" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Friday, July 3, 2015

#8: Journey of Teacher Aini @ Maahad

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli'ala Muhammad.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur, dengan rahmat Allah, masih terus berada pada Ramadhan tahun ni. Terasa lebih nikmat bilamana Allah sudi izin kan lagi untuk  sama-sama berRamadhan bersama anak-anak didik di maahad. Syukur, Allah tunaikan hasrat ana untuk menyambut Ramadhan bersama pelajar.

Ramadhan kali ni tersangat istimewa. Pengalaman yang sangat mahal dan tiada ganti ditempat lain. Setiap malam bertarawikh dengan berimamkan pelajar. Menikmati alunan hafazan mereka buat diri terasa kerdil. Jauh di sudut hati, syukur. Insyaallah, ini lah bakal-bakal penerus generasi akan datang. Moga mereka terus kuat menjaga al-quran dan bermanfaat untuk ummah.

Hari ni genap seminggu menerima keputusan penempatan mengajar. Jumaat lepas, tepat-tepat selesai tadarus dengan ahli-ahli usrah, kawan datang ke surau bagitau dah boleh semak result posting. Allah, dah tak fokus rasanya nak baca doa khatam quran. 

"Tahniah! Anda telah berjaya. Tarikh lapor diri dan penempatan akan dimaklumkan oleh Kementerian/ Jabatan berkaitan."

Allahurobi..Reazeki Ramadhan. Sujud syukur ku panjang. Tapi rasa bersalah kerana tak mampu nak 'ucapkan' syukur dari hati. Keliru, samada nak sambut dengan senyum atau air mata. Keputusan tu tak selari dengan apa yang diharapkan buat masa sekarang.

Tarawikh malam nya, bersama air mata. Sekali lagi rasa bersalah. Ampunkan hamba ya Allah, air mata yang mengalir bukan kerana Mu, tetapi kerana memikirkan dilema yang sedang ditempuh. Astaghfirullah.

Memilih untuk posting, memenuhi cita-cita diri sejak kecil atau mengutamakan keperluan pelajar di maahad. Tersepit. Ya Allah..Tapi yakin.. Allah bagi semua ni pada masa yang terbaik dan tempat yang terbaik.. Insyaallah.

Berita keputusan posting tak dapat simpan lama. Huhuhu.. Sekejap je tersebar pada semua pelajar. Sekali lagi, terpaksa tahan hati melihat air mata pelajar. T_T.. Usrah keesokkanya, bercampur air mata dan senyum. Taujihad dan nasihat demi nasihat cuba dititipkan buat ahli usrah. Mengharapkan mereka kuat meneruskan usrah TCOAD. Insyaallah. Tak mampu  nak bayangkan minggu-minggu selepas ni tanpa usrah dengan mereka. Lagi lemah dan tak kuat untuk melaksanakan usrah wida' nanti.

Cuba memotivasikan diri sendiri.. Tarbiyah Allah sangat halus. Penuh seni. Saat kita terlalu menyayangi makhluk, Allah aturkan perpisahan. Untuk kita sedar, hanya cinta Nya yang layak berada di tempat teratas. Untuk kita sedar, sandaran kita bukan pada makhluk, tapi hanya Dia.

Setiap kali Allah ambil pinjaman Nya kembali, pasti Dia akan gantikan dengan yang lebih baik.

Hasbunallah wani'mal wakil~

#Selagi tarikh posting belum dikeluarkan, yakin dan baik sangka dengan Allah. Masih ada peluang meneruskan misi di maahad.Insyallah..^_^.. Takdir Allah itu tak pernah silap. Selalu hadir pada saat yang tepat dan terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah