" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Thursday, June 4, 2015

Cerita Usrah Ku

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli'ala Muhammad.

(AMARAN: Entri kali ni panjang berjela. Harap sudi dan tak jemu membaca hingga ke akhir ^_^)

Dah beberapa hari melewati cuti persekolahan. Memang betul-betul cuti. Sejak sampai ke Dungun Sabtu lepas, baru pagi tadi ada kekuatan untuk keluarkan kertas exam pelajar dari luggage. Parah.! Betambah parah apabila baru menanda 3-4 kertas, cikgu terus 'pengsan' sampai berjam-jam. Fuhhh..

Akibat 'pengsan' yang terlalu lama siang tadi, malam ni tak dapat nak lelapkan mata. Sooo....kita menulis!!Yeaaay..Ber blog walking dan baca kisah usrah mereka-mereka di blog, buat ana rindu yang teramat sangat pada usrah sendiri. Alhamdulillah, malam ni, Allah ilhamkan untuk menulis sedikit tentang cerita usrah. 

Bismillah... Dan kisah usrah ku bermula di sini..

Seingat-ingat lupa, selepas SPM ada pesta buku di perpustakaan daerah. Time tu tangan tersangkut pada sebuah novel. Padahal time tu tak minat pun baca novel-novel ni. Entah macam mana, terbekenan pada sebuah novel ni,yang muka depan nya gambar seorang muslimah bertudung labuh.Novel 'Tautan Hati' karangan Ustazah Fatimah Syarha.

 Petama kali, ana tahu kewujudan perkataan 'usrah' pun bila baca novel tu. Mula tertarik dengan watak-watak yang digambarkan. Teringin dan memasang impian untuk jadi antara watak-watak nya. Doa pada Allah, supaya hadirkan insan-insan yang baik disekeliling ana. Watak yang digambarkan, gembira bersama usrah mereka, berkongsi masalah, tangis dan tawa. Duduk dan merendahkan hati untuk saling berpesan, saling mengingatkan dan berkasih sayang kerana Allah.

Tercari-cari ketenangan yang digambarkan dalam novel tersebut. Ya Allah, cemburu.. Sampailah satu saat, Allah makbulkan hasrat ana tu. Alhamdulillah. Bagai orang mengantuk di sorong bantal, terus terima ajakan sahabat untuk sama-sama ikut usrah mingguan ketika di matrik dulu. Excited nya hanya Allah yang tahu. Tak sabar nak merasai usrah di alam nyata. Nak alami sendiri suasana macam dalam novel tu. Nak tahu, apa bentuk sebenar usrah tu. Bulat ke, bujur ke, segitiga ke ataupun barisan .

Sampai sekarang kenangan bersama sahabat-sahabat usrah di matrik tetap segar. Usrah pertama, sahabat-sahabat buat rasa diri ni begitu di hargai. Ye la, rasa rendah diri tu tetap ada. Berada dalam kalangan mereka yang hebat-hebat. Ana?? Kenal perkataan 'usrah' pun asbab baca novel. Tapi apa-apa pun, tetap bersyukur. Alhamdulillah. ^_^

 Selepas sama-sama mengalunkan asma ul-husna, ana diberi peluang untuk ber taaruf. Berkenalan dengan sahabat-sahabat lain. Mereka berkongsi ilmu. Ana  yang dhaif ni, cuba kutip sebanyak mungkin perkongsian daripada mereka. Syukur, minggu-minggu seterusnya, Allah masih bentangkan peluang tu, untuk duduk dalam ketenangan usrah bersama, sahabat-sahabat yang solehah. Seperti biasa, untuk sesi usrah yang seterusnya, hanya tetap menjadi pendengar setia yang dahagakan ilmu dan pengisian rohani.  Bersuara hanya apabila diminta pandangan.

Alam matrikulasi yang padat dengan jadual kuliah akademik,jauh dengan keluarga dan keadaan diri yang masih baru lagi nak kenal dunia luar masa tu, tak dapat dinafikan sangat buat dada ni terasa sesak. Syukur, usrah sedikit sebanyak buat ana rasa lapang dan terhibur.  Terima kasih pada sahabat-sahabat matrikulasi, yang sudi terima ana makan setalam, sudi menyuapkan makanan ke mulut  ni dan tak jemu mengajak pada kebaikan. Memimpin tangan ana yang masih teraba-raba mencari cahaya hidayah. **crying**. Dengan izin Allah dan asbab kalian, ana makin jatuh cinta pada usrah, memudahkan jalan-jalan untuk ana lebih kenal erti tarbiyah. Alhamdulillah.

Cerita usrah ku bersambung ke alam kampus. UPSI. 'Universiti Pentarbiyahan Syuhada Islam'. Syukur, pada tahun kemasukan pelajar batch kami, universiti memperkenalkan program Rakan Penggerak Addin (RPA). Konsep usrah yang diterapkan kepada kami, dengan bermatlamatkan untuk melahirkan bakal-bakal guru yang punya kualiti diri dari semua aspek. Alhamdulillah, usrah bukan lagi suatu perkara yang asing bagi ana sebab dah melalui nya ketika di matrik. Jadi tak kekok untuk saban minggu berbulatan di surau atau bilik study.

Tapi, tu cerita ketika semester 1 dan 2 sahaja. Semester seterusnya, ???? RPA dimansuhkan. Sedih, kecewa dan terkilan yang teramat sangat. Sungguh, perancangan Allah jauh lebih hebat dan rapi!. Meski tak lagi bergerak di bawah usrah RPA, Allah masih izin untuk bersama sahabat-sahabat lain yang istiqomah dengan usrah. Allah sudi pilih diri ana yang dhaif ini untuk bersama mereka. Alhamdulillah ya Rabb. Pilihan Allah untuk ana berada dalam usrah dan halaqah Rakan Surau.

Kata mereka, usrah itu tunjang tarbiyah. Tanpa tarbiyyah kita rebah. Mereka gigih pastikan diri ini supaya tetap berdiri, tak rebah. Terima kasih sahabat-sahabat solehah.  Dalam kekangan masa yang ada, naqibah ana terkejar-kejar, tercari-cari masa untuk pastikan ana terus bersama bulatan ni. Naqibah ana bersungguh untuk membina individu muslim, yang kelak bakal meneruskan kerja nabi ini.

Semester seterunya, buat pertama kali, ana ditaklifkan untuk membawa usrah. Dianugerahkan 5 orang 'anak' sekaligus. Menggigil habaq hang.. Tapi memikirkan ini adalah amanah dan kewajipan, tetap berusaha setakat yang terdaya. Pengalaman dan ilmu daripada naqibah-naqibah dan ummi (usrah Hurrummaqsurot) sebelum ni jadi bekal yang sangat berharga buat ana untuk berkongsi dengan 'anak-anak' sendiri. Dengan ilmu yang cetek dan pengalamn yang setahun jagung, Bismillah...Langkah tetap perlu dihayun.

DG KCB
IC UPTA

Syukur, tarbiyyah yang sama cuba diterapkan pada anak didik ketika berpraktikal selama 4 bulan di sekolah. Meskipun hanya sempat beberapa kali berusrah dengan pelajar, I still can feel the difference. Hubungan dengan pelajar yang sertai usrah , kekal sampai  sekarang. Mereka masih sudi hubungi cikgu yang dhaif ni walaupun dah 2 tahun kami berpisah. Alhamdulillah, mereka masih sudi jadikan ana sebagai rujukan untuk kekeliruan atau masalah yang mereka hadapi. Ini lah kesan yang lahir daripada hati-hati yang terikat dalam usrah, kerana Allah. Alhamdulillah.


Usrah SMKB


Alam kampus dah berlalu. Rindu tetap rindu. Patah tumbuh hilang berganti. Syukur, tarbiyah di kampus sangat membantu untuk ana tempuh alam pekerjaan sekarang. 

Kalau dulu meeting, liqo', usrah dan program bersilih ganti. Sekarang perkara yang sama juga perlu ditempuhi di sekolah, cuma nya atas nama yang berbeza. Meeting guru, taklimat A, kursusB dan program C. Matlamatnya sama, ingin membina insan! Menuju redha Allah.

 Syukur, Allah campak ana ke dalam tarbiyah ini. Merasai ukhwah bersama mereka. Sungguh, pengalaman dan ilmu ni tersangat mahal. Tarbiyah di alam kampus banyak mengajar ana untuk lebih  berdikari, lebih kuat, menghargai masa dan  merancang. Sikit sebanyak selok belok gerak kerja di alam kampus dapat di aplikasi kan sekarang. Semuanya bermula daripada sekecil-kecil usrah, tempat membina kualiti individu! Tanpa usrah, mungkin sekarang  lebih payah.

Beberapa bulan di maahad. Diberi taklifan untuk memegang jawatan sebagai pengerusi BADAR. Amanah yang sangat berat bagi ana yang dhaif ni. Zero. Sekali lagi, pesan sungguh-sungguh pada diri, ini adalah amanah dari Allah! Ada sesuatu yang Allah nak hadiahkan. Allah yang bagi amanah ni, pasti Dia juga yang bakal titipkan pertolongan. Bismillah... Teruskan langkah.

BADAR antara badan yang baru nak bertapak di maahad ni. Perancangan nya masih perlu diberi perhatian penuh. Perlaksanaan yang masih perlukan fokus yang tinggi pada gerak kerja nya. Insyaallah, moga-moga diberi kemudahan buat kami para guru. Fokus terbesar BADAR ditubuhkan adalah usrah pelajar, disamping beberapa lagi cabang program lain yang bermatlamatkan pengisian rohani dan kearah pembentukan akhlak, sahsiah dan kepimpinan warga maahad. Insyaallah.

Sekali lagi, pengalaman tarbiyyah di kampus banyak membantu ana dalam BADAR. Cedok ilmu dan pengalaman di kampus untuk di kongsi di maahad. Allah sentiasa memudahkan jalan-jalan kebaikan buat kami. Alhamdulillah.

Insyaallah, impian ana untuk berkongsi kemanisan dan ketenangan usrah bersama para pelajar di sini. Syukur, di beri amanah untuk memimpin 5 orang ahli usrah. Kami namakan usrah kami, 'The Circle of Awesome Dai'ah' (TCoAD) ^_^.. Minggu ke minggu kami makin mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah.. Menunggu hujung minggu tu dah rasa macam menunggu kekasih hati. Tak sabar nak berdating. Berkongsi ilmu, cerita dan berkongsi masalah antara kami. 

Pernah pada satu sesi usrah tu, ana bacakan puisi khas yang ana tulis untuk mereka berlima. Sok...sek..sok..sek..  Tetiba, tangisan mereka jadi background music puisi ana. Hihihi.

 Apa-apa pun, pelajar-pelajar lain tetap ana anggap sebahagian daripada usrah walaupun secara tak langsung. Usrah besar . ^^..Kami nak berkasih sayang kerana Allah. Insyaallah.  Biar mereka rasa, indahnya hidup berlandaskan syariat. Ni fasa mereka sedang mencari identiti diri. Sangat penting untuk diberikan pendedahan-pendedahan sebegini. Moga Allah sentiasa membimbing langkah, percakapan dan perbuatan kami para guru. Moga-moga aura positif terus kepada pelajar kami. Insyaallah.

Emmm.. Itu lah sikit sebanyak tentang perjalanan usrah ana. Semoga Allah tetapkan hati ni dengan usrah. Proses membina individu muslim, seterusnya baitul muslim > masyarakat Islam> negara Islam >khilafah Islam > empayar Islam..

Pengalaman yang tak seberapa ni bukan untuk dibangga-bangga kan. Jauh sekali untuk dijadikan contoh. Cuma sebagai coretan sebab ianya terlalu bernilai untuk dilupakan. Terlalu mahal untuk ana sia-siakan. Terima kasih Allah.

### Dari novel ku kenal 'usrah', dan insyaallah suatu masa nanti kepada novel juga bakal ku catatkan kisah-kisah usrah ini. Tajuk novel, 'Nasi Goreng 3 Rasa' , mungkin.. ^_~..Sempena kenagan bersama TCoAD. Hajat doa semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah