" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Friday, May 29, 2015

#7: Journey of Teacher Aini@ Maahad

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Alhamdulillah. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang kamu dustakan? Syukur . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Berusrah untuk 2 hari berturut-turut. Usrah terakhir sebelum bercuti. Insyaallah. Moga-moga ada ruang lagi untuk bersama adik-adik pelajar MATIQ selepas ni, insyaallah...

2-3 hari ni jugak asyik berdebar-berdebar, emosi kurang stabil @_@. Tapi syukur, dapat 'charge iman' dalam usrah..Ada ura-ura result posting dah nak keluar.  Risau, takut, bimbang kalau-kalau terpaksa membuat satu pilhan yang sangat sukar.

Istikharah ku..

" Ya Allah.. Berilah aku keputusan yang terbaik, pada masa yang terbaik dan tempat yang terbaik.. Bimbinglah hamba. Allah.. Allah.. Allah ya Allah.."

Berfikir-fikir.. Macam mana kalau dapat posting dalam masa terdekat???? I have to make a choice..
=(

Pilihan 1:

 Untuk terus stay di Maahad. Pelajar UPSR, PT3, SPM dan semua yang lain, buat cikgu berat hati nak tinggalkan maahad. Masih banyak perkara yang belum selesai dengan mereka.

Memang, ana masih baru mengajar di sekolah banat, tapi rasa sayang tu dah kuat. Solat jemaah sama-sama, tumpang dengar tazkirah daripada pelajar, join mereka  baca manzil dan ma'thurat. Tumpang dengar hafazan AQ dan doa dalam solat mereka.. Allah.. Semua tu cukup manis .

" Cikgu..cikgu.. Cikgu jangan la pindah jugak.." Rayuan dan tangisan kat bahu ana semalam buat hati cikgu lagi haru...

Majlis perpisahan 3 orang ustazah yang lain. Tapi yang terkesan nya ana..Huhuhu.. Takut nak hadapi saat yang sama nanti.

Sebelum balik, manfaat kan masa yang bersisa dengan ahli usrah.'The Circle of Awesome Dai'ah ' Raikan permintaan mereka selagi mampu. Semalam, masakkan nasi goreng untuk iftar kami. Malam, tidur berderet di bilik sakit.. Allah, rahmati lah ukhwah kami.

Pukul 5 lebih pagi, ana terjaga. Pandang adik-adik usrah yang semuanya lena dalam mimpi. Sayu hati..

'Ya Allah.. Seandainya Kau takdirkan perpisahan buat kami dalam masa terdekat ni, kuat kan hati hamba...T_T'

Pilihan 2:

Terus bertebaran di muka bumi Allah. Menyahut seruan jihad. Menyampaikan ilmu dan mendidik anak bangsa di mana sahaja diri ini bakal dicampakkan..

Memenuhi impian mak. Memenuhi cita-cita ana sejak kecil.

Allahumma yassir wala tu'asir ya Allah..
Bimbing hamba dalam membuat keputusan, seandainya suatu saat aku perlu memilih. Moga pilihan ku adalah pilihan yang Engkau redha..

Saturday, May 16, 2015

May 2015 @ Maahad

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhaamad.

Alhamdulillah.. Hari ni berpagi-pagian dengan adik-adik tersayang untuk usrah kami. Pengisian berkaitan 'Hak-hak jalan' dan sedikit info berkaitan hari Nakbah.

Syukur, Allah kurniakan ana pelajar-pelajar yang baik. Adik-adik usrah yang awesome..Usrah terasa terisi. Rasa rindu dan tak sabar untuk  usrah yang seterusnya.

Selesai usrah, mereka performed dikir barat, sebagai 'hadiah' hari guru, pada hari ni 16 Mei... Ohhh.. Terharu. Terima kasih.. Cikgu bangga dengan kalian.. Semoga terus kuat dan istiqomah menjadi muslimah dan hafizah yang bermanfaat buat ummah. Insyaallah..

Mei tahun ni, begitu special. Sama seperti tahun-tahun lain, cumanya tahun ni sambut kedatangan Mei dengan status berbeza. I am a teacher.. ^_^

6 MEI 2015.

Alhamdulillah ya Robb. I am officially 24 years old. Terima ucapan selamat dan doa daripada sahabat-sahabat. Terima kasih semua.

Telefon mak untuk ucap terima kasih sebab melahirkan anakanda ni.. Sebak.. Mak di hujung talian pun lain suara nya.. Terima kasih mak..T_T.. There is no word to express my special thanks for you.. Hanya mampu mendoakan.. Jazakillah khairan kathira.. Tak lupa juga buat allahyarham ayahanda yang dirindui... Allahumma firlahu warhamhu..

Disebabkan mungkin dah makin meningkat usia, birthday pun dah rasa biasa. Rasa sama macam-hari-hari lain. 6 Mei tu hanya tarikh.. Pada malamnya....

Meneruskan masa seperti biasa. Kebetulan, ada kelas tambahan dengan students form 4 & 5 pada malam tu.  Mengajar pung pang..pung pang..pung pang ... and when it came to the end of the class.......

"Allah selamatkan kamu.. Allah selamat kan kamu.. Allah selamatkan Teacher Aini.. Allah selamatkan kamu..." 

I was like, speechless..... Thank you my dear students.. Terima kasih sebab buat cikgu rasa special... Alhamdulillah..^_^

Semoga usia ni bermanfaat dan berkat.. Moga hari yang mendatang lebih menjadikan kami hamba yang lebih dekat kepada Maha Pencipta .. Amin ya Allah..

9 MEI 2015

Sambutan hari guru maahad di awalkan atas beberapa faktor. Syukur ya Allah.. Hari guru pertama untuk ana sebagai seorang yang bergelar guru..  Sangat terharu dengan layanan dan program yang dianjurkan oleh pelajar. 100% daripada pelajar.. All I can say is, it was perfect.!!!

Aktiviti yang disusun pun bagus. Pagi, kami para guru, diarak dengan bunga mangga, alaala red carpet. Disambut dengan taburan bunga oleh flower girls yang cute-cute.

Sukaneka yang super duper fun.. Terserlah 'keremajaan' para guru..Huhuhu.. Berebut kerusi, tiup belon, bowling kelapa, selfie bergerak dan macma-macam lagi.. Allah.. Seronok.. Sekali sekala release tension..

Lagi tersentuh, bila sekali lagi, para pelajar meraikan hari jadi ana pada majlis tersebut.. Terima kasih atas penghargaan yang diberikan..

Persembahan pelajar yang buat ana mengalirkan air mata.. Allah.. Terima kasih.. Terdetik di hati.. Besar nya tanggungjawab dan amanah yang sedang ku pikul.. Besarnya harapan mereka..
Allahumma yassir ya Allah...

10 MEI 2015.

Hari ibu.

"Mak.. Minta maaf.. Takde hadiah.."

Seperti biasa... Hhuhu.. Pengorbanan  mu tak mampu nak dibalas dengan hadiah apa pun yang mahal di dunia ni.. Kasih sayang mu, terlalu istimewa untuk di nilai dengan harta dunia.

Allah jua sebaik-baik pemberi balasan.. Sekali lagi, jazakillah khairan kathir.. I love you.. Buat kami semua adik-beradik, moga lebih bersatu hati dan berusaha untuk menjaga ikatan keluarga ini.. Insyaallah..^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah