtan n pkongsian dpd sahabat2 dhantar saat kita memerlukan.."

"Allahurobbi.."
 

Allah, amal ku kalah dengan kata-kata sendiri. 
Ampun kan aku.
Allah, kaki ini masih bertatih,disaat mereka tak berhenti berlari di lapangan perjuangan.
Allah. Meskipun langkah ini tak sekencang sahabat-sahabat, jangan biarkan hati ini berhenti mengasihi mereka.
Kekalkan kebersamaan hati-hati kami.
Allah, bantu hamba untuk melepasi tapisan demi tapisan daripada Mu..
Allah. Kasihi lah mereka yang sentiasa sudi memimpin tangan ini ke daerah cinta Mu...
 Allah,  Allah.. Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah