" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Sunday, April 19, 2015

# 6: Journey of Teacher Aini @ Maahad

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli'ala Muhammad.

Insyaallah, tujuan ana menulis entry kali ni sebagai pengajaran buat diri sendiri, guru yang baru nak kenal dunia pendidikan.. Alkisah minggu lepas di kelas tingkatan 2 banin...

Bismillah...Masuk ke kelas seperti biasa, dengan harapan yang menggunung, berkongsi ilmu dengan pelajar. Fuhhhh.. 

Sebagai ulangkaji, para pelajar di hujani soalan berkaitan poem :'Heir Conditioning' oleh Teacher Aini. Soalan 1 tak lepas, sabar... Soalan 2 tak dapat jawab, sabar.... Soalan ketiga ragu-ragu, sabar.... Intonasi suara Teacher dah mula berubah sikit... Tapi masih lagi usaha untuk sabar. 

Next stage.. Teacher panggil pelajar seorang demi seorang ke depan untuk diperiksa buku latihan. Hanya soalan-soalan tanpa jawapan yang dihidangkan pada Teacher. 

Ala-ala ultraman, 'lampu merah' dah berkelip-kelip.. Tanpa sedar, 'prakkkkkkk' sehelai kertas selamat dikoyak. Pelajar kedua, ketiga dan seterusnya..... sampai  la satu kelas.  Tangan Teacher jadi ringan mengoyakkan helaian buku.

Astaghfirullah..Astaghfirullah... Astaghfirullah... Syaitan yang gigih dah bertepuk tangan. Teacher Aini gagal mengawal marah... T_T.... Astaghfirullah..

Sehari semalam Teacher down dan stress. Berkongsi  tentang apa yang berlaku dengan bebeberapa orang yang thiqoh. Nasihat demi nasihat buat Teacher Aini.. Alhamdulillah, kembali tenang dan rasional. Muhasabah dan istighfar dengan ego yang bersarang dalam hati.

Dah seminggu peristiwa tu berlaku. Selepas maghrib tadi,  baca surah al-Nahl dan terjemahan. Tersentak  dengan terjemahan pada ayat 125-126. Rasa seolah-olah Allah sedang menegur tindakan seminggu lepas..

DASAR-DASAR DAKWAH DAN SIKAP ISLAM TERHADAP LAWAN

125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhan mu, Dia lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan Nya dan Dia lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.

126. Dan jika kamu memberi balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepada mu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.

***

Allahurobbi.. Teacher khilaf..
Mungkin bagi yang kurang berkemampuan, sehelai kertas itu besar maknanya..
Mungkin kerana sehelai kertas tu, ada yang sakit hati.
Mungkin kerana sehelai kertas yang di koyak, ada yang hilang keyakinan...

Astaghfirullah.. Mudahnya Teacher menghukum. Sebelum mengkaji sebab mereka tak siapkan kerja rumah yang diberi..

Ya Allah, kurniakan hamba kerendahan hati untuk meminta maaf daripada pelajar-pelajar..
Kurniakan hamba, lidah yang fasih untuk menerangkan apa yang patut dan tidak patut mereka lakukan..
Kurniakan hamba panduan untuk mendidik mereka dengan cara lebih hikmah.. Bukan dengan emosi dan kuasa veto..

Nasihat sahabat..

" Rasul menyampaikan Islam dengan penuh taat, namun ada sesetengah mad'u susah nak menerima. Rasul mampu  untuk membalas segala perbuatan mereka  dan sama sekali tak mustahil. Tapi mereka (Rasul) memilih untuk bersabar kerana sabar itu ada kemanisan.

Kita  boleh ambil iktibar dalam kesabaran para Rasul. Sebab kita berhadapan dengan 'unsur' yang sama, iaitu insan.. Hati Allh yang pegang, kefahaman Allah yang beri. Dan Allah tahu, kepada siapa Dia nak beri semua tu.."

Apa sangat lah kesilapan para pelajar ku kalau nak dibandingkan dengan musuh-musuh Islam pada zaman nabi.. Tapi mulia nya nabi Allah, mampu memaafkan, sekaligus mendoakan.. 

Allahumma solli 'ala Muhammad..

Wallahu'alam..

Thursday, April 16, 2015

#5: Journey Of Teacher Aini @ Maahad

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Hari ni, perasaan 2 tahun lepas berulang kembali. Rasa sayu sangat.. Perasaan yang sama sewaktu dihujung-hujung praktikal ketika di SMK Beserah.

Insyaallah, kalau seperti yang dirancangkan, KEMUNGKINAN BESAR, 50-50, tinggal beberapa minggu je lagi untuk mengajar di sekolah banin. Atas faktor-faktor tertentu, Teacher Aini kena mengajar di sekolah banat selepas ni.

Wallahi, sejujur nya sebagai manusia biasa,  ana ada juga rasa kecewa dan mungkin hampir putus asa dengan karenah yang di'hadiah' kan oleh sesetengah pelajar. Tapi guru tetap guru. Siapa pun pelajar nya, mereka perlu dipandang dengan kasih sayang dan rasa amanah.

Terasa masih banyak lagi amanah yang belum selesai di sekolah banin.. Allah..

Insyaallah, bulan Mei nanti pelajar akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Soalan-soalan peperiksaan pun belum setle lagi. 

Alhamdulillahi'ala kulli hal. Allah uji dengan nikmat kurang sihat. Pakej 3 serangkai. Demam, batuk dan selsema.  Hujung minggu lepas, berlalu tanpa sepatah perkataan pun yang ditaip untuk soalan peperiksaan akibat lebih banyak terbaring.

Semangat!!! Azam, minggu ni nak siapkan kerja-kerja yang menuntut hak diselesaikan!! Insyaallah..
( kata-kata motivasi itu penting @_@).

Teacher risauuuuu sangat. Ya Allah, permudahkan lah para pelajar ku. Kurniakan mereka hati yang terang dalam menuntut ilmu. Kefahaman, kerajinan dan semangat dalam berusaha. 

Tulisan malam ni rasa kurang rencah..@_@..Nak menulis pun rasa tak lancar.. Telinga berdengung.. Mungkin kesan selsema dan panas..

Apa-apa pun, semoga Allah merahmati perasaan ini...

Wallahua'alam.

Tuhan..
Guru ini menyayangi pelajar-pelajarnya dengan segenap hati.
Pinta ku ya Allah, jadikanlah mereka insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Thursday, April 9, 2015

#4: Journey Of Teacher Aini @ Maahad

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

" Manusia tu kadang-kadang posisi dia untuk memberi nasihat. Kadang-kadang posisinya untuk menerima nasihat."

Beberapa hari lepas, rasa satu hari yang sangat kecewa dan tertekan. Habis kelas, termenung panjang di bilik guru. Ana raikan perasaan diri sendiri, sebab ana tahu ia nya fitrah sebagai manusia biasa. Untuk saat tu, ana berada pada posisi yang kedua. 

Mesej dan mengadu pada kembar dan seorang sahabat. Nasihat kembar,

" Biasa la budak-budak. Kena sabar la. Nabi dulu pun hadir baginda bukan tak di endahkan, bahkan dihina."

Tapi seperti biasa, baik nya Allah. Lembutnya Allah dalam menegur. Alhamdulillah, Allah sudi pandu Teacher yang masih baru dalam menyantuni pelajar ni. Jumpa blog dan FB orang yang tepat. Terima kasih Puan Khairulaniza Khairuddin, atas kebaikan berkongsi ilmu di blog dan FB. Saya tumpang menikmati manfaat nya.  Semoga Allah berkati ladang pahala Puan. Insyaallah.

Beliau, mengaplikasikan teknik Nabi Muhammad s.a.w dalam mendidik. Setiap kali baca catatan ilmu beliau, terbayang-bayang pelajar di kelas. Banyak situasi yang dikongsi sama seperti apa yang Teacher alami. Banyak perkara yang Techer perlu baiki, terutama nya dengan approach mengajar.

Subhanallah. Ruang untuk Teacher muhasabah lagi. Ilmu Allah itu luas. Sunnah baginda sangat bernilai untuk diaplikasikan dalam bilik darjah.  Insyaallah, masih menanti untuk membuat order buku  beliau, 'Teknik Mendorong Anak Didik Gaya Nabi Muhammad s.a.w.'. 

Ana pernah cuba mengamalkan beberapa tips yang beliau kongsikan di FB, dan alhamdulillah, ana nampak ada perubahan yang positif. Contoh, teknik mengejutkan pelajar yang tidur dalam kelas, dan teknik pujian. Biarpun perubahan tidak 100%, tapi syukur.. Muhasabah lagi, perlu sabar dalam mendidik ^_^.

Apabila difikirkan balik, ya Allah... Mungkin ini hikmahnya Allah tempatkan ana di sini. Sebagai persediaan sebelum ana memegang jawatan guru yang tetap, yang jauh lebih mencabar satu masa nanti, insyaallah mudah-mudahan.

Terima kasih Allah. Alhamdulillahi 'ala kulli hal...

*
*
*

Colourful notes with message and advice for my students, al-Hafiz to be. May it works. The same thing I did for 4 Arif , few years back.



Sunday, April 5, 2015

#3: Journey of Teacher Aini @Maahad

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Alhamdulillahi 'ala kulli hal. Syukur pada Allah, untuk nikmat menulis hari ni. Terlalu rindu nak menulis. Tapi idea 'beku' dan jari 'kaku'. Novel yang masih malu-malu nak berkembang tu pun dah lama tak bersambung.

'Allah... Aku sayang kan dunia penulisan ni..Semoga terapi ini terus sebati dengan jiwa ku.'

Alhamdulillah. Pejam celik, dah sebulan berkhidmat di bumi Bangi. Gaji bulan pertama pun selamat digenggaman.^_^.. Cerita tentang rezeki, bukan jumlah yang diterima buat hati kita rasa tenang dan bahagia. Tapi bagaimana kita olahkan rezeki tu untuk manfaat orang sekeliling. Itu sumber bahagia. Bahagia yang luar biasa. Subhanallah.!!

Wajah bersih seorang adik, berbaju Melayu hitam yang setia di pintu kaca mesin atm buat hati rasa tenang. Di tangan beliau, ada kotak-kotak kismis. 

"Berapa satu kotak ni?"
"RM 1 kak?"

Duit yang dihulur kepada beliau, disambut dengan riak muka yang jelas penuh kesyukuran.  Subhanallah, dik.. Terima kasih kerana lorongkan kami untuk merasai nikmat tenang ni.  Apabila dah jauh meninggalkan adik tadi, baru terlintas kat hati..

'Lupa nak mintak adik tu tolong doakan...'//@_@...

Rasa rugi bilamana ada peluang jumpa dengan orang soleh, orang yang baik, tapi tak minta di doakan. Tapi insyaallah..Yakin.. Adik tu pasti murah dengan doa. ^_^..

Hujung minggu yang santai.. Huhuhu.. Nikmat masa lapang yang sangat menguji.. Esok nak mengajar apa Teacher Aini????

Anak-anak murid ku yang soleh, yang baik, yang aktif lagi bertenaga, esok dan hari-hari seterusnya, boleh tolong Teacher tak? Tolong Teacher untuk jadi cikgu yang lemah lembut dan bersopan santun.  Huhuhu..>_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah