" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, March 25, 2015

#2: Journey of Teacher Aini@Maahad

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

A friend of mine asked,“ What did you do for a good first impression?”.

I replied,“ Try to be caring as possible as I can. But, I realize, as I entered the class, I turned to ‘makcik2’. Kuat berleter. Pot..pet..pot…pet..”.

Teacher muhasabah diri.. Ya Allah, rupa-rupanya banyak silap Teacher.

Cikgu, apabila pelajar kita tak suka belajar, mungkin kita dulu yang silap cara mengajar.
Cikgu, apabila pelajar kita tak mendengar kata, mungkin kita dulu yang salah memberi arahan.

Cikgu, apabila pelajar kita tidak baik akhlaknya, mungkin kita dulu yang tidak tunjukkan teladan yang baik..

T_T.. Muhasabah lagi..

Cikgu, cikgu kata datang nak mendidik dan di didik.. Tak kan cikgu dah tak tahan ujian sekecil ni? Cikgu, apa yang dah cikgu usahakan untuk mendidik?
Cikgu, apa yang dah cikgu ambil pengajaran daripada semua ni? Apa perubahan yang cikgu usahakan untuk baiki keadaan yang tak betul?

Teacher Aini kena buat sesuatu!   Minta dengan Allah petunjuk dan jalan-jalan nya. Insyaallah..^_^
Alhamdulillah ala kulli hal.. Doakan Teacher tak mudah kecewa lagi.. Doakan Teacher mampu menginspirasi para pelajar. Doakan Teacher mampu mendidik dengan cara yang terbaik..

Insyaallah, sekarang dalam proses, mencari bahan dan rujukan berkaitan  mendidik cara Rasulullah s.a.w.. Kekasih agung, juga seorang pendidik. Malah baginda pendidik yang terbaik! Pasti ada nasihat dan tips yang istimewa daripada baginda Muhammad s.a.w  ^_^.

Sahabat yang baik, berkongsi nasihat lagi. Pesan beliau,

"Nak tegas, jangan sampai hilang senyuman di bibir.. Nak berubah, biar berpada. Perubahan bukan mengubah kita menjadi orang lain,  tapi lebih kepada menambah nilai diri yang sedia ada.."

Insyaallah.. I'll try. Teacher Aini will always entering class with smile..^_^.

Wednesday, March 11, 2015

#1:Journey of Teacher Aini@Maahad

Bismillahirahmanirahim. Allhumma solli 'ala Muhammad.

Beberapa minggu tidak menaip, tak sempat merakam banyak peristiwa besar di blog ni. Insyallah, dengan keizinan  dan waktu lapang ni, cuba recall balik apa yang terlepas.^_^.

Pertama sekali, syukur alhamdulillah, hasil karya   yang tersiar di Majalah Muslim Teens, keluaran Februari 2015. Alhamdulillah ala kulli hal. Karya biasa-biasa, tapi moga ada manfaat pada yang membaca.

Bumi Tarbiyyah, kisah yang diubah suai,  dalam perjalan ana sebagai guru praktikal di SMK Beserah. Bekas di hati masih lagi dalam. Rindu tarbiyyah di sana. Di tarbiyyah dan men tarbiyyah. Karya ni teristimewa buat anak-anak didik di sana.<3

Sebut tentang bekas pelajar, Teacher Aini nak ucapkan tahniah dan takziah buat semua pelajar lepasan SPM yang baru saja menerima keputusan peperiksaan masing-masing. Semoga pejalanan kalian selepas ni lebih mudah. Teacher doakan , semoga kejayan atau kegagalan ini lebih mendekatkan kalian kepada Allah.

Dalam hidup ni, selaku hamba, kita tidak pernah tahu apa yang bakal berlaku di hadapan. Sungguh, kita terlalu dhaif. 

Ya Allah. Beratnya hati nak berpisah sementara dengan mak dan keluarga. Kucup dahi mak, dan mata berair. Bismillah, melangkah seorang anak keluar mencari rezeki.

Melangkah ke Maahad Tahfiz di Bangi, sebagai seorang yang asing.  Juga membawa misi untuk mentarbiyyah dan di tarbiyyah.Buat keputusan untuk mengajar di sini sementara menunggu panggilan penempatan mengajar. Syukur pada Allah, hari ke hari, makin selesa dan tenang di sini.

"Ya Allah, aku tidak tahu apa yang Kau sediakan untuk ku di hadapan,Tetapi seandainya ini jalan rezeki ku, Engkau berikanlah aku ketenangan  di sini.."

Semoga, selagi Teacher Aini berada di maahad ni, teacher mampu buat yang terbaik buat anak-anak pelajar yang mulia ni. Teacher doakan kalian  menjadi hafiz, hafizah yang bermanfaat buat ummah. 

Perjalanan di maahad ini masih terlalu baru buat ana. Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik. Insyaallah... Terima kasih Allah, untuk kesempatan bersama anak-anak didik di sini. Moga ada sesuatu yang mampu aku kutip daripada mereka.

ONE MORE THING... Ana sangat hajat doa daripada semua semoga temuduga  penempatan guru pada 16 Mac 2015 ni berjalan lancar. Doakan kami.. Doakan kami..

Semoga dapat posting pada masa yang terbaik dan tempat yang terbaik. Insyaallah..^_^

Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah