" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Tuesday, August 25, 2015

Ziarah Maahad 1.0

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Syukur sebanyak-banyaknya. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa Teacher.. Allah izinkan ke Matiq hujung minggu lepas. Sungguh, Allah lebih hebat dalam merancang dan mengatur. Allahuakbar.

Allah takdirkan hari Isnin, sekolah dapat cuti peristiwa. Tak fikir panjang, terus buat keputusan untuk ziarah anak-anak di Matiq..^_^.. Sempat bermalam satu malam di sana. Rasa macam mimpi. 

Baiknya Allah, mudahkan urusan Teacher. Dalam perjalanan, hati sangat risau sebab bertolak dari Penang pukul 7 petang dan lebih kurang pukul 1 pagi akan sampai di Kajang. Bimbang tentang keselamatan. Tawakal sungguh-sungguh pada Allah.

Syukur lagi..T_T.. Sahabat2 solehah sudi datang jemput di hentian Kajang. Sanggup redah sejuk malam dengan motosikal semata-mata nak pastikan sahabatnya ni selamat sampai ke maahad.. Terharu.. Semoga Allah ganjari kalian dengan kebaikan yang berlipat ganda. Terima kasih Hafsah, Kak Hilal dan Kak Mimi.

Melangkah masuk ke maahad lebih kurang jam 1.30 pagi. Allah.. Hanya Allah yang tahu perasaan saat tu. Terharu dengan kebaikan Allah. Rindu selama ni dah Allah ubati. Nak tidur pun dah tak lena, sebab tak sabar nak jumpa students keesokan pagi. Tak sabar nak tunggu subuh.

Subuh Ahad. Keluar dari bilik, pandang anak-anak sedang bersiap untuk solat Subuh. Mereka terpana, Teacher tersengih. Percaya lah,yang berdiri depan kalian saat tu, adalah jasad Teacher. Bukan mimpi. ^^. Suprise!!!

Cuba manfaatkan hari tersebut untuk luangkan masa dengan mereka semua. Pagi mereka bersukaneka dan petang program sempena bulan Kemerdekaan. Teacher jadi penonton setia sebab tak nak sia-sia kan masa yang ada. Teacher lawat kelas-kelas, tempat di mana Teacher pernah berdiri untuk berkongsi ilmu dulu. Dah banyak yang berubah. 

Petang, sempat berusrah buat sekian kalinya dengan TCOAD. Bahagia dan terharu. Alhamdulillah.

"Teacher.. Senyum Teacher dah tak macam dulu.."

Yes. I admit. It is hard for me to hide my feeling, and I noticed my changes. Teacher tak mampu nak senyum macam dulu, sebab Teacher bukan lagi ada pada keadaan yang dulu. Teacher masih lagi berusaha untuk terima kenyataan yang baru. I will try my best. Insyaallah. Doakan Teacher.

Malam tu, kami berkumpul sekejap di surau. Teacher cuba kongsikan sedikit nasihat dan tazkirah buat mereka, walapun hakikatnya Teacher sendiri yang tak kuat. Esoknya Teacher dah nak balik. Belum puas berada di sana. Tapi demi amanah, kena akur walaupun bertentangan dengan kehendak hati. 

Sekejap je bersama mereka. Tinggalkan maahad pagi tu dengan hati yang sangat berat. Lap air mata. Doa lagi, moga ada rezeki untuk ziarah mereka lagi. Terima kasih, sebab kalian sentiasa buat Teacher rasa special.

Kita sama-sama kuat ye. Kalian teruskan amanah di Matiq, Teacher jalankan amanah di Penang. Kita sama-sama  tunaikan amanah untuk Islam, dengan cara dan jalan masing-masing. Moga-moga Allah pandang semua ni dan sudi kumpulkan kita di syurga Nya nanti. Insyaallah.

Walaupun jauh, walaupun penat dari Penang ke Bangi,  Teacher tak serik ziarah kalian. Teacher yakin dengan hadis Rasulullah s.a.w.

Daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya  di sebuah kamung yang lain. Lalu Allah menyuruh malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat bertanya kepada lelaki itu,

 " Hendak ke mana engkau?"

 Lelaki tersebut menjawab, "Aku hendak menemui seorang sahabat ku di kampung itu".

 Malaikat bertanya lagi, "Adakah bagi mu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripada nya?". 

" Tidak, aku mencintai nya kerana Allah swt." 

Maka  berkatalah malaikat kepada nya, " Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah swt mencintai mu , sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah". 

[Hadis  riwayat muslim.]

Moga-moga, ada cinta Allah dalam musafir Teacher. Insyaallah.^_^

Hadiah teristimewa daripada anak2 MATIQ. Terima kasih. Buku ni jadi asbab untuk Teacher terima teguran dan pujukan daripada Allah. Barakallahufikum anak-anak solehah.

Wallahu'alam.


Wednesday, August 19, 2015

Daie Pulau Mutiara

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Insyaallah, ambil sedikit ruang untuk menulis, setelah beberapa hari menjejakkan kaki ke pulau mutiara. Syukur, Alhamdulillah.

Selesai sesi taklimat bersama pengarah dan pegawai JPN, terus ke sekolah untuk lapor diri. Another new chapter of life begins.

Huhu.. Kena tinggal...T_T. Family yang hantar, bertolak balik ke Terengganu. Kalau ikut kan hati, nak je suruh mak tinggal sekali kat sini. Tapi tak sampai hati. Sabar lah hati.
  ".. dan demi Tuhan mu, bersabarlah..." .Amanah untuk ummah menanti di sini.

Hari pertama di SMK Bukit Gambir. Menerima amanat dan nasihat daripada Penolong Kanan Pentadbiran. Sedikit sebanyak sebagai suntikan semangat. Insyaallah. 

Kejutan pertama yang tak berapa nak terkejut, dapat jadual untuk ajar PENDIDIKAN ISLAM dan PENDIDIKAN SENI. Alhamdulillah ala kulli hal. Berdasarkan pengalaman senior, perkara jauh tercampak daripada opsyen, memang perkara biasa.

Pasti dan pasti.. Ini bukan kebetulan. Allah sedang sediakan yang terbaik.

Sedikit susah hati, bukan kerana tak bersyukur. Cuma fikirkan amanah untuk ajar PAI ni berat. Lebih-lebih lagi untuk ana yang bukan berlatar belakang atau produk keluaran sekolah agama. Ilmu agama cetek, mungkin boleh dikatakan kemarau!

Alhamdulillah, dah 2 hari masuk mengajar. Dan untuk 2 hari tu jugak, masih berlaku kekeliruan identiti. ^^. Bila Teacher mengajar subjek agama. Tersasul speaking sikit-sikit tu tak dapat dielakkan. Tapi, insyaallah, perubahan positif, tak pe. 

Masih lagi kekok dengan panggilan 'ustazah'. Tapi, cuba biasakan diri. Insyaallah, seorang daie itu,  dicampak ke darat menjadi bukit, dicampak ke laut menjadi pulau . Sekarang dah pun Allah campakkan ke pulau mutiara, jadi bersinarlah duhai diri... Moga Allah bantu.

Hajat doa dan nasihat semua, untuk tempuh alam pendidikan. Pendidikan ummah.

Saja nak kongsi la kan.. Rumah cheq, tingkat 28. Sapa-sapa nak tengok pemandangan indah ciptaan Allah, jemput la mai rumah..^_^..

***Nak ziarah anak-anak MATIQ 5/9/2015. Moga Allah makbulkan..INSYALLAH!!!!

Thursday, August 13, 2015

Choices

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Seminggu lebih dirumah, sementara menunggu lapor diri di Pulau Pinang pada Isnin ni. Lebih banyak bersendirian di  bilik. Terlalu melayan perasaan. Banyak perkara yang dipersoalkan. Kenapa ini dan itu. Kalau lah ini dan itu. Parah!! Hati yang perlu di istighfarkan. Astaghfirullahal azim.. T_T

Allah menegur lagi. Alhamdulillah.  Terbaca satu petikan berkaitan 'How To React'. Petikan yang ringkas, tapi sangat terkesan. Kisah bagaimana tindakan kita yang singkat, memberi kesan pada kehidupan yang panjang. Dalam hidup, kita berdepan dengan 2 pilihan. Samaada pilihan untuk bertindak positif atau sebaliknya. It is all about our choice. We decide for our own life.

Renung diri sendiri. Terlalu banyak perkara yang perlu di muhasabah. Tentang syukur, tentang redha, tentang keyakinan pada takdir Allah. 

Ya, banyak benda yang Allah takdirkan dalam hidup ni bertentangan dengan kehendak hati. Tapi ana lupa, jauh lebih banyak lagi nikmat Allah yang tanpa dipinta, Allah sudi beri. Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam. 'Terima kasih Allah...'

Buat aku, agar tak lupa diri.....
Ingat susah payah mak yang bergolok gadai untuk kesenangan diri mu. Berhabis duit untuk melihat masa depan mu yang lebih terjamin.
Kalau rasa diri mu terkorban semata-mata untuk penuhi impian beliau. Sungguh, ibu mu jauh lebih banyak bekorban untuk membawa mu ke dunia..

Bismillah. Jalan terus. Hidup ni terlalu singkat untuk disia-siakan. Masa untuk tunaikan amanah ilmu.

^_^.. I choose to be happy and stay positive..Qawiey!!! My wish... I want to be a full time writer.. One day, Insyaallah.. 

Hutang novel dengan students MATIQ perlu ditunaikan..Hajat doa semua..

Tuesday, August 4, 2015

End of Teacher Aini's Journey @ Maahad

Bismillahirahmairahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Syukur Alhamdulillah. Allah makbulkan doa Teacher. Masih lagi dapat ke maahad selepas cuti beraya 2 minggu. Syukur, masih lagi dapat bersama anak-anak di sana. 

Tapi.....

Pinjaman Allah sekejap je. Hari Isnin sampai di Maahad, dan hari Rabu dapat tahu keputusan posting. Kali  ni memang  betul-betul tak dapat tahan air mata.  Antara syukur dan sedih, semuanya bercampur baur. 

Rasa macam mimpi. Petang tu dalam kelas, baru je rancang aktiviti dengan pelajar. Untuk form 2, kami bincang  untuk buat drama. Dan petang tu juga Teacher terpaksa tukar semua perancangan. Malamnya terus mengarang notis berhenti kerja. Allah.. Sungguh, setiap saat yang kita ada, bukan milik kita! Milik Allah.

17  Ogos, insyaallah bakal melapor diri di Pulau Pinang untuk amanah seterusnya. Ucapan tahniah bertalu-talu daripada sahabat . Terima kasih.. Namun, untuk ana,  tahniah dan TAKZIAH buat diri sendiri yang bakal memikul amanah dan tanggungjawab yang jauh lebih berat selepas ni.

2, 3 hari terakhir di maahad. Emosi memang tak stabil. Mudah sangat nak menangis. Pandang pelajar pun sebak, dengar mereka bergaduh pun sedih, mereka baca doa pun rasa sayu. Semua la. Serba tak kena. Rasa bakal kehilangan sesuatu yang cukup besar.


Kad untuk mereka. Bersama harapan daripada seorang guru.

"Dear al-Hafizah to be,
Always be good. May Allah bless and love you. All the best in your life. Keep calm and work hard for Islam. Ummah is waiting for you."

Jumaat malam, sambutan Hari Raya di asrama. Teacher masakkan sardin untuk  sandwiches mereka. Air tangan Teacher yang terakhir. Tak dapat nak rasa feel raya dah. Huhuhu. Hanya mampu pandang gelagak mereka dengan senyuman yang berat. Hampir pukul 12 malam selepas tu, majlis perpisahan di surau. Allah, perkara yang ana takut dah berlaku depan mata. Berdiri di hadapan anak-anak pelajar yang ana sayang untuk bagi ucapan terakhir. T_T.

Sedikit nasihat, taujihad dan pesanan buat mereka. Hati pedih bilamana pandang mereka yang teresak-esak saat ana bacakan puisi yang ana tulis khas. Ya Allah... Sungguh! Hebat ujian Mu. Terima kasih buat sahabat ana  Hafsah dan Nik. Banyak bersusah payah bersama pelajar merancang majlis perpisahan ni untuk kami yang bakal meninggalkan sekolah. Ana doakan antunna berdua terus kuat mendidik mereka di maahad. Insyaallah.

Sabtu.. Ahad...Setiap malam, bilik Teacher padat, macam dalam tin sardin. Mereka sanggup berhimpit-himpit semata-mata nak tidur dalam bilik Teacher dan warden. Biarkan. Raikan saja kehendak mereka.Seboleh-bolehnya, tak nak bagi mereka kecewa. Malam terakhir ana di maahad. Bilik Teacher yang kecil, muat-muat untuk 2 katil, sampai jadi  ada 12 orang tidur!  Kenangan betul. Asalkan kamu bahagia.

Isnin. It was the day. Pukul 7 pagi. Berkumpul sekejap dengan ahli usrah TCOAD untuk usrah wida' kami. Air mata lebih banyak keluar daripada kata-kata. Tinggalkan mereka dengan amanah untuk teruskan usrah walaupun tanpa naqibah mereka lagi selepas ni.

" Semoga kalian istiqomah dengan usrah. Sit in usrah not to judge, but to share. Usrah is about WE, not ME.  Selamat menempuh perjalanan yang panjang. Memikul amanah sebagai hamba Allah dan khalifah. Infiru! Semoga terus bermanfaat untuk Islam. Tanggungjawab sebagai Daie bukan pilihan, tetapi satu kewajipan. Melangkah terus. Jangan berhenti. Kuat kerana Allah"

Selesai usrah ringkas, mula bersiap untuk balik. Seorang demi seorang ana salami. Bisikkan pada mereka  dengan doa dan nasihat. Moga berbekas dihati kalian. Teacher tak mampu nak tahan air mata tu daripada mengalir. Menangis lah, kalau itu mampu melegakan. Sampaikan dalam gambar terakhir kita, ada yang bengkak mata.^^.

Teacher tinggalkan kalian dengan harapan yang sangat tinggi. Semoga jadi hamba Allah yang baik. Teruskan berusaha, belajar kerana Allah. Bukan untuk cikgu.

Terima kasih cikgu praktikal, Naimah dan Najihah, sudi hantar ke Hentian Kajang. Dari mula naik bas, air mata tak boleh berhenti. Rindu mereka. Menangis sampai penat dan tertidur.
Mesej kembar ana.

" Can' t stop crying"

"Sabar lah..  Perjuangan panjang lagi. Jangan tunjuk sangat depan mak nanti. Mak puasa nazar sebab Aini dapat posting"

Allah.. Tersentak. Besarnya harapan seorang ibu! Insyaallah. Posting  ni untuk mak. Untuk harapan dan pengorbanan yang panjang mak sebelum ni.

Alhamdulillah, pukul 4 petang semalam, selamat sampai di Dungun. Terasa sangat kosong. Tak excited seperti sebelum ni. Masih cuba belajar untuk terima kenyataan dan usaha untuk teruskan langkah.

Maghrib kelmarin, berjemaah bersama mereka. Sama-sama mengalirkan air mata. Maghrib semalam, cikgu menangis sorang-sorang..T_T.. Insyaallah, as time flies, everything is going to be okay.

Malamnya, terima voice note daripada ustazah di maahad. Kirimkan lagu daripada one of my students. What do you expect??? Teacher menangis lagi la jawabnya..Huhuhu.. Bangun pagi tadi dah rasa berat mata.

Ya Allah, jagakan mereka..  Semoga mereka tenang dan kuat juga di sana. Biar mereka tahu, Teacher Aini selalu sayang mereka dan tak akan lupakan mereka, insan-insan yang hebat.Insyaallah, moga berjaya dunia akhirat, my dear students,al-Hafizah to be.. 5 bulan bersama, mereka banyak mendidik Teacher.

Sahabat-sahabat guru dan ustazah di maahad. Terima kasih untuk tunjuk ajar, tempat berkongsi dan mengadu. Aini sayang semuanya. Minta maaf untuk banyak lagi amanah yang tak terlaksana  di maaahad. Selamat mendidik dan terus mendidik anak-anak MATIQ.

Buat Mama Tyra dan Mami Soli, I am proud to have both of you as my sisters. Semoga berjaya dengan perjalanaN baru lepas ni.. Kita bertiga, senasib..^_^..

Sambung ber 'voice note' dengan pelajar pagi ni. Air mata terus tumpah. Biarlah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah