" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, February 11, 2015

Rezeki Belajar Ilmu Rezeki


Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli’ala Muhammad.

Sambil mata menonton televisyen, tapi  fikiran  ni berputar-putar fikir tentang soal itu dan ini. Allah, dah macam mikior masalah negara.. Alhamdulillah, tiba-tiba Allah rezeki kan mata ni untuk terpandang buku yang dah lama terselit di atas almari.  Hari ni menuntut hak untuk dibaca.



 




                                                                                    
Subhanallahi wabihamdihi. Subhanallahil azim.

Hanya baca beberapa helai, perkongsian cerita-cerita istimewa yang dikongsi kan penulis, dah buat hati rasa….’Allahurabbi…. Allahurabi.. Engkau Maha Baik..’ T_T..

Tutup buku dan menaip entry ni. Mencatat agar hati tak lupa ilmu ni dan moga ada manfaat juga buat orang lain. 

Subhanallah. Masya Allah. Allah uji setiap hamba Nya dengan ujian yang berbeza-beza. Ada jalan yang sukar dan ada diuji dengan kemudahan. Bila baca sebahagian buku ni, buat ana merenung diri. 

‘Kenapa aku  tak positif dengan ujian? Kenapa aku cepat lemah semangat? Kenapa aku memilih untuk berdukacita?  Kenapa.. Kenapa.. Kenapa?’

Jawapan nya sangat mudah. ‘Sebab aku tak berbalik pada Allah dalam menghadapi ujian.. T_T..’

Betul. Rezeki ni bukan semata-mata dalam bentuk wang dan benda yang nampak di mata.  Kalau kita benar-benar menghayati nikmat rezeki, kita akan sedar bahawa semua yang ada di sekeliling kita ni adalah rezeki, hatta nikmat menulis blog sekarang ni pun adalah rezeki. Allah ya Allah.

Kadang-kadang kita sendiri yang menyempitkan definisi rezeki tu. Tanpa sedar, kita sendiri yang memilih untuk menyekat rezeki. Itulah penting nya ILMU. ^_^.. Ilmu menjemput rezeki.  Alhamdulillah, banyak ilmu yang ana belajar daripada bacaan ringkas buku ni. Antaranya:

1)Sedekah, ubat yang sangat istimewa. Memberi sebelum menerima.
(Kisah RM50 dan RM10,000 - m/s 113)

2)Memberi tanpa syarat. Soal pulangan pada apa yang kita laburkan itu adalah urusan Allah. Tugas kita adalah untuk berkongsi apa yang kita ada. Allah Maha Bijak mengaturkan rezeki yang terbaik buat kita.
(Kisah sedekah tanaman pada manusia dan binatang - m/s 123)

3)Keyakinan yang total pada Allah. Subhanallah, hebat nya nilai penyerahan diri pada Yang Maha Berkuasa. Rezeki dan pertolongan Allah sentiasa ada buat hamba yang berharap pada Nya. InsyaAllah.
(Kisah berubat dengan surah al-Fatihah- m/s 120)

InsyaAllah, sama-sama kita menjemput rezeki dengan cara kita sendiri belajar untuk meluas kan fikir tentang definisi rezeki. Moga Allah sentiasa rezeki kan kita ketenangan dan redha.  Moga Allah terus rezeki kan kita nikmat iman dan Islam. Moga Allah rezeki kan kita syurga Nya kelak.

Bawa hati akrab pada Pemilik rezeki.. Wallahu’alam.

Tuesday, February 3, 2015

Hari Esok Juga Milik DIA



Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

‘Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan penuh cinta.’
Subhanallah…

Merancang untuk ke Gombak pada hujung minggu lepas. Dah terbayang wajah sahabat-sahabat. Campur, tolaklebih kurang dah setengah tahun tak jumpa. Lama! Ya Allah, rindu mereka. Rindu taujihad, rindu senyum, rindu tarbiyah, rindu sentuhan. Rindu semuanya tentang sahabat. 

Dua tiga hari sebelum tarikh berangkat ke Gombak, sakit gigi lagi seperti biasa. Gigi ni selagi tak dicabut, selagi tu asyik sakit-sakit. Gusi bengkak dan merah. Tapi lagi ngeri bila terbayang sakitnya cabut gigi. Jadinya, bila dah tak sakit jadi malas nak pergi hospital. Bila sakit lagi, insaf balik. @_@.  Kali ni sakit lebih sikit. Dah berbiji-biji pain killer ditelan. Ubat sakit gigi pun tak berkesan.  Lap air mata. Sakit, Allah je yang tahu. 2, 3 hari kena makan bubur. T_T..

 Mula rasa nikmat nya masa sihat sebelum ni.  Allah tarik nikmat sihat sikiiiiit je.  Seharian terbaring. Baru nikmat gigi yang kecil tu. Allahurobbi… Baik nya Allah. Pinjaman-pinjaman Nya yang hebat belaka. Kalau hilang, hamba jadi pincang.  Kerdilnya makhluk, lemah nya hamba.

Malam sebelum tarikh bertolak. Kemas beg pakaian. Bawa apa-apa yang perlu. Alhamdulillah. Rasa nya makin sihat. Beg pakaian dah ready! Tidur, dan esok pagi-pagi akan naik bas ke Gombak. Insyaallah.  Ini lah bayangan-banyangan hamba yang rasa esok adalah masih miliknya.

Pukul 3, 4 pagi jaga. Tak dapat tidur lena. Sakit gigi belum sembuh lagi. Gusi bengkak semula. Sampai lah pukul 8 pagi masih lagi terbaring dan tak larat untuk bangun. Akhirnya, terpaksa batalkan niat untuk bersama sahabat-sahabat ke Gombak. Tiket bas pun selamat terkorban. Innalillahi wa inna ilaihiraajiunIsk..isk..isk.. T_T .. Minta maaf..

Manusia, tetap manusia. Dengan perancangan demi perancangan.  Malam kelmarin, sebelum tidur, terbayang-bayang misi untuk hari esok. Yeah! Ada reward untuk cik perut yang berkorban malam, ‘mujahadah’ tak makan.  Berfikir-fikir untuk urusan rumah esoknya dan tugasan yang perlu dibuat. Bismillah…… Tidur.

Pukul 4.30 pagi. Missed called daripada Kak Long. Allah! Berdebar nya. Satu rumah pun bertelefon. Risau kalau ada apa-apa. Terus bergegas ke bilik Kak Long.  Kak Long lemah sangat. Pening dan tak boleh buka mata.  Selepas Subuh pun masih lagi pening dan tak boleh berjalan. Mak telefon  JPA. Pengalaman kedua naik kenderaan ni. Sebelum ni naik ambulan, waktu teman mak ke hospital 2 tahun lepas. Kali ni, teman Kak Long.

Sampai di hospital, anggota JPA terus tolak ke bilik kecemasan. Alhamdulillah, lepas lebih kurang 2 jam lebih ,  Kak Long dah makin stabil. Kemudian, ana uruskan untuk ambil ubat di unit farmasi dan balik ke rumah. Alhamdulillah. Tak perlu dimasukkan ke wad. Plan malam sebelumnya berubah 360 darjah. ^^.. 

Allahuakbar. Muhasabah yang cukup besar. Hari esok belum tentu milik kita. Merancang dan merancang itu boleh. Tapi kena ingat, yang lebih berhak menentukan tu Allah.. Terima kasih Allah, untuk setiap hari yang Kau aturkan buat ku. Pastinya dengan cinta Mu.. InsyaAllah. 

Wallahu’alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah