" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, October 28, 2015

Ziarah Maahad 3.0

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Alhamdulillah.. . Berjaya juga ziarah ketiga, selepas macam-macam ujian, cabaran dan halangan. Meredah jerebu dari Penang ke Bangi. Alhamdulillah, selamat sampai. 

Kali ni sampai awal sikit daripada ziarah-ziarah sebelumnya. Sebelum Maghrib dah ada di maahad. Sempat bersama-sama tumpang ilmu dari Along. Untuk pengisian kuliah Maghrib, antaranya Along kongsi tentang asma ul-husna. 99 nama Allah.

Subhanallah. Tersentuh dengan nama Allah (al-Jami'). Maksudnya 'Yang Mengumpulkan'. Syukur pada Allah ya Jami’. Tuhan Yang Maha Mengumpulkan. Masih lagi sudi mendengar doa hamba yang dhaif ni. Allah izin untuk berkumpul dengan anak-anak Matiq lagi. Terharu..

Anak-anak Matiq masih lagi dalam fatrah peperiksaan. Teacher boleh rasa aura tu. Faham dengan suasana 'tekanan' nak ulangkaji dalam masa yang terhad. Yang form 5, makin mendekat dengan SPM. Tingkatan 4,2,1 masih lagi belum selesai peperiksaan akhir tahun. Masing-masing sibuk dengan ulangkaji. Bitaufiq wa najah fil imtihan buat semua..^_^

Kali ni, untuk usrah TCOAD, mereka bagitahu untuk buat explorace. Teacher ikut je... Last-last, Teacher pulak yang terjebak  untuk handle explorace. So, hangpa kena ikut rentak dan lagu Teacher la..^^. Dalam masa tak sampai 24 jam, Teacher  rancang dan susun perjalan explorace untuk hari esok nya.
 Google , cari idea-idea dari internet. Alhamdulillah, banyak membantu.

***
EXPLORACE  TCOAD

1) Terdapat 5 wakaf (checkpoint)
2)Persaingan hanya antara  4 individu (dai'ah), bukan kumpulan. 
3)Setiap dai'ah diberi 5 clues untuk mencari 5 orang yang memegang soalan pada setiap wakaf. Clue berbentuk pantun dan pantun tersebut merujuk kepada orang yang ditugaskan untuk menjaga wakaf.

Contoh:

Pulau Mutiara gelaran diberi,
Tempat cantik, kaya makanan,
Jauh ke utara tempat berbakti,
Menunaikan janji pada Tuhan.

(Jawapan: Teacher Aini la ^^)


4) Bila da'iah dah yakin jumpa dengan orang yang dicari, dia perlu menggunakan password bagi berinteraksi dengan orang sepatutnya.

Contoh: Apabila clue merujuk kepada wakaf yang ke-2, dai'ah akan menyebut,

'Wakaf TCOAD 2'

Kalau tepat orang yang dicari, maka dai'ah  akan menerima balasan 'Wakaf TCOAD 2' daripada orang yang dicari tersebut.

5)Sebelum mendapat soalan, dai'ah perlu menyelesaikan tugasan di setiap wakaf. Antara tugasan nya,:

- Nasyidkan asma ul-Husna
-Bacaan al-Fatihah beserta maksud
-Lengkapkan jadual present tense-past tense dan bina ayat BI mudah.
- Cari seorang pelajar sekolah rendah, dan ceritakan tentang maksud usrah sehingga beliau faham.
- Tulis perenggan pendek tentang pahit manis bersama TCOAD.

6) Apabila dah selesai tugasan, dai'ah perlu pilih satu kad soalan. Soalan-soalan semua berkaitan perkara yang dah dibincangkan dalam sesi-sesi usrah sebelum ni. Antara nya:

- Apakah rukun usrah?
-Ceritakan secara ringkas sirah usrah.
-Berikan 3 daripada 10 muwasofat tarbiyah.
-Apakah matlamat usrah?
-Ada apa pada 15 Mei 1948?
- Hafal surah as-Soff ayat 4 beserta maksud.
-
-
-

7) Kalau dah selsesai, ambil tandatangan penjaga wakaf dan baru boleh proceed kepada wakaf seterusnya. Kalau tak, denda menanti .^_~.
Dan untuk denda, Teacher bagi 'lesen besar' pada penjaga-penjaga wakaf untuk bagi denda yang bermanfaat.

8) Setiap dai'ah juga diberi satu 'barang amanah' dan perlu dijaga ,dan dilarang membuka nya hingga ke akhir explorace.
(Barang amanah: Potongan lirik nasyid)

9) Wakaf terakhir, semua dai'ah perlu kumpulkan barang amanah. Lirik nasyid dicantumkan dan semua daiah perlu menyanyi nasyid tersebut bersama.

Nasyid 'TEMAN SEJATI'...T_T..  Pasti, ada yang mengalirkan air mata. Moga kalian menghayati bait-bait yang dilafazkan,

10) Teacher sediakan satu lagi tugasan tambahan. Lorekkan kotak-kotak hati.

- Setiap dai'ah mendapat satu 'love' besar. Di dalam nya terdapat kotak-kotak kecil.
-Dai'ah perlu melorekkan dengan pen merah didalam kotak untuk jawapan 'YA' dan menggunakan pen hitam untuk jawapan 'TIDAK'.
-Contoh soalan:

*Sudahkan anda beristighfar hari ini?
*Sudahkan anda mendoakan ibu bapa hari ini
*Saya tidak meniru di dalam peperiksaan
*Saya mendoakan kebaikan kepada orang yang menyakitkan hati saya.
*Hari ni, saya dah kemas katil.
*

Moga-moga, hasil nya menjadi muhasabah untuk keadaan hati kita seharian. Insyaallah. Juga moga kalian bukan sekadar dapat penat, tapi dapat sesuatu yang bermanfaat daripada Explorace ni.. Ulangkaji dan fahamkan apa yang pernah kita timba dalam usrah sebelum ni.

Syukur, Teacher rasa seronok sangat dengan usrah kali ni. Kalian kreatif! Mencadangkan idea untuk explorace ni sebagai aktiviti usrah.^^.. Apa-apa pun tetap terasa kekurangan, tanpa 2 orang lagi ahli usrah kami yang dah pindah. =(


Terima kasih tak terhingga juga buat penjaga-penjaga wakaf.. Terima kasih bantu usrah TCOAD jayakan explorace.. Jazakumullahu khairan kathir.. ^^
***
Malam nya, sekali lagi Teacher jadi bidan terjun. Dengan tidak bersedia, diminta untuk membuat perkongsian tazkirah Maghrib. Syukur, Allah ilhamkan idea.

Teacher kongsi berkaitan wasiat Rasulullah s.a.w. Baginda berpesan supaya kita memperbanyakkan ucapan 'Laa haula wala kuwwata illa billah'. Maksudnya, 'Tidak ada daya upaya kecuali dengan pertolongan Allah.

Subhanallah.. Tersangat bermakna zikir ni pada kita, selaku hamba Allah yang dhaif dan lemah. Juga ingatan untuk kita supaya tidak beri peluang pada diri untuk sombong dan merasa hebat.
Masya Allah.

Seperti biasa, masa terasa terlalu cepat berjalan bila berada di Matiq. Ahad pagi, Teacher dah kena balik. Redha..^_^

Air mata tu dah wajib la kan.. Sebelum balik, Teacher ke setiap dorm. Ambil gambar kenangan. Mungkin ni ziarah Teacher yang terakhir. Wallahu'alam.

"Teacher. Saya akan sentiasa doakan Teacher."
"Teacher, saya doakan Teacher kuat kat sana."

Terima kasih atas doa kalian buat Teacher. Teacher terharu. Kagum punya  pelajar sebaik kalian.

I am the luckiest Teacher because I have all of you as my students..^_^. Teacher tak puas lagi bertaaruf dengan kalian. Dan tak akan puas.

Masa yang lepas, tak boleh kembali lagi. Hanya pengalaman dan ilmu yang mampu kita pegang untuk bekal akan datang. 

Allah ya Jami'.. Kumpulkan kami lagi di dunia. Kumpulkan kami kembali di syurga Mu nanti.. Insyaallah.
Thanks Tyra for the doodle ^_^


Thanks for the note as well ^_^

Buat hati yang sentiasa terikat dengan ukhwah, ada sesuatu buat kalian. Janji Allah, wajib lah kasih sayang Nya buat saudara yang berkasih sayang kerana NYA.

Wallahu'alam.

Sunday, October 18, 2015

Terlalu Dekat

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Alhamdulillah, inilah impian hampir setiap penulis. Menulis di atas buaian, di kampung yang tenang di kelilingi pokok-pokok yang menyejukkan. Dengan idea datang mencurah-curah.Hik.hik..hik..  

Ni tempat berkarya cek kali ni. ^_^

Buaian


Minggu ni balik Kedah lagi, rumah housemate. Insyaallah, ada masa lain kali kita tulis fasal Kedah ye. Negeri kecintaan hamba sejak dulu lagi. Kui..Kui…

Bismillah…
Lagi dan lagi, tak pernah puas untuk menulis dan menyebut tentang kebaikan Allah. Kalau nak cerita tentang nikmat dan pertolongan Nya memang tak akan habis.

Minggu kebelakangan ni, Allah uji sikit dengan kesulitan. Dalam perjalanan balik dari ziarah maahad 2 minggu lepas, hati berat sungguh. Fikir beban kerja yang menanti di Penang. Kerja yang sepatutnya diselesaikan oleh orang lain, dihempaskan atas kepala kita. Adoi.. Pengsan!Menangis sampai basah tudung dalam bas. Ala..Drama yang sama mcam masa berhenti kerja dari maahad hari tu.@_@. 

Penat fikir macam mana nak selesaikan semua tu. Takut. Takut tak mampu nak hadapi semua yang terhidang. Rasa nak give up time tu juga. Tak kira apa nak jadi jadi la. Tapi syukur, iman masih bersisa. Akal masih lagi waras nak fikir baik buruk. Allahurobbi. 

Subhanallah…

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada mu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersamanya. “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” INGATLAH, SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU AMAT DEKAT.”
[al-Baqarah-ayat 214]

Ya.. Sungguh, pertolongan Allah itu tersangat dekat dan datang dari arah yang tak terfikir pun dek kelemahan akal kita.

Allah mengirimkan ujian untuk angkat darjat mereka yang beriman. Untuk membenarkan kata-kata mereka yang mahu memasuki syurga Allah. Allah juga tak pernah meninggalkan kita tanpa pertolongan.

Janji Allah itu benar.  Allahurobbi. Maha Memahami Allah. Maha Mendengar segala pengaduan. Seorang yang buat zalim pada kita, Dia hantar ramai lagi orang yang sudi membantu. Kalau Allah nak jadikan sesuatu tu mudah, sekelip mata je.

Dalam duk tengah sedih-sedih dalam bas tu, dapat call daripada kawan, beritahu sekolah cuti 2 hari, sebab jerebu. Waaaa… Allah bagi masa nak lapangkan dada.

Masuk sekolah hari Rabu , cari cikgu-cikgu yang boleh membantu. Alhamdulillah. Allah hadirkan insan-insan yang baik. Terus ‘menyinsing lengan’ untuk membantu. Beban macam batu atas kepala, rasa terbang pergi macam angin. Sujud syukur pada Allah.

Kerja dapat settle dengan mudah sangat. Sungguh, rasa keajaiban.

“..dan nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” [surah al-Rahman]

Lap air mata laju-laju.
Terima kasih ya Tuhan ku.. Penguasa semesta alam.^_^

Wednesday, October 7, 2015

Ziarah Maahad 2.0

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Terlalu banyak perkara yang menyesakkan dada. Penat!

Minggu lepas, ambil keputusan untuk ke Matiq. Mencari hati-hati yang sudi melegakan dan memberi semangat. Alhamdulillah, Allah izinkan untuk ke sana lagi. Meskipun hanya untuk 2 hari, syukur. Cukup untuk buat ana tahu, di sana ada yang sudi menghargai.

Jumaat, pagi-pagi lagi dah menggalas beg pakaian ke sekolah. Semangat mengalahkan macam orang tak balik kampung berbulan-bulan. Tepat 11.50 pagi, loceng tamat sekolah berbunyi, terus berkemas dan bergegas untuk ke pejabat sekolah. Punch card balik!. Cikgu-cikgu lelaki yang nak pergi solat Jumaat pun tak balik seawal tu.

Alhamdulillah, sempat untuk dapatkan bas ke Kajang tengahari tu. Sampai di Matiq lebih kurang pukul 9 malam. Ya Allah, nikmat lihat pelajar. Mereka sambut Teacher dan Mama. Hilang sekejap rasa bebanan yang di bawa dari Penang. 

Tak sempat masuk asrama, dah termuntah kat luar pagar. Penangan bertapa dalam bas. Perjalanan dari Penang yang sepatunya 6 jam, jadi 8 jam. Allah, ujian lagi. Pening campur perut kosong. Sepanjang pagi, tak sempat makan di sekolah. Jadual padat. Alas perut, merangkap sarapan pukul 1 petang dalam bas.

Malam tu, Teacher dipelawa bermalam di Dorm Adni. Tak dapat nak lelap mata. Mungkin sebab badan terlalu letih. Pukul 1 pagi, bangun dan berbisik-bisik bercakap dengan Era, Nadia dan Sya-Sya. Mereka tak boleh lelap juga katanya. 

Aduh... Tiba-tiba gigi pula yang sakit. Sampai berair mata. Teacher duduk bersila, yang lagi 3 orang duduk menghadap kat depan. Teman Teacher tahan sakit gigi. Terima kasih..Huhuhu T_T.. Sampai dekat pukul 2, paksa diri tidur juga sebab students ada qiamulail pagi tu. Nak kena bangun awal.

Allah.. Lama nya tak 'cari' Allah dalam sunyi pagi.T_T. Ya Allah.Qiamulail pagi tu rasa kosong. Terlalu banyak dosa yang tebal kat hati.  Selepas Subuh dan mathurat, bersembang dengan pelajar di surau. Teacher kongsi cabaran yang Teacher hadap sekarang ni. Terima kasih Sarah, usaha bagi macam-macam solusi pada Teacher.

Pukul 10 pagi, nak sambung tidur. Kepala pun dah rasa ting tong. Tapi terpaksa keluar untuk urusan penting. Antara sebab utama datang ke Bangi juga, untuk uruskan beberapa hal berkaitan insurans. Lama juga  keluar. Dah tengahari, tak jadi lagi nak tidur. Seronok jumpa Nik.^_^.  Bersembang sampai la Zohor.

Petang tu,lepas Zohor, alhamdulillah. Allah izin untuk berusrah dengan TCOAD. Dan yang pasti, usrah petang tu  penuh dengan air mata. Salah seorang TCOAD-ians nak pindah dah esoknya. Lama kami berbulatan. Sampai ke Asar. Teacher faham sangat apa yang Zahidah rasa saat tu. It is not easy to let go something that you love from the bottom of your heart. It is hurt. Life must go on..^_^ 

We tried to be optimist and rationalize everything. Kami tahu, bukan senang, tapi kami akan cuba. TCOAD bukan berkurang ahlinya, cuma jasad kami berpisah jarak sikit. Di mana pun kalian, Teacher tetap harap, insan-insan hebat yang lahir dari TCOAD ni akan tetap terus bermanfaat buat sesiapa sahaja. Insyaallah.

Along minta tolong bagi pengisian untuk kuliah Maghrib. Teacher terima bukan sebab Teacher boleh bagi pengisian sangat, tapi sebab Teacher tahu ni peluang untuk Teacher ambil masa students Teacher. Teacher cuba kongsikan sedikit ilmu yang ada. Besar harapan untuk tengok students Teacher jadi manusia yang baik dan semakin baik dari hari ke hari. Moga-moga yang sedikit tu ada manfaat buat kalian. Sayang-sayang Teacher, jaga akhlak, jaga ukhwah.

Lepas kuliah Maghrib, Allah ilhamkan Teacher untuk baca doa untuk kalian. 

'Ya Allah. Mereka adik-adik ku. Ampunkan dosa-dosa mereka. Jadikan mereka anak yang solehah, pelajar yang baik. Seandainya ada di antara mereka yangg sedih, Kau gembirakanlah ya Allah. Seandainya ada antara mereka yang susah, Kau permudahkanlah. Dan seandainya ada anatra mereka yang punya hajat, Kau perkenankalah. 

Permudahkan urusan akademik mereka. Permudahkan urusan hafazan Mereka. Jadikan mereka hamba Mu yang berjaya dan cemerlang dunia akhirat. Jadikan mereka hamba dan khalifah Mu yang hebat dunia akhirat.

Perelokkanlah akhlak mereka.. Baiki lah silaturahim antara mereka. Kumpulkan kami di dunia, dan kumpulkan lah kami kembali di syurga Mu nanti..'

Ada yang menangis, buat Teacher jadi sebak. Doa-doa tu harapan Teacher untuk kalian. Moga Allah makbulkan semua doa tu. 

Disebabkan dari pagi sampai petang tak dapat nak lelapkan mata, malam tu bersembang kadang-kadang sambil pejam mata. Mengantuk tahap jingga. Tapi tak pe, kalau datang Matiq semata-mata nak tidur, rugi la kan.^_^.

Hari Ahad, Teacher dah kena balik Penang. Tiket bas pukul 12.30 tengahari. Pagi tu, sempat hantar Zahidah balik. Semoga Zahidah dan Fatin berjaya dan kuat di sekolah baru. Teacher doakan Zahidah dapat capai cita-cita dan impian. Insyaallah. Teacher tahu, TCOAD berat nak lepaskan Zahidah. Era, Izzati dan Fateha pun kena lebih kuat di Matiq. Kalian harapan Teacher untuk tengok TCOAD terus bergerak di asrama. 

Pagi tu juga sarapan dengan TCOAD. Suapan terakhir untuk mereka. Teacher nak telan makanan pun dah terpaksa. Tak mampu sebab lepas tu dah nak kena balik. Apa-apa pun, terima kasih belanja Teacher. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian

Sebelum balik, Nadia bagi Teacher satu surat. Tengok tulisan kat luar pun dah buat Teacher menangis, belum lagi tulisan kat dalam lagi.

"Ummah is waiting for you, Teacher".

Terima kasih, sebab ingatkan Teacher dengan kata-kata ni. Kata-kata yang sama macam Teacher selalu pesan pada kalian. Teacher tahu, Teacher kena kuat.. Teacher kena sabar..  Banyak lagi amanah buat ummah yang belum Teacher tunaikan. Nadia tulis surat tu wakil untuk students yang lain juga. Teacher hargai sangat. Surat tu tersangat mahal buat Teacher.

'Assalamualaikum Teacher yang kami sayang. Kuatkanlah dirimu untuk menghadapi cabaran di sana nanti tau. Teacher kena ingat kami disini yang sangat sayang Teacher. Kami nak minta maaf kalau ada buat salah. Halalkan ilmu yang kami belajar dari mu...'

11 years old girl wrote this to me.T_T... Teacher tahu, kalian pelajar-pelajar Teacher yang sangat baik. Terima kasih sebab faham, dan beri sokongan buat Teacher. Kalian asbab kekuatan Teacher.

"Teacher, banyakkan mengadu pada Allah.."

Insyaallah.. Terima kasih.. Ingatkan Teacher lagi dan lagi.. Maaf, sepatutnya Teacher yang bagi nasihat-nasihat tu, tapi kali ni terbalik plak.  ^_~.. Apa pun, Teacher bersyukur, Allah hadiahkan kalian buat Teacher.

Buat students Teacher semuanya, selamat menghadapi fatrah peperiksaan. PSRA untuk darjah 6, PT3 untuk pelajar tingkatan 3, Percubaan SPM untuk tingkatan 5 dan peperiksaan akhir tahun untuk pelajar-pelajar rendah dan menengah. Bittaufiq wa najah fil imtihan... Teacher doakan kalian berjaya dan hebat dunia akhirat. Cemerlang akademik dan hafazan.

Pandai-pandai lah bawa diri dan urus kan masalah disekeliling. Kalian dah besar dan matang. Insyaallah, kalian harapan ummah.

Ada rezeki, Teacher pergi sana lagi.. Terima kasih sebab sudi terima ziarah Teacher dan Mama.. 
Mama, Mami, and Teacher sayang semuanya..^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah