" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Saturday, September 5, 2015

Catatan Kebosanan

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhamammad.

Hujung minggu lepas di Terengganu, dan minggu sebelumnya di Bangi. Jadi, ni hujung minggu pertama di Penang. Bertemankan kipas syiling dan toto. Huhuhu..

Buat masa ni, rumah sewa ni masih lagi kosong. Kalau bercakap, mesti bergema. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Syukur, ada rumah untuk berteduh. Adat la rumah bujang kan. Insyallah, satgi kita tambah la apa yang perlu sikit-sikit.

Tahap kebosanan tu agak tinggi. Keluar bilik, 'ziarah' ruang tamu yang kosong, kemudian masuk bilik. Tu la yang menjadi rutin setakat ni. Lagi-lagi hujung minggu ni. Nak keluar, makan angin, ronda-ronda Penang, bajet belum mengizinkan. T_T..

Kalau di Matiq dulu, kadang-kadang bosan juga waktu hujung minggu. Tapi sekurang-kurangnya masih boleh dengar suara students menjerit, bergaduh, ketawa dan menangis. Those are music to my ears..

By the way, it is okay.^_^. Let us write.! Enjoy the therapy.

REMINDER

Malam semalam, terima 'reminder' daripada 'Encik Calendar'. Tapi, maaf. Kali ni tak dapat penuhi permintaan 'Encik'. Hanya doa dari jauh je untuk kalian di Matiq. Semoga pelajar UPSR, tenang dan dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah beri kejayaan yang cemerlang buat kalian. Insyaallah.

Banat: Nadrah, Aishah, Najwa, Intan & Najihah
Banin: Aqil, Akmal, Aiman, Firdhaus,Fitri & Zakwan.

Mohon dan hajat doa semua. Selitkan nama mereka dalam dalam doa kalian. Moga mereka berjaya dengan cemerlang dalam UPSR, juga cemerlang hafazan. Berjaya sebagai hamba dan khalifah Allah.

Semalam, hari terakhir salah seorang Guru Bahasa Inggeris berkhidmat di SMK Bukit Gambir.  Masa kelas agama semalam, dia minta izin masuk kelas ana untuk jumpa pelajar-pelajar beliau buat kali terakhir. Mereka bergambar dan bersalaman. Sengaja ana berdiri di luar kelas, untuk bagi mereka ruang dan privacy.

Cikgu tu menangis, pelajar-pelajar juga. Ana yang di luar kelas pun terasa sebak. Allahurabbi. Faham sangat perasaan beliau saat tu. Cikgu tu nampak keberatan nak tinggalkan kelas. Terus teringat anak-anak Matiq.  Sama!!! Suasana tu sama macam apa yang pernah ana rasa ketika di Matiq hari tu. 
**Lap air mata**

Selepas cikgu tu beredar, ana cuba kongsi kan sedikit nasihat buat para pelajar, pujuk mereka.

" Okay, lap air mata semua." Nada bergurau.

" Insyaallah, kita orang Islam ni istimewa. Sebab bagi kita, tiada erti perpisahan. Kita yakin kalau dah tak dapat jumpa kat dunia lagi, kita masih ada peluang untuk berjumpa di syurga. Doa sungguh-sungguh."

Seorang pelajar tanya.

"Ustazah. Dah Teacher J ( not yet muslim) macam mana?" 

"Kita doa la, moga-moga Allah pilih Teacher J dapat hidayah, untuk menerima keindahan Islam. Insyaallah, doa pelajar soleh-solehah macam awak semua ni, Allah makbul."

Mereka senyum. Terpujuk, puas dan berharap. Insyallah...^_^.

Berdepan dengan mereka, terasa seolah-olah sedang bercakap dengan anak-anak Matiq. Susah nak tinggalkan kenangan tu dan insyaallah, tak akan lupakan! Matiq istimewa dengan cara nya yang tersendiri. Meskipun ada masam pahit nya, tapi tu rencah yang melengkapkan pengalaman dan ilmu.



Ni antara sebab nya. The reason why I love Matiq-ans. They are not just colleagues for me, but 'SISTERS'. We know each other only for 5 months. But I still can feel the sincerity in them. Dear Allah, please.. Bless them abundantly.


Nak cerita tentang impian, ni rumah impian ana..^_^.  May not look  exactly the same, but more or less here it is.


Pesan naqibah sewaktu di Kuantan dulu.

" Kita nak buat apa pun, fikirkan biar ada manfaat nya untuk Islam."

Insyaallah. Ni la bakal tempat kami berusrah suatu masa nanti. Berbincang dan merancang untuk ummah. Biiznillah.


Cukup kot takat ni dulu catatan kebosanan..Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah