" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormtannya." [HR Thabrani]

99 asma ALLAH

Ahlan Wasahlan

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

 

sprkle cursor

moving words

Colouring Link

moving blog title

~Ana Abdul~

~Ana Abdul~

Wednesday, December 9, 2015

Aku Anak Solehah!

Bismillahirahmanirahim. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Tahan mata sekejap sebelum tidur, untuk menulis malam ni. Biasa nya idea datang sebelum tidur dan konon nya bangun keesokan nya nak menulis, tapi  macam biasa lah. Hari baru, mood baru.  Jadi, tak tertulis-tulis juga akhir nya. Insyaallah, malam ni kita menulis ye.^^

Alhamdulillah. Baru lepas urut kaki mak. Minta maaf pada yang sedang membaca tulisan ni. Bukan niat nak menceritakan jasa. Tak. Cuma ada sesuatu yang nak dikongsi.

Macam biasa, setiap kali  mak minta tolong urutkan kaki, pasti akan buat dengan penuh berat hati. Malas! Tapi buat juga. Buat bukan kerana aku anak yang baik. Urut bukan sebab aku tukang urut yang handal. Tapi buat sebab aku sedar, aku anak yang banyak terhutang budi dan jasa.

Malam ni mak mengadu lenguh-lenguh kaki. Tadi banyak berjalan. Tawaf pasar. Lagi sekali, pagi tadi dengan berat hati juga, teman mak ke pasar. Mak, maaf kan anak mu yang teruk ni. Huhuhu.. Terpaksa pergi juga sebab dah banyak hari mak bersungut nak ke pasar. 

Dah sampai pasar, rambang mata dengan kuih-muih. Macam-macam angkut bawa balik! Tengah hari tadi, masa makan-makan di dapur, mak pesan...

" Kita ni alhamdulillah dah. Rezeki tak putus. Makanan ada sokmo (sentiasa) atas meja.. Kena ingat la pada DIA... (BERYUKUR)."

Sambil-sambil urut kaki mak, tetiba rasa sayu. Perasaan yang sama datang setiap kali urut mak. Sayu pandang wajah mak yang kadang-kadang terlena penat, sambil kaki nya dipicit-picit.

Teringat tadi kat pasar, jumpa Che Long, kawan lama mak. Mak macam biasa, mak ramah tamah la jadi nya. Aku? Sengih. Senyum. Sengih. Senyum. Tu je la yang mampu.

Cerita punya cerita, Che Long pun bagi soalan baik punya.

" Dah besar dah kembar (aku la tu). Dulu jumpa, time kecil lagi (sekolah rendah). Dah tingkatan berapa sekarang?"
 
Erkkkk!.. Hahaha..

Ya Allah.. Punya la cepat masa berlalu kan, Sampai Che Long tak tersedar yang aku dah pun selamat merentasi alam sekolah dan alam mahasiswa. Alhamdulillah.Sekarang  jadi tenaga pengajar dah pun. Kadang-kadang aku sendiri pun rasa tak percaya, sebab masih lagi duk tunggu nak tengok kartun Upin Ipin depan TV. @_@

Balik pada scene drama kat pasar tadi. Bila Che Long dah tahu status aku yang sebenar, Che Long bagi statement tazkirah pula. Ok, yang ni sebenarnya yang nak di highlight kan. 

" Ooo.. Alhamdulillah. Jadi cikgu dah. Ye la, dia ( rujuk kepada aku) tahu. Dulu dia sedar. Dia ingat, mak dia susah nak besarkan dia. Anak yatim. Sebab tu dia belajar sungguh-sungguh. Nak tolong mak dia pula sekarang"

 Part ni, buat menangis dalam hati. Tak mampu nak balas apa-apa. Senyum je untuk cover sebak depan mak & Che Long.. Huhu..Perasaan, Allah je yang tahu.

Terfikir. Aku dah tolong mak aku ke sekarang ni?????? Dengan gaji sebanyak ni, dah boleh cakap aku dah balas jasa mak ke?

Tolong mak urut kaki 5 minit, pimpin mak ke pasar kejap tu dah nama anak solehah ke???  Mak aku dah bahagia ke dengan hidangan makanan penuh meja tu?

Sungguh, aku sedang menipu diri sendiri.T_T..

Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntumina zolimin


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman maya

Tautan Mahabbah